Perjalanan Antara Sempadan Dalam Negeri di Malaysia Perlu Beritahu Balai Polis Terdekat

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Ketua Polis Negara Datuk Hamid Bador berkata mereka yang mahu pulang ke kampung melangkaui sempadan negeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan perlu membuat laporan ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan kebenaran.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa tidak ada sekatan dalam bentuk yang begitu mencengkam orang ramai yang akan dibuat oleh pihak polis. Tujuan tindakan adalah untuk kebaikan semua orang agar tidak mendatangkan masalah yang lebih buruk.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Bukit Aman petang tadi.

Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan 120 kes baru dan 2 kematian koronavirus (Covid-19) iaitu seorang lelaki berumur 60 tahun di Sarawak dan seorang lelaki berumur 34 tahun yang terlibat dalam perhimpunan tabligh di Seri Petaling awal bulan ini.