Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Semasa – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Thu, 12 Dec 2024 07:25:47 +0000 en-US hourly 1 Penduduk Bimbang Banjir dan Tanah Runtuh, Bukit Ditarah Hampiri Kawasan Perumahan https://independent.my/penduduk-bimbang-banjir-dan-tanah-runtuh-bukit-ditarah-hampiri-kawasan-perumahan/ Thu, 12 Dec 2024 07:25:47 +0000 https://independent.my/?p=15735 Reading Time: 2 minutesChemor, 12 Dis 2024 – Penduduk di Taman Chepor Indah, Taman Chepor Sentosa & RPT Batu 10 Chepor melahirkan kebimbangan dengan aktiviti penerokaan tanah di lereng bukit di pinggir Hutan Kledang Saiong yang dilihat tidak terkawal kerana semakin menghampiri kawasan kediaman mereka. Seorang penduduk, Encik Azhar Shah mendakwa, dalam tempoh 4-5 tahun kebelakangan, aktiviti penerokaan […]]]> Reading Time: 2 minutes

Chemor, 12 Dis 2024 – Penduduk di Taman Chepor Indah, Taman Chepor Sentosa & RPT Batu 10 Chepor melahirkan kebimbangan dengan aktiviti penerokaan tanah di lereng bukit di pinggir Hutan Kledang Saiong yang dilihat tidak terkawal kerana semakin menghampiri kawasan kediaman mereka.

Seorang penduduk, Encik Azhar Shah mendakwa, dalam tempoh 4-5 tahun kebelakangan, aktiviti penerokaan hutan semakin merisaukan, di mana pemandangan di pinggir bukit yang dulunya menghijau kini tercemar dengan aktiviti yang didakwa adalah galian untuk mengeluarkan tanah merah & batuan.

Menurut Persatuan Aktivis Sahabat Alam, aktiviti penerokaan tanah di zon selatan sudah tidak jauh dengan kediaman penduduk dengan anggaran sekitar 50-100 meter. Ditambah pula kecerunan tanah agak tinggi sekitar 30-45 darjah, yang boleh mengundang kepada mendapan tanah yang teruk serta banjir lumpur dan tanah runtuh jika hujan berterusan.

Berdasarkan rekod lepas, Kampung RPT Batu 10 dan Taman Chepor Indah pernah terjadi peristiwa banjir akibat penerokaan tanah tidak terkawal daripada aktiviti pertanian dan penarahan bukit serta limpahan air sungai.

Pada tahun 2020, protes pernah diadakan oleh penduduk setempat mendesak kerajaan negeri menghentikan aktiviti penerokaan yang didakwa berlaku di dalam bekas kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong (dinyahwarta) dan diberi milik kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak namun telah diarah berhenti serta merta.

Pemandangan buruk yang boleh dilihat sepanjang jalan ke Chemor

Sejak baru-baru ini, ia disambung semula di bahagian lebih utara dan dilihat semakin meluas sehingga mencemar pemandangan indah pinggir hutan Kledang Saiong sepanjang jalan menuju ke Chemor.

Penduduk menggesa agar kerajaan negeri Perak dan agensi berkaitan memandang serius perkara ini sebelum kejadian bencana alam lebih teruk terjadi.

“Kami telah bertahun risau melihat keadaan bukit di Hutan Kledang Saiong, kami beli rumah di sini untuk menikmati pemandangan indah & suasana yang tenang, tetapi kini kami seolah tinggal di kawasan perlombongan dan pembalakan. Tolonglah hentikan projek ini kerana ia telah mencetuskan rasa tidak tenteram dalam kalangan penduduk” – kata Azhar Shah.

]]>
Wujudkan Trek Motosikal Bagi Tangani Aktiviti Merempit https://independent.my/wujudkan-trek-motosikal-bagi-tangani-aktiviti-merempit/ Sun, 08 Dec 2024 14:18:31 +0000 https://independent.my/?p=15718 Reading Time: 2 minutesIpoh, 8 Dis 2024 – Kerajaan Perak disaran mewujudkan segera sebuah trek lumba motosikal di Ipoh bagi menangani aktiviti anak muda yang gemar mengisi masa lapang dengan aktiviti lumba haram dan merempit. Saranan ini perlu segera diambil peduli dan diberi perhatian serius dalam usaha memantap disiplin para penunggang bagi sukan permotoran. Penyelaras Gerakan Dua Roda […]]]> Reading Time: 2 minutes

Ipoh, 8 Dis 2024 – Kerajaan Perak disaran mewujudkan segera sebuah trek lumba motosikal di Ipoh bagi menangani aktiviti anak muda yang gemar mengisi masa lapang dengan aktiviti lumba haram dan merempit.

Saranan ini perlu segera diambil peduli dan diberi perhatian serius dalam usaha memantap disiplin para penunggang bagi sukan permotoran.

Penyelaras Gerakan Dua Roda Negeri Perak (GDRNP), Wazi Abd Hamid yang membuat saranan demikian berkata, dengan adanya litar ini, penunggang motosikal dapat didedah dengan segala aspek kemahiran bermotosikal dan keselamatan ketika berada di jalan raya.

“Asas kemahiran bermotosikal amat penting bagi setiap penunggang agar mereka lebih berdisiplin ketika berada di jalan raya sekaligus dapat mengurangi kes kemalangan di jalan raya.

“Litar ini bukan sekadar diwujudkan untuk penggemar sukan bermotosikal dalam kalangan anak muda malah ia meliputi semua peringkat usia,” katanya.

Wazi berkata demikian kepada media pada program Pocket Talk Ops Motosikal ‘Di Mana Keadilannya’ di Port Motowazi, Simpang Pulai pada petang Ahad.

Wazi menzahirkan rasa kecewanya kerana isu pembinaan trek sukan bermotosikal pernah dibangkitkan tidak lama dulu malah beberapa kali cadangan dibuat namun tidak dapat direalisasikan hingga ke hari ini.
Beliau berharap usaha murni bagi menzahir trek sukan bermotosikal dapat disegerakan oleh kerajaan Perak demi untuk memenuhi keperluan dan permintaan rakyat negeri ini.

Bakar Motosikal Manifestasi Kekecewaan Pengguna Dua Roda

Pada petang itu, turut diselitkan dengan acara membakar motosikal sebagai ‘gimik’ dan manifestasi kekecewaan kumpulan pengguna kenderaan dua roda yang sering dipersalahkan setiap kali terjadi kemalangan maut. Mereka juga sering menjadi sasaran utama mendapat saman dalam operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Menurut Wazi, beliau akui peraturan mesti dipatuhi. Pengguna akan berdepan tindakan saman malah kenderaan disita jika melanggar peraturan. Namun, beliau menzahirkan kekecewaan kerana kemalangan maut tidak hanya berpunca dari motosikal.

“Statistik menunjukkan kemalangan akibat aktiviti rempit dan lumba haram hanya menyumbang 5 peratus sahaja dari jumlah kemalangan maut di negara ini. Sebilangan besar melibatkan perjalanan ke tempat kerja, ke masjid, perjalanan menghantar anak pergi dan balik dari sekolah di mana mereka ini terdiri dari kumpulan produktif yang bekerja seperti ibu bapa dan anak muda.

“Kerajaan rugi berbillion ringgit kerana kehilangan golongan yang kuat bekerja ini yang telah menyumbang kepada pendapatan kasar negara.  Mereka bukannya kumpulan yang sakit yang terlantar di hospital, ” tambah beliau.

 

 

]]>
Perkampungan India Kini Dibawah Jagaan KPKT https://independent.my/perkampungan-india-kini-dibawah-jagaan-kpkt/ Mon, 28 Oct 2024 06:43:49 +0000 https://independent.my/?p=15702 Reading Time: < 1 minuteNga Kor Ming selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, keputusan dibuat dalam perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 47 ahli Parlimen dan ADUN berbangsa India baru-baru ini. Menurut beliau, kerajaan juga memperuntukkan RM10 juta bagi kemudahan asas dan penubuhan jawatankuasa keselamatan kampung di perkampungan India. “Susunannya, kampung tradisi Melayu di bawah Kementerian […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH, 27 Okt 2024 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini dipertanggungjawabkan menjaga Hal ehwal perkampungan India di seluruh negara.

Nga Kor Ming selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, keputusan dibuat dalam perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama 47 ahli Parlimen dan ADUN berbangsa India baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan juga memperuntukkan RM10 juta bagi kemudahan asas dan penubuhan jawatankuasa keselamatan kampung di perkampungan India.

“Susunannya, kampung tradisi Melayu di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dijaga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi manakala Kampung Baru Cina dan perkampungan India dijaga KPKT,” kata Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak di majlis sambutan Deepavali DAP Bersama Media di sini malam tadi.

Katanya, di Perak terdapat tujuh perkampungan India termasuk di Buntong, Sungkai dan Hilir Perak.

Tambahnya tujuh lagi di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Majlis malam ini turut dihadiri EXCO Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India Dan Intergrasi Nasional, A. Sivanesan.

]]>
Parti Asal Sabah Dilancarkan Semula Di Seluruh Negara Dengan Nama Baru https://independent.my/parti-asal-sabah-dilancarkan-semula-di-seluruh-negara-dengan-nama-baru/ Fri, 19 Jul 2024 07:53:32 +0000 https://independent.my/?p=15607 Reading Time: 2 minutesSHAH ALAM, 10 Jun — Sebuah parti politik yang berakar umbi di Sabah dilancarkan semula sebagai parti seluruh negara bernama Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) malam ini. Dipimpin oleh seorang lelaki bernama Danial Marnokaran Abdullah, berkata ia bertujuan untuk menamatkan apa yang dipanggil “warisan politik.” “Status quo akan dicabar. Ingat kata-kata saya,” kata Danial dalam […]]]> Reading Time: 2 minutes

SHAH ALAM, 10 Jun — Sebuah parti politik yang berakar umbi di Sabah dilancarkan semula sebagai parti seluruh negara bernama Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) malam ini.

Dipimpin oleh seorang lelaki bernama Danial Marnokaran Abdullah, berkata ia bertujuan untuk menamatkan apa yang dipanggil “warisan politik.”

“Status quo akan dicabar. Ingat kata-kata saya,” kata Danial dalam ucapan perasmian yang dihadiri kira-kira 100 orang, kebanyakannya warga emas.

“Hari ini hanyalah langkah pertama. Pelancaran parti ini hanyalah langkah pertama. Kami akan mengumumkan langkah kedua dan ketiga kami secepat mungkin, dan itu akan membuktikan kenyataan saya sebentar tadi untuk mencabar status quo parti politik di Malaysia.

“Tiada lagi warisan politik dan melahirkan generasi pemimpin baharu,” tambahnya.

Sedikit yang diketahui mengenai pelancaran malam ini sehingga Free Malaysia Today melaporkan sebuah parti kecil yang tidak dinamakan memasuki politik dan cuba mewakili semua kumpulan etnik.

Parti itu ditubuhkan pada 1994 sebagai Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah, atau Setia sebelum dijenamakan semula kepada Bersama pada 2011.

Dalam sidang media selepas pelancaran itu, Danial menegaskan Bersama tidak disokong oleh mana-mana pembiaya dan sebaliknya akan bergantung pada kebaikan orang ramai melalui sumbangan.

Ini katanya, bagi membolehkan parti itu bebas daripada sebarang tekanan politik dan hanya berkhidmat kepada rakyat.

“Secara adil ia disokong oleh kami para pemimpin sekarang, dan tidak lama lagi ia akan disokong oleh rakyat sendiri,” katanya.

“Ia tidak disokong oleh mana-mana kuasa luar dan kami pastinya tidak berminat untuk menumpang di bahu pihak luar, kerana kami akan bertanggungjawab, dan dalam situasi sedemikian kami tidak akan dapat mencapai objektif kami.”

Danial berkata, pihaknya juga hanya fokus pada pilihan raya umum ke-16 (PRU16) dan tidak berhasrat untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya negeri. Beliau yakin partinya akan diterima orang ramai, asalkan objektif dan tawaran parti itu tulen.

“Saya yakin berdasarkan diri saya sendiri, dan pemimpin saya serta rakyat Malaysia. Jadi tidak ada keraguan pada keyakinan saya, dan sudah tentu saya tidak terlalu yakin,” tambahnya.

Pada majlis hari ini, barisan kepimpinan parti itu juga tidak didedahkan. Difahamkan bahawa ini mungkin berlaku pada acara berasingan.

]]>
Penduduk Lega Pembinaan Krematorium Dibatalkan https://independent.my/penduduk-lega-pembinaan-krematorium-dibatalkan/ Fri, 19 Jul 2024 06:53:08 +0000 https://independent.my/?p=15597 Reading Time: 2 minutes19 Julai 2024, Tambun – Penduduk Bandar Baru Tambun dan sekitarnya boleh menarik nafas lega selepas kerisauan mereka tentang kemungkinan kewujudan tempat pembakaran mayat (krematorium) dan penyimpanan abu mayat (kolumbarium) mendapat jaminan tidak akan dibenarkan dari ADUN Hulu Kinta, Muhammad Arafat hari ini. Ini berikutan perbincangan antara ADUN, wakil Majlis Bandaraya Ipoh dengan jawatan kuasa […]]]> Reading Time: 2 minutes

19 Julai 2024, Tambun – Penduduk Bandar Baru Tambun dan sekitarnya boleh menarik nafas lega selepas kerisauan mereka tentang kemungkinan kewujudan tempat pembakaran mayat (krematorium) dan penyimpanan abu mayat (kolumbarium) mendapat jaminan tidak akan dibenarkan dari ADUN Hulu Kinta, Muhammad Arafat hari ini.

Ini berikutan perbincangan antara ADUN, wakil Majlis Bandaraya Ipoh dengan jawatan kuasa penduduk Bandar Baru Tambun telah membuahkan hasil memutuskan untuk membatalkan kelulusan yang diberi baru-baru ini yang kononnya untuk membaik pulih bumbung bangunan sedia ada.

“Saya memahami kegusaran yang dirasai oleh penduduk tentang aktiviti pembinaan yang sedang berlaku di sini. Sebelum ini kebenaran diberi oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh untuk ‘membaik pulih bumbung yang bocor’, kemudian saya difahamkan mereka melakukan kerja-kerja lain (yang tidak berkaitan dengan bumbung).

“Perkara ini telah diselesaikan dan MBI telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM5,000 terhadap pemilik bangunan… Hari ini kita telah noktahkan bahawa operasi krematorium tidak akan berlaku di sini dan tidak perlu dirisaukan.

“Operasi pembakaran mayat tidak akan berlaku di sini saya beri jaminan selagi saya menjadi wakil rakyat di sini, saya akan pastikan untuk tidak ada krematorium di kawasan ini, ” tegas Arafat.

Mengikut rekod, bangunan ini telah dibina sejak 2013 dan telah diwartakan untuk kegunaan kolumbarium dan krematorium tetapi belum beroperasi sejak itu. Lokasi bangunan terletak tidak jauh dari kawasan penduduk iaitu tidak sampai 100 meter dari kawasan rumah kedai dan kediaman.

“Sejak menjadi wakil rakyat hanya baru² ini rakyat berjumpa dengan saya mengadukan masalah ini dan saya telah meminta MBI membatalkan pewartaan (pada 2013) itu,” jelas beliau.

Petak dipercayai tempat pembakaran mayat di sebelah timur

Tinjauan wartawan Independent mendapati di dalam bangunan yang sedang dalam proses ‘membaik pulih’ itu, terdapat ratusan rak kaca berbentuk kotak yang dipasang pada dinding dipercayai bakal digunakan sebagai tempat menyimpan bekas abu mayat manakala di sebelah kiri bangunan pula terdapat 3 petak konkrit dipercayai akan dijadikan tempat pembakaran mayat.

]]>
Kenyataan Media: Genosid di Wad Al-Noora, Sudan https://independent.my/kenyataan-media-genosid-di-wad-al-noora-sudan/ Sun, 07 Jul 2024 12:38:41 +0000 https://independent.my/?p=15579 Reading Time: 2 minutesGenosid di Wad Al-Noora berlaku pada 5 Jun 2024, apabila Pasukan Sokongan Pantas (RSF) menyerang kampung Wad Al-Noora di negeri Al-Jazira dua kali, membunuh lebih 150 orang awam. Ramai lagi dipercayai cedera. Jawatankuasa Penentangan Awam melaporkan bahawa selepas ditempatkan di pinggir kampung, RSF mendokumentasikan diri mereka menggunakan tembakan berat, tembakan artileri berat, dwi meriam, dan […]]]> Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 6 Julai 2024 – Kedutaan Republik Sudan di Malaysia ingin mengetengahkan genosid terbaru yang dilakukan oleh Pasukan Sokongan Rapid (RSF). Genosid Wad Al-Noora, turut dikutuk oleh beberapa pertubuhan antarabangsa dan negara yang prihatin dengan hak asasi manusia.

Genosid di Wad Al-Noora berlaku pada 5 Jun 2024, apabila Pasukan Sokongan Pantas (RSF) menyerang kampung Wad Al-Noora di negeri Al-Jazira dua kali, membunuh lebih 150 orang awam. Ramai lagi dipercayai cedera.

Jawatankuasa Penentangan Awam melaporkan bahawa selepas ditempatkan di pinggir kampung, RSF mendokumentasikan diri mereka menggunakan tembakan berat, tembakan artileri berat, dwi meriam, dan meriam empat kali ganda di kampung itu. Tentera Udara Sudan menyuraikan RSF dan memaksa mereka berundur.

Selepas ini, RSF menggerakkan berpuluh-puluh kenderaan dan kembali ke pinggir Wad Al-Noora untuk mengepung kampung tersebut. Selepas mendapat tentangan kuat daripada penduduk kampung walaupun tidak setara dalam keupayaan senjata, militia memasuki kampung melalui hospital. Mereka meneruskan keganasan merompak kereta, pasar, dan rumah, memutuskan akses rangkaian di kampung, menyebarkan pasukan mereka di sepanjang puncak bangunan masjid, dan menyasarkan warga secara rawak dengan senjata api, dengan kebanyakan mereka tidak bersenjata.

Video yang dikongsi oleh Jawatankuasa Penentangan Awam menunjukkan pengebumian berpuluh-puluh rakyat di dataran awam. Antara yang maut termasuk wartawan Agensi Berita Sudan (SUNA) Makkawi Muhammad Ahmed.

Saksi-saksi serangan itu mendakwa bahawa penyerang telah membunuh warga yang telah cedera dan akan menyasarkan wanita dan kanak-kanak. Serangan itu mengakibatkan semua wanita dan kanak-kanak yang masih hidup dipindahkan secara paksa dari kampung itu.

Pasukan Sokongan Rapid mewajarkan pembunuhan beramai-ramai itu pada akaun rasmi “X” dengan mendakwa bahawa kampung itu memusuhi Militia Burhan (Dirujuk kepada Abdel Fattah al-Burhan, Pengerusi Majlis Kedaulatan Peralihan Sudan) dan Briged Islam (Mujahidin) , dan bahawa mereka merancang untuk menyerang pasukan itu.

Kerajaan Sudan, yang diketuai oleh Abdel Fattah al-Burhan, Pengerusi Majlis Kedaulatan Peralihan Sudan, menggesa agar serangan itu dikecam oleh antarabangsa.

Manakala Setiausaha Agung Bangsa Bangsa Bersatu, Antonio Guterez dalam sati kenyataan mengecam tindakan genosid tersebut dan menggesa semua pihak untuk mengelak daripada sebarang serangan yang boleh membahayakan orang awam atau merosakkan infrastruktur awam.

Beliau menyatakan kebimbangannya yang mendalam mengenai penderitaan besar penduduk Sudan akibat permusuhan yang berterusan. Beliau menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk semua pihak menyenyapkan senjata mereka di seluruh Sudan dan komited kepada jalan ke arah keamanan yang mampan untuk rakyat Sudan.

]]>
Perkongsian ITC & MYBHA Pacu Tawaran Penginapan Mesra Muslim Malaysia https://independent.my/perkongsian-itc-mybha-pacu-tawaran-penginapan-mesra-muslim-malaysia/ Sat, 29 Jun 2024 06:52:08 +0000 https://independent.my/?p=15568 Reading Time: 2 minutesMoU ini menggariskan komitmen ITC untuk menyediakan latihan menyeluruh mengenai Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (Muslim-Friendly Tourism and Hospitality – MFTH) kepada ahli MyBHA. Inisiatif ini bertujuan untuk membimbing ahli MyBHA untuk mendapatkan Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) daripada ITC. Pengiktirafan ini akan mengesahkan komitmen mereka untuk memenuhi keperluan unik pelancong Muslim, […]]]> Reading Time: 2 minutes

SERI KEMBANGAN, 28 Jun 24 – Dalam langkah penting untuk memperkukuhkan sektor pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim di Malaysia, Islamic Tourism Centre (ITC) dan Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meningkatkan tawaran penginapan mesra Muslim di seluruh negara.

MoU ini menggariskan komitmen ITC untuk menyediakan latihan menyeluruh mengenai Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (Muslim-Friendly Tourism and Hospitality – MFTH) kepada ahli MyBHA. Inisiatif ini bertujuan untuk membimbing ahli MyBHA untuk mendapatkan Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) daripada ITC. Pengiktirafan ini akan mengesahkan komitmen mereka untuk memenuhi keperluan unik pelancong Muslim, sekali gus memupuk persekitaran pelancongan yang lebih inklusif dan mesra di Malaysia.

En. Nizran Noordin, Ketua Pengarah ITC, menyatakan: “Kerjasama ini menandakan langkah penting dalam mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim terkemuka. Dengan membekalkan ahli MyBHA dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan melalui latihan MFTH kami, kami berhasrat memastikan pelancong Muslim berasa selesa sepanjang penginapan mereka di Malaysia.”

MyBHA, yang mewakili kira-kira 2,700 hotel bajet dan bisnes di seluruh Malaysia, berada dalam kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada kerjasama ini. Daripada jumlah ini, sekitar 236 ahli MyBHA sudah berdaftar dan mendapat penggredan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, sekali gus memenuhi kriteria asas untuk pendaftaran MFAR. Pematuhan sedia ada ini menjadikan mereka calon ideal untuk latihan dan pengiktirafan lanjut dalam sektor mesra Muslim.

Dr. Sri Ganesh Michiel, Presiden Nasional MyBHA, menyatakan, “Persatuan kami berdedikasi untuk meningkatkan kualiti dan inclusivity perkhidmatan penginapan di Malaysia. MoU ini dengan ITC bukan sahaja memberikan peluang kepada ahli kami untuk meningkatkan standard (piawaian) mereka dan kekal relevan di pasaran, tetapi juga selaras dengan matlamat kami untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancong Muslim.”

Sesi latihan akan merangkumi pelbagai aspek hospitaliti mesra Muslim, termasuk perkhidmatan makanan Halal, kemudahan solat, dan kemudahan lain yang memenuhi keperluan tetamu Muslim. Inisiatif ini dijangka akan meningkatkan daya tarikan hotel ahli MyBHA kepada pelancong Muslim, baik di dalam dan di luar negara.

Majlis menandatangani memorandum ini, yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (Mines International Exhibition and Convention Centre – MIECC) semasa Malaysia Halal Exposia, dihadiri oleh wakil-wakil dari kedua-dua organisasi dan menandakan permulaan usaha
kerjasama untuk meningkatkan ekosistem hospitaliti mesra Muslim di Malaysia. Kerjasama ini dijangka memainkan peranan penting dalam menyokong matlamat Malaysia untuk menjadi Hab Transit Umrah bagi rantau ini dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

]]>
TIC Komited Lahir Ramai Tenaga Muda Berkemahiran Tinggi https://independent.my/tic-komited-lahir-ramai-tenaga-muda-berkemahiran-tinggi/ Sat, 29 Jun 2024 06:32:03 +0000 https://independent.my/?p=15563 Reading Time: < 1 minuteIPOH, 28 Jun 24 – TAJ International College (TIC) komited melahirkan ramai tenaga belia masa depan yang berbakat dan berkemahiran tinggi. Selain itu TIC juga akan memperkasakan mereka menjadi pemimpin,inovator dan pengubah masa depan. Menurut Pengerusi Eksekutif TIC Puan Tina Datuk Seri Tajudin, bagì mencapai matlamat itu TIC menerusi Gerak Generasi Baru (GGB) menjalin kerjasama […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH, 28 Jun 24 – TAJ International College (TIC) komited melahirkan ramai tenaga belia masa depan yang berbakat dan berkemahiran tinggi. Selain itu TIC juga akan memperkasakan mereka menjadi pemimpin,inovator dan pengubah masa depan.

Menurut Pengerusi Eksekutif TIC Puan Tina Datuk Seri Tajudin, bagì mencapai matlamat itu TIC menerusi Gerak Generasi Baru (GGB) menjalin kerjasama erat DRB-HICOM University of Automotive dan Universiti Geomatika.

TIC turut menjalin kerjasama erat dengan Majlis Pengetua Kinta Utara dan Kinta Selatan, Majlis Kaunselor Kinta Utara dan Kinta Selatan, Majlis Sukan Daerah Kinta Utara, Majlis Belia Negeri Perak dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak.

“Dengan àdanya kerjasama ini maka TIC turut menawarkan 100 biasiswa sokongan pendidikan untuk ’empower’ belia-belia di negeri Perak dengan harapan mereka dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Ini adalah salah satu inisiatif konsep “Learn & Earn di bawah Gerak Generasi Baru TIC” kata Tina.

Menurut beliau, kerjasama dengan tujuh rakan kongsi ini bertujuan memupuk kolaborasi yang kukuh di kalangan pelbagai pihak dalam membentuk masa depan yang lebih cerah bagi generasi masa kini dan masa depan.

]]>
Pos Shop Kembangkan Operasi Buka Cawangan ke-17 https://independent.my/pos-shop-kembangkan-operasi-buka-cawangan-ke-17/ Sat, 29 Jun 2024 06:21:39 +0000 https://independent.my/?p=15554 Reading Time: 2 minutesKUANTAN, 28 Jun 24 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, kembali meneruskan perjalanan transformasi runcitnya dengan pelancaran kedai serbaneka Pos Shop terbaharu. Cawangan baharu itu, terletak di dalam Pejabat Pos Besar (GPO) di Jalan Abdul Aziz, Kuantan, Pahang. Ini menandakan Pos Shop ke-17 setakat ini. Pos Malaysia kini mempunyai […]]]> Reading Time: 2 minutes

KUANTAN, 28 Jun 24 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, kembali meneruskan perjalanan transformasi runcitnya dengan pelancaran kedai serbaneka Pos Shop terbaharu. Cawangan baharu itu, terletak di dalam Pejabat Pos Besar (GPO) di Jalan Abdul Aziz, Kuantan, Pahang. Ini menandakan Pos Shop ke-17 setakat ini.

Pos Malaysia kini mempunyai 17 lokasi Pos Shop di seluruh negara, dengan tiga di Pahang, tiga di Kuala Lumpur, dua di Selangor, dua di Perak, lima di Johor, satu di Melaka, dan satu di Negeri Sembilan.

Pos Shop di GPO Kuantan yang berkeluasan lebih 1,800 kaki persegi menawarkan penyelesaian sehenti untuk komuniti setempat, menggabungkan perkhidmatan pos dan bungkusan dengan ruang runcit yang selesa untuk keperluan harian. Pos Shop di Kuantan mempunyai Pos Kafe di mana pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan seperti secawan kopi segar, makanan ringan, dan minuman sambil menunggu bungkusan mereka atau sebelum pergi ke tempat kerja. Pelanggan juga boleh menikmati promosi pembukaan iaitu Beli-1-Percuma-1 eksklusif untuk Pos Sundaes, sementara stok masih ada.

Pelancaran Pos Shop ini sejajar dengan strategi keseluruhan Pos Malaysia untuk terus mengubah penawarannya dan berhubung dengan pelanggan di seluruh Malaysia dengan lebih baik.

Pos Malaysia berhasrat untuk membina kepercayaan dan meningkatkan kemudahan untuk menyepadukan perkhidmatan kurier dan logistiknya dengan memperkenalkan konsep runcit baharu yang menarik. Pos Malaysia telah menyasarkan untuk menambah 33 lagi cawangan Pos Shop untuk menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 50 cawangan di seluruh negara menjelang akhir tahun 2024.

Langkah strategik ini menekankan komitmen Pos Malaysia untuk menyediakan kemudahan dan nilai yang lebih besar kepada komuniti di seluruh negara.

]]>
Majlis AIDS Malaysia Mohon Sokongan Media Hapuskan Prejudis Terhadap Orang Yang Hidup Dengan HIV https://independent.my/majlis-aids-malaysia-mohon-sokongan-media-hapuskan-prejudis-terhadap-orang-yang-hidup-dengan-hiv/ Thu, 27 Jun 2024 14:00:24 +0000 https://independent.my/?p=15540 Reading Time: 2 minutesSeruan ini dibuat susulan daripada penerbitan artikel oleh sebuah akhbar tabloid terkemuka yang telah mendedahkan status HIV seorang wanita hamil yang sedang menjalani perbicaraan di mahkamah tanpa kerelaan beliau. Artikel yang diterbitkan pada 19 Jun 2024 itu telah menjadi buah mulut percakapan orang ramai serta tular di media sosial. Pendedahan status HIV wanita berkenaan –  yang […]]]> Reading Time: 2 minutes

Kuala Lumpur, 26 Jun 2024  – Majlis AIDS Malaysia (MAC) menyeru para pengamal media tempatan untuk lebih sensitif terhadap sentimen negatif atau prejudis yang mendiskriminasikan Orang Yang Hidup dengan HIV di lapangan media.

Seruan ini dibuat susulan daripada penerbitan artikel oleh sebuah akhbar tabloid terkemuka yang telah mendedahkan status HIV seorang wanita hamil yang sedang menjalani perbicaraan di mahkamah tanpa kerelaan beliau. Artikel yang diterbitkan pada 19 Jun 2024 itu telah menjadi buah mulut percakapan orang ramai serta tular di media sosial.

Pendedahan status HIV wanita berkenaan –  yang dibuat dalam konteks perbicaraan kes jenayah yang sedang berlangsung pada ketika itu – secara tidak langsung telah membina konotasi negatif terhadap komuniti Orang Yang Hidup dengan HIV. Situasi ini dikhuatiri akan menggalakkan lagi stigma dan diskriminasi terhadap komuniti ini.

” MAC, yang mewakili suara lebih daripada 70,000 ODHA di seluruh negara, mendukung harapan besar agar semua pihak dapat memberi kerjasama untuk menghentikan stereotaip negatif terhadap golongan ODHA di dalam media. “

” Malaysia kini sedang bergelut dengan penularan HIV secara transmisi seksual, di mana ramai individu berisiko tinggi yang tidak sedar dengan status HIV mereka dan malu untuk tampil ke hadapan bagi menjalani saringan kerana stigma dan diskriminasi. Isu yang sama juga telah menghalang ramai ODHA dari memulakan rawatan dan memencilkan diri kerana masih sangsi dengan penerimaan masyarakat.”  menurut Profesor Madya Dr Raja Iskandar Shah bin Raja Azwa, Presiden Majlis AIDS Malaysia.

” Saranan kami ini adalah selari dengan matlamat dan aspirasi Pelan Strategik Nasional bagi mengakhiri AIDS menjelang tahun 2030 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, yang di antara lain, menekankan penglibatan media untuk membina persekitaran yang kondusif bagi mengurangkan stigma dan diskriminasi dan meningkatkan akses kepada rawatan dan jagaan HIV.”  Ujar beliau lagi.

Wartawan mempunyai tanggungjawab sosial yang besar dalam memberikan informasi yang tepat, bermanfaat dan sesuai untuk pembangunan masyarakat yang mampan dan sejahtera. Justeru, MAC memohon sokongan para pengamal media tempatan untuk bertindak dengan lebih berhemah dan mematuhi kod etika kewartawanan dalam liputan yang melibatkan komuniti ODHA.

” MAC sedang merancang untuk mengadakan program pemekaan HIV dan AIDS bersama pengamal-pengamal media di negara ini, di mana objektif utama program ini adalah untuk melatih pengamal media dengan teknik penulisan / perencanaan yang lebih beretika dan tidak mendiskriminasikan ODHA dan anggota komuniti populasi terpinggir. Selain itu, kami juga ingin  berkongsi maklumat tentang kejayaan advokasi dan pembangunan polisi-polisi baharu yang mesra ODHA, serta perkembangan terbaharu dalam teknik pencegahan dan sains rawatan HIV.” Tambah beliau.

]]>