A.S. Harus Sokong Usaha Syarikatnya Keluar Dari China – Kudlow

Reading Time: < 1 minute

(Photo: Reuters/Kevin Lamarque)

China sejak sekian lama telah menjadi pusat kepada perindustrian dunia kini mungkin tidak akan lama memegang status itu.

Negara-negara seperti Jepun dan Amerika Syariakt sedang merancang untuk membawa pulang perusahaan milik mereka. Penasihat ekonomi Rumah Putih, Larry Kudlow bercakap tentang kemungkinan untuk menanggung semua perbelanjaan perpindahan untuk pengusaha A.S. yang mahu membawa perniagaan mereka pulang. Cukai korporat telah dikurangkan sejak 2017 dan peraturan juga telah dikurangkan.

“Kilang, peralatan, struktur harta intelektual, pengubahsuaian – dengan kata lain, jika kita mempunyai perbelanjaan 100 peratus, kita akan membayar kos perpindahan syarikat-syarikat Amerika dari China kembali ke A.S.,” kata Kudlow kepada Fox Business pada 9 April.

Cadangan itu hadir sebagai tindak balas kepada persoalan bagaimana Amerika Syarikat dapat mengurangkan pergantungannya terhadap sektor pembuatan di China. Keperluan mendapatkan bekalan topeng muka N95 jenama Amerika, 3M yang beroperasi di China telah memberi pelajaran yang berguna. China telah melarang syarikat-syarikat itu mengeksport topeng muka ke luar negara semasa pandemik.

“Saya fikir 100 peratus perbelanjaan akan menjadi perkara yang sangat baik, dan dengan cara ini, ia akan menjadi perkara yang sangat baik untuk syarikat-syarikat Amerika di sini,” kata Kudlow.

Jepun juga memperuntukkan lebih $2 bilion dolar AS pakej rangsangan ekonomi untuk membantu syarikat-syarikatnya yang mahu membawa operasi mereka keluar dari China.

Laporan terbaru tentang wabak itu mungkin mempercepatkan lagi proses syarikat-syarikat yang keluar dari China, suatu trend yang telahpun bermula sejak perang perdagangan A.S. – China.

China diketahui sebagai negara yang tidak meletakkan peraturan hak cipta intelektual di tempat yang sepatutnya. Malah setiap syarikat luar yang mahu beroperasi di China perlu akur dengan peraturan negara komunis itu termasuk menyerahkan semua maklumat atau data sulit jika diperlukan oleh pihak berkuasa.