Seperti sebelum ini di mana kerusi DUN Sungai Kandis ditandingi dan dimenangi calon dari PKR, Pilihanraya Kecil kali ini akan ditandingi oleh calon dari parti PKR.
Manakala logo yang akan digunakan ialah logo Parti Keadilan Rakyat (simbol mata), iaitu logo yang sama digunakan oleh arti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan dalam PRU yang ke-14 lalu.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Tun Mahathir dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, hari ini.
Kerusi Sungai Kandis (sebelum ini dikenali sebagai Seri Muda) kosong selepas ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei, meninggal dunia ketika dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di Subang Jaya akibat kanser Isnin lepas.
Sementara itu, Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution telah memaklumkan PKR Selangor untuk mengemukakan nama-nama calon yang hendak dipertandingkan.