amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170NASHVILLE, 5HB OGOS 2023 – Penyanyi-penulis lagu berasal dari Malaysia, Heerraa meraikan album single pertamanya, ‘Note To Self’, dengan siri persembahan di Nashville, Tennessee.
Jelajah ‘Note to Self’ Heerraa bermula Khamis lalu di tengah-tengah kota muzik, memikat penonton di tempat-tempat popular, termasuk The Underdog, Bold Patriot Brewing dan Holston House. Walaupun pertama kali berada di Nashville, Heerraa mengagumkan orang ramai dengan kehadiran pentas dan misinya untuk mengubah dunia dengan muzik, malah membuat persembahan di tempat ikonik seperti The Bluebird Cafe dan Commodore Grille.
“Ia menyentuh hati saya menerima sambutan hangat daripada komuniti muzik di Nashville. Sungguh penghormatan untuk mempamerkan lagu yang saya tulis ketika berusia 19 tahun dan memulakan siri pertama rancangan saya di AS,” kata beliau.
Lagu yang menyentuh hati dengan mesej yang kuat, lirik ‘Note to Self’ berpusat di sekitar mengatasi rasa tidak selamat sambil memberi penghormatan kepada diri yang lebih muda. Menulis tentang kebimbangan yang dialaminya pada usia sembilan dan tiga belas tahun, lagu itu menarik perhatian penonton sebelum dikeluarkan secara rasmi, menerima Anugerah Pilihan Penonton (Lagu) di Short+Sweet Festival Malaysia pada 2019 apabila Heerraa pertama kali mempersembahkannya secara langsung.
“Ini kali pertama saya di bandar ini dan saya sangat berterima kasih kepada ramai orang yang meluangkan masa untuk menunjukkan saya dan memastikan saya berasa dialu-alukan,” kata Heerraa.

Tempat kelahiran muzik country dan bluegrass, dengan pertalian kepada R&B, pop dan rock, Nashville dikenali sebagai Kota Muzik kerana peranannya yang penting dalam sejarah muzik. Setiap tahun, orang ramai melawat bandar itu untuk muzik secara langsung di Broadway dan untuk melihat studio rakaman terkenal di Music Row. Ia adalah hab untuk pemuzik, profesional dan penulis lagu untuk berkumpul dan menghasilkan muzik

Joseph Wandass, penyanyi-penulis lagu dan penerbit yang berpangkalan di Nashville, mengulas, siaran Instagram Heerraa selepas menonton persembahan Heerraa di Commodore Grill, “Anda memberikan persembahan yang luar biasa! Semoga berjaya di anugerah di Atlanta!” Selepas seminggu di Nashville, Heerraa menuju ke Atlanta, di mana dia akan mengadili dan membuat persembahan Anugerah Persatuan Penyanyi-Penulis Lagu Antarabangsa (ISSA) di Pusat Seni Persembahan Sandy Springs pada 5 Ogos.
Kami teruja untuk melihat ke mana perginya bakat muda Malaysia ini untuk berkongsi lagu-lagu popnya yang berkesan dan menarik. Dengarkan lagu baharu Heerraa, Note to Self, di sini.
Mengenai Heerraa Ravindran:
Heerraa Ravindran, dikenali secara artistik sebagai Heerraa, ialah penyanyi-penulis lagu yang memenangi anugerah dan Ahli Mengundi Akademi Rakaman (GRAMMYs®). Dengan gaya muzik yang kuat dan dinamik, Heerraa telah mendapat pujian yang meluas untuk persembahannya yang menggugah jiwa dan penulisan lagu yang mendalam. Single terbaharunya, “Note To Self,” telah pun mendapat sambutan dalam industri, memenangi Anugerah Pilihan Penonton di Short+Sweet Festival di Malaysia Pengaruh Heerraa melangkaui muziknya, ketika dia mengasaskan Ascendance, sebuah organisasi belia antarabangsa yang memperkasakan golongan muda. Sejak penubuhannya pada 2015, Ascendance telah memberi kesan kepada 50,000 pelajar di 26 negara. Heerraa diiktiraf atas pencapaiannya yang luar biasa, termasuk disenaraikan dalam Senarai Dekan Harvard dan menerima Anugerah Diana yang berprestij kerana menyumbang kepada perubahan sosial dan pembangunan komuniti.
KUALA LUMPUR, 26 Julai 2023 – ‘Kuala Lumpur Bike Show 2023’ (KLBS ’23) yang julung kali diadakan dengan sukacitanya mengumumkan dua program gaya hidup yang akan berlangsung sepanjang pameran empat hari pada bulan Ogos.
Farouk Nurish, Pengarah Moventuum Sdn Bhd, berkata “Pameran ‘Kuala Lumpur Bike Show 2023’, adalah pertunjukan yang mewakili budaya bermotosikal di Malaysia secara holistik. Ini termasuk elemen gaya hidup seperti fesyen dan muzik. Jadi hari ini, kami sangat gembira untuk mengumumkan kerjasama dengan pereka fesyen terkenal Malaysia, Bon Zainal, dan empat pereka fesyen lain bersama-sama dengan konsert kedua kami yang menampilkan kumpulan popular Hujan untuk menekankan elemen gaya hidup di pameran KLBS’23 nanti.”
Konsert kumpulan rock indie Hujan di KLBS’23 merupakan persembahan solo pertama kumpulan tersebut di Malaysia tahun ini. Ia akan diadakan pada 25 Ogos 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Teruja untuk membuat persembahan buat peminat mereka yang lebih dikenali sebagai Raingers, Hujan berkata “Kami telah membuat persembahan di banyak festival di negara ini sepanjang tahun. Tetapi kali ini ia merupakan persembahan solo kami. Bagi para Raingers yang mungkin terlepas persembahan kami sebelum ini, jangan ketinggalan kali ini. Datang dan saksikan kami secara langsung di KLBS’23.”
Jualan tiket untuk konsert Hujan akan bermula dalam talian pada hari Jumaat ini, 29 Julai 2023 pada jam 10 pagi oleh Moventuum melalui laman sesawang MyTicket Asia.
Komponen gaya hidup lain KLBS’23 ialah pertunjukan fesyen yang dikendalikan oleh maestro pakaian lelaki Malaysia, Bon Zainal. Bertemakan ‘Wheels on Heels’, Bon Zainal diilhamkan oleh pertumpuan dua industri iaitu industry fesyen dan industri kenderaan dua roda, untuk pertunjukan fesyen yang disusun rapi untuk KLBS’23 ini. Pertunjukan ini akan menampilkan pelbagai koleksi pereka tempatan termasuk Emri Vision, Blackout oleh Rasta, Ghadeez, dan Bon Zainal sendiri, yang kesemuanya turut hadir pada majlis media di Butik Bon Zainal di Plaza Damas di sini hari ini.
Bon Zainal berkata, “Apabila kita bercakap tentang pertunjukan fesyen, semuanya berpunca daripada kerjasama yang hebat. Bagi ‘Wheels on Heels’, ia bukan sahaja kerjasama antara lima pereka tempatan termasuk saya sendiri, malah gabungan dua industri. Hakikatnya semua orang menggayakan diri mereka dari saat mereka bangun tidur; jadi, sentiasa ada elemen gaya hidup dalam setiap industri. ‘Wheels on Heels’ ialah pameran pakaian jalanan sedia untuk dipakai yang sesuai dengan semua orang di dalam dan di luar dunia bermotosikal. Bekerjasama dengan KLBS’23 juga merupakan cara terbaik untuk mempromosikan pereka tempatan berbakat Malaysia. Jadi, mari kita ‘sapot lokal’ dan hadir ke pertunjukan fesyen ini serta viralkan di media sosial.”
Dianjurkan oleh Moventuum Sdn Bhd dan Majalah RodaRoda (Bayu D Enterprise Sdn Bhd), KLBS’23 akan menjadi pameran pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan industri dua roda semata-mata. Untuk maklumat lanjut, layari www.kualalumpurbikeshow.com
Reading Time: 4 minutesMemandangkan ini musim cuti dan hujung tahun, ramai yang mengambil peluang untuk membawa keluarga bercuti tidak kira di dalam mahupun luar negara. Tapi kali ini Admin nak menulis sedikit tentang hal yang berbeza.
Admin sebenarnya nak berkongsi pengalaman seram Admin sebelum-sebelum ini ketika bercuti mahupun bertugas yang memerlukan Admin menginap di beberapa lokasi hotel di dalam negara.
Kalau rasa tak berminat dengan topik kali ini, terserah kepada pembaca boleh tinggalkan Admin sekarang. Pergi cari bahan lain yang dirasakan lebih berfaedah untuk dibaca.
Apa yang Admin tulis berikut ini merupakan pengalaman Admin sendiri dan Admin pun tak pasti apakah ia khayalan atau realiti. Maklum sajalah, kadangkala sesuatu perkara boleh berlaku akibat kita keletihan, atau waktu kita sedang terlalu mengantuk dan fikiran kita ketika itu tidak dapat fokus dengan lebih baik.
Salah satu pengalaman yang Admin pernah alami dan Admin rasa ramai juga pernah melalui pengalaman serupa ketika menginap di hotel ialah mendengar bunyi-bunyian yang tidak sepatutnya.
Bunyi Guli Jatuh
Bunyi yang Admin pernah dengar ialah bunyi guli jatuh bertaburan di atas lantai simen atau jubin. Ianya berulang-ulang kali. Seperti kedengaran ada budak-budak sedang bermain dengan guli-guli itu dan sengaja menjatuhkannya di atas lantai. Ada kalanya bunyi itu perlahan dan ada kala kuat. Tapi yang lebih pelik, ia berlaku ketika waktu yang tidak seharusnya terjadi – pukul 2 pagi hingga 5 pagi. Anak siapakah yang bermain guli pada waktu sedemikian?

Admin ada membaca teori dan melihat simulasi saintifik beberapa pihak yang cuba berteori bahawa bunyi guli itu sebenarnya datang dari tindakbalas air di dalam paip atau disebut ‘water hammer effect’. Tapi Admin tak bersetuju dengan teori itu kerana bunyinya tidak sama. Tambahan pula ia berlaku berulang kali pada waktu orang sedang tidur, tiada siapa yang membuka dan menutup paip air pada waktu begini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya akan tahu membezakan antara bunyi air dalam paip dan bunyi guli jatuh. Tapi pada waktu kejadian, Admin tidak pernah terfikir sesuatu yang menyeramkan tentang bunyi ini kerana Admin tidak pernah diberitahu sesiapa. Pada masa itu, Admin hanya rasa pelik tetapi terpaksa abaikan saja dan akhirnya hilang setelah hanyut dalam mimpi.
Seretan Perabot Yang Besar atau Berat
Satu lagi bunyi-bunyian yang Admin pernah alami ketika bermalam di hotel ialah bunyi orang seret perabot. Seperti pembekal perabot baru menghantar perabot baru ke hotel itu dan pekerja mereka sedang memindahkan atau menyusun perabot ke tempatnya. Yang peliknya, ia berlaku pada waktu yang tidak munasabah juga iaitu antara pukul 2 pagi hingga 5 pagi. Admin rasa pelik kenapalah pekerja hotel itu tidak boleh tunggu hingga esok pagi baru mereka susun perabot, kenapa nak buat malam-malam begini ketika tetamu hotel sedang tidur?
Untuk fenomena seret perabot ini, Admin tidak menemui alasan yang logik atau saintifik yang boleh menjelaskan perkara ini.
Ada yang berteori ia akibat peruabahan suhu menyebabkan perabot bergerak sendiri. Ia tidak masuk akal jika sesiapa pernah mendengarnya, pasti tahu ia bukan seretan yang biasa yang boleh bergerak sendiri akibat perubahan suhu. Ia seperti seretan perabot yang berjarak bermeter-meter jauhnya dan bunyinya seperti mengheret perabot yang amat besar dan berat.
Pada waktu kejadian, Admin juga terpaksa tidak mahu menghiraukan apabila mendapati ia tidak berhenti, seperti terlalu banyak perabot yang diseret tidak habis-habis satu malam.
Bunyi seret perabot ini Admin pernah alami di beberapa hotel di Taiping dan Cameron Highland. Adakalanya hanya bunyi guli. Ada masa ia datang secara beregu dengan bunyi seret perabot.
Bunyi Pintu Diketuk
Ini kejadian yang agak lebih mencabar. Pernah sekali ketika menginap di sebuah resort di Sarawak, pintu diketuk orang pada waktu malam. Mula-mula bunyi agak perlahan. Kemudian semakin kuat. Admin jadi takut hendak membuka apalagi mengintai melalui peephole pintu.
Untuk makluman, bilik Admin menginap itu merupakan sebuah unit chalet yang berasingan terletak di tepi pantai.
Memang agak menyeramkan kalau megintai ke luar pada waktu itu.
Admin telefon ke Receptionist sebaik ketukan berhenti. Admin bertanya adakah terdapat ‘room service’ yang datang pada waktu malam-malam begini, katanya tiada.
Bunyi Orang Berkelahi Di Bilik Sebelah
Ini Admin benar-benar tidak pasti apa yang berlaku. Sama ada memang benar ada orang berkelahi di bilik sebelah atau bilik tingkat atas Admin tak dapat nak pastikan. Dan tidak jelas bahasa apa yang dituturkan kerana kedengaran sayup-sayup sahaja. Cuma agak pelik jika orang menginap di hotel biasanya bertujuan untuk bergembira bukannya berkelahi. Boleh jadi suara dari TV yang dipasang agak kuat sehingga boleh didengar hingga ke bilik Admin.
Ada beberapa hotel lain yang Admin pernah menginap dengan selesa tanpa ada apa-apa ‘gangguan’ tetapi apabila membaca kisah-kisah di internet, mereka mendakwa mengalami ‘gangguan’ di hotel-hotel tersebut.
Mungkin ‘gangguan’ itu berlaku di bilik-bilik tertentu atau di tingkat tertentu sahaja.
Admin bersyukur setakat itu sahaja gangguan yang pernah dialami – tidak lebih dahsyat dari itu. Mengikut kategori paranormal, bolehlah dianggap hanya sebagai ‘Close Encounters of the First Kind’ – sekadar mendengar bunyi-bunyian. Belum sampai ke tahap melihat dengan mata atau merasai secara fizikal.
Berikut ada beberapa nasihat yang boleh Admin kongsikan sebelum pembaca membuat keputusan untuk memilih hotel diharap ia boleh dijadikan panduan yang berguna.
1. Buat tempahan bilik terlebih dahulu secara online. Kalau boleh elakkan datang tanpa membuat tempahan dan bertanya sama ada terdapat bilik kosong ketika sampai. Ada kemungkinan anda akan mendapat bilik yang misteri.
2. Jaga adab sebagai tetamu apabila pergi ke tempat yang kita tidak pernah sampai sebelum ini. Beri salam ketika memasuki bilik dan basuh kaki terlebih dahulu. Jangan lupa solat dan berzikir sebelum tidur.
3. Elakkan menginap di lokasi-lokasi terpencil. Seeloknya biarlah di kawasan yang riuh rendah sedikit dari terlalu sunyi seperti dalam kawasan hutan.
4. Sentiasa bekalkan diri dengan bacaan ayat-ayat pelindung diri seperti mmebaca ayat Kursi, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas serta ayat pendinding. Ingat, kita sentiasa menyembah Allah Yang Maha Esa dan Dia sentiasa bersama kita.
Reading Time: 2 minutesIPOH | International Ipoh Fashion Week (IIFW
) telah mengambil langkah ke hadapan sejak ia dirasmikan dua tahun lalu telah menganjurkan program kemanusiaan untuk mengumpul dana bagi membeli peralatan perubatan untuk Unit Penjagaan Intensif Kanak-kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Tidak hanya menjadi platform untuk pereka individu, ia juga membuka peluang untuk kurator muda untuk menentukan bagaimana generasi mereka melihat sesuatu. Dengan matlamat untuk membekalkan dan memperkasakan pereka fesyen tempatan, menyediakan peluang pasaran dan rangkaian untuk memastikan pertumbuhan dan kemampanan perniagaan. IIFW
mengukir namanya sebagai acara fesyen mewah di Malaysia.
IIFW
3.0 akan membantu meningkatkan kedatangan pelancong ke Negeri Perak dan mempamerkan budaya, makanan dan destinasi pelancongan yang popular. Lonely Planet telah menyatakan bahawa Ipoh adalah “destinasi makanan yang kurang dikenali” di Malaysia tetapi ia menjadi lebih menyerlah untuk kafe butik yang semakin berkembang. Tambahan pula dengan kemasukan IIFW
, bandar ini amat dimeriahkan dengan acara fesyen antarabangsa yang ke-3 di Ipoh dari 16 hingga 20 Oktober 2019.
Pertama di Perak, ramai mengikuti jejak langkah IIFW
dengan membawa pertunjukan fesyen ke Ipoh. Jemputan diterima dari Persatuan Pereka Nepal, Majlis Fesyen Nepal untuk Minggu Fesyen Antarabangsa Nepal dan India Fesyen Minggu Intim di Mumbai, India adalah tanda penghargaan terhadap usaha IIFW
mendapat pengiktirafan dunia.
Industri fesyen di Malaysia dipengaruhi oleh gabungan sejarah Melayu, Cina, India dan pelbagai budaya asli lain. IIFW
telah menjadi platform utama untuk menjadikan industri fesyen berkembang dengan objektif dua hala mempamerkan bakat fesyen berasaskan negeri Perak / Malaysia ke seluruh dunia dan pada masa yang sama mengalu-alukan dunia datang melawat ke negeri ini yang diberi jolokan World of Wonders.
“Saya berharap industri fesyen Ipoh terus berani agar generasi muda dapat terus menjadi inspirasi,” kata Pengasas IIFW, Louis Sebastian semasa acara IIFW Raya Hi-Tea Bersama Media di Hotel Weil, Ipoh pada Jumaat.
Acara fesyen terbesar di Ipoh untuk 2019 akan berlangsung dari 16 hingga 20 Oktober 2019. Tentatif program adalah seperti berikut: –
akan diadakan di Level 4, Syeun Hotel Ipoh pada 16 & 17 Oktober 2019.
RED CARPET akan diadakan di Ballroom, Syeun Hotel Ipoh pada 18 Oktober 2019.
akan menampilkan Fesyen Islamik / Modest dan Fesyen Kebudayaan Moden diadakan di Jalan Bandar Lama Ipoh pada 19 Oktober 2019.
’19 akan mempamerkan Fashion Showcase Pret-a-Porter (siap pakai) yang unik, Pameran Fesyen Tema Kasual Sport / Safari / Swimwear / Resort pada 20 Oktober di Lost World of Tambun, Ipoh.Objektif utama adalah untuk mempamerkan bakat fesyen tempatan kepada dunia dan mengalu-alukan dunia kepada keajaiban di Perak. IIFW
’19 menjemput pereka fesyen yang berminat untuk menyertai IIFW Ipoh 2019 dengan berhubung melalui e-mel iifw.perak@gmail.com atau telefon 012-3869265. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Julai 2019.
IIFW
’19 akan meneruskan misi untuk mengumpul dana untuk manfaat Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Sasaran adalah untuk membeli peralatan yang sesuai dan mencukupi, pencetus volumetrik, perfusi jarum suntik, 4-6 saluran monitor dan penganalisis darah automatik. Semua sumbangan kewangan akan diumumkan.
IIFW
’19 mengalu-alukan organisasi atau individu untuk mengambil mana-mana dari 3 pakej tajaan; Platinum RM30,000, Emas RM20,000, Perak RM10,000 dengan meja individu (10 orang) untuk Makan Malam Gala Amal Pembukaan IIFW
pada 18 Oktober 2019 di Ballroom Syeun Hotel Ipoh berharga RM5,000 dan RM3,000.
Reading Time: 2 minutes
IPOH: Jarang kita dengar orang memiliki batu petir hitam asli kerana batu ini yang kononnya mempunyai pelbagai kegunaan perubatan dan ampuh untuk bermacam hajat amat sukar untuk ditemui.
Namun sebagai umat Islam harus ingat bahawa kekuatan datangnya dari Allah SWT sebagai Yang Maha Mencipta segala macam elemen di dalam dunia.
Menyentuh kisah batu petir ini, seorang sahabat yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Pie ingin berkongsi pengalamannya bagaimana beliau beroleh batu petir ini secara tidak diduga.
Beliau menemui batu petir ini semasa bertugas di Sabah, Negeri di Bawah Bayu dalam sekitar awal tahun 90-an.
“Kisahnya … suatu hari semasa bersantai hujung minggu bersama isteri dan anak di satu kawasan anak sungai di kaki Gunung Kinabalu lebih kurang jam 12 tengah hari saya terlihat seketul batu hitam bersaiz tiga anak jari di antara batu-batu kerikil di tebing sungai berhampiran pokok besar.
“Peleknya batu ini berbeza dengan batu-batu lain kerana bentuknya seumpama beliung, teramat keras dan apabila dicium berbau belerang.
“Apabila teringatkan cerita orang tua-tua dahulu kononnya ciri-ciri batu petir hitam ini adalah baunya semacam belerang maka saya terus mengambil dan menyimpannya sehingga ke hari ini,’’ katanya kepada Independent.my.
Menurut Pak Pie, beliau pernah mendengar cerita orang tua-tua kononnya khasiat yang ada pada batu petir ini (dengan izin Allah SWT) mampu menyembuh demam panas dengan minum air batu petir yang direndam di dalam mangkuk.
Selain itu kononnya batu ini mampu meletakkan pemiliknya disegani, ditakuti semua kalangan serta pendinding daripada segala bentuk sihir dan melariskan perniagaan.
“Bagi saya, tiada apa-apa yang istimewa, batu petir tetap batu petir … kewujudannya datangnya dari Allah SWT sebagai pemilik dunia,’’ katanya.
Pak Pie berkata, beliau menzahirkan cerita ini bukan kerana mahu mengangkat diri tetapi sekadar ingin berkongsi cerita untuk tatapan para pembaca sahaja.
Menurut beliau, bagi mereka yang berminat untuk melihat batu petir boleh datang ke rumahnya di No 44, Jalan Murai Off Jalan Merpati, Kampung Pengkalan Pegoh.