Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Kulup Lembang – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Sun, 15 Aug 2021 13:31:32 +0000 en-US hourly 1 7 Dosa Mahiaddin Terhadap Rakyat Yang Tak Boleh Dimaafkan https://independent.my/7-dosa-mahiaddin-terhadap-rakyat-yang-tak-boleh-dimaafkan/ Sun, 15 Aug 2021 05:24:47 +0000 https://independent.my/?p=11457 Reading Time: 3 minutesMahiaddin Mat Yasin, pada hari esok mungkin memegang rekod sebagai perdana menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia iaitu selama 17 bulan, lebih singkat dari Tun Mahathir yang mengepalai Pakatan Harapan selama 22 bulan. Namun Tun pernah memegang rekod sebagai perdana menteri paling lama iaitu 22 tahun. Semasa era Mahiaddin menjadi perdana menteri, negara mengalami sejarah […]]]> Reading Time: 3 minutes

Mahiaddin Mat Yasin, pada hari esok mungkin memegang rekod sebagai perdana menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia iaitu selama 17 bulan, lebih singkat dari Tun Mahathir yang mengepalai Pakatan Harapan selama 22 bulan. Namun Tun pernah memegang rekod sebagai perdana menteri paling lama iaitu 22 tahun.

Semasa era Mahiaddin menjadi perdana menteri, negara mengalami sejarah paling buruk dan hitam, lebih buruk dari era pasca perang dunia ke-2, kerana beliau dilihat tidak memiliki kebolehan menerajui negara, malah beliau dianggap lebih zalim dari semua perdana menteri yang pernah ada.

Walaupun Tun Mahathir pernah memegang gelaran sebagai Mahafiraun dan Mahazalim, ‘kezaliman’ Tun tidak pula membebankan kehidupan rakyat jelata. Rakyat masih boleh hidup senang dan menjalani kehidupan secara harmoni. Ekonomi berkembang rancak pada masa itu.

Zaman Mahiaddin, negara diletakkan di bawah darurat di mana sekatan jalanraya di merata lokasi oleh pihak polis. Perjalanan merentas negeri memerlukan surat kebenaran dari pihak berkuasa, malah merentas daerah juga memerlukan surat. Ia tidak ubah sepserti apa yang dilalui oleh rakyat Korea Utara sejak puluhan tahun. Rakyat marhaen yang sudah sedia hidup dalam kesusahan yang didapati ingkar SOP ditangkap dan dihumban ke dalam penjara malah didenda sehingga RM10,000 manakala syarikat sebanyak RM50,000, dalam masa yang sama pemimpin politik penjilatnya yang berkali-kali melanggar SOP seperti Annuar Musa, Tmbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali, Timbalan Speaker Rashid Hasnon, sekadar didenda RM1,000 hingga RM3,000 sahaja. Mahiaddin dianggap mengamalkan double standard di mana marhaen dihukum dengan hukuman berat manakala golongan elit yang digelar ‘kluster kayangan’ sekadar membayar denda dan dilepaskan.

Zaman Mahiaddin, demokrasi tidak berfungsi. Kebebasan suara disekat dan diancam. Penunjuk perasaan yang memakai pakaian hitam dan memegang poster dengan tanda pagar #kerajaan_gagal disiasat oleh pihak polis manakala para doktor yang membuat hartal membantah kerajaan tidak disiasat. Polis yang meronda mengarahkan pengguna jalan raya berhenti secara rawak dan minta ditunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu. Negara sudah menjadi ‘police state’.

Zaman Mahiaddin, sektor pelancongan negara jatuh ke tahap paling buruk di mana banyak hotel ditutup kerana tidak ada pelanggan. Industri kecil pula tidak terkira banyaknya telah gulung tikar. Walaupun pandemik melanda seluruh dunia, kita tidak lihat masalah yang begitu buruk terhadap industri pelancongan di negara lain seperti Eropah dan Turki. Bantuan yang diberi sebanyak beberapa ringgit melalui skim Geran Khas Prihatin (GKP) terbukti tidak mampu memenuhi keperluan asas perniagaan untuk membayar sewa premis dan membayar gaji pekerja. GKP dilihat sekaar melepaskan batok di tangga.

Di zaman Mahiaddin, kejadian bunuh diri meningkat sehingga purata 3 kes sehari, suatu statistik yang amat menyeramkan. Laporan menyebut motif bunuh diri kebanyakannya kerana hutang dan masalah kesempitan hidup.

Berikut disenaraikan 7 dosa-dosa Mahiaddin terhadap rakyat yang tidak dapat dimaafkan.

  1. beberapa tindakan Mahiaddin menunjukkan beliau seorang yang derhaka terhadap Yang DiPertuan Agong dan oleh kerana itu parti UMNO berteraskan Melayu dan menjunjung kesetiaan kepada Raja dan Negara menarik kembali sokongan terhadap beliau
  2. Mahiaddin sengaja tidak mengadakan sidang parlimen sepanjang tempoh darurat dari Januari hingga Julai 2021 menyebabkan suara rakyat tidak dapat didengari
  3. Mahiaddin tidak membahaskan ordinan-ordinan darurat semasa sidang parlimen pada sebelum Ogos 2021 seperti yang dititah oleh Agong
  4. Mahiaddin cuba menjadikan mereka yang menolak vaksin sebagai pesalah dan mahu dihukum. Ini melanggar hak asasi manusia dalam kebebasan memilih
  5. Pada petang Jumaat 13 Ogos 2021 yang dianggap tarikh malang (Friday 13th), Mahiaddin mengumumkan masih memegang jawatan perdana menteri kerana menurutnya tiada orang lain yang memiliki sokongan majoriti untuk menggantikan tempat beliau. Sama ada seseorang itu ada majoriti atau tidak, itu bukan tugas beliau. Itu adalah peranan DYMM Yang DiPertuan Agong. Beliau sudah mengambil peranan Agong.
  6. Mahiaddin menetapkan syarat tambahan untuk solat di masjid iaitu wajib telah menerima suntikan vaksin 2 dos. Mereka yang memilih untuk menolak vaksin menjadi golongan yang diharamkan solat Jumaat di masjid, iaitu solat yang wajib untuk lelaki Muslim tanpa alasan kecuali uzur. Tiga kali tidak solat Jumaat berturut-turut maka telah jatuh murtad seseorang itu. Kemungkinan besar jika Mahiaddin terus menjadi perdana menteri, maka tidak hairan kerajaan akan mewajibkan seseorang itu telah disuntik 2 dos sebelum dibenarkan berurusan di kaunter kerajaan. Ini akan lama-kelamaan akan turut mempengaruhi syarikat swasta dan premis-premis hotel untuk mengenakan syarat yang sama
  7. Jemaah solat sunat Aidil Adha ditangkap, digari dan dibicarakan. Satu-satunya negara majoriti Islam dalam dunia yang menghukum mereka yang melakukan ibadat solat berjemaah ialah di Malaysia semasa era Mahiaddin
]]>
Pemimpin PN Ingkar Arahan PKP Adakan Majlis Makan Beramai-ramai https://independent.my/pemimpin-pn-ingkar-arahan-pkp-adakan-majlis-makan-beramai-ramai/ Sat, 18 Apr 2020 11:40:05 +0000 https://independent.my/?p=9739 Reading Time: 2 minutesULASAN | Dalam masa rakyat jelata diarah berkurung di rumah dan hanya boleh beli makanan dan bawa pulang untuk dimakan di rumah – demi mengelakkan penularan koronavirus, ada segelintir pemmpin tidak menunjukkan contoh yang baik dengan mengadakan majlis makan beramai-ramai di sebuah lokasi di Lenggong. Sebelum ini ada seorang individu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah […]]]>

Reading Time: 2 minutesULASAN | Dalam masa rakyat jelata diarah berkurung di rumah dan hanya boleh beli makanan dan bawa pulang untuk dimakan di rumah – demi mengelakkan penularan koronavirus, ada segelintir pemmpin tidak menunjukkan contoh yang baik dengan mengadakan majlis makan beramai-ramai di sebuah lokasi di Lenggong.

Sebelum ini ada seorang individu ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana merakamkan majlis kenduri makan kambing bakar semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan beberapa penduduk kampung ditahan kerana mengadakan solat Isyak berjemaah di sebuah masjid di Perak, tindakan pemimpin ini seolah-olah tidak mempedulikan perintah larangan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan malah mereka ini seolah menganggap diri mereka mengatasi undang-undang.

Malang sekali pemimpin yang melakukan perkara sedemikian adalah menteri yang terlibat dalam kementerian yang sedang berhempas-pulas berjuang melawan penularan wabak iaitu Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Noor Azmi Ghazali manakala seorang lagi adalah ADUN Semanggol dari PAS iaitu Hj Razman Zakaria.

Siapa mereka ini dan apa istimewanya mereka ini sehingga mereka ini boleh berbuat sesuka hati tanpa diambil tindakan oleh sesiapa. Apakah kerana mereka ini pemimpin dari parti pemerintah, maka mereka adalah kebal undang-undang! Atau setidak-tidaknya mereka fikir undang-undang hanya digunapakai ke atas rakyat jelata, manakala golongan pemmpin seperti mereka mengatasi undang-undang! Tidak kira apa saja alasan yang diberi, sama ada mereka dalam misi menyampaikan bantuan atau penyerahan sumbangan, tindakan mengadakan majlis makan beramai-ramai ini jelas tiada beza dengan majlis makan kambing bakar yang diadakan seseorang yang akhirnya telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. Jika perkara sebegini didiamkan, maka amatlah malang seorang rakyat jelata dihadapkan ke mahkamah tetapi golongan pemimpin dibiarkan berbuat sesuka hati.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana pemimpin sepatutnya menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti. Kalau pemimpin menunjukkan sikap mengatasi undang-undang, apa lagi yang rakyat boleh harapkan. 

Khabarnya akaun Facebook Noor Azmi telah ditutup setelah mendapat kecaman masyarakat ekoran tindakannya itu.

Diharap, pihak berkuasa seperti PDRM yang keras dan tegas atau MKN tidak memberi muka dan mengambil tindakan terhadap mereka ini yang bertindak seolah-olah tidak menghormati arahan kerajaan dalam usaha untuk membendung wabak ini dari terus menular ke kawasan-kawasan kampung.  

 

]]>
Hentikan Dahulu Bazar Ramadan Untuk Tahun Ini https://independent.my/hentikan-dahulu-bazar-ramadan-untuk-tahun-ini/ Tue, 31 Mar 2020 22:02:09 +0000 https://independent.my/?p=9465 Reading Time: < 1 minuteULASAN | Kerajaan sepatutnya memikirkan semasak-masaknya sebelum berhasrat membenarkan bazar Ramadan beroperasi tahun ini. Walaupun ada ura-ura mengatakan prosedur operasi baru akan diperkenalkan bagi mengawal penularan wabak, atau apa cara sekalipun, jalan yang paling baik dan selamat ialah tidak mengadakan bazar Ramadan langsung. Lupakan dahulu buat kali ini. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk menjalankan […]]]> Reading Time: < 1 minute

ULASAN | Kerajaan sepatutnya memikirkan semasak-masaknya sebelum berhasrat membenarkan bazar Ramadan beroperasi tahun ini. Walaupun ada ura-ura mengatakan prosedur operasi baru akan diperkenalkan bagi mengawal penularan wabak, atau apa cara sekalipun, jalan yang paling baik dan selamat ialah tidak mengadakan bazar Ramadan langsung.

Lupakan dahulu buat kali ini. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk menjalankan perniagaan bazar. Semua orang harus berkorban dalam menghadapi cabaran tahun ini. Tidak perlu mengkaji bagaimana hendak kendalikan bazar Ramadan pasca koronavirus. Wuhan dikurung selama jampir 2 bulan. Seoang peniaga buah-buahan di Hubei berkata dia tidak ada pendapatan selama 3 bulan. Seorang lagi peniaga bersedih kerana terpaksa melupakan hasrat menemui anak-anaknya yang mahu pulang bercuti ketika Tahun Baru Lunar yang lalu. Semua itu memerlukan pengorbanan.
Tetapi masih ramai yang berjaya mengharung waktu-waktu sukar itu. Sehingga hari ini, perniagaan masih belum beroperasi sepenuhnya. Sekolah masih belum dibuka semuanya. China masih menutup pintu maasuk kepada pelawat dari negara luar.

Apalah gunanya kita berkurung di rumah selama sebulan untuk menghalang penularan wabak yang mematikan itu apabila ia berakhir dengan tindakan yang tidak bijak membiarkan semuanya kembali seperti sebelumnya, hatta pada tahap minima sekalipun.

Tidak perlu bazar Ramadan buat masa ini dan mungkin juga tiada solat Aidil Fitri dan sambutan hari raya mungkin terpaksa diadakan secara tertutup, kurangkan kunjungan sebaliknya gunakan teknologi tanpa perlu kunjung mengunjungi secara fizikal. Anggap sahaja tahun ini tahun yang amat berbeza tapi ia amat bersejarah. Ia mengajar semua rakyat Malaysia bersatu dalam melawan virus. Bersatu melawan dengan duduk diam di rumah tidak perlu keluar pergi bertempur di medan perang. Setiap warga akan mengingati hari raya tahun ini sebagai hari yang unik. Itulah uniknya tahun 2020.

Janganlah jadi seperti melepaskan kambing dari kandang setelah dikurung selama sebulan maka akan lari bertempiaranlah kambing-kambing itu mencari makanan.

]]>
Tun Tidak Janji Akan Pasti Lepaskan Jawatan Sebaik Selepas APEC https://independent.my/tun-tidak-janji-akan-pasti-lepaskan-jawatan-sebaik-selepas-apec/ Sat, 22 Feb 2020 20:37:53 +0000 https://independent.my/?p=8784 Reading Time: < 1 minuteULASAN | Mengikuti intipati sepatah demi sepatah apa yang keluar dari mulut Tun Mahathir (Atok) semasa sidang media sebaik selesai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Jumaat yang berlarutan hingga ke awal pagi Sabtu (22 Feb), anda boleh meneliti semula perkataan-perkataan yang disebut tanpa disunting seperti berikut: 1. “Akhirnya semuanya diserah kepada saya, apa saya […]]]>

Reading Time: < 1 minuteULASAN | Mengikuti intipati sepatah demi sepatah apa yang keluar dari mulut Tun Mahathir (Atok) semasa sidang media sebaik selesai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Jumaat yang berlarutan hingga ke awal pagi Sabtu (22 Feb), anda boleh meneliti semula perkataan-perkataan yang disebut tanpa disunting seperti berikut:

1. “Akhirnya semuanya diserah kepada saya, apa saya kata mereka akan turut”

2 “Saya telah kata peralihan akan berlaku lepas APEC. No time, no date, no nothing. Only lepas APEC.

3 “terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tak lepas … itulah kepercayaan yang ditunjuk oleh parti kepada saya. alhamdulillah!”

Selepas menyebut perkara di atas, Atok terus bercakap mengenai perancangan parti bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

Kata kunci di sini adalah perkara nombor 1 dan 3;

“semuanya diserah kepada saya, apa saya kata mereka akan turut”

“terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tak lepas”

Jadi, penyokong calon PM-8 Datuk Seri Anwar Ibrahim (Bang Non) janganlah terlebih sudu dari kuah pula.

Atok kata terpulang kepada dia. Sama ada nak serah atau pun tidak, dan apa yang Atok kata MEREKA AKAN TURUT.

Dua perkara ini melingkungi semua perkara di atas dan mencukupi antara satu sama lain, dan dua perkara ini juga menguasai perkara nombor 2.

Masa lepas APEC nanti jangan pula penyokong tegar Bang Non memandai-mandai pergi buat tekanan kepada Atok supaya letak jawatan. Ia tiada dalam persetujuan yang dicapai pada awal pagi 22 Feb. Apa yang mereka perlu buat ialah tunggu saja apa tindakan Atok, sama ada Atok mahu lepaskan jawatan ataupun tidak. Kalau Atok masih tak mahu melepaskan jawatan (mungkin Atok punyai alasan tertentu), maka semua perlu turut, jangan ada yang membantah.

Jangan ada yang lebih sudu dari kuah.

]]>
Beli Kereta Baharu Lebih Jimat Dari Kos Penjagaan? Biar Betul! https://independent.my/beli-kereta-baharu-lebih-jimat-dari-kos-penjagaan-biar-betul/ Fri, 07 Jun 2019 16:06:41 +0000 https://independent.my/?p=5770 Reading Time: 2 minutesNampak gayanya, lepas setahun menerajui negeri Perak, Pakatan Harapan sudah mula menunjukkan sedikit perangai typical UMNO atau setidak-tidaknya perangai sikap hodoh yang biasa terdapat pada pemimpin Barisan Nasional – suka bergaya dan melaram dengan kereta baru. Berita sudah heboh di seluruh negeri disertakan dengan gambar disiarkan di beberapa portal dalam talian menunjukkan barisan EXCO kerajaan […]]]>

Reading Time: 2 minutesNampak gayanya, lepas setahun menerajui negeri Perak, Pakatan Harapan sudah mula menunjukkan sedikit perangai typical UMNO atau setidak-tidaknya perangai sikap hodoh yang biasa terdapat pada pemimpin Barisan Nasional – suka bergaya dan melaram dengan kereta baru.

Berita sudah heboh di seluruh negeri disertakan dengan gambar disiarkan di beberapa portal dalam talian menunjukkan barisan EXCO kerajaan negeri Perak menerima 16 buah kereta baharu jenis Toyota Camry dengan kos sebanyak RM1.74 juta.

Sebuah portal memetik kenyataan ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How yang berkata langkah itu ‘sejajar’ dengan dasar kerajaan negeri sedia ada yang membolehkan menukar kenderaan pada setiap lima tahun.

Kulup membaca kenyataan ini berbunyi defensif, sebagai persiapan untuk membina pertahanan kerana Howard sudah tahu tindakan terbaru kerajaan negeri ini akan dikecam bukan saja oleh parti pembangkang malah rakyat biasa iaitu orang ramai seperti Kulup.

“Saya fikir ia merupakan keputusan pengurusan yang sangat logik dan sangat mudah.

“Tiada pelanggaran undang-undang dan tidak ada dasar yang tidak dipatuhi,” katanya seperti yang dipetik dari portal Malaysiakini semalam.

Jelas sekali kenyataan beliau merupakan kenyataan bersifat defensif dan beliau seperti sudah menduga bentuk serangan yang akan dilancarkan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan langkah terbaru kerajaan negeri itu.

Antara alasan yang tidak munasabah yang diberikan ialah kereta lama menelan kos penyelenggaraan yang tinggi berbanding membeli kereta baharu. Kereta yang lama (tidak sampai 20 tahun) katanya selalu rosak dan menyebabkan mereka datang lewat. Kulup biasa mendengar pemimpin yang datang lewat tapi jarang sekali mendengar kereta mereka rosak. 

Benarkah begitu? Membeli kereta baharu dengan harga RM1.74 juta lebih jimat dari menyelenggara kereta lama yang melebihi nilai tersebut?

Jika dibuat perkiraan, jumlah RM1.74 juta dibahagi 16 buah kereta, bermakna sebuah kereta memerlukan kos penyelenggaraan sekurang-kurangnya RM108,750 dalam masa 5 tahun atau RM21,750 setahun atau RM1,812.50 sebulan. Adakah mereka menukar keempat-empat tayar dan menukar minyak enjin setiap bulan dengan nilai itu? 

Apakah jenis kerosakan yang perlu dibaikpulih setiap bulan sehingga mencecah RM1,800 sebulan sedangkan Toyota Camry adalah model kereta yang dianggap berkualiti dan dibanggakan, tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi malah ia juga jimat penggunaan bahanapi. Penggunaan bahan api adalah tidak termasuk dalam kos penyelenggaraan.

Rakyat marhaen sedang melihat setiap gerak geri pemimpin. Mereka ada mata dan telinga. Tindakan terbaru ini jelas akan mula mengikis semula sokongan sebahagian rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Mereka menolak BN kerana benci melihat tingkah laku yang suka berfoya-foya, melaram dengan kekayaan serta membolot harta. Jika PH juga buat perkara yang sama, tidak mustahil rakyat akan kembali menolak pemimpin yang punya perangai yang sama. Maka akan terjadilah kerajaan Pakatan Harapan kerajaan satu penggal sahaja.

Kulup akui tidak suka berbicara tentang hal sebegini kerana ia akan memberi imej buruk kepada pimpinan kerajaan negeri tapi apabila mereka sendiri yang melontarkan tahi ke tengah jalan, Kulup tidak boleh melihat perkara sebegini dilakukan.


Tulisan di atas adalah pendapat peribadi penulis Ianya tidak semestinya mewakili pendapat rasmi Independent.

]]>
Genap Setahun Kerajaan Baharu, Rakyat Harus Beri Lebih Masa dan Sumbangan Kepada Negara https://independent.my/genap-setahun-kerajaan-baharu-rakyat-harus-beri-lebih-masa-dan-sumbangan-kepada-negara/ Thu, 09 May 2019 00:15:43 +0000 https://independent.my/?p=5441 Reading Time: 2 minutesHari ini genap setahun kerajaan diterajui Pakatan Harapan gabungan parti PKR, DAP, Bersatu dan Amanah. Sebenarnya tidak adil untuk membuat penilaian pencapaian kerajaan baru setahun jagung ini jika hendak dibandingkan dengan kerajaan terdahulu yang telah memerintah selama 61 tahun. Jika hendak membuat perbandingan yang adil saksama, maka hendaklah beri Pakatan Harapan masa 61 tahun juga […]]]>

Reading Time: 2 minutesHari ini genap setahun kerajaan diterajui Pakatan Harapan gabungan parti PKR, DAP, Bersatu dan Amanah.

Sebenarnya tidak adil untuk membuat penilaian pencapaian kerajaan baru setahun jagung ini jika hendak dibandingkan dengan kerajaan terdahulu yang telah memerintah selama 61 tahun.

Jika hendak membuat perbandingan yang adil saksama, maka hendaklah beri Pakatan Harapan masa 61 tahun juga maka barulah ‘fair and square.

Apa yang patut diberi perhatian ialah sjauh mana perubahan yang berlaku dalam masa setahun jagung ini. Apa dasar-dasar terbaharu yang dibuat untuk menuju kepada yang lebih baik berbanding sebelum ini. Antaranya, kita boleh melihat usaha giat yang dilakukan untuk membanteras gejala rasuah di semua peringkat. Ini tidak berlaku sebelum ini. Jika adapun, hanya retorik. Pelaksanaannya sekadar melepas batuk di tangga.

Kerajaan Pakatan Harapan dilihat lebih serius menangani rasuah. Tun Mahathir berulangkali bercakap tentang kesan buruk rasuah terhadap negara. Hasilnya dalam masa tidak sampai setahun, kerajaan telah berjaya menjimatkan malah menyelamatkan jutaan ringgit wang rakyat dari ketirisan dan perbelanjaan yang tidak perlu.

Ramai pegawai-² atasan dan bawahan yang sudah biasa makan duit rasuah akan merasa sukar untuk mencari pendapatan sampingan hasil kegiatan rasuah, mendapat imbuhan dan sebagainya oleh mereka yang mendapat kontrak.

Malah kontrak secara rundingan terus tidak lagi diamalkan di era kerajaan baharu ini kecuali dalam beberapa projek yang terpaksa diselamatkan atau diteruskan.

Akibat dari rasa tidak puas hati ini, berlaku sabotaj atau tidak mahu memberikan kerjasama kepada ‘government of the day’ sebagai isyarat protes mereka kerana tidak lagi dapat menikmati kelebihan² yang mereka sudah biasa nikmati sebelum ini. Ini diakui sendiri oleh Tun Mahathir dalam wawancara bersama media semalam.

Kesannya turut dirasai oleh rakyat bawahan yang selama ini disogok dengan wang BR1M yang kian ditambah jumlahnya setiap tahun, kali ini jumlahnya dikurangkan dan hari ini ramai yang tidak pasti adalah Bantuan SAra Hidup (nama baru kepada BR1M) masih wujud di era kerajaan Pakatan.

Kita harus melihat ini sebagai suatu perkembangan yang positif. Pengurangan bantuan sara hidup atau pemnaushan sekalipun tidak membuat rakyat hidup melarat selagi mereka punya tulang empat kerat dan mampu mencari nafkah hidup dengan kudrat yang diberikan.

Tun Mahathir terkenal dengan prinsipnya tidak suka memberi wang secara percuma tanpa bekerja. Beliau mahu warga marhaen rajin bekerja, dengan bekerja keras negara bertambah maju dan ekonomi tumbuh. Itulah cara Tun. Tambahan, hakikatnya rakyat selama ini tidak sedar bahawa wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang mereka terima bukanlah hasil dari kekayaan negara sebaliknya dari wang yang dipinjam. Yang menanggung hutang adalah anak cucu mereka juga, tapi ramai yang tidak sedar dan tidka mahu ambil peduli.

Kita patut membuang sikap sebegini yang memetingkan diri sendiri, kelak generasi akan datang yang akan mencemuh kita.

Sudah tiba masanya kita terus bergerak ke hadapan dan hentikan perbincangan² yang menjurus kepada cubaan untuk membuat perbandingan di antara kerajaan setahun jagung dengan kerajaan selama 6 dekad. Ia sudah pasti satu pertandingan yang berat sebelah.

Lebih baik berikan kerjasama kepada kerajaan yang ada pada hari ini dan berganding bahu untuk melihat Malaysia baru yang lebih baik dari hari² yang telah berlalu. Lupakan kisah hitam yang lalu bersama-sama bergerak menuju cita-cita untuk mencapai kemajuan ekonomi yang lebih pesat, membuka lebih peluang pekerjaan dan memberi pendapatan yang lebih baik kepada setiap rakyat Malaysia.


Kulup Lembang adalah kolumnis tetap halaman kami. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan rasmi Independent.

]]>
Beza Antara Malaysia Baharu dan Lama https://independent.my/beza-antara-malaysia-baharu-dan-lama/ Sat, 04 May 2019 08:10:16 +0000 https://independent.my/?p=5405 Reading Time: < 1 minuteFoto oleh Malay Mail ULASAN | Kalau dahulu, kawasan sekitar Masjid Jamek, Sogo, Kompleks Pertama sangat sinonim dengan gerakan reformasi dan gerakan parti pembangkang ketika itu, hari ini kita melihat situasi itu sudah terbalik. Kini parti pembangkang dipelopori oleh UMNO dengan kerjasama dari parti PAS yang terus rela menjadi pembangkang selama-lamanya disertai NGO beberapa lain […]]]>

Reading Time: < 1 minuteFoto oleh Malay Mail

ULASAN | Kalau dahulu, kawasan sekitar Masjid Jamek, Sogo, Kompleks Pertama sangat sinonim dengan gerakan reformasi dan gerakan parti pembangkang ketika itu, hari ini kita melihat situasi itu sudah terbalik.

Kini parti pembangkang dipelopori oleh UMNO dengan kerjasama dari parti PAS yang terus rela menjadi pembangkang selama-lamanya disertai NGO beberapa lain pula menggunakan kawasan sekitar Sogo dan Masjid Jamek untuk menyatakan bantahan terhadap kerajaan yang dikuasai Pakatan Harapan.

Bermula dari perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) tahun lalu, hari ini golongan ini cuba mengambil kredit dari pertikaian antara pihak kerajaan dengan istana Johor.

Begitulah kuasa Allah. Tiada siapa sangka parti yang memerintah selama 61 tahun berjaya ditumbangkan dan hari ini giliran mereka pula merasai apa yang dilalui oleh pembangkang semasa mereka memerintah.

Cuma berbeza dari perhimpunan² yang dianjurkan oleh pembangkang ketika era Mahazalim, Pak Lah dan Najib, hari ini pentadbiran Malaysia Baharu diketuai Tun Mahathir (melalui KDN diketuai oleh TS Muhyiddin Yasin) dengan mudah memberi laluan dan permit untuk mereka berhimpun menyatakan bantahan tanpa gangguan dari pihak berkuasa. Apatah lagi tidak berlaku sebarang ancaman atau tindakan kekerasan dari pihak berkuasa.

Itulah bezanya cara mereka yang takut kepada gerakan rakyat sendiri menangani gerakan massa dengan mereka yang yakin berada di pihak yang benar tidak ada apa² yang hendak ditakuti. ~ Kulup Lembang


Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan rasmi Independent

]]>
Kempen Minum Sawit: Rakyat M’sia Dah Minum Bercawan² Sejak Sekian Lama https://independent.my/kempen-minum-sawit-rakyat-msia-dah-minum-bercawan%c2%b2-sejak-sekian-lama/ Tue, 23 Apr 2019 19:41:57 +0000 https://independent.my/?p=5319 Reading Time: 2 minutesBaru² ini heboh tentang kempen minum sesudu minyak kelapa sawit yang disarankan oleh Tun Mahathir lanjutan dari kempen Sayangi Sawitku oleh Kementerian Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan. “Kita harap semua dari kita akan minum satu sudu kelapa sawit sehari” kata Tun sambil memuji langkah yang diambil oleh kementerian itu. Tok Mat di dalam kempen di PRK […]]]>

Reading Time: 2 minutesBaru² ini heboh tentang kempen minum sesudu minyak kelapa sawit yang disarankan oleh Tun Mahathir lanjutan dari kempen Sayangi Sawitku oleh Kementerian Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

“Kita harap semua dari kita akan minum satu sudu kelapa sawit sehari” kata Tun sambil memuji langkah yang diambil oleh kementerian itu.

Tok Mat di dalam kempen di PRK Rantau tidak melepaskan peluang menyindir pemimpin Pakatan Harapan dengan soalan sindiran “dah minum atau belum satu sudu kelapa sawit?”

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata Perdana Menteri menyeru rakyat menjadi duta produk minyak sawit negara terutama minyak sawit dara (virgin palm oil) yang kaya dengan vitamin E.

Teresa cuba meyakinkan orang ramai bahawa terdapat kajian yang dilakukan oleh pakar nutrisi di China yang mendakwa minyak sawit merah boleh memperbaiki penglihatan.

Malah kajian oleh Harvard juga mendapati minyak sawit adalah lebih baik dari marjerin yang mengandungi lemak trans tinggi dan adalah pilihan lebih baik berbanding mentega.

Di sini, Kulup bukan nak nak turut berkempen mengajak orang ramai minum minyak sawit dara. Kulup cuma nak bagi tahu semua bahawa rakyat Malaysia dah lama minum minyak sawit, mungkin sudah berpuluh tahun sejak merdeka lagi. Cuma mereka tidak sedar atau tidak diberitahu. Minyak sawit yang diminum oleh rakyat Malaysia ini bukan saja minyak sawit dara, malah mungkin minyak tua yang telah melalui pelbagai peringkat penapisan dan pemprosesan.

Masih tak percaya cakap Kulup? Lihat dan bacalah apa yang tertulis pada label senarai ramuan susu pekat manis tempatan yang digunakan untuk membancuh teh tarik.

“Minyak kelapa sawit yang bertapis dan vitamin-vitamin.”

Bukan saja dalam susu pekat manis, malah di dalam serbuk krimer atau dalam bentuk cecair juga menggunakan produk dari minyak sawit.

Jadi, Kulup tidak hairan dan tidak ada apa yang pelik tentang meminum minyak sawit. Hampir semua orang hampir setiap warga Malaysia tidak kira bangsa sudah meminum minyak sawit bersudu-sudu sehari sejak bertahun-tahun lamanya tanpa mereka sedari. Kulup sebenarnya dah lama tak minum teh tarik atau teh ais kerana Kulup tahu susu pekat manis mengandungi kandungan gula dan minyak yang tinggi. Sekali-sekala, sesudu sehari itu mungkin boleh dimaafkan. Tapi tidak secawan sehari.

Mereka yang menggunakan isu ini untuk menyindir kononnya meminum minyak sawit dianggap lucu sebenarnya tidak sedar bahawa mereka sendiri kemungkinan besar sudah minum berliter-liter minyak sawit sejak bertahun-tahun lamanya. Ibarat ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang dengan tahi.  ~  Kulup Lembang


Tulisan ini hanya pendapat peribadi penulis tidak ada kena mengena dengan pendapat atau pandangan rasmi Independent.

]]>
PRK Rantau – Anwar Harus Belajar Dari BN https://independent.my/prk-rantau-anwar-harus-belajar-dari-bn/ Sat, 13 Apr 2019 15:45:35 +0000 https://independent.my/?p=5139 Reading Time: 2 minutesULASAN | Kekalahan Pakatan Harapan di Rantau memang sudah dijangka kerana ia merupakan kerusi tradisi Datuk Seri Mohamad Hassan (Tok Mat). Namun percaturan meletak calon untuk menandingi Tok Mat telah mendedahkan kelemahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri kerana gagal memilih calon yang mampu mengalahkan Tok Mat atau sekurang-kurangnya memberi cabaran sengit. Seperti yang Kulup Lembang […]]]>

Reading Time: 2 minutesULASAN | Kekalahan Pakatan Harapan di Rantau memang sudah dijangka kerana ia merupakan kerusi tradisi Datuk Seri Mohamad Hassan (Tok Mat). Namun percaturan meletak calon untuk menandingi Tok Mat telah mendedahkan kelemahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri kerana gagal memilih calon yang mampu mengalahkan Tok Mat atau sekurang-kurangnya memberi cabaran sengit.

Seperti yang Kulup Lembang pernah bercerita dahulu, corak pengundian masih tidak dapat lari daripada pengaruh etnik. 

Tok Mat memperolehi 10,379 undi – hampir mewakili 100 peratus undi Melayu di kawasan itu. Ke mana pergi penyokong dan ahli parti PKR berbangsa Melayu dalam hal ini? Adakah merka tidak turun mengundi atau PKR tidak mempunyai anggota parti Melayu di DUN Rantau? Mustahil. 

Kulup Lembang percaya antara faktor utama kemenangan BN ialah DUN tersebut merupakan kubu kuat BN sejak sekian lama, ditambah pula ia ditandingi oleh Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat, pemimpin yang disayangi dan disenangi di kawasannya.

Faktor kedua yang mendorong kepada kekalahan PH ialah calon PH sendiri dari PKR. Sebelum berlangsung pilihanraya kecil di sini, terdapat protes dari anggota parti mereka sendiri yang menuntut bahawa seseorang yang lain lebih layak menjadi calon berbanding Dr. Streram. Selain itu terdapat 10 nama disenarai pendek untuk dijadikan calon Rantau. Akhirnya, PH memilih calon yang sama pada PRU-14 yang lalu. 

Faktor ketiga, kembali kepada faktor perkauman. DUN Rantau mempunyai 55% jumlah pengundi Melayu dan kaum India hanya 27%, tetapi PKR meletakkan calon dari kaum India. Ini kesalahan yang patut dibebankan ke bahu Anwar. Beliau harus bertanggungjawab terhadap kekalahan PH di Rantau. 

Lihat bagaimana BN meletakkan calon dari kaum Orang Asli dalam PRK Cameron Highland yang pada asalnya adalah kerusi yang dipegang oleh MIC. Strategi BN memang menjadi menandakan mereka ada membuat homework atau kajiselidik tentang sentimen dan isu tempatan yang berkait dengan Cameorn Highland itu sendiri.  Anwar pula lebih mengutamakan nilai-nilai sentimental kononnya Dr. Streram telah berjasa kepada parti kerana berjaya membawa kepada pilihanraya semula diadakan – seolah-olah parti telah terhutang budi kepada Dr. Streram.

“Dr. Streram dinafikan hak semasa PRU-14 lalu sehingga membawa kepada keputusan di mahkamah dan PRK perlu diadakan semula.

“Maka, itu juga menjadi faktor kenapa beliau dipilih di kerusi yang mempunyai majoriti 27 peratus pengundi India itu,” katanya seperti yang dipetik dari laporan sebuah akhbar tempatan sebaik beliau mengumumkan Dr. Streram sebagai calon Pakatan Harapan pada 11 Mac lalu. 

Cukuplah setakat ini ulasan pantas dan ringkas dari Kulup. 


Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendapat rasmi Independent. 

 

]]>
Perkampungan Bunian Di Kawasan Perkelahan Ulu Chepor? https://independent.my/perkampungan-bunian-di-kawasan-perkelahan-ulu-chepor/ Thu, 11 Apr 2019 01:24:46 +0000 http://independent.my/wp/?p=5113 Reading Time: 3 minutesHeboh seMalaysia berkenaan kehilangan Acap, ada yang kaitkan dengan orang bunian – kali ni Kulup Lembang nak juga bercerita kisah dan pengalaman Kulup Lembang yang ada kaitan dengan orang bunian. Kisah Kulup ni tak lah realiti, cuma Kulup dapat alamat dalam mimpi. Dulu, Kulup suka pergi ke kawasan perkelahan di Ulu Chepor. Maklumlah, rumah Kulup […]]]>

Reading Time: 3 minutesHeboh seMalaysia berkenaan kehilangan Acap, ada yang kaitkan dengan orang bunian – kali ni Kulup Lembang nak juga bercerita kisah dan pengalaman Kulup Lembang yang ada kaitan dengan orang bunian.

Kisah Kulup ni tak lah realiti, cuma Kulup dapat alamat dalam mimpi. Dulu, Kulup suka pergi ke kawasan perkelahan di Ulu Chepor. Maklumlah, rumah Kulup pun tak jauh dari situ. Kulup selalu masuk dengan kawan-kawan orang kampung. Kawasan perkelahan Ulu Chepor ni terkenal dengan air sungainya yang sejuk dikelilingi pokok-pokok hutan semulajadi. Sungainya agak cetek, tak sesuai untuk menyelam.

Pernah satu masa Kulup mandi di kawasan hilir sungai, tempatnya tak jauh dari kawasan orang ramai, Kulup terbau limau purut yang kuat. Bau tu datang secara tiba-tiba. Waktu tu dah petang. Kulup buat keputusan untuk berhenti mandi dan naik ke tebing.

Kalau Kulup pergi ke kawasan sungai ni, biasanya Kulup akan meneroka kawasan-kawasan yang jarang orang ramai pergi atau lalu. Kulup pernah naik sampai ke kawasan empangan lama jauh di atas. Nak pergi ke sana, kena bawa parang atau sabit atau alat yang sesuai untuk tebas laluan. Memang tidak ada laluan yang selesa.

Kulup pergi dan bila sampai di atas, kawan-kawan turun mandi. Di atas sana, terdapat batu besar atau lata yang tak ramai orang tahu. Di bawah batu besar itu ada lubuk dan air yang dalam, jadi kalau nak berenang atau menyelam, di sini tempatnya.

Selesai meneroka, kawan-kawan pun dah mandi, kami pulang melalui laluan yang sama yang kami tebas pada awal tadi.

Malamnya, Kulup bermimpi kembali ke sana dengan orang-orang kampung. Kali ini, dalam mimpi, Kulup pergi lebih jauh ke atas. Sampai di satu tempat, Kulup jumpa sebuah jambatan yang cantik yang dibuat untuk dilalui manusia. Bukan jambatan untuk kenderaan.

Kulup melalui melepasi jambatan itu hingga sampai ke suatu kawasan perkampungan yang sangat cantik. Ia seolah-olah sebuah perkampungan tradiional Melayu yang tenang, aman dan damai. Kulup melihat suatu komuniti manusia, lelaki dan perempuan berkulit cerah yang memakai pakaian serba putih yang tidak mempunyai wajah. Ya, tubuh mereka sempurna, tapi wajah mereka tiada. Kosong. Pakaian lelaki seperti pakaian orang menunaikan haji di Mekah manakala perempuan pula berjubah labuh dengan ikatan tali di bahagian pinggang serta menutup kepala mereka sekadar berselendang putih, bukan bertudung. Ada yang tidak berselendang nampak rambutnya yang panjang.

Kulup melalui kawasan yang tak pernah dilihat sebelum ini. Dengan kampung yang serba indah, menghijau, cerah terang benderang kawasannya, Kulup lihat seperti padang menghijau dengan permukaan yang beralun-alun seperti bukit kecil. Padang rumputnya begitu cantik seperti sentiasa dipotong atau dimesin dengan mesin potong rumput dan dijaga rapi.

Di atas setiap bukit dan celah-celah lembah terdapat pondok kayu yang sangat cantik seperti tempat beristirehat. Pondok-pondok itu seperti terbuat dari kayu jati. Kulup melalui beberapa pondok kayu yang cantik dan disambut seorang tua berpakaian serba putih. Kulup tidak nampak wajahnya tapi Kulup merasai seperti sudah diberitahu bahawa itu seorang tua. Beliau tidak bercakap sepatah perkataan pun tapi dari gerak tubuh mereka Kulup tahu mereka menyambut kedatangan Kulup dengan senang hati.

Kulup dilayan sebagai seorang tetamu istimewa. Dihidang dengan makanan yang sedap-sedap dan berbagai hidangan. Kulup nikmati setiap saat itu dengan rasa pelik tapi gembira.

Sampai masa, Kulup minta diri untuk pulang. Mereka menghantar Kulup kembali melalui kawasan lembah menghijau yang dihiasi dengan pondok-pondok kayu seperti terbuat dari kayu jati itu hingga sampai ke jambatan.

Kulup melambaikan tangan mengucap selamat tinggal dan amat berat rasanya meninggalkan kawasan itu.

Akhirnya Kulup terbangun dari tidur dan Kulup masih ingat kandungan mimpi itu dan dapat berkongsi dengan pembaca semua hari ini.

Sekian.


Tulisan di atas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya selari dengan prinsip dan kepercayaan pihak Editorial Independent.

]]>