Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
ahmad faizal – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Sun, 13 Oct 2019 13:47:57 +0000 en-US hourly 1 Perak Punyai Potensi Besar Pembangunan Industri Buluh – MB https://independent.my/perak-punyai-potensi-besar-pembangunan-industri-buluh-mb/ Sun, 13 Oct 2019 13:37:40 +0000 https://independent.my/?p=7251 Reading Time: 2 minutesIPOH | Negeri Perak mempunyai potensi besar sebagai hub pembangunan industri buluh di Malaysia kerana terdapat berbagai sebilangan besar spesies buluh bernilai komersial yang tumbuh subur di negeri ini. Demikian menurut Menteri Besar Perak, DAto’ Seri Ahmad Faizal Azumu dalam ucapannya di Sambutan Hari Buluh Sedunia 2019 di Casuarina@Meru hgari ini. Beliau yang mewakili kerajaan […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH | Negeri Perak mempunyai potensi besar sebagai hub pembangunan industri buluh di Malaysia kerana terdapat berbagai sebilangan besar spesies buluh bernilai komersial yang tumbuh subur di negeri ini. Demikian menurut Menteri Besar Perak, DAto’ Seri Ahmad Faizal Azumu dalam ucapannya di Sambutan Hari Buluh Sedunia 2019 di Casuarina@Meru hgari ini.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Industri Utama serta Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) kerana memilih negeri Perak sebagai tuan rumah sambutan acara itu untuk edisi kali ini.

Menurut Ahmad Faizal, beliau yakin penganjuran Hari Buluh Sedunia ini mampu mengukuhkan lagi kerjasama antara agensi-agensi Persekutuan dengan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri Perak khusus dalam pembangunan industri buluh di negeri ini.

Ujarnya pemilihan negeri Perak adalah adalah amat bertepatan kerana negeri ini mempunyai pelbagai keunikan serta keistimewaan berkaitan industri buluh. Beliau memberikan contoh terdapat masjid buluh di Kuala Kangsar, juga resort pengembaraan Bamboo Jungle Adventures di Sungai Siput dan Resort Lembah Sahom di Kampar.

“Dalam hal ini, Perak mempunyai pencapaian terbaik dalam usaha mempromosi buluh yg ‘versatile’.

“Berdasarkan Inventori Hutan Nasional Kelima (IHN-5) oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, dianggarkan terdapat lebih 15 juta rumpun buluh di negeri Perak.

“Empat perpuluhan lima juta darinya ialah spesies buluh betong iaitu jumlah tertinggi direkodkan berbanding negeri lain di Malaysia.

“Ini menunjukkan negeri Perak memang berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai hub pembangunan industri buluh di Malaysia,” katanya.

Beliau menzahirkan keyakinan melalui penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dan strategi pemasaran biproduk buluh serta produk berasaskan buluh yg mantap bakal menjadi satu sumber pendapatan negara yang baharu. Ia juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana ekonomi masyarakat.

Menurutnya, kerajaan negeri Perak juga amat mengalu-alukan cadangan dari Kementerian Industri Utama mewujudkan pusat semaian buluh berskala komersial dan makmal tisukultur di negeri Perak.

“Ini bagi memastikan benih buluh berkualiti untuk kegunaan industri perladangan buluh,” ujar beliau.

Ahmad Faizal dalam pada itu menyeru para pelabur dan usahawan yang berminat agar mengambil peluang ini untuk melabur dalam industri berasaskan buluh terutama di negeri Perak.

“Saya percaya melalui pendekatan ‘mesra-pelabur’ yang diamalkan oleh pentadbiran ini, ia akan dapat membantu memudahcara kemasukan para pelabur.” katanya.

Beliau juga berharap penganjuran sambutan Hari Buluh Sedunia ini akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara kerajaan negeri dengan Kementerian.

Acara sambutan ini dilancarkan oleh Menteri Industri Utama, Puan Teresa Kok. Turut hadir ialah EXCO Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi MTIB, Wong Tack.

]]>
Kerajaan Tidak Pernah Jual Lapangan Terbang Tekah Kepada Mana-mana Pihak https://independent.my/kerajaan-tidak-pernah-jual-lapangan-terbang-tekah-kepada-mana-mana-pihak/ Wed, 19 Jun 2019 09:43:10 +0000 https://independent.my/?p=5879 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Kerajaan negeri Perak tidak pernah menyerah atau meluluskan tanah tapak lapangan terbang Tekah, Taiping kepada mana-mana pihak untuk projek pembangunan. Demikian menurut Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dalam sidang akhbar di Dewan Serbaguna, Bangunan Darul Ridzuan selepas merasmikan Majlis Penyerahan Peruntukan Kepada Sekolah-Sekolah Separuh Bantuan Kerajaan di Ipoh hari ini. […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH | Kerajaan negeri Perak tidak pernah menyerah atau meluluskan tanah tapak lapangan terbang Tekah, Taiping kepada mana-mana pihak untuk projek pembangunan.

Demikian menurut Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dalam sidang akhbar di Dewan Serbaguna, Bangunan Darul Ridzuan selepas merasmikan Majlis Penyerahan Peruntukan Kepada Sekolah-Sekolah Separuh Bantuan Kerajaan di Ipoh hari ini.

Tegasnya lagi, kerajaan negeri sebaliknya telah mencadangkan kepada Pejabat Tanah Galian (PTG) agar menggazetkan kawasan lapangan terbang tersebut sebagai tapak warisan negeri.

“Saya setuju tapak ini perlu kita jaga, namun sebelum kita lakukan sesuatu saya harap periksa betul-betul apakah landasan itu telah kerajaan luluskan kepada pihak lain.

“Saya harap mereka ini (pihak yang berdemonstrasi), kalau hari itu laporan media mengatakan dua ratus orang datang berdemonstrasi, saya nak ajak dua ratus orang ini bersama-sama dengan saya pula … kita turun balik ke tapak yang sama, kita potong rumput, kita jaga tempat itu cantik-cantik sebab ini tapak warisan macam kita jaga rumah, tanah pusaka kita … nenek moyang dah tinggalkan untuk kita.

“Kita kena tebas, jaga pokok, bersihkan dan sebagainya, jangan asyik nak makan buahnya saja. Ini perkara yang perlu kita buat jika kita sayangkan negeri kita … jangan berdemonstrasi atas sesuatu perkara yang tidak betul,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata beliau berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh para pendemonstrasi yang menunjukkan mereka cintakan warisan negara.

Ahmad Faizal mengulas mengenai laporan beberapa media tempatan (bukan media Independent) Jumaat lalu berhubung tindakan 200 Ahli Gabungan Persatuan Pelindung Warisan Taiping mengadakan perhimpunan aman membantah “penjualan” tanah Lapangan Terbang Tekah, Taiping kepada sebuah syarikat pemaju.

Beliau seterusnya menjelaskan kerajaan Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional tidak pernah meluluskan tapak landasan itu kepada mana-mana pihak melainkan sebahagian dari tanah berdekatan yang bukan terletak di dalam lapangan terbang itu.

]]>
Doa dan Harapan Rakyat Iringi kejayaan PH Dalam PRU-14 https://independent.my/doa-dan-harapan-rakyat-iringi-kejayaan-ph-dallam-pru-14/ Wed, 15 May 2019 14:27:35 +0000 https://independent.my/?p=5498 Reading Time: 2 minutesPengerusi Pakatan Harapan Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mengatakan bahawa doa dan harapan dari rakyatlah yang mengiringi kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan parti gergasi yang telah memerintah sejak negara merdeka lebih 60 tahun dahulu. “Kita hanya ada satu senjata iaitu doa dan harapan … dengan sekelumit harapan itulah kita gagahkan juga menjunjung panji perjuangan,” kata […]]]> Reading Time: 2 minutes

Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mengatakan bahawa doa dan harapan dari rakyatlah yang mengiringi kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan parti gergasi yang telah memerintah sejak negara merdeka lebih 60 tahun dahulu.

“Kita hanya ada satu senjata iaitu doa dan harapan … dengan sekelumit harapan itulah kita gagahkan juga menjunjung panji perjuangan,” kata Ahmad Faizal.

Beliau seterusnya mengulas kejayaan Pakatan Harapan dalam menumbangkan parti gergasi yang telah memerintah selama 60 tahun adalah kerana rakyat tidak sanggup lagi berkompromi melihat perkara² sumbang yang dilakukan pemimpin terdahulu.

Katanya, semasa berkempen dalam Pilihan Raya ke-14 yang lalu, berbagai halangan dan usaha untuk mematahkan semangat perjuangan dilakukan namun mereka di dalam Pakatan Harapan yang datang dari pelbagai latarbelakang parti berbeza tetap bersama-sama atas nama perjuangan dan melupakan permusuhan dan perselisihan lampau demi rakyat yang dahagakan pembelaan dan pembebasan.

“Kemungkaran yang dilakukan pemimpin terdahulu tanpa segan silu menjarah berbilion ringgit khazanah negara menjadi pemangkin kepada pemuafakatan di antara gabungan parti yang berbeza ini.

“Di atas nama perjuangan menegakkan keadilan dan memerdekakan tanah keramat ini daripada pentadbiran ‘kleptokrat’, kita telah bersatu di bawah satu panji,” katanya.

Tambah beliau, biarpun poster dan kain rentang dikoyak serta dicacatkan dan wajah pemimpin digunting serta terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menampung perbelanjaan parti, mereka tetap teguh bersatu hati dan tidak sekali berundur dari medan pertempuran.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Perutusan khas Menteri Besar Perak Sempena Setahun Malaysia Baharu sebelum majlis berbuka puasa di Kediaman Menteri Besar (Lama) di Ipoh malam tadi.

“Alhamdulillah rakyat yang enggan berkompromi dengan perbuatan sumbang pemimpin terdahulu bangkit untuk menyahut seruan selamatkan Malaysia.

“Tarikh keramat 9 Mei 2018 akan kekal dalam lipatan sejarah umpama hikayat si kerdil menumbangkan gergasi, umpama hikayat David dan Goliath, maka terbentuklah kerajaan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan,” kata lagi.

Usai majlis iftar dan solat Maghrib berjemaah, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menurunkan tandatangan masing di billboard sempena meraikan Setahun Malaysia Baharu.

Turut bersama dalam majlis ialah ADUN Manjoi, Asmuni Awi, ADUN Sungai Rapat, Dato Seri Nizar Jamaluddin, ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing, ADUN Aulong, Nga Kor Ming, ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How, ADUN Jalong, Loh Sze Yee, ADUN Ipoh Timur, Wong Kah Woh, ADUN Pantai Remis, Wong May Ing, Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar dan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

]]>
Dakwaan ‘Tak Perform’ Terlalu Subjektif, Tatkala MB Sibuk Penuhi Jadual Harian https://independent.my/dakwaan-tak-perform-terlalu-subjektif-tatkala-mb-sibuk-penuhi-jadual-harian/ Thu, 06 Dec 2018 14:10:01 +0000 http://independent.my/wp/?p=4352 Reading Time: 2 minutesFoto oleh: Fakhrulrazi  IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmd Faizal Azumu berkata jika ada yang mendakwa beliau ‘tak perform’ (tidak menunjukkan prestasi yang baik) dalam mentadbir negeri Perak, ia adalah suatu yang sangat subjektif. Menepis dakwaan itu, Ahmad Faizal menjelaskan, ia tidak benar kerana sebagai Menteri Besar sentiasa sibuk untuk memenuhi jadual tugas harian […]]]> Reading Time: 2 minutes

Foto oleh: Fakhrulrazi 

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmd Faizal Azumu berkata jika ada yang mendakwa beliau ‘tak perform’ (tidak menunjukkan prestasi yang baik) dalam mentadbir negeri Perak, ia adalah suatu yang sangat subjektif.

Menepis dakwaan itu, Ahmad Faizal menjelaskan, ia tidak benar kerana sebagai Menteri Besar sentiasa sibuk untuk memenuhi jadual tugas harian termasuk mengadakan mesyuarat mingguan Exco yang juga pernah dijalankan dua kali di luar Ipoh iaitu di Kuala Lumpur semasa sidang Parlimen.

“Mengikut rekod dan faktanya, anda boleh periksa dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan sebagainya …. ada yang kata saya tak adakan mesyuarat Exco.

“Setiap minggu saya adakan pertemuan dengan Pengerusi Jemaah Pemangku Raja untuk membentangkan segala perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco … dan keputusan² yang dibuat … macam mana saya nak mengadap kalau saya tak buat mesyuarat Exco,” jelasnya.

Katanya, selain itu beliau juga banyak menerima dan menghadiri jemputan pelbagai pihak sehinggakan adakalanya terpaksa mewakilkannya kepada Exco² lain.

“Sebenarnya terlalu banyak yang datang, waktu ada mesyuarat penting atau program lain, saya kata tak boleh, jadi saya hantar wakil … tapi di banner ada gambar saya, orang kata saya tak hadir.

“Tapi tak mengapalah, saya terima, itu asam garam hidup sebagai orang politik, (biarlah) orang nak kata … saya tak dapat jelaskan kepada semua orang, setiap kali ada mesyuarat penting.

“Yang pentingnya, kami semua barisan Exco dan saya sebagai Menteri Besar, kami perlu fokus kepada tanggungjawab dan buat kerja kami.’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) di Ipoh pada Khamis.

Ditanya mengenai isu komplot mahu menjatuhkannya sebagai Menteri Besar Perak melalui undi tidak percaya, Ahmad Faizal sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak percaya berlakunya usaha itu.

“Kami semua dalam barisan ADUN Pakatan Harapan termasuk Exco sentiasa menjalin hubungan kerjasama yang baik dalam suasana harmoni sebagai satu keluarga,” katanya.

Semalam Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mendakwa pihak pembangkang sengaja menimbulkan cerita ‘dongeng’ kononnya wujud komplot mahu menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu supaya mereka mendapat ruang dan peluang untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan Perak.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, beliau tidak nampak ada komplot mahu menjatuhkan Menteri Besar melalui undi tidak percaya malah kesemua 18 ADUN DAP termasuk Exco PH berdiri teguh di belakang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

]]>
MB Serah Kepada Majlis Presiden PH Jika Benar Ada Usaha Jatuhkannya https://independent.my/mb-serah-kepada-majlis-presiden-ph-jika-benar-ada-usaha-jatuhkannya/ Tue, 04 Dec 2018 09:45:36 +0000 http://independent.my/wp/?p=4321 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau menyerahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk menentukan tindakan sekiranya wujud dakwaan komplot mahu menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar Perak. Namun beliau menganggap gerakan itu hanya sekadar berupa khabar angin kerana masih percaya kepada jalinan kerjasama mantap dalam kalangan semua Adun termasuk exco Pakatan […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau menyerahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk menentukan tindakan sekiranya wujud dakwaan komplot mahu menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Namun beliau menganggap gerakan itu hanya sekadar berupa khabar angin kerana masih percaya kepada jalinan kerjasama mantap dalam kalangan semua Adun termasuk exco Pakatan Harapan.

“Bersandarkan jalinan kerjasama baik ini saya tidak nampak wujud gerakan mahu menjatuhkan saya malah saya juga tidak percaya ada anggota parti tergamak berbuat demikian dan mahu mengulangi peristiwa kejatuhan kerajaan pakatan rakyat tahun 2009,” katanya kepada pemberita semasa membuat lawatan ke bilik media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa.

Ditanya pemberita masih wujud tindakan kononnya daripada seorang exco Pakatan Harapan yang mahu menjatuhkannya, katanya, adalah tidak bijak jika seorang wakil rakyat parti pemerintah mahu melompat ke parti pembangkang.

Menurut Ahmad Faizal lagi, adalah satu tindakan yang tidak bijak juga jika mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan dimana mereka sendiri sedar dan telah melalui pengalaman perit kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat tahun 2009 dahulu sudah tentu tidak mahu berulang kembali.

]]>
Perak Bakal Terima Lebih Ramai Pelancong Dalam Masa Terdekat https://independent.my/ipoh-bakal-terima-lebih-ramai-pelancong/ Mon, 03 Dec 2018 09:17:38 +0000 http://independent.my/wp/?p=4304 Reading Time: 2 minutesIPOH – Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu membayangkan lebih banyak penerbangan domestik dan antarabangsa ke Ipoh akan diadakan untuk meningkatkan sektor pelancongan negeri Perak dalam masa terdekat ini. Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas acara pelancaran penerbangan pesawat komersial AirAsia Ipoh – Singapura di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh hari […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH – Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu membayangkan lebih banyak penerbangan domestik dan antarabangsa ke Ipoh akan diadakan untuk meningkatkan sektor pelancongan negeri Perak dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas acara pelancaran penerbangan pesawat komersial AirAsia Ipoh – Singapura di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini.

Menurutnya, Perak mencatatkan seramai 7,639,800 pelancong domestik dan 267,245 pelancong antarabangsa tahun lalu. Ini menunjukkan Perak berada di landasan yang betul untuk menerima lebih ramai pelancong dari luar datang melawat ke negeri ini.

“Kami bekerja keras untuk memastikan segala kemudahan berada dalam keadaan yang baik untuk menyambut kedatangan semua pelancong ke Perak.

“Saya juga teruja mendapat tahu bahawa AirAsia akan menambah jumlah penerbangan Ipoh – Johor Bharu dari 4 kali seminggu kepada 7 kali seminggu bermula tahun hadapan,” kata Ahmad Faizal.

Beliau menyambut baik berita sedemikian dan berharap lebih ramai pelancong domestik datang ke Perak dengan itu akan meningkatkan jumlah pelancong pada 2019.

“Dengan lebih banyak penerbangan akan tiba di sini, kerajaan negeri akan menggiatkan inisiatif untuk mencari kaedah terbaru untuk meningkatkan sektor pelancongan dan kami berharap akan bekerjasama dengan AirAsia dan pihak-pihak yang berkaitan berkenaan perkara ini,” ujar Ahmad Faizal lagi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada AirAsia kerana menyediakan penerbangan terbaru ini dan berharap akan ada lebih banyak lagi penerbangan antarabangsa ke Ipoh dalam masa terdekat.

Dalam majlis itu, beliau sempat menyampaikan buah tangan kepada pelancong/penumpang yang turun dari pesawat penerbangan sulung dari Singapura tengahari ini. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, YB Tan Kar Hing dan YB Yong Chee Keong.

]]>
MAPS Tidak Akan Ditutup – Dato’ Seri Ahmad Faizal https://independent.my/maps-tidak-akan-ditutup-datuk-seri-ahmad-faizal/ Mon, 03 Dec 2018 07:07:42 +0000 http://independent.my/wp/?p=4298 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) tidak akan ditutup malah akan meneruskan operasinya sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong di negeri Perak. Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan sebenarnya pihak pengurusan telah melakukan yang terbaik dan sehingga kini jumlah pengunjung ke taman tema tersebut telah meningkat dengan mendadak. “Ini pencapaian […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) tidak akan ditutup malah akan meneruskan operasinya sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong di negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan sebenarnya pihak pengurusan telah melakukan yang terbaik dan sehingga kini jumlah pengunjung ke taman tema tersebut telah meningkat dengan mendadak.

“Ini pencapaian yang membanggakan dan saya percaya jika promosi berterusan dijalankan pihak pengurusan MAPS, saya percaya ia akan menjadi satu tarikan yang utama di Bandaraya Ipoh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelancaran penerbangan Air Asia dari Ipoh ke Singapura di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada Isnin. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perak, YB Tan Kar Hing.

Menurut Ahmad Faizal, bagi menjayakan matlamat itu, kerajaan negeri boleh memikirkan tentang pelaburan yang baru dari pihak swasta.

“Buat masa ini desakan dan cadangan supaya MAPS ditutup bukan masa yang sesuai buat masa ini” katanya.

Terdahulu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pada satu sidang media bertegas mencadangkan supaya MAPS ditutup dan dijual kepada syarikat swasta bagi menguruskannya.

Beliau menyalahkan pengurusan pentadbiran kerajaan terdahulu yang menyebabkan MAPS menanggung kerugian besar sehingga mencecah RM470 juta.

“Kita cadangkan MAPS dijual menerusi tender terbuka kepada syarikat yang berkemanpuan menguruskannya dan kerajaan tidak perlu lagi menanggung beban hutang bank malah dapat terus meningkatkan kebajikan rakyat” katanya.

Menurut Nga Kor Ming, ini juga selaras dengan saranan yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed sebelum ini yang menegaskan pentadbiran kerajaan tidak boleh dibabitkan dalam perniagaan.

]]>
Pembangkang Diminta Henti Mainan Politik Konon Wujud Komplot Jatuhkan MB https://independent.my/pembangkang-diminta-hentikan-mainan-politik-konon-wujud-komplot-mahu-jatuhkan-mb-perak/ Thu, 29 Nov 2018 13:46:03 +0000 http://independent.my/wp/?p=4271 Reading Time: 3 minutesIPOH: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu meminta pihak pembangkang menghentikan mainan politik kononnya wujud komplot maju menjatuhkannya sebagai Menteri Besar. Sebaliknya beliau menasihati pembangkang memberi fokus kepada ucapan penggulungan dan menegur pihak kerajaan jika ada sebarang kekurangan daripada belanjawan kali ini. “Jadilah pembangkang yang baik kerana kami berhasrat ingin menjadi kerajaan yang […]]]> Reading Time: 3 minutes

IPOH: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu meminta pihak pembangkang menghentikan mainan politik kononnya wujud komplot maju menjatuhkannya sebagai Menteri Besar.

Sebaliknya beliau menasihati pembangkang memberi fokus kepada ucapan penggulungan dan menegur pihak kerajaan jika ada sebarang kekurangan daripada belanjawan kali ini.

“Jadilah pembangkang yang baik kerana kami berhasrat ingin menjadi kerajaan yang baik,” katanya.

Menurut Ahmad Faizal, dakwaan kononnya ada gerakan untuk mengusulkan undi tidak percaya ke atas beliau masih belum berlaku setakat ini.

Menteri Besar berkata, perkara itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa jika ada dakwaan sedemikian.

Namun Ahmad Faizal percaya hubungan kesemua 10 Exco dalam kerajaan PH Perak dengan beliau adalah seperti satu keluarga bahagia.

“Sekarang saya serta kesemua Exco sibuk dengan perbahasan serta mengenai belanjawan berbincang bagaimana cara untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri ini.

“Kami juga masih berkomunikasi dengan baik setiap hari dalam aplikasi Whatsapp dan masih bersidang seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan Jimmy Couture Trend Sdn. Bhd. di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.

Ahamd Faizal mengulas tindakan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Negeri, V Sivakumar yang telah membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad berhubung dakwaan yang mengatakan terdapat usaha mahu menjatuhkan beliau.

“Jika pihak Datuk Saarani ada ditawarkan sesuatu dalam bentuk rasuah, mereka perlu membuat laporan berhubung kes berkenaan dan kemukakan bukti kepada pihak polis.

Terdahulu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad meminta Dato’ Seri Ahmad Faizal tidak berpura-pura apabila menafikan wujudnya komplot untuk menjatuhkannya sebagai Menteri Besar.

Menurutnya, kenyataan Ahmad Faizal hari ini bahawa dakwaan tersebut hanya merupakan desas-desus dan tidak benar akan berlaku sebagai dolak dalih untuk menafikan apa yang sebenarnya berlaku.

“Itu dolak-dalih, jangan hipokrit, jangan ada sindrom penafian. Dia (Ahmad Faizal) lebih tahu, kami lebih tahu. Kalau nak kenal siapa Exco yang berkenaan, kita tengok dia tunduk saja, jadi mudah saja nak kesan.

“Saya sedia untuk mendedahkan nama Exco yang mahu menjatuhkan Menteri Besar jika kesemua 10 Exco setuju nama mereka yang terlibat didedahkan,” katanya kepada pemberita di bilik media, Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Walaupun Ahmad Faizal menafikan terdapat Exco kerajaan negeri yang merancang untuk menjatuhkan beliau, Saarani bertegas bahawa komplot itu benar-benar wujud.

Katanya, ini berdasarkan Exco berkenaan sendiri dan wakilnya yang mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat UMNO sebanyak empat kali bagi mendapat sokongan untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat V. Sivakumar, Saarani berkata, pimpinan PH tidak sewajarnya memutarbelitkan isu itu dengan menampakkan ia sengaja dimainkan pembangkang untuk kucar-kacirkan pentadbiran kerajaan sedangkan yang berantakan adalah kalangan pimpinan PH sendiri.

Katanya, tiada sebab pembangkang berbuat demikian, mereka hanya bersikap ‘gentlemen‘ untuk memastikan pembangkang menang pada PRU15 nanti.

“Jangan pula kerana mereka yang buat hal (cuba menjatuhkan MB), kami pula yang diburukkan, itu tak betul.

“Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah sudah pun membuat laporan polis … cuma menariknya laporan polis (dibuat) di KL (Kuala Lumpur), jadi kita bersedia menunggu bila polis akan jemput untuk hadir beri keterangan.

“Cuma saya kena ingatkan Sivakumar, bila buat laporan polis dia kena sedia tanggung risiko atas perbuatannya,” katanya.

Menurut Saarani lagi, kesemua 25 Adun BN Perak tidak takut malah bersedia memberi kerjasama sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wujudnya gerakan menjatuhkan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, kesediaan itu berlandaskan fakta dan bukti kukuh yang dipunyai mereka berdasarkan peristiwa yang berlaku.

Menurutnya, meskipun isu telah dibangkitkan, sehingga kini individu iaitu Exco yang dikatakan itu masih berusaha memujuk ADUN BN meneruskan usaha menjatuhkan Menteri Besar.

“Ini bukan isu main-main, kalau buat laporan polis, janganlah pula terkejut apabila laporan polis itu nanti terkena kepada seorang daripada orang mereka (PH).

“Sudah tentu polis akan ambil tindakan terhadap orang yang berkenaan dan akan dipanggil polis dan kena mengaku apa yang dibuat, jadi janganlah beranggapan dengan laporan polis itu kami akan berhenti bercakap.

“Kami bersedia untuk bercakap, kami sekarang pembangkang, apa yang perlu ditakutkan,” kata Datuk Saarani yang juga ADUN Kota Tampan.

 

]]>
Ahmad Faizal Sedia Terima Jawatan Presiden Jika Dicalonkan https://independent.my/ahmad-faizal-sedia-terima-jawatan-presiden-jika-dicalonkan/ Wed, 28 Nov 2018 04:34:22 +0000 http://independent.my/wp/?p=4236 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal menyerahkan kepada Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk menentukan siapa yang bakal menerajui persatuan itu. Beliau mengambil maklum bahawa pihak PAFA amat memerlukan seorang yang berjawatan Menteri Besar untuk menerajui persatuan itu dan bukannya beliau sebagai individu. “Mereka mahukan seorang yang memegang jawatan Menteri Besar supaya mereka mendapat […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal menyerahkan kepada Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk menentukan siapa yang bakal menerajui persatuan itu.

Beliau mengambil maklum bahawa pihak PAFA amat memerlukan seorang yang berjawatan Menteri Besar untuk menerajui persatuan itu dan bukannya beliau sebagai individu.

“Mereka mahukan seorang yang memegang jawatan Menteri Besar supaya mereka mendapat kelebihan dalam membantu membangunkan sukan bolasepak negeri.

“Saya bersedia mengambil tanggungjawab menerajui PAFA sekiranya dicalonkan” katanya kepada pemberita di bilik media Bangunan Peerak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Sebelum ini berlaku kemelut dalam PAFA susulan tindakan YB Hasnol Zulkarnain Abd Munaim meletak jawatan selepas didesak keras oleh beberapa persatuan penyokong bolasepak Perak ekoran kontroversi Piala Malaysia.

Ahmad Faizal menjelaskan bahawa beliau tidak kisah siapapun yang akan menjadi Presiden PAFA asalkan apa yang penting ialah memastikan pasukan bolasepak Perak mampu bergerak lebih jauh sekaligus melayakkan mereka ke peringkat Asia.

“Tidak kisahlah sama ada saya ataupun YB Asmuni atau siapa sahaja menjadi Presiden asalkan bolasepak Perak boleh maju ke depan,” katanya.

]]>
Peja Anggap Komplot Mahu Jatuhkannya Hanya Desas-desus https://independent.my/peja-anggap-komplot-mahu-jatuhkannya-hanya-desas-desus/ Wed, 28 Nov 2018 04:22:54 +0000 http://independent.my/wp/?p=4231 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menganggap komplot untuk menjatuhkannya seperti mana yang digembar-gemburkan ketika ini sebagai hanya desas-desus dan tiada asas kebenarannya. Malah katanya, jalinan kerjasama beliau bersama semua ADUN termasuk anggota Exco kerajaan Pakatan Harapan adalah sangat baik ibarat hubungan sebuah keluarga yang harmoni. Justeru Ahmad Faizal meminta pihak di […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menganggap komplot untuk menjatuhkannya seperti mana yang digembar-gemburkan ketika ini sebagai hanya desas-desus dan tiada asas kebenarannya.

Malah katanya, jalinan kerjasama beliau bersama semua ADUN termasuk anggota Exco kerajaan Pakatan Harapan adalah sangat baik ibarat hubungan sebuah keluarga yang harmoni.

Justeru Ahmad Faizal meminta pihak di luar sana supaya menghentikan polemik politik yang tidak berfaedah ini dan sebaliknya memberi kerjasama membantu kerajaan negeri memfokuskan kepada agenda pembangunan dan ekonomi negeri.

“Hubungan kami sangat baik … biasalah ada masanya saya menegur dan saya pula ditegur namun hubungan dan kerjasama dengan semua ADUN dan anggota Exco dalam kerajaan PH ibarat satu ‘happy family’ (keluarga gembira) ,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pagi ini.

Beliau mengulas kononnya wujud komplot mahu menjatuhkannya sekaligus meletakkan pentadbiran kerajaan PH dalam keadaan goyah dan kemungkinan berlaku pilihan raya negeri seperti didakwa oleh pihak pembangkang.

Ditanya pemberita kononnya ada salah seorang Exco dalam barisan Exco PH yang disebut namanya oleh Datuk Saarani dalam satu sidang media di Sungai Siput, Ahmad Faizal berkata beliau tidak mahu komen perkara itu kerana seperti yang dijelaskannya semua itu hanya berupa desas-desus.

“Selagi perkara ini tidak berlaku, saya fikir tidak perlulah saya komen kerana jika ada ‘negotiation’, perjumpaan dan sebagainya, bermakna segalanya tidak menjadi, mengapa saya perlu komen perkara yang tidak terjadi,” katanya.

]]>