Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Pengguna – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Sun, 02 Jul 2023 11:27:14 +0000 en-US hourly 1 Pos Malaysia Mara Dengan Stesen Pengecas EV https://independent.my/pos-malaysia-mara-dengan-stesen-pengecas-ev/ Sun, 02 Jul 2023 06:28:41 +0000 https://independent.my/?p=11999 Reading Time: 2 minutesPos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengumumkan kerjasama strategik bersama Yinson GreenTech bagi pelancaran stesen pengecas kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh chargEV, rangkaian dan pengendali pengecasan EV yang terbesar di negara ini. Stesen pengecas itu kini tersedia setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam di enam Pejabat Pos termasuk Shah Alam, Ipoh, Melaka, Seremban, […]]]> Reading Time: 2 minutes

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengumumkan kerjasama strategik bersama Yinson GreenTech bagi pelancaran stesen pengecas kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh chargEV, rangkaian dan pengendali pengecasan EV yang
terbesar di negara ini.

Stesen pengecas itu kini tersedia setiap hari dari jam 6 pagi hingga 11 malam di enam Pejabat Pos termasuk Shah Alam, Ipoh, Melaka, Seremban, Alor Setar dan Jogor Bahru.

Pos Malaysia komited untuk memajukan penyelesaian mobiliti yang lestari dan meluaskan akses kepada sumber tenaga yang lestari. Pengecas ini akan dipasang secara berperingkat, dengan rancangan untuk memperluaskan liputannya ke Pejabat Pos yang lain, memastikan akses yang lebih mudah untuk pemilik EV serta menyokong peningkatan jumlah kenderaan elektrik di negara ini.

Setiap alur keluar mempunyai 1 pengecas DC dengan dua muncung jenis CCS2 (pengecasan pantas) dengan kuasa 40kW. Pengecasan UV sehingga 80% memerlukan masa antara 60 hingga 90 minit, bergantung pada model EV. Pengecas chargEV direka untuk memberikan pengguna EV yang juga pelanggan Pos Malaysia sebuah pengalaman pengecasan yang optimum serta memberikan prestasi pengecasan yang cekap dan boleh dipercayai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, “Kerjasama ini menandakan satu langkah besar dalam komitmen berterusan kami terhadap penjagaan alam sekitar.

“Sebagai pembekal pos dan kurier Malaysia, kami memikul tanggungjawab untuk mencipta laluan ke arah masa depan yang lebih lestari dan kami menyedari kepentingan menyepadukan kelestarian dalam setiap aspek operasi kami, serta memastikan
warisan kami kekal untuk generasi akan datang.”

“Dengan kerjasama rakan kongsi seperti Yinson, kami boleh memacu perubahan positif dalam bidang pengangkutan yang lestari dan mengurangkan kebimbangan jarak bagi pengguna EV melalui pemasangan stesen pengecas EV di PO kami.” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif YGT Encik Eirik Barclay, berkata, “Berdasarkan aspirasi kami untuk membantu perniagaan beralih ke arah kelestarian, kami gembira dapat bekerjasama dengan Pos Malaysia dalam melancarkan stesen chargEV kami di seluruh lokasi terpilih.

“Inisiatif ini juga bertujuan untuk menggalakkan pengguna EV meneroka pelbagai tawaran Pos Malaysia sambil mengecas kenderaan mereka.

“Dengan memanfaatkan rangkaian luas di lebih 600 lokasi dan berjuta-juta kaki persegi ruang runcit dan luar, Pos Malaysia telah bekerjasama dengan jenama tersohor seperti Cafe Mesra, ZUS Coffee, Photobook dan chargEV untuk memperkenalkan penyelesaian inovatif kepada pelanggan, katanya.

]]>
Peniaga Barangan Terpakai Lega Larangan Dimansuh https://independent.my/peniaga-barangan-terpakai-lega-larangan-dimansuh/ Sun, 02 Jul 2023 05:29:58 +0000 http://independent.my/?p=11995 Reading Time: < 1 minuteIPOH – Ahli Persatuan Peniaga Barang Terpakai Ipoh kini boleh menarik nafas lega setelah lesen perniagaan barang terpakai yang dibekukan sejak tahun 2013 dimansuhkan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Masyarakat India, A. Sivanesan, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar dan Ketua Polis Negeri dan mendakwa terdapat masalah teknikal dalam pembekuan […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH – Ahli Persatuan Peniaga Barang Terpakai Ipoh kini boleh menarik nafas lega setelah lesen perniagaan barang terpakai yang dibekukan sejak tahun 2013 dimansuhkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Masyarakat India, A. Sivanesan, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar dan Ketua Polis Negeri dan mendakwa terdapat masalah teknikal dalam pembekuan lesen perniagaan barang terpakai. Lanjutan dari itu, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat untuk mengenepikan pembekuan berkenaan.

Sivanesan juga berkata beliau juga menerima surat dari Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandra Ng yang menyatakan tiada halangan untuk membenarkan permohonan pembaharuan lesen perniagaan barang terpakai kepada pemegang lesen sedia ada selagi mereka memenuhi syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Restoran Tandori Grill di sini pada Ahad.

“Ini adalah perniagaan yang juga memberi manfaat kepada kerajaan, ia mengitar semula barangan terpakai, mereka akan pergi kutip, kalau mereka tiada, ia (barang terpakai) akan dibuang begitu saja,” katanya.

Persatuan Peniaga Barang Terpakai Ipoh ditubuhkan pada 2016 bertujuan untuk menjaga kebajikan ahlinya disamping membuat kerja-kerja amal seperti mengadakan tuisyen dengan kadar bayaran yang rendah, mengadakan program derma darah serta motivasi. Ia dianggotai seramai 130 peniaga.

]]>
airasia ride Perluas Perkhidmatan Ke 4 Bandar Utama https://independent.my/airasia-ride-perluas-perkhidmatan-ke-4-bandar-utama/ Mon, 20 Dec 2021 18:48:44 +0000 https://independent.my/?p=11493 Reading Time: < 1 minuteJOHOR BAHRU, 19 Disember 2021 – Selepas pelancaran perkhidmatan di Pulau Pinang baru-baru ini, airasia ride hari ini mengumumkan pertambahan ke empat lagi bandar utama, iaitu Johor Bahru, Ipoh, Seremban dan Melaka, bertujuan untuk memberikan kemudahan dan tambang yang lebih kompetitif untuk pelanggan setempat serta peluang pendapatan yang lebih baik untuk pemandu tempatan. Sempena pelancaran […]]]> Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU, 19 Disember 2021 – Selepas pelancaran perkhidmatan di Pulau Pinang baru-baru ini, airasia ride hari ini mengumumkan pertambahan ke empat lagi bandar utama, iaitu Johor Bahru, Ipoh, Seremban dan Melaka, bertujuan untuk memberikan kemudahan dan tambang yang lebih kompetitif untuk pelanggan setempat serta peluang pendapatan yang lebih baik untuk pemandu tempatan.

Sempena pelancaran ini, pelanggan airasia ride di empat bandar itu kini boleh menikmati tambang perjalanan serendah RM1 setiap hari sehingga 25 Disember 2021 selain penumpang di Johor Bahru boleh menikmati perjalanan percuma ke dan dari Paradigm Mall sehingga 21 Disember 2021.

Menurut kenyataan media airasia ride, pemandu airasia ride di semua bandar ia beroperasi berpeluang untuk mendapatkan penerbangan AirAsia percuma dengan hanya melengkapkan 30 perjalanan antara 3 hingga 16 Januari 2022. Sebanyak 1,000 penerbangan percuma disediakan. Pendaftaran boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi pemandu airasia ride atau dapatkan maklumat lanjut di www.airasia.com/aa/ride/driver.html.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif airasia ride Malaysia, dengan pengembangan perkhidmatan ini, pelanggan bukan sahaja dapat menikmati tawaran perjalanan dan gaya hidup terbaik, tetapi juga boleh menempah perjalanan mereka dengan tambang lebih rendah sekitar 10-15 peratus daripada pasaran melalui satu platform yang mudah di airasia Super App.

“Apa yang paling penting, kami berbangga untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di bandar-bandar ini.

“Para pemandu kami akan menerima 85 peratus dari tambang yang dikenakan. Mereka juga diberi kebebasan untuk memilih kekerapan dan jumlah tempahan mengikut keselesaan dan ketersediaan mereka, tanpa perlu risau akan didenda supaya mereka lebih fokus kepada prestasi di jalan raya dengan kualiti dan keselamatan terbaik kepada penumpang, ” kata beliau.

Untuk mendapatkan perkhidmatan e-panggilan airasia ride, pelanggan boleh menempah melalui aplikasi airasia Super App yang disediakan untuk platform android dan iOS.

]]>
Seluruh Lebuhraya PLUS Dilengkapi Sistem RFID Bermula Jan 2022 https://independent.my/seluruh-lebuhraya-plus-dilengkapi-sistem-rfid-bermula-jan-2022/ Thu, 16 Dec 2021 06:45:56 +0000 https://independent.my/?p=11484 Reading Time: < 1 minuteKUALA LUMPUR | Teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) akan mula disediakan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, mulai 15 Januari 2022. Kementerian Kerja Raya berkata RFID akan diperkenalkan untuk transaksi tol melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di sepanjang lebuh raya yang merentangi Juru di Pulau Pinang hingga ke Skudai di Johor. Ini sebagai persediaan untuk penamatan sistem […]]]> Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) akan mula disediakan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, mulai 15 Januari 2022.

Kementerian Kerja Raya berkata RFID akan diperkenalkan untuk transaksi tol melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di sepanjang lebuh raya yang merentangi Juru di Pulau Pinang hingga ke Skudai di Johor.

Ini sebagai persediaan untuk penamatan sistem Touch ‘n Go dan SmartTAG, tambahnya.

“Akan ada lorong untuk RFID di sepanjang lebuh raya bertol di pantai barat bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian juga berkata pembayaran melalui Touch ‘n Go dan SmartTAG masih tersedia.

Tetapi kedua-dua kaedah itu akan dihentikan secara berperingkat, kerana lorong RFID dilaksanakan mengikut Sistem Pengangkutan Pintar — Cetakan Biru ITS untuk Multi Lane Free Flow (MLFF).

RFID, seiring dengan MLFF, menawarkan pengguna jalan raya pengalaman tanpa sentuhan yang lebih lancar semasa membayar yuran tol.

Ia disokong lagi oleh Touch ‘n Go eWallet dan tunai digital serta keupayaan tambah nilainya yang mengurangkan interaksi di kaunter.

Maklumat lanjut mengenai peralihan boleh diperolehi melalui laman web PLUS Malaysia dan Touch ‘n Go.

 

]]>
Harga Petrol & Diesel Naik Lagi https://independent.my/harga-petrol-diesel-naik-lagi/ Fri, 18 Dec 2020 13:49:53 +0000 https://independent.my/?p=11139 Reading Time: < 1 minuteMenurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, berdasarkan harga bahan bakar mingguan menggunakan Automated Pricing Mechanism (APM), harga baru seliter petrol RON95 adalah RM1.78, petrol RON97 adalah RM2.08 dan diesel adalah RM1.96. Kerajaan akan terus memantau tren harga minyak mentah global dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kesejahteraan rakyat yang berterusan, menurut kenyataan itu. Pada […]]]> Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Harga petrol RON95 dan RON97 naik lima sen seliter, sementara diesel naik tiga sen seliter untuk minggu 19 hingga 25 Disember bermula tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, berdasarkan harga bahan bakar mingguan menggunakan Automated Pricing Mechanism (APM), harga baru seliter petrol RON95 adalah RM1.78, petrol RON97 adalah RM2.08 dan diesel adalah RM1.96.

Kerajaan akan terus memantau tren harga minyak mentah global dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kesejahteraan rakyat yang berterusan, menurut kenyataan itu.

Pada 12 Disember lalu, harga minyak RON95 dan RON97 serta diesel naik 3 sen. Ini merupakan peningkatan sebanyak 3 kali berturut-turut dalam bulan Disember 2020. Harga minyak terus meningkat sejak pertengahn November tahun ini selepas kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran aktiviti perniagaan dan sosial dalam perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

]]>
Rokok, Cecair Vape Dikenakan Cukai Eksais Mulai 2021 https://independent.my/rokok-cecair-vape-dikenakan-cukai-eksais-mulai-2021/ Wed, 09 Dec 2020 17:36:38 +0000 https://independent.my/?p=11083 Reading Time: < 1 minutePUTRAJAYA, 8 Dis  — Duti eksais bagi peranti rokok elektronik, peranti rokok bukan elektronik dan cecair atau gel rokok elektronik termasuk tanpa nikotin, dikenakan semasa pengimportan dan pelepasan daripada pengilang tempatan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari depan. Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata peranti rokok elektronik dan peranti rokok bukan elektronik akan dikenakan […]]]> Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 8 Dis  — Duti eksais bagi peranti rokok elektronik, peranti rokok bukan elektronik dan cecair atau gel rokok elektronik termasuk tanpa nikotin, dikenakan semasa pengimportan dan pelepasan daripada pengilang tempatan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata peranti rokok elektronik dan peranti rokok bukan elektronik akan dikenakan duti eksais pada kadar  ‘ad valorem’ 10 peratus manakala cecair/gel rokok elektronik dan cecair/gel vape yang tidak bernikotin pada kadar 40 sen bagi setiap mililiter (ml).

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata pengilang tempatan juga perlu dilesenkan di bawah Seksyen 20 Akta Eksais 1976 dengan bayaran lesen sebanyak RM4,800 setahun manakala bayaran lesen gudang di bawah Seksyen 25 Akta Eksais 1976 adalah sebanyak RM2,400 setahun.

“Pengilang-pengilang tempatan hendaklah membuat permohonan lesen di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon/Negeri di mana lokasi premis kilang/gudang sebelum 15 Disember 2020,” katanya.

Menurut Abdul Latif, antara dokumen yang diperlukan ialah surat permohonan lesen eksais, borang JKDM No. 1, sijil pendaftaran perniagaan atau syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut diperlukan adalah dokumen senarai bahan mentah, senarai barang siap, carta alir proses pengilangan, kapasiti pengeluaran setahun dan pengakuan mengenai kandungan nikotin dalam cecair atau gel rokok elektronik.

“Pemegang lesen dikehendaki mematuhi syarat-syarat pelesenan dan mengemukakan jaminan bank untuk menjamin keselamatan hasil duti atau cukai,” katanya.

Beliau berkata bagi maklumat lanjut, pengilang boleh merujuk soalan-soalan lazim mengenai perkara itu di http://www.customs.gov.my/ms/pages/utama.aspx. ~ BERNAMA

]]>
Suspek Seludup Daging Sejuk Beku Telah Dikenal Pasti https://independent.my/suspek-seludup-daging-sejuk-beku-telah-dikenal-pasti/ Fri, 04 Dec 2020 12:08:41 +0000 https://independent.my/?p=11032 Reading Time: 2 minutesPegawai Kastam Kanan Bahagian Penguatkuasaan Johor Khalik Drahman berkata pengurus lelaki warga tempatan berusia 40-an itu akan ditahan di bawah Akta Kastam 1967 kerana kesalahan mengangkut barang-barang yang gagal dikemukakan dokumen import sah semasa pemeriksaan. “Kami juga akan sita tiga lori penyimpanan daging sejuk beku dan ayam tidak mempunyai logo halal hari ini manakala Kementerian […]]]> Reading Time: 2 minutes

KULAI, 4 Dis (BERNAMA) |  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor telah mengenal pasti dan akan menahan seorang pengurus sebuah syarikat pembekalan daging sejuk beku yang diserbu pihak berkuasa pada Rabu lepas dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Pegawai Kastam Kanan Bahagian Penguatkuasaan Johor Khalik Drahman berkata pengurus lelaki warga tempatan berusia 40-an itu akan ditahan di bawah Akta Kastam 1967 kerana kesalahan mengangkut barang-barang yang gagal dikemukakan dokumen import sah semasa pemeriksaan.

“Kami juga akan sita tiga lori penyimpanan daging sejuk beku dan ayam tidak mempunyai logo halal hari ini manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan merampas daging yang ada logol halal,” katanya pada sidang media di sebuah gudang syarikat daging sejuk beku di sini.

Khalik berkata hasil siasatan awal mendapati syarikat tersebut menyeludup pelbagai jenis  daging termasuk ayam dan itik dari  China, Brazil, Australia, Ukraine dan Argentina.

Dalam pada itu, Khalik tidak menolak kemungkinan penglibatan pihak lain dalam kegiatan berkenaan kerana pasaran produk tersebut agak besar di Malaysia.

“Syarikat ini menggunakan pembungkusan semula produk di Australia…mungkin mereka bungkus semula untuk naikkan harga kerana harga produk Australia mahal dan orang ramai yakin dengan produk negara itu…cuma pembungkusan asal dari mana daging itu berasal masih belum ditemui,” katanya.

Katanya, kesemua daging itu akan dihantar ke makmal Jabatan Kimia bagi mengenal pasti jenis daging sebelum tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata kerajaan negeri akan mengadakan satu mesyuarat khas pada Isnin ini bagi membincangkan isu penyeludupan daging sejuk beku sebelum membungkus semula dengan logo halal palsu.

Mesyuarat akan melibatkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Majlis Halal Negeri Johor dan pihak yang berkenaan, katanya selepas meninjau gudang syarikat pembekalan daging sejuk beku yang diserbu di Taman Perindustrian Senai pada 2 Dis lepas, hari ini.

Sementara itu, Tosrin yang juga Pengerusi Majlis Halal Negeri Johor berkata satu aplikasi direktori halal juga akan dirangka  dan dilancarkan pada Mac 2021.

Rabu lepas, sebuah gudang syarikat daging sejuk beku di Taman Perindustrian Senai diserbu pihak berkuasa hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menyeludup daging sejuk beku.

Kartel berkenaan dipercayai menjadikan sebuah gudang di Senai sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.

]]>
Cuepecs Bantah Naikkan Usia Persaraan https://independent.my/cuepecs-bantah-naikkan-usia-persaraan/ Thu, 03 Dec 2020 10:42:57 +0000 https://independent.my/?p=11000 Reading Time: < 1 minutePresiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, skim persaraan untuk penjawat awam, yang kini berusia 60 tahun, masih dilihat sebagai wajar dan relevan. “Umur persaraan penjawat awam telah diubah tiga kali dalam 20 tahun terakhir, iaitu dari 55 hingga 56 pada tahun 2001. Ini diikuti tujuh tahun kemudian dari 56 hingga 58 tahun (2008) dan 58 hingga […]]]> Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpendapat bahawa tidak ada keperluan untuk menaikkan usia persaraan penjawat awam kepada 65 tahun.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, skim persaraan untuk penjawat awam, yang kini berusia 60 tahun, masih dilihat sebagai wajar dan relevan.

“Umur persaraan penjawat awam telah diubah tiga kali dalam 20 tahun terakhir, iaitu dari 55 hingga 56 pada tahun 2001. Ini diikuti tujuh tahun kemudian dari 56 hingga 58 tahun (2008) dan 58 hingga 60 tahun pada tahun 2011,” katanya kata dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas usul perwakilan Kumpulan Bank Dunia ke Malaysia dan pengurus negara, Firas Raad, bahawa Malaysia perlu menyemak kembali polisi usia persaraan, memandangkan negara mungkin memiliki masyarakat yang semakin tua di masa depan.

Mengulas lanjut, Adnan berpendapat bahawa kebanyakan individu berusia 60 tahun ke atas sudah menghadapi cabaran termasuk masalah kesihatan dan keperluan untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baru dan semakin canggih.

Katanya, keputusan untuk mengekalkan usia persaraan yang ada juga mengambil kira pelbagai pertimbangan lain termasuk memberi peluang pekerjaan kepada lebih banyak orang muda yang berkemahiran dan berbakat.

]]>
Status Vaksin Covid-19 Diputuskan Majlis Agama Islam Esok https://independent.my/status-vaksin-covid-19-diputuskan-majlis-agama-islam-esok/ Thu, 03 Dec 2020 10:04:02 +0000 https://independent.my/?p=10995 Reading Time: < 1 minuteIa akan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai penggunaan vaksin itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Ke-10 Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia berlangsung hari ini di Putrajaya. Mesyuarat dihadiri oleh mufti dan anggota yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja […]]]> Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Hukum penggunaan vaksin Covid-19 di kalangan umat Islam di Malaysia akan diketahui esok.

Ia akan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai penggunaan vaksin itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Ke-10 Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia berlangsung hari ini di Putrajaya.

Mesyuarat dihadiri oleh mufti dan anggota yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja serta wakil Kementerian Kesihatan, katanya.

“Kami akan melihat semua aspek, termasuk dari sudut Kementerian Kesihatan dan pandangan mufti,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan surat pelantikan kepada 52 pegawai penyelidik baru dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di sini.

Zulkifli berkata, hasil pertemuan itu akan disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Majlis Raja-Raja atas persetujuan mereka.

]]>
Permohonan i-Sinar Bermula 21 Disember https://independent.my/permohonan-i-sinar-bermula-21-disember/ Wed, 02 Dec 2020 11:56:16 +0000 https://independent.my/?p=10979 Reading Time: 2 minutesKUALA LUMPUR | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kriteria yang melayakkan individu memohon pengeluaran wang serta butiran kemudahan i-Sinar yang dibuka kepada sehingga 8 juta ahli. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut: Kategori 1 Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, […]]]> Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kriteria yang melayakkan individu memohon pengeluaran wang serta butiran kemudahan i-Sinar yang dibuka kepada sehingga 8 juta ahli.

Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

Kategori 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.


Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Jumlah kelayakan i-Sinar

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.

]]>