Reading Time: < 1 minute
KUALA LUMPUR | Persidangan Dewan Rakyat hari ini terganggu pagi ini apabila penggera kebakaran dibunyikan.
Penggera kebakaran itu mengeluarkan amaran kira-kira 40 minit dan memaksa prosiding Waktu Soalan dihentikan. Namun, Parlimen disambung semula tidak lama kemudian.
“Terima kasih atas kerjasama anda, ada beberapa masalah teknikal.
“Punca kejadian sedang disiasat,” kata Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun kepada anggota parlimen.
Dewan Rakyat hari ini menyaksikan sambungan semula waktu pertanyaan menteri dan Pembacaan Kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.