Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Kolumnis – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Wed, 26 Jul 2023 22:59:31 +0000 en-US hourly 1 Perginya Seorang Sahabat Dan Pemimpin Hebat https://independent.my/perginya-seorang-sahabat-dan-pemimpin-hebat/ Mon, 24 Jul 2023 15:09:19 +0000 https://independent.my/?p=12037 Reading Time: 2 minutesKami akan merindui persahabatan ini, semua yang mengenali beliau akan bersetuju dengan saya, Salehudin adalah seorang yang jujur dalam kata-katanya dan sangat menghormati kawan dan lawan dan setia dengan janjinya. Semoga Allahyarham dibariskan bersama golongan solehin dan mendoakan Rahmat Allah mencucuri ke atas ruhnya. Al Fatihah…. Datuk Seri Sen. Dr. Mujahid Yusof RawaNaib Presiden AMANAH]]> Reading Time: 2 minutes
  1. Seorang sahabat setia yang saya diberi penghormatan berkhidmat di bawah kepimpinannya semasa dalam Pemuda PAS dahulu dan dalam AMANAH. Seorang yang senantiasa mencari titik perdamaian samada dalam masalah dalaman parti mahupun di luar parti. Beliau bersedia menjadi duta damai meredakan konflik antara kepimpinan mahupun dengan lawan.
  2. Kali terakhir bersamanya ialah pada 20 Jun baru ini dalam pertemuan santai makan tenghari meraikan kami ahli dewan negara dari AMANAH. Turut hadir YB Sen. Hasbi Muda dan YB Sen. Datok Wira Dr. Hatta Ramli. Kami berbual mesra tiada yang serius hanya makan dan tawa mengenangkan sejarah bersama dari PAS hingga ke AMANAH.
  3. Saya sempat bermusafir beberapa kali dengan beliau dalam dan luar negara. Semuanya untuk tujuan memperkenalkan perjuangan samada bersama PAS mahupun semasa bersama AMANAH. Beliau punya citarasa berjenaka dalam banyak kisah yang dikongsinya bersama walaupun ketika majlis resmi beliau kelihatan serius dalam penampilannya.
  4. Kami berkongsi perjalanan spiritual bersama ketika mengharungi saat-saat kepimpinan yang diuji dengan pelbagai kerenah dalaman dan luaran parti. Salehudin seorang yang menjaga waktu solat dan konsisten dengan solat dhuha. Sesekali beliau ajak sembang soal-soal yang membangkitkan jiwa, soal zikir dan alam kerohanian guna untuk jadi vitamin kepada permasalahan kepimpinan yang kami kongsi  bersama sesama rakan kepimpinan.
  5. Sedih dan pilu mengenangkan sahabat bernama Salehudin Ayub yang pergi pada saat kepimpinannya diperlukan untuk mengharungi medan pertarungan PRN. Allah lebih Mengetahui dan takdir Allah lebih besar dari perasaan mana-mana hambaNya. Allahyarham meninggalkan legasi Menu Rahmah yang memenfaatkan golongan yang memerlukan. Senantiasa memerah kederatnya untuk memenuhi amanah meringankan beban kos sara hidup rakyat. Semoga doa mereka mengiringi sahabatku Salehudin sebagai bekalan amal solehnya mengadap Rabbul I’zzah. Amin..

Kami akan merindui persahabatan ini, semua yang mengenali beliau akan bersetuju dengan saya, Salehudin adalah seorang yang jujur dalam kata-katanya dan sangat menghormati kawan dan lawan dan setia dengan janjinya. Semoga Allahyarham dibariskan bersama golongan solehin dan mendoakan Rahmat Allah mencucuri ke atas ruhnya. Al Fatihah….

Datuk Seri Sen. Dr. Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH

]]>
Bijak… Bijak… Siapalah Gurunya! https://independent.my/bijak-bijak-siapalah-gurunya/ Thu, 24 Nov 2022 19:51:54 +0000 https://independent.my/?p=11905 Reading Time: 2 minutesSengaja aku menulis hal ini hasil pemerhatian aku. Tiada kena-mengena dengan kecenderungan ideologi ke arah mana-mana parti. Ianya hanya ulasan dari pemerhatian. Sebenarnya ini yang disebut cui bono, istilah latin yang bermaksud siapa yang mendapat faedah dari turutan peristiwa yang telah dan akan berlaku Boleh dikatakan semua orang kena tipu dengan gameplan si Z dan […]]]> Reading Time: 2 minutes

Sengaja aku menulis hal ini hasil pemerhatian aku. Tiada kena-mengena dengan kecenderungan ideologi ke arah mana-mana parti. Ianya hanya ulasan dari pemerhatian.

Sebenarnya ini yang disebut cui bono, istilah latin yang bermaksud siapa yang mendapat faedah dari turutan peristiwa yang telah dan akan berlaku

Boleh dikatakan semua orang kena tipu dengan gameplan si Z dan si A. Bukanlah niat mereka mahu menipu, tetapi ini adalah helah yang disebut strategi. Mereka ada suatu misi yang besar yang tidak boleh diketahui oleh musuh, kecuali jika ia dapat dipintas oleh pihak inteligen.

1. Akta anti lompat parti diperkenalkan – berkuatkuasa 5 Oktober. Parlimen terbubar 10 Oktober

2. Akta anti lompat parti ini kesempatan terbaik dijadikan alat untuk membuatkan ahli parlimen dalam keadaan tersepit. tidak boleh nak lari ke mana-mana parti. Mereka terikat kepada parti masing-masing. Kalau tak setuju dengan parti, sila kosongkan kerusi!

3. Sebelum pilihan raya, si Z dah buang siap-siap orang yang dilihat ada potensi melawan perancangan dia, seperti Sahadon MatSim, Nor Osman, Anuar Kerteh, K. Jol, dll. Dalam hal ini, K. Jol seolah daging mentah yang dihumban ke dalam sangkar buaya 😆😂- Satu tindakan yang memang ingin membunuh kariernya. Jangan lupa K. Jol pernah bertanding untuk merebut kerusi Presiden parti.

4. Si Z mempersiapkan watikah pencalonan beserta surat akuan bersumpah yang menetapkan syarat-syarat yang agak di luar kebiasaan membuatkan ahli parlimen yang menang sedia menyerahkan segala-gala tindakan, keputusan penting parti ke tangan Pengerusi parti iaitu si Z.

*Jika berhasrat untuk bertindak sebaliknya, maka hilanglah kerusi empuk yg baru dimenangi

5. Si Z sebenarnya tak kisah dan tak peduli kehilangan banyak kerusi. Yang penting dirinya terus menggenggam kuasa untuk terus menjadi presiden.

Sebenarnya ini bukanlah perancangan jangka masa pendek. Pasti ini telah dirancang sejak sekian lama, kita sahaja yang lalai.

Di akhirnya, perancangan si Z memang menjadi 100%. Inilah yang dipanggil master strategist.. Setiap langkah, dia tetap menjadi Master. Licik, brilliant. genius. Bijak.. bijak.. siapalah guru dia 😁😁🤣

Walau apa pun, kita harap Malaysia akan terus aman, sejahtera, maju dan progresif selepas ini.

~ Si Kulup Kembang

Tulisan ini tiada kena-mengena dengan sesiapa dan tidak mewakili pandangan rasmi Independent

]]>
Isu Lapok Perkauman, Agama Dikitar Semula Tiap Kali PRU https://independent.my/isu-lapok-perkauman-agama-dikitar-semula-tiap-kali-pru/ Mon, 07 Nov 2022 10:34:10 +0000 https://independent.my/?p=11815 Reading Time: < 1 minuteSeorang veteran PKR, Datuk Bakeri Abdul Rahim berpendapat kedua-dua isu ini sengaja dimomokkan untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu di Parlimen Tambun sebagai modal bagi meraih undi rakyat. “Namun saya optimis para pengundi termasuk pengundi muda tidak mudah termakan hasutan dan fitnah pihak lawan, ” katanya kepada Independent. Bakri yang telah berjuang bersama-sama Anwar sejak tahun 90-an […]]]> Reading Time: < 1 minute

Chemor – Isu perkauman dan agama yang dilemparkan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah isu basi murahan yang ‘dikitar semula’.

Seorang veteran PKR, Datuk Bakeri Abdul Rahim berpendapat kedua-dua isu ini sengaja dimomokkan untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu di Parlimen Tambun sebagai modal bagi meraih undi rakyat.

“Namun saya optimis para pengundi termasuk pengundi muda tidak mudah termakan hasutan dan fitnah pihak lawan, ” katanya kepada Independent.

Bakri yang telah berjuang bersama-sama Anwar sejak tahun 90-an berpendapat rakyat sudah muak dengan permainan kotor pihak lawan yang kini semakin terdesak dalam kempen mereka untuk meraih sokongan rakyat.

Beliau berkata sudah tiba masanya sistem dan dasar pentadbiran negara dirombak supaya lebih telus dan ikhlas dalam membela nasib dan masa depan rakyat.

Beliau sedih dan kecewa kerana belum pernah dalam sejarah negara berlaku warga mengibar bendera putih semasa wabak Covid-19 dan paling malang berlaku banyak kes kematian akibat bunuh diri, lebih-lebih ia berlaku di kalangan orang Islam.

“Sudah tiba masanya rakyat bangkit merubah sistem pentadbiran negara kepada satu dasar baru yang lebih berkesan sekaligus membela nasib rakyat berbilang kaum di negara ini.

Bakeri ditemui semasa majlis ramah mesra Pertubuhan Kebajikan Amal Yaqin Bersaudara Ipoh Perak di sini pada Sabtu. Beliau merupakan Penasihat kepada pertubuhan itu.

]]>
Ada Sesuatu Yang Membusuk Di Negara Ini https://independent.my/ada-sesuatu-yang-membusuk-di-negara-ini/ Fri, 07 Jan 2022 15:26:54 +0000 http://independent.my/?p=11527 Reading Time: 2 minutes1. Apabila kejahatan mereput ia umpama bangkai yang baunya naik ke atas menusuk deria dan memualkan. Demikianlah sesebuah negara apabila kejahatannya sudak memuncak ia mereput dan membusuk, bangkai rasuah walau disembunyikan, baunya sudah melata dihidu rakyat. 2. Krisis hilang kepercayaan yang melanda SPRM membimbangkan rakyat apabila Ketua Pesuruhjaya terpalit dengan tuduhan bercanggah kepentingan sedangkan beliau […]]]>

Reading Time: 2 minutes1. Apabila kejahatan mereput ia umpama bangkai yang baunya naik ke atas menusuk deria dan memualkan. Demikianlah sesebuah negara apabila kejahatannya sudak memuncak ia mereput dan membusuk, bangkai rasuah walau disembunyikan, baunya sudah melata dihidu rakyat.

2. Krisis hilang kepercayaan yang melanda SPRM membimbangkan rakyat apabila Ketua Pesuruhjaya terpalit dengan tuduhan bercanggah kepentingan sedangkan beliau adalah barisan hadapan anti-rasuah. Lebih memualkan ialah penjelasan Ketua Pesuruhjaya tersebut membuka lagi pekung betapa busuknya nilai integriti di negara ini.

3. Tidaklah pelik hal Ketua Pesuruhjaya SPRM ini kerana semuanya bermula dengan pemimpin no 1 negara yang hilang rasa bersalah kepada rasuah, salahguna kuasa dan sogokan pangkat. Perangai ‘muka selamba’ mantan PM yang disabit kesalahan terhadap semua jenayah ini diwajarkan dengan nama perjuangan untuk membela Melayu dan disambut oleh suara ‘Melayu-Isle’ atas asalkan bukan Anwar, Dap dan PH.

4. Rakyat dijampi oleh pejuang Melayu-Isle dengan mentera ‘No Anwar’ ‘No DAP’, ‘Pakatan Hancing’ sedangkan bau busuk bangkai mereput dari jenayah rasuah, khianat dan membeli kesetiaan dengan kedudukan dan pangkat dipekakkan dan dibutakan!

5. Rasuah adalah bangkai dan pelakunya adalah pemakan bangkai tiada bezanya haram rasuah dengan haram bangkai dalam Syariat Islam. Malah bangkai rasuah lebih keji kerana kesannya kepada negara sangatlah keji dan memusnahkan kehidupan rakyat. Bangkai rasuah perlu dibuat dengan perancangan, taktik, membeli saksi dan menipu, makan bangkai hakiki tak perlu semua itu!

6. Rakyat perlu berada dibelakang mereka yang mahu buangkan bangkai membusuk ini, pemimpin dari semua parti politik harus bersatu tekad, bersatu hati dan bersatu tindakan untuk melihat musuh utama negara yang kini membusuk sampai ke langit negara. Bebaskan diri dari mentera Melayu-Isle yang memukau atas nama Islam dan Melayu sedangkan negara dalam bahaya angkara pemakan bangkai ini. Inilah masanya semua parti politik bangkit dari lamunan mereka dengan keselesaan kelompok masing-masing atau cuba menjadi juara syiok sendiri!

7. UMNO,BN mahu pun PH perlu berhimpun serentak membuat kata putus selamatkan negara kerana bangkai dah membusuk. Lupakan Keluarga Malaysia mahupun Abah yang sudah hilang deria baunya dan masih bernafas selamba sedangkan rakyat menutup hidung bau bangkai yang membusuk. Harapannya ialah semua parti politik harus duduk semeja dan lakukanlah sesuatu yang bermakna kepada rakyat!

Kontraversi Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah kemuncak loceng amaran, jika masih selamba lagi mungkin kita akan jadi rakyat yang sudah hilang maruah, hilang rasa malu kepada kejahatan dan hilang jatidiri kita sebagai manusia. Nabi bersabda:

” Jika kamu tiada rasa malu, maka lakukakanlah apa sahaja yang kamu mahu”

Jangan berdiam diri, hapuskan bangkai yang membusuk!

DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Parit Buntar
Pengerusi PH Perak

7 Jan 2022

]]>
Kekal Dan Pulihara Kawasan Bersejarah Serta Warisan Kuala Punti https://independent.my/kekal-dan-pulihara-kawasan-bersejarah-serta-warisan-kuala-punti/ Wed, 15 Dec 2021 07:36:02 +0000 https://independent.my/?p=11473 Reading Time: 2 minutesIsu hendak memusnahkan hutan pantai untuk tujuan cadangan pembinaan balai cerap di Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (KSAS Tahap 1) oleh Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) masih belum ditangani, tiba-tiba timbul pula isu cadangan pembinaan masjid di Lot 14801, Kuala Punti, Pangkalan Pegoh, Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta, Perak. Mengikut Pemberitahuan Bil. 1734 yang […]]]> Reading Time: 2 minutes

Isu hendak memusnahkan hutan pantai untuk tujuan cadangan pembinaan balai cerap di Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 (KSAS Tahap 1) oleh Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) masih belum ditangani, tiba-tiba timbul pula isu cadangan pembinaan masjid di Lot 14801, Kuala Punti, Pangkalan Pegoh, Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

Mengikut Pemberitahuan Bil. 1734 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan ‘Federated Malay States’ (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu) bertarikh 3 September 1910 telah merizabkan tanah di Lot 14801, Wilayah Kampung Kuala Punti, Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta seluas 5 ekar 1 rod 38 pole sebagai tapak tanah perkuburan Islam.

Berdasarkan sumber rujukan yang boleh dipercayai, Tanah Perkuburan Islam Kuala Punti dan persekitarannya mempunyai kaitan dengan sejarah dan warisan penempatan awal Melayu di Ipoh, warisan Diraja serta serta sejarah perdagangan bijih timah sebelum zaman penjajah iaitu penglibatan Melayu dalam kegiatan perlombongan bijih timah.

Apabila dirujuk kepada Rancangan Tempatan Ipoh 2020 (RT Ipoh 2020) pula, telah terdapat rizab masjid yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari Tanah Perkuburan Islam Kuala Punti.

Persoalannya, mengapa cadangan projek masjid hendak dilaksanakan juga di Tanah Perkuburan Islam Kuala Punti sedangkan untuk jangka masa panjang keperluan tanah perkuburan Islam adalah semakin mendesak dan tanah-tanah perkuburan sedia ada di kawasan berhampiran semakin terhad.

FIKIR-FIKIRKANLAH, BANGSA MELAYU SENDIRI YANG HENDAK MEMUSNAHKAN KEPENTINGAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM

Meor Razak

Aktivis, Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia

]]>
Tun: Saya Sedia Membantu https://independent.my/tun-saya-sedia-membantu/ Wed, 02 Dec 2020 09:39:30 +0000 https://independent.my/?p=10963 Reading Time: < 1 minute1. Saya dimaklumkan seramai sepuluh (10) orang pengundi berdaftar Parlimen Gombak telah memulakan satu tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Gombak Dato’ Seri Azmin Ali yang merupakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi kerajaan Perikatan Nasional. 2. Berdasarkan kandungan Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif tersebut, saya dinasihatkan oleh Peguam bahawa tindakan ini diambil kerana […]]]> Reading Time: < 1 minute

1. Saya dimaklumkan seramai sepuluh (10) orang pengundi berdaftar Parlimen Gombak telah memulakan satu tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Gombak Dato’ Seri Azmin Ali yang merupakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi kerajaan Perikatan Nasional.

2. Berdasarkan kandungan Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif tersebut, saya dinasihatkan oleh Peguam bahawa tindakan ini diambil kerana Dato’ Seri Azmin didakwa memungkiri sumpah setia selaku ahli Parlimen, mengabaikan amanah pengundi-pengundi kawasan Gombak untuk kepentingan diri dan tidak menghiraukan janji yang dibuatnya semasa kempen pilihan raya ke-14, dan melakukan kesalahan tort penipuan (committed tort of deceit).

3. Saya dapati Pernyataan Tuntutan mengandungi antara lain Langkah Sheraton dan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional memecah belah gabungan Pakatan Harapan, Kerajaan yang sah yang dipilih oleh Rakyat.

4. Terdapat juga pernyataan bahawa saya tidak menghadiri pertemuan di Hotel Sheraton pada 23.2.2020.

5. Juga dinyatakan saya telah meletak jawatan pada 24.02.2020. Ini adalah seperti selalu saya tekankan bahawa perpecahan gabungan PH adalah akibat dari Langkah Sheraton.

6. Terdapat juga pernyataan bahawa Dato’ Seri Azmin kini bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin dari BN termasuk mereka yang telah dan/atau masih menghadapi tuduhan-tuduhan jenayah.

7. Kesemua perkara yang didakwa melalui tindakan yang difailkan ini telah pun saya nyatakan berulang kali.

8. Wakil rakyat atau Ahli Parlimen harus faham bahawa Rakyat memilih kita sebagai wakil mereka untuk bersuara di Parlimen dan memimpin mereka bukannya untuk kepentingan diri dan mendapatkan jawatan serta kuasa.

9. Mahkamah merupakan forum paling sesuai untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan oleh sepuluh Plaintif yang memfailkan tindakan ini. Saya melihat keberanian rakyat mempersoal kredibiliti dan integriti seorang Ahli Parlimen seperti Dato’ Seri Azmin sebagai satu proses mematangkan pendemokrasian negara.

10. Saya sedia menawarkan diri sebagai saksi di Mahkamah sekiranya keterangan saya diperlukan.

11. Saya sedia membantu.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Ahli Parlimen Langkawi2 Disember 2020

]]>
Tolak Anwar Sebagai Ketua Pembangkang https://independent.my/tolak-anwar-sebagai-ketua-pembangkang/ Thu, 26 Nov 2020 22:48:03 +0000 https://independent.my/?p=10904 Reading Time: 2 minutesAnwar Ibrahim@‘manusia berpenyakit’ aneh harus ditolak sebagai ketua pembangkang dalam dewan rakyat!! Dia adalah seorang pengkhianat dan tidak layak jadi ketua pembangkang!! ‘Mangkok hayun’ ini ketua pembangkang yang terima arahan dari Umno serta golongan kleptokrats!! Buat masa ini Anwar Ibrahim bekerja secara akrab dengan Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi!! Kenapa ahli-ahli PKR tidak pernah […]]]> Reading Time: 2 minutes

Anwar Ibrahim@‘manusia berpenyakit’ aneh harus ditolak sebagai ketua pembangkang dalam dewan rakyat!! Dia adalah seorang pengkhianat dan tidak layak jadi ketua pembangkang!! ‘Mangkok hayun’ ini ketua pembangkang yang terima arahan dari Umno serta golongan kleptokrats!!

Buat masa ini Anwar Ibrahim bekerja secara akrab dengan Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi!! Kenapa ahli-ahli PKR tidak pernah mempersoalkan tindakan bodoh serta jahat Anwar Ibrahim? Pada hari ini keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia dapat melihat dengan ‘mata kepala’ mereka sendiri bahawa Anwar Ibrahim amat akur serta tunduk pada pemmpin Umno!!

Mana pemimpin-pemimpin ‘otak udang’ PKR seperti Abdullah Sani, Johari Abdul, Saifuddin Nasution dan yang lain?! Dia sedang bekerjasama dengan Najib Tun Razak serta Zahid Hamidi untuk mengambil-alih kepimpinan negara dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN!! Apabila mendapat sokongan dari Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi serta agenda mereka berjaya maka presiden PKR ini akan membebaskan segala pertuduhan rasuah mahupun jenayah yang dihadapi oleh Najib Tun Razak serta juga Zahid Hamidi!!

Apakah rakyat Malaysia mengundi PH pada PRU14 yang lepas untuk mengizinkan parti-parti DAP dan PKR bekerjasama dengan golongan kleptokrat seterusnya membebaskan Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi?’

Inilah tumpuan gerak kerja Anwar Ibrahim pada hari ini!! Anwar Ibrahim cukup akrab dengan Najib Tun Razak mahupun Zahid Hamidi pada hari ini!! Manakala parti DAP pula sanggup menyokong Anwar Ibrahim walaupun mereka tahu presiden PKR ini sedang bekerjasama dengan tokoh-tokoh pemimpin kleptokrat Umno!! DAP terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim dan senantiasa izinkan presiden PKR ini terus memperbodohkan mereka!! Bukan saja Anwar Ibrahim selalu memperbodohkan DAP tapi turut memperalatkan DAP untuk kepentingan agenda politik rakusnya!!

Sebelum PRU14 kita lawan Najib Tun Razak, Zahid Hamidi dan BN secara bermati-matian bagi menegakkan kebenaran dari amalan rasuah!! Tapi kali ini Anwar Ibrahim sanggup mengkhianati amanah rakyat pada PH!! Mandat rakyat pada PH untuk singkirkan pemimpin-pemimpin korup seterusnya membina semula ‘Malaysia Baharu.’ Inilah akibatnya jika kita ada seseorang tokoh pemimpin yang banyak masalah untuk jadi ketua kita!! Bila musuh tahu kelemahan ketua yang bermasalah itu; senang untuk mengugut bagi memaksa kita mengikut ‘telunjuk’ mereka!!

Semua pemimpin kerajaan ‘tebuk atap’ PN tahu kelemahan Anwar Ibrahim dan mereka senang ‘cucuk hidungnya’ ditarik ke kanan ataupun ke kiri!! Sudah sampai masanya parti Amanah dan DAP mesti berani buat keputusan untuk keluar dari PH yang sudah menggadaikan prinsip perjuangan untuk kepentingan rakyat dan negara!! Kedua parti Amanah serta DAP harus bergabung dengan parti Pejuang ke arah mewujudkan satu barisan pembangkang yang kuat, berprinsip dan integriti!! Jika Amanah dan DAP terus bersama Anwar Ibrahim serta PKR; PRU15 nanti mereka bakal tenggelam buat selamanya bersama PKR!! Rakyat sudah tidak menghormati PKR dan DAP lagi pada hari ini!!

Barisan pembangkang harus cadangkan nama lain untuk menjawat jawatan ‘ketua pembangkang’ dan ‘sepak’ keluar Anwar Ibrahim kerana dia adalah pengkhianat yang sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik tanahair!!

Tulisan di atas adalah nukilan Khairuddin Abu Hassan dipetik dari laman sosial peribadiu beliau.

]]>
Bolehkah Mencetak Wang Sendiri Membantu Tingkatkan Ekonomi? https://independent.my/bolehkah-mencetak-wang-sendiri-membantu-tingkatkan-ekonomi/ Thu, 19 Nov 2020 05:40:05 +0000 https://independent.my/?p=10844 Reading Time: 3 minutesIni pernah berlaku di Zimbabwe, di Afrika, dan Venezuela, Amerika Selatan, ketika negara-negara ini mencetak lebih banyak wang untuk berusaha menjadikan ekonomi mereka berkembang. Ketika wang dicetak lebih banyak, harga naik lebih cepat, hingga negara-negara ini mulai menderita sesuatu yang disebut “hiperinflasi”. Ketika itulah harga meningkat dengan jumlah yang luar biasa dalam setahun. Ketika Zimbabwe […]]]> Reading Time: 3 minutes

Apabila sesebuah negara berusaha mahu meningkatkan ekonomi dengan mencetak lebih banyak wang, ia bukan idea yang baik. Kerana jika setiap orang mempunyai banyak wang, harga barangan akan meningkat. Dan mereka akan mendapati lebih banyak wang diperlukan untuk membeli jumlah barang yang sama.

Ini pernah berlaku di Zimbabwe, di Afrika, dan Venezuela, Amerika Selatan, ketika negara-negara ini mencetak lebih banyak wang untuk berusaha menjadikan ekonomi mereka berkembang.

Ketika wang dicetak lebih banyak, harga naik lebih cepat, hingga negara-negara ini mulai menderita sesuatu yang disebut “hiperinflasi”. Ketika itulah harga meningkat dengan jumlah yang luar biasa dalam setahun.

Ketika Zimbabwe dilanda hiperinflasi, pada tahun 2008, harga meningkat sebanyak 231,000,000% dalam satu tahun. Bayangkan, barang yang berharga satu dolar Zimbabwe sebelum inflasi akan menjadi 231 juta dolar Zimbabwe setahun kemudian.

Harga kertas mungkin bernilai lebih tinggi daripada nilai wang yang dicetak di atasnya.

Kenaikan harga

Untuk menjadi lebih kaya, sebuah negara harus membuat dan menjual lebih banyak barang – sama ada barang atau perkhidmatan. Ini menjadikannya selamat untuk mencetak lebih banyak wang, sehingga orang dapat membeli barang tambahan itu.

Sekiranya sebuah negara mencetak lebih banyak wang tanpa menghasilkan lebih banyak produk, maka harganya akan naik. Sebagai contoh, fikirkan barang antik dari tahun 1970-an, yang boleh bernilai tinggi.

Tidak ada yang membuat barang ini lagi. Oleh itu, walaupun semua orang mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan, itu tidak bermakna lebih banyak orang mampu membelinya. Penjual hanya akan menaikkan harganya.

Pada masa ini, ada satu negara yang boleh menjadi lebih kaya dengan mencetak lebih banyak wang, dan negara itu adalah Amerika Syarikat (negara yang sudah sangat kaya).

Ini kerana kebanyakan barang berharga yang dibeli dan dijual oleh negara-negara di seluruh dunia antara satu sama lain, termasuk emas dan minyak, diniagakan dalam dolar AS.

Oleh itu, jika AS mahu membeli lebih banyak barang, mereka benar-benar dapat mencetak lebih banyak dolar. Walaupun mencetak terlalu banyak, harga barang dalam dolar akan tetap naik.

Terlalu banyak, terlalu pantas

Sudah tentu, negara yang miskin hanya boleh mencetak mata wang mereka sendiri, bukan dolar AS. Dan jika mereka mencetak lebih banyak, harganya akan naik terlalu cepat, dan orang akan berhenti menggunakan wang itu.

Sebaliknya, orang akan menukar barang untuk barang lain, atau meminta dibayar dalam dolar AS. Itulah yang berlaku di Zimbabwe dan Venezuela, dan banyak negara lain yang dilanda hiperinflasi.

Venezuela berusaha melindungi rakyatnya dari hiperinflasi dengan mengeluarkan undang-undang untuk memelihara harga yang rendah pada barang yang sangat diperlukan orang, seperti makanan dan ubat-ubatan. Tetapi itu hanya bermaksud bahawa kedai dan farmasi akan kehabisan barang-barang itu dengan pantas.

Tetapi tidak benar bahawa negara tidak akan pernah menjadi lebih kaya dengan mencetak wang. Ini boleh berlaku, jika tidak mempunyai cukup wang untuk memulakannya. Sekiranya terdapat kekurangan wang, perniagaan tidak dapat menjual barangan, atau membayar gaji pekerjanya. Orang juga tidak boleh meminjam wang dari bank, kerana bank juga tidak mempunyai wang mencukupi.

Dalam kes ini, mencetak lebih banyak wang membolehkan orang membelanjakan lebih banyak, yang membolehkan syarikat menghasilkan lebih banyak, jadi ada lebih banyak barang untuk dibeli dan lebih banyak wang untuk membelinya.

Pada tahun 2008, berlaku krisis kewangan global, ketika bank kehilangan banyak wang, dan tidak dapat menghalang pelanggan mereka memilikinya. Nasib baik, kebanyakan negara mempunyai bank pusat, yang membantu menguruskan bank lain, dan mereka mencetak wang tambahan agar ekonomi mereka kembali bergerak.

Wang yang terlalu sedikit menjadikan harga jatuh. Tetapi mencetak lebih banyak wang, apabila tidak ada lebih banyak pengeluaran, membuat harga naik, yang menjadikan kesan yang lebih buruk.

]]>
Hormati Orang Lain https://independent.my/hormati-orang-lain/ Thu, 29 Oct 2020 11:51:35 +0000 https://independent.my/?p=10678 Reading Time: 2 minutesSeorang guru di Perancis dipenggal kepala oleh lelaki Chechen berusia 18 tahun. Pembunuh itu marah kepada guru yang menunjukkan karikatur Nabi Muhammad. Guru itu bertujuan untuk menunjukkan kebebasan bersuara. Pembunuhan itu bukanlah tindakan yang saya setujui sebagai seorang Muslim. Tetapi dalam masa saya percaya kepada kebebasan bersuara, saya rasa tidak termasuk menghina orang lain. Anda […]]]> Reading Time: 2 minutes
  1. Seorang guru di Perancis dipenggal kepala oleh lelaki Chechen berusia 18 tahun. Pembunuh itu marah kepada guru yang menunjukkan karikatur Nabi Muhammad. Guru itu bertujuan untuk menunjukkan kebebasan bersuara.
  2. Pembunuhan itu bukanlah tindakan yang saya setujui sebagai seorang Muslim. Tetapi dalam masa saya percaya kepada kebebasan bersuara, saya rasa tidak termasuk menghina orang lain. Anda tidak boleh mendekati seorang lelaki dan mengutuknya hanya kerana anda mempercayai kebebasan bersuara.
  3. Di Malaysia, di mana terdapat pelbagai bangsa dan agama, kita telah mengelakkan konflik serius antara kaum kerana kita menyedari perlunya peka terhadap sensitiviti orang lain. Sekiranya tidak, negara ini tidak akan pernah aman dan stabil.
  4. Kita sering menyalin cara Barat. Kita berpakaian seperti mereka, kita menggunakan sistem politik mereka, bahkan beberapa amalan aneh mereka. Tetapi kita mempunyai nilai-nilai kita sendiri, berbeza antara bangsa dan agama, yang perlu kita pertahankan.
  5. Masalah dengan idea baru adalah bahawa pendatang yang terkemudian cenderung menambah tafsiran baru. Ini bukan yang dimaksudkan. Oleh itu, kebebasan untuk wanita, berarti hak untuk memilih dalam pilihan raya. Hari ini, kita ingin menghilangkan semua perbezaan antara lelaki dan wanita.
  6. Secara fizikal kita berbeza. Ini mengehadkan keupayaan kita untuk serupa. Kita harus menerima perbezaan dan batasan yang ada pada kita. Sistem nilai kita juga merupakan bahagian dari hak asasi manusia.
  7. Ya, kadang-kadang beberapa nilai nampaknya tidak berperikemanusiaan. Mereka menyebabkan beberapa orang menderita. Kita perlu mengurangkan penderitaan. Tetapi tidak secara paksa, jika rintangannya hebat.
  8. Kod pakaian wanita Eropah pada satu masa sangat tegas. Selain wajah tidak ada bahagian badan yang terdedah. Tetapi selama bertahun-tahun, semakin banyak bahagian badan terdedah. Hari ini tali kecil menutupi tempat yang paling rahsia, itu sahaja. Sebenarnya, kebanyakan di barat bertelanjang ketika berada di pantai tertentu.
  9. Barat menerimanya seperti biasa. Tetapi Barat tidak harus berusaha memaksakannya kepada orang lain. Melakukannya adalah dengan merampas kebebasan orang-orang ini.
  10. Umumnya, barat tidak lagi menganut agama mereka sendiri. Mereka hanya beragama Kristian. Itu hak mereka. Tetapi mereka tidak boleh menunjukkan rasa tidak hormat terhadap nilai-nilai orang lain, untuk agama orang lain. Ini adalah ukuran tahap peradaban mereka untuk menunjukkan rasa hormat ini.
  11. Macron tidak menunjukkan bahawa dia beradab. Dia sangat primitif dalam menyalahkan agama Islam dan orang Islam atas pembunuhan guru sekolah yang menghina itu. Itu tidak sesuai dengan ajaran Islam. Tetapi tanpa mengira agama yang dianuti, orang yang marah membunuh. Orang Perancis dalam sejarah mereka telah membunuh berjuta-juta orang. Ramai yang beragama Islam.
  12. Orang Islam berhak untuk marah dan membunuh berjuta-juta orang Perancis kerana pembunuhan beramai-ramai pada masa lalu. Tetapi secara umum umat Islam belum menerapkan undang-undang “eye for an eye”. Orang Islam tidak. Orang Perancis tidak seharusnya. Sebaliknya orang Perancis harus mengajar rakyatnya untuk menghormati perasaan orang lain.
  13. Oleh kerana anda telah menyalahkan semua orang Islam dan agama Islam atas apa yang dilakukan oleh seorang yang marah, orang Islam berhak menghukum orang Perancis. Boikot tidak dapat mengimbangi kesalahan yang dilakukan oleh Perancis selama ini.

Tulisan di atas adalah terjemahan dari tulisan bahasa Inggeris oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di blog beliau chedet.cc

]]>
Memahami Konflik Armenia-Azerbaijan https://independent.my/memahami-konflik-armenia-azerbaijan/ Wed, 07 Oct 2020 21:13:14 +0000 https://independent.my/?p=10556 Reading Time: 4 minutesKeganasan meletus dalam konflik sekian lama di pinggir timur Eropah bulan lalu ketika Armenia dan Azerbaijan bertempur di wilayah Nagorno-Karabakh. Dua bekas negara Soviet bertempur untuk Nagorno-Karabakh, sebuah wilayah yang dikuasai Armenia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai wilayah Azerbaijan, selama tiga dekad. Tetapi konflik itu lebih dari sekadar peninggalan era Perang Dingin. Kedua-dua pihak […]]]> Reading Time: 4 minutes

Keganasan meletus dalam konflik sekian lama di pinggir timur Eropah bulan lalu ketika Armenia dan Azerbaijan bertempur di wilayah Nagorno-Karabakh.

Pertempuran berterusan telah menyebabkan lebih dari 100 orang mati – peningkatan paling serius sejak beberapa tahun.

Dua bekas negara Soviet bertempur untuk Nagorno-Karabakh, sebuah wilayah yang dikuasai Armenia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai wilayah Azerbaijan, selama tiga dekad. Tetapi konflik itu lebih dari sekadar peninggalan era Perang Dingin. Kedua-dua pihak menikmati sokongan dari pihak-pihak yang sangat berkuasa.

Berikut apa yang perlu anda ketahui mengenai peningkatan konflik terkini di Nagorno-Karabakh.

Apa sebenar yang berlaku?

Armenia mengatakan bahawa pada pagi 27 September, Azerbaijan melancarkan serangan udara dan artileri ke Nagorno-Karabakh, sementara Azerbaijan mengatakan pihaknya melakukan “serangan balas sebagai tindak balas terhadap provokasi ketenteraan.” Ketika pertempuran bertukar menjadi lebih banyak korban nyawa, Armenia mengisytiharkan undang-undang militari dan mobilisasi umum. Azerbaijan mengisytiharkan perang di beberapa wilayah.

Angka kematian dipertikaikan. Sehingga 2 Oktober, Armenia telah melaporkan 158 kematian di kalangan tentera; pada hari kedua pertempuran, Azerbaijan mendakwa telah membunuh 550 orang Armenia, yang dinafi oleh Yerevan. Sementara itu, Armenia, pada waktu itu, mengaku telah membunuh 200 orang Azerbaijan, tetapi Baku belum melaporkan korban tentera. Kedua-dua pihak saling menuduh membunuh orang awam: Armenia telah melaporkan 13 kematian orang awam, sementara Azerbaijan melaporkan 19 orang, menurut Agence-France Presse.

Semasa apa yang disebut Perang Empat Hari pada tahun 2016 – hingga kini merupakan pelanggaran terburuk perjanjian gencatan senjata tahun 1994 – lebih daripada 200 orang terkorban.

Apa gambaran yang lebih besar?

Pertembungan Nagorno-Karabakh berpotensi menarik kekuatan yang lebih besar – khususnya Rusia dan anggota NATO, Turki, dua negara yang sudah menyokong pihak lawan di Syria dan Libya.

Turki telah lama menjadi penyokong kuat Azerbaijan: Ankara dan Baku mempunyai hubungan budaya yang erat, memandangkan warisan Turki mereka. Sementara itu, Turki dan Armenia mempunyai sejarah ketegangan yang panjang, yang diperburuk oleh penolakan Ankara untuk mengakui genosida Armenia 1915 dan juga konflik Nagorno-Karabakh. Yang terakhir ini mendorong Turki untuk menutup perbatasannya dengan Armenia pada tahun 1993 hingga kini. Kedua-dua negara tidak mempunyai hubungan diplomatik.

PBB mengiktiraf Nagorno-Karabakh sebagai wilayah Azerbaijan

Rusia memainkan peranan yang lebih kabur di rantau ini, menjaga hubungan ekonomi yang erat dengan Armenia dan Azerbaijan dan membekalkan senjata kepada kedua-duanya. Hubungannya dengan Yerevan lebih erat, – Armenia menjadi tuan rumah pangkalan tentera Rusia dan merupakan sebahagian daripada Kesatuan Ekonomi Eurasia yang dipimpin oleh Moscow.

Kemudian ada peranan rantau ini dalam perdagangan tenaga global: Saluran paip yang menghubungkan Azerbaijan dengan Turki sangat penting untuk bekalan minyak dan gas asli Kesatuan Eropah – dan melewati Nagorno-Karabakh.

Mengapa Armenia dan Azerbaijan berperang di wilayah itu?

Armenia yang majoriti Kristian dan Azerbaijan majoriti Muslim telah mempunyai konflik selama berabad-abad, tetapi agama tidak memainkan peranan utama dalam konflik moden. Banyak kesilapan yang dilakukan oleh Joseph Stalin. Bekas pemimpin Soviet itu menempatkan wilayah Armenia Nagorno-Karabakh (dikenali sebagai Artsakh kepada Armenia) ke Azerbaijan setelah Kaukasus ditakluki oleh Tentera Merah pada awal tahun 1920-an. Kedua-dua pihak tidak berpuas hati, walaupun selama beberapa dekad tidak banyak masalah.

Tetapi ketika Soviet Union mulai runtuh pada akhir 1980-an, kekuatan nasionalis yang kuat di kedua-dua belah pihak menjadikan Nagorno-Karabakh menjadi api di dalam sekam. Warga etnik Armenia mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1991. Perang meletus antara Azerbaijan dan orang-orang Armenia Nagorno-Karabakh, yang mendapat sokongan dari Armenia itu sendiri. Menjelang tahun 1994, orang-orang Armenia telah berjaya mengusir tentera Azerbaijan dari kawasan daratan yang besar. Ratusan ribu orang terpaksa melarikan diri.

Hari ini, PBB masih mengakui Nagorno-Karabakh sebagai sebahagian wilayah Azerbaijan; tidak ada negara yang menganggap wilayah Nagorno-Karabakh sebagai negara merdeka – bahkan Armenia, yang juga belum secara resmi mengiktirafnya tetapi menyokong wilayah ini secara kewangan dan ketenteraan. Sejak itu, kedua-dua negara telah menyerang barisan kawalan yang ditandai oleh periuk api dan penembak hendap.

Mengapa konflik meningkat sekarang?

“Revolusi Velvet” Armenia 2018, yang menggulingkan pemimpinnya yang lama berkuasa Serzh Sargsyan, secara ringkas menimbulkan harapan agar perundingan damai yang telah lama terhenti dapat dilanjutkan. Tetapi Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan, ahli politik pembangkang yang berkuasa setelah tunjuk perasaan besar-besaran, akhirnya berakhir dengan retorik pendahulunya.

Pilihan raya yang dianjurkan pada musim bunga ini oleh pemerintah Armenia sendiri di Karabakh dianggap sebagai provokasi di Azerbaijan dan menimbulkan kritikan antarabangsa. Dan pada bulan Julai tahun ini, ketegangan mulai melonjak setelah rangkaian pertempuran mengorbankan puluhan orang. Pertempuran itu mendorong ribuan orang Azerbaijan untuk berdemonstrasi untuk berperang dengan Armenia; pada masa yang sama, Turki meningkatkan ikrarnya untuk menyokong Baku.

Apa reaksi antarabangsa setakat ini?

Ketua dasar luar EU, Josep Borrell telah mendesak “penghentian permusuhan segera,” seruan yang disuarakan oleh Jabatan Negara A.S. dan PBB.

Turki teguh menyokong Azerbaijan, dengan Presiden Recep Tayyip Erdoğan menggambarkan Armenia sebagai “ancaman terbesar terhadap perdamaian” di wilayah itu. Rusia mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati: Dalam panggilan telefon dengan Pashinyan Armenia, Presiden Vladimir Putin mengatakan penting untuk “menghentikan tindakan ketenteraan,” menurut laporan perbincangan Kremlin.

Iran – sekutu Armenia – menawarkan untuk berbincang, mengatakan Tehran “bersedia menggunakan semua kemampuannya untuk membantu perbincangan dimulakan antara kedua-dua pihak.”

Adakah usaha terdahulu untuk menjadi orang tengah?

Selama lebih dari dua puluh tahun, inisiatif perdamaian antarabangsa, yang dikenali sebagai Proses Minsk, telah berusaha dan gagal membawa penyelesaian konflik Nagorno-Karabakh setelah gencatan senjata di wilayah itu pada tahun 1994.

Dipengerusikan oleh Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat, di bawah naungan Organisasi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, Kumpulan Minsk berusaha untuk mencegah pertempuran tentera dan melaksanakan penyelesaian damai.

Tetapi bertahun-tahun pertemuan diplomatik dan pelbagai misi ke rantau ini, juga ke ibu kota Armenia dan Azerbaijan, tidak mendatangkan hasil.

Terdapat harapan singkat setelah Presiden Pashinyan dan Azerbaijan Ilham Aliyev bertemu secara rasmi untuk pertama kalinya pada bulan Mac 2019, dan kemudian pada Februari 2020 untuk perbahasan umum di Persidangan Keselamatan Munich. Selama bertahun-tahun, pemimpin Armenia dan Azerbaijan menolak untuk tampil di ruangan yang sama. Tetapi pandemik koronavirus mengganggu usaha diplomatik awal tahun ini.

Pada 1 Oktober, Kumpulan Minsk meminta gencatan senjata, yang ditolak oleh Erdoğan.

Apa yang akan berlaku selepas ini?

Masih terlalu awal untuk mengatakan berapa lama pertempuran akan berlanjutan atau apakah itu akan meningkat menjadi perang yang lebih besar. Pertembungan 2016 dan pertembungan pada bulan Julai hanya berlangsung beberapa hari.

Gambarannya akan berubah dengan ketara sekiranya kekuatan utama memasuki konflik, tetapi bahkan Turki setakat ini telah menghadkan penglibatan rasminya. Armenia, bagaimanapun, menuduh Ankara mengerahkan pejuang Syria ke Azerbaijan dan menjatuhkan pesawat, tuduhan yang ditolak oleh Turki dan Azerbaijan.

]]>