Koronavirus: 130 Kes Baru, 3 Kematian Dilapor Hari Ini

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 130 kes baru koronavirus dan 3 kematian hari ini.

Ini membawa kepada jumlah kes 2,161 dan jumlah kematian kini 26 orang.

Kes kematian ke-24 (kes 1,056) melibatkan seorang lelaki berumur 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia awal bulan ini. Dimasukkan ke hospital pada 18 Mac dan disahkan meninggal dunia 9.30 malam tadi (26 Mac).

Kes kematian ke-25 (kes 2,032) ialah seorang lelaki berumur 83 tahun yang mempunyai penyakit kronik. Beliau dimasukkan ke hospital Ipoh pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 6.55 petang hari ini.

Kes kematian ke-26 (kes 1,321) pula ialah seorang lelaki berumur 53 tahun yang mempunyai kontak rapat dengan kes 1,309 Covid-19. Beliau dirawat di hospital Sungai Buloh dari 22 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 10.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah 54 sedang dirawat di Unit Rawatan Intensif dan 34 darinya bergantung kepada alat ventilator.

Sebanyak 44 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang. Ini menjadikan jumlah mereka yang telah pulih sebanyak 259 orang.