Peningkatan Penderaan Kanak²: Jawatankuasa Perkenal Buku Panduan Kesan Kes Dera dan Jenayah Seksual

Reading Time: 2 minutes

IPOH | Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Perak, Wong May Ing berkata pihaknya akan memperkenalkan suatu buku panduan bagi menangani isu penderaan dan penganiayaan kanak² untuk diedarkan kepada setiap kanak² sekolah di seluruh negeri Perak tidak lama lagi.

Menurut Wong, statistik kes penderaan dan jenayah seksual terhadap kanak² menunjukkan peningkatan sejak tahun 2015. Kes-kes yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2015 ialah sebanyak 183, tahun 2016 sebanyak 299, 2017 meningkat kepada 318 dan 341 kes pada tahun 2018. Angka itu menunjukkan peningkatan saban tahun dan kajian menunjukkan punca peningkatan adalah kerana masalah kewangan (ekonomi) dan sosial.

Buku panduan tersebut mengandungi penerangan tentang langkah-langkah awal mengesan sebarang kemungkinan perlakuan dera atau jenayah seksual terhadap kanak² dan tatacara melindungi diri dari terdedah kepada jenayah berkenaan. Buat masa ini buku ini masih dalam peringkat semakan dari segi ejaan dan tatabahasa dan akan mula diedarkan pada awal Mei ini.

Buku yang dicetak ini mengandungi 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil manakala versi Bahasa Inggersi hanya dalam bentuk dalam talian.

Dianggarkan ada 1,100 buah sekolah dan seramai 373,000 jumlah murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Perak dan buku ini akan dicetak sebanyak 540,000 naskhah. Naskhah selebihnya akan diedarkan kepada pusat-pusat khidmat ADUN, Jabatan Kebajikan Masyarakat, agensi-agensi kerajaan malah akan diedarkan di kalangan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berharap dengan adanya buku pandan ini akan apat memberi manfaat kepada semua pelajar dan mereka akan mempunyai kesedaran dan sentiasa waspada untuk menjaga keselamatan diri sendiri.

“Bukan saja beri buku ini, tapi menerangkan apa kandungan di dalamnya dan beritahu mereka kaedah² supaya mereka dapat menesan pada peringkat awal lagi apa yang berlaku di kalangan kanak²,” katanya di hadapan wartawan dalam satu sidang akhbar di Bangunan Darul Ridzuan pagi ini.

Menurut Wong, JKM akan mengadakan kempen kesedaran di seluruh daerah bersama guru² kaunseling atau guru² lain yang berminat untuk melibatkan diri di dalam kempen ini.