Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
aziz bari – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Sun, 15 Nov 2020 12:59:46 +0000 en-US hourly 1 Kenyataan Berbeza Datuk Bandar dan SU Beri Imej Tidak Baik Kerajaan Negeri https://independent.my/kenyataan-berbeza-datuk-bandar-dan-su-beri-imej-tidak-baik-kerajaan-negeri/ Wed, 04 Nov 2020 12:16:55 +0000 https://independent.my/?p=10712 Reading Time: < 1 minuteBeliau turut mempersoalkan tiada sebarang kenyataan oleh pihak kerajaan dan juga Exco kerajaan. Kenyataan itu hadir selepas dua kenyataan bertentangan oleh Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin bahawa pemilik premis perniagaan wajib mengibarkan bendera negeri sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak pada 6 Nov depan atau berdepan denda jika tidak berbuat demikian – manakala Setiausaha Kerajaan […]]]> Reading Time: < 1 minute

Dua kenyataan berbeza antara Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Datuk Bandar Ipoh memberi imej yang tidak baik ke atas pentadbiran negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, menurut Ketua Pembangkang, Abdul Aziz Bari dalam satu kenyataan pada hari ini.

Beliau turut mempersoalkan tiada sebarang kenyataan oleh pihak kerajaan dan juga Exco kerajaan.

Kenyataan itu hadir selepas dua kenyataan bertentangan oleh Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin bahawa pemilik premis perniagaan wajib mengibarkan bendera negeri sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak pada 6 Nov depan atau berdepan denda jika tidak berbuat demikian – manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim pula berkata pemasangan bendera hanya digalakkan dan tiada denda dikenakan.

“Bagi rakyat biasa khususnya pemilik premis perniagaan kenyataan tersebut perlu dilihat dalam konteks undang-undang, khususnya bidang kuasa dan penguatkuasaan, “kata Abdul Aziz.

Beliau mendakwa ini adalah satu petanda bahawa kerajaan negeri sebagaimana kerajaan persekutuan sibuk dengan konflik dalaman dan tentang hidup mati mereka.

“Kami menyeru rakyat negeri Perak untuk mengambil sikap prihatin atas apa yang berlaku. Negeri ini adalah hak rakyat, bukan segelintir ahli politik yang hanya peduli nasib dan kedudukan mereka, “tambah beliau dalam kenyataan itu.

]]>
Persoal Janji Manifesto: PAS Tidak Berprinsip, Tidak Konsisten – Aziz Bari https://independent.my/persoal-janji-manifesto-pas-tidak-berprinsip-tidak-konsisten-aziz-bari/ Sat, 30 Nov 2019 08:58:38 +0000 https://independent.my/?p=7629 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Kerajaan Pakatan Harapan sangat komited memastikan janji manifesto dijayakan sepenuhnya bukan sekadar pemberian hak milik tanah kekal kepada peneroka Felda, kampung tersusun dan kampung baru sahaja. Malah ia meliputi kesemua 5 dasar utama dan 10 tumpuan seperti yang tercatit dalam manifesto Pakatan Harapan. Demikian menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP […]]]>

Reading Time: < 1 minuteIPOH | Kerajaan Pakatan Harapan sangat komited memastikan janji manifesto dijayakan sepenuhnya bukan sekadar pemberian hak milik tanah kekal kepada peneroka Felda, kampung tersusun dan kampung baru sahaja. Malah ia meliputi kesemua 5 dasar utama dan 10 tumpuan seperti yang tercatit dalam manifesto Pakatan Harapan. Demikian menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Perak, Dr, Abdul Aziz Bari hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kalau dahulu PAS dan Barisan Nasional mempersoalkan janji manifesto yang patut dikotakan oleh PH, kini sebaliknya pula yang berlaku. Mereka cuba mengaitkan pemberian hak milik tanah kekal sebagai sesuatu yang bersifat perkauman apabila ia cuba dilaksanakan.

“Suka saya menegaskan di sini, apa yang dituntut oleh DAP Perak di dalam konvensyennya baru-baru ini jelas menyebut bahawa DAP menuntut kerajaan menunaikan semua janji PRU-14 termasuklah pemberian hak milik tanah kekal kepada bukan sahaja kaum Cina di kampung baru, tetapi juga meliputi kaum Melayu khususnya apabila ia turut melibatkan peneroka Felda dan kampung tersusun,” jelas Abdul Aziz.

Tindakan Pesuruhjaya PAS Perak tidak menyokong PH meneruskan janji manifesto menunjukkan parti itu tidak berprinsip, tidak konsisten dan suka mengambil pendekatan populis dan oportunis semata, menurut kenyataan itu.

Pada 2008 semasa bersama Pakatan Rakyat, PAS pernah menyokong pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru. Bagaimanapun, agenda PH yang mahu menunaikan janji manifesto PRU-14 memberikan hak milik kekal dikatakan rasis.

“PAS perlu menjelaskan pendirian mereka berkenaan hukum hudud dan negara Islam kepada rakan sekutu mereka MCA yang jelas menentang secara terang-terangan.

“Serahkan tanggungjawab kepada kerajaan negeri dalam melaksana janji kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.

Beliau turut mengingatkan PAS agar tidak menjadikan sesuatu yang memberi manfaat kepada masyarakat sebagai permainan politik golongan yang tidak bertanggungjawab.

]]>
Tindakan Melagakan Saya Dengan MB Membuktikan Akhlak Buruk YB UMNO – Aziz Bari https://independent.my/tindakan-melaga-lagakan-buktikan-akhlak-buruk-yb-umno-aziz-bari/ Thu, 21 Nov 2019 14:47:04 +0000 https://independent.my/?p=7565 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Zaman Exco pendidikan kena jawab atau kena ambil tanggungjawab urusan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sudah tiada lagi kerana USAS diletakkan di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), menurut Exco Pendidikan, Dr. Abdul Aziz bin Bari. “Sekarang mengambil pendekatan GLC dan USAS sebagai GLC di bawah Menteri Besar, bukan bawah saya,” ujar beliau dalam […]]]>

Reading Time: < 1 minuteIPOH | Zaman Exco pendidikan kena jawab atau kena ambil tanggungjawab urusan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sudah tiada lagi kerana USAS diletakkan di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), menurut Exco Pendidikan, Dr. Abdul Aziz bin Bari.

“Sekarang mengambil pendekatan GLC dan USAS sebagai GLC di bawah Menteri Besar, bukan bawah saya,” ujar beliau dalam sidang media yang diadakan di bilik sidang media Bangunan Perak Darul Ridzuan petang tadi.

Menurutnya, beliau tidak faham kenapa bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Zambry Abdul Kadir berang dan seolah cuba memperlekehkannya apabila beliau menjelaskan kedudukan sebenar.

“Itu zaman dia, dia gila talak ke dia ingat dia (masih) Menteri Besar lagi ke, ?” soal beliau sinis.

Mengulas perbahasan dengan wakil Bukit Chandan yang mendakwa rindakan perobohan gerai di Stesen 18 merupakan tindakan dendam Menteri Besar terhadap beliau, Aziz berkata Menteri Besar hakikatnya tidak tahu-menahu pun tentang hal itu.

“Menteri Besar tak tau apa yang berlaku di Stesen 18 jauh sekali dia terlibat, kenapa nak kaitkan Menteri Besar?, sola beliau.

Belia berkata beliau telah berjumpa dengan Datuk Bandar dan mendapatkan penjelasan berkaitan operasi perobohan itu dan para peniaga yang terlibat juga telah menerima hakikat bahawa pihak MBI ada kuasa untuk bertindak kerana gerai itu bukan di atas tanah milik mereka.

Aziz mendakwa tindakan wakil rakyat dari UMNO yang cuba melaga-lagakan beliau dengan Menteri Besar membayangkan akhlak yang buruk mereka.

Sebelum itu di dalam sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, Dr. Zambry mendakwa Aziz tidak bertanggungjawab kerana mengeluarkan kenyataan ada unsur ‘deep state’ dalam isu peruntukan dan perbelanjaan kewangan USAS.

]]>
PAS Terdesak Mahukan Undi Bukan Melayu https://independent.my/pas-terdesak-mahukan-undi-bukan-melayu/ Tue, 05 Nov 2019 10:52:46 +0000 https://independent.my/?p=7432 Reading Time: 2 minutesKenyataan Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang berhubung dengan RUU355 jelas menunjukkan para pemimpin parti itu keliru dan terkial-kial dengan apa yang mereka dakwa perjuangan dan prinsip parti. Ini berbeza dengan MCA yang konsisten dan tegas menolak rang undang2 berkenaan. Abdul Hadi dalam kenyataan terbarunya semalam berhubung pandangan calon Barisan Nasional Tanjung Piai, Jeck […]]]>

Reading Time: 2 minutesKenyataan Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang berhubung dengan RUU355 jelas menunjukkan
para pemimpin parti itu keliru dan terkial-kial dengan apa yang mereka dakwa perjuangan dan
prinsip parti. Ini berbeza dengan MCA yang konsisten dan tegas menolak rang undang2 berkenaan.

Abdul Hadi dalam kenyataan terbarunya semalam berhubung pandangan calon Barisan Nasional
Tanjung Piai, Jeck Seng yang mengulangi kenyataan menolak hudud sebagai pendapat peribadi calon
dan bukan pendapat parti MCA. Sedangkan semua orang tahu calon MCA itu mengutarakan
pandangan parti. Ia jelas menunjukkan MCA tegas dengan pandangan mereka sementara PAS cuba
berselindung di sebalik sehelai lalang. Soalnya di sini sejak bila MCA berkecuali atau tidak menentang
hukum hudud?

Sekiranya Abdul Hadi seorang yang tegas dan berprinsip, beliau sepatutnya keluar dari
persekongkolan yang PAS buat dengan Umno, MCA dan MIC itu. Tidakkah beliau sedar bahawa isu
hudud jugalah yang dijadikan alasan oleh Abdul Hadi dan parti PAS pada 2015 untuk meninggalkan
Pakatan Rakyat?

Kenyataan Presiden PAS ini jelas menunjukkan betapa parti itu terdesak untuk mendapatkan undi
bukan Melayu. Bermula daripada Ketua Dewan Ulamak parti itu yang menyatakan larangan mengundi
calon bukan Islam tidak mutlak. Diikuti pula kenyataan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah yang
mensifatkan MCA pada hakikatnya sebagai menjual produk Islam.

Terbaru di Tanjung Piai, MCA sekali lagi mengulangi dengan tegas pendirian mereka menolak produk
PAS yang dijenamakan sebagai RUU355 itu. Dan Abdul Hadi tanpa malu menyatakan itu tidak
mengapa kerana PAS bekerjasama dengan MCA dan bukan dengan calon Cina tersebut.

Rencam sungguh politik Abdul Hadi. Yang jelas PAS sudah tidak mampu untuk bergerak secara solo
lagi sebagaimana yang dicanangkan sewaktu mereka menolak Pakatan Rakyat dulu.
Keadaan terdesak PAS ini membuatkan mereka sanggup berbuat apa saja asalkan dapat kawan!

Terbaru Abdul Hadi sanggup membenamkan kepalanya ke dalam pasir demi meneruskan
kelangsungan persekongkolan PAS dengan parti-parti perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC.
Mungkin selepas ini UMNO, MCA dan MIC boleh bercakap apa saja yang mereka suka kerana label
Islam dan halal telah diberikan secara borong oleh PAS.

Dr. Abdul Aziz bin Bari, Naib Pengerusi DAP Perak


Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis yang diedarkan dalam bentuk kenyataan media. Ia tidak semestinya mewakili pandangan rasmi Independent

]]>
Tuan Ibrahim Tuan Man Dangkal Perlembagaan – Dr. Aziz Bari https://independent.my/tuan-ibrahim-tuan-man-dangkal-perlembagaan-dr-aziz-bari/ Sun, 27 Oct 2019 06:54:46 +0000 https://independent.my/?p=7366 Reading Time: < 1 minuteTimbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man disifatkan sebagai dangkal perlembagaan berhubung cadangan beliau supaya DAP diharamkan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari hari ini. Menurut Aziz lagi, cadangan itu menunjukkan betapa tidak matangnya PAS kerana mengeluarkan kenyataan berdasarkan fitnah musuh politik tanpa bukti. “3 hujah Datuk Tuan […]]]>

Reading Time: < 1 minuteTimbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man disifatkan sebagai dangkal perlembagaan berhubung cadangan beliau supaya DAP diharamkan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari hari ini.

Menurut Aziz lagi, cadangan itu menunjukkan betapa tidak matangnya PAS kerana mengeluarkan kenyataan berdasarkan fitnah musuh politik tanpa bukti.

“3 hujah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kononya mengaitkan parti DAP sebagai merbahaya dan perlu diharamkan adalah tidak berasas kerana ketiga-tiga tuduhan itu tidak ada kaitan secara langsung dengan parti DAP. Mereka gagal menunjukkan akhlak lslam kerana menuduh tanpa bukti dan membuat pendirian hanya berdasarkan prajudis.

“Kini jelas PAS hanyalah budak suruhan UYMNO,” kata Aziz Bari dalam kenyataan itu.

Tambahnya, DAP tidak pernah mengeluarkan cadangan sedemikian walaupun ketika mereka tidak mempunyai hubungan kerjasama dengan PAS.

Beliau yang bercakap mewakili parti DAP Perak mengajak orang ramai supaya menolak parti yang jahil demokrasi dan buta perlembagaan, merujuk kepada parti PAS.

“Ini satu lagi bukti betapa rasis dan berfahaman sempit
nya PAS sebagaimana UMNO yang pernah dipertikaikan akidah dan keIslaman mereka.

“PAS tidak layak untuk diangkat sebagai parti pemerintah,” kata Aziz lagi.

Tiga hari lalu, Tuan Ibrahim menyenaraikan tiga perkara yang disifatkannya sebagai bukti bahawa DAP semakin membahayakan politik negara, serta bertindak secara “bercanggah dengan pembentukan asas kenegaraan dan Perlembagaan Persekutuan”.

Tiga perkara itu ialah ucapan Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim di sebuah forum pada 14 September lalu yang didakwanya berunsur Kristianisasi, penahanan beberapa pemimpin DAP sebagai suspek Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) serta kontroversi komik Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama (BRI) oleh bekas aktivis parti itu, Hew Kuan Yau.

]]>
Isu Roboh Gerai Peniaga: Aziz Bari Janji Cari Penyelesaian Terbaik https://independent.my/isu-roboh-gerai-peniaga-aziz-bari-janji-cari-penyelesaian-terbaik/ Sat, 19 Oct 2019 08:18:44 +0000 https://independent.my/?p=7302 Reading Time: 2 minutesIPOH | Lanjutan dari tindakan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merobohkan gerai peniaga di Jalan Pengkalan Barat 32, Stesen 18 pada Rabu lalu, wakil rakyat Tebing Tinggi, YB Dr. Abdul Aziz Bari telah mengadakan pertemuan tidak formal dengan para peniaga yang terkesan untuk membincangkan permasalahan mereka di sini hari ini. Menurutnya, pertemuan diadakan adalah sebagai […]]]>

Reading Time: 2 minutesIPOH | Lanjutan dari tindakan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merobohkan gerai peniaga di Jalan Pengkalan Barat 32, Stesen 18 pada Rabu lalu, wakil rakyat Tebing Tinggi, YB Dr. Abdul Aziz Bari telah mengadakan pertemuan tidak formal dengan para peniaga yang terkesan untuk membincangkan permasalahan mereka di sini hari ini.

Menurutnya, pertemuan diadakan adalah sebagai penghubung antara para peniaga dengan pihak kerajaan negeri khususnya MBI. Katanya, kerajaan negeri memandang berat masalah yang dihadapi oleh para peniaga kerana ia memberi imej yang tidak baik pada pandangan rakyat akar umbi.

Beliau juga menzahirkan rasa terkilan apabila pihak MBI bertindak tanpa memaklumkan kepada pejabat wakil rakyat yang beliau wakili terlebih dahulu. Katanya, jika beliau dimaklumkan lebih awal, setidak-tidaknya beliau dapat melakukan sesuatu sebelum ia dirobohkan. Sebaliknya beliau hanya menyedari operasi merobohkan gerai pada hari ia dilakukan. 

“MBI selaku agensi di bawah kerajaan PH (Pakatan Harapan) seharusnya akur dan menghormati kedudukan pejabat saya … sebagai ‘government of the day,’ kita rasa bertanggungjawab terhadap rakyat. Agak aneh kerana (salinan) notis tidak dihantar kepada pejabat saya sebagai wakil rakyat (kawasan itu).

“Kita serius dalam mebasmi kemiskinan … perkara seperti ini akan ditangani segera terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sebuah restoran di Taman Shatin hari ini.

Beliau berkata lagi, para peniaga tersebut mengalami kerugian di antara 60 hingga 70 ribu ringgit dan lebih malang ia melibatkan peniaga-peniaga kecil yang menyertai skim Amanah Ikhtiar, skim kredit mikro kelolaan kerajaan yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan di Malaysia.

Aziz juga mengingatkan supaya agensi kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan dengan membelakangi wakil rakyat sesuatu kawasan.

“Jangan bertindak seolah-olah Wakil Rakyat, Ahli Majlis, Pengerusi MPKK atau AJK tidak wujud,” katanya.

Menyentuh tentang pertemuan dengan para peniaga hari ini, beliau akan mencari jalan penyelesaian dengan mencari tapak perniagaan lain yang lebih sesuai, dilengkapi surau, tandas dan kawasan parkir yang tidak mengganggu lalulintas. Beliau juga mencadangkan kepada peniaga-peniaga yang terkesan suaya menubuhkan persatuan supaya dapat memudahkan kerajaan berurusan dengan mereka.

Pada 16 Oktober lalu, MBI telah menggunakan kenderaan jentolak merobohkan 5 gerai peniaga di sekitar Jalan Pengkalan Barat 32, Stesen 18. Menurut maklumat yang diberitahu kepada kami, notis mengosongkan tapak gerai telah dihantar kepada peniaga di situ sejak Janurai tahun ini tetapi peniaga mendakwa mereka tidak pernah menerima notis berkenaan. 

]]>
Gubal Akta Khusus Tangani Isu Bendera https://independent.my/gubal-akta-khusus-tangani-isu-bendera/ Fri, 23 Aug 2019 07:49:07 +0000 https://independent.my/?p=6765 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Exco Pendidikan negeri Perak yang juga pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari mencadangkan agar Parlimen menggubal akta khusus untuk Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri dalam Persekutuan. Dia yang juga Naib Pengerusi DAP Perak Perak berpendapat akta yang dicadangkan itu perlu untuk menjelaskan bentuk, warna dan cara memasang Jalur Gemilang. Katanya, langkah itu […]]]>

Reading Time: < 1 minuteIPOH | Exco Pendidikan negeri Perak yang juga pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari mencadangkan agar Parlimen menggubal akta khusus untuk Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri dalam Persekutuan.

Dia yang juga Naib Pengerusi DAP Perak Perak berpendapat akta yang dicadangkan itu perlu untuk menjelaskan bentuk, warna dan cara memasang Jalur Gemilang.

Katanya, langkah itu perlu untuk mengelakkan isu-isu remeh terus dibangkitkan dan dipolitikkan oleh pihak tertentu.

“Saya mencadangkan pihak Kerajaan membawa satu rang undang-undang di Parlimen yang secara khusus menangani Jalur Gemilang.

“Ada yang memberi respon kepada saya beberapa peruntukan undang-undang yang ada, tetapi saya fikir undang-undang itu tidak jelas dan bercerai-cerai.

“Dengan perkembangan yang berlaku ini akta khas di Parlimen dibentangkan, apa warnanya … bagaimana nak pasang dan tindakan-tindakan yang boleh dijenayahkan seperti provokasi, biadap dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Jumaat.

Katanya lagi, bagi bendera negeri-negeri di bawah Persekutuan perlu dibawa kepada perhatian Majlis Raja-Raja kerana melibatkan kedudukan dan hak negeri.

Sementara itu, Abdul Aziz turut mengulas kecaman yang berbangkit di media sosial berhubung kenyataannya mengenai isu Jalur Gemilang semalam.

Katanya, perkara itu berlaku akibat kekeliruan dan dia juga mendakwa kenyataannya disalah ertikan.

“Kenyataan saya telah di cut and paste ataupun diambil di luar konteks, saya mengatakan bahawa apa kena mengena pasang bendera terbalik dengan menghina atau derhaka kepada Yang Dipertuan Agong?

“Itu soalan saya sebagai respon, keduanya saya katakan kita jangan menyusahkan polis dengan report seperti ini … saya fikir asasnya agak kabur … saya tak suruh pun pasang bendera terbalik,” katanya lagi.

Semalam, Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata tiada undang-undang yang menyatakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik merupakan satu kesalahan.

Dia menganggap isu berkenaan sebagai kecil dan terpencil, tetapi menjadi panas apabila disebarkan menerusi media sosial.

]]>
Saranan Muslimat PAS Mansuh Sekolah Vernakular Tidak Masuk Akal, Rasis – Aziz Bari https://independent.my/saranan-muslimat-pas-mansuh-sekolah-vernakular-tidak-masuk-akal-rasis-aziz-bari/ Sun, 23 Jun 2019 11:44:24 +0000 https://independent.my/?p=5932 Reading Time: 2 minutesIPOH | EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan cadangan untuk memansuhkan sistem pendidikan vernakular sebagai cadangan yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan kehendak Perlembagaan negara. Katanya, ini kerana Perlembagaan negara membenarkan pembelajaran selain bahasa Melayu yang telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan. “Saya lihat cadangan ini menampakkan […]]]>

Reading Time: 2 minutesIPOH | EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan cadangan untuk memansuhkan sistem pendidikan vernakular sebagai cadangan yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan kehendak Perlembagaan negara.

Katanya, ini kerana Perlembagaan negara membenarkan pembelajaran selain bahasa Melayu yang telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan.

“Saya lihat cadangan ini menampakkan kejahilan selain dari sikap ekstrem atau pemikiran kanan dalam PAS itu sendiri yang saya rasa tidak sesuai dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia.

“Keduanya, institusi sekolah Cina dan Tamil sudah wujud lebih 60 tahun, kalau kita ambil kira sebelum merdeka, jadi tak masuk akal kalau nak mansuhkan sekolah itu,” katanya.

Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, di sini pada Ahad.

Beliau mengingatkan bahawa bekas Menteri Besar Kelantaan, almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengumumkan untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin di sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

“Saya tidak tahu apa sudah jadi dengan pimpinan PAS sekarang.

“Ini menunjukkan tendency (kecenderungan) rasis, nasionalisme sempit dalam PAS yang didokong oleh pimpinan PAS sekarang,” kata Aziz.

Dalam pada itu, beliau memberi contoh seorang bekas Ahli Parlimen dari Sabah, mendiang Mark Koding yang pernah membangkitkan soal pemansuhan sekolah Cina dan Tamil.

Katanya, mendiang Mark Koding pernah mencadangkan sekolah-sekolah ini dimansuhkan sekitar tahun 1978.

“Tak silap saya sewaktu mendiang mencadangkan sekolah Cina dan Tamil dihapuskan … beliau didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Jadi ini satu perkara yang nampak mereka tak faham politik Malaysia, jadi bagaimana kita boleh beri kepercayaan kepada parti politik ini,” kata Aziz.

Susulan itu, beliau turut menyoal apakah pendirian parti-parti komponen dalam Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC berhubung cadangan tersebut.

Abdul Aziz yang juga Adun Tebing Tinggi mengulas tindakan PAS mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini kerana dasar berkenaan tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

Wakil Dewan Muslimat PAS, Salamiah Md. Nor berkata, sebelum mengambil alih pentadbiran Putrajaya, pemimpin PH mengatakan tidak selesa dengan sistem berkenaan.

]]>
Bekas Mekanik Hilang Upaya Bekerja Dapat Simpati YB Dr Aziz Bari   https://independent.my/bekas-mekanik-hilang-upaya-bekerja-dapat-simpati-yb-dr-aziz-bari/ Fri, 31 May 2019 09:27:17 +0000 https://independent.my/?p=5716 Reading Time: 2 minutesIPOH | Keperitan hidup sekelip mata yang dialami seorang mekanik, Samsuri Che Mat, 41, akibat satu kejadian kemalangan jalan raya sehingga beliau hilang upaya untuk bekerja sekaligus menyara isteri dan empat orang anak mendapat perhatian dan simpati ADUN Tebing Tinggi, YB Dr Abdul Aziz Bari. Pagi tadi, Dr Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, […]]]>

Reading Time: 2 minutes

IPOH | Keperitan hidup sekelip mata yang dialami seorang mekanik, Samsuri Che Mat, 41, akibat satu kejadian kemalangan jalan raya sehingga beliau hilang upaya untuk bekerja sekaligus menyara isteri dan empat orang anak mendapat perhatian dan simpati ADUN Tebing Tinggi, YB Dr Abdul Aziz Bari.

Pagi tadi, Dr Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak telah turun ke lapangan mengunjungi rumah Samsuri di nombor 67 Pesara 12, Bandar Lahat Baru untuk menyampaikan kotak Bantuan Harapan. Hadir sama Ketua Kampung Lahat, Zakaria Jaafar.

Dr Abdul Aziz meluangkan masa hampir sejam mendengar rintihan Samsuri yang telah hilang upaya untuk bekerja akibat kemalangan itu serta berjanji akan membantu mengurangkan beban permasalahan yang dihadapi Samsuri.

Katanya, beliau akan membantu mempercepatkan proses permohonan rayuan mendapatkan bantuan SOCSO setelah permohonan pertama Samsuri ditolak bersandarkan keputusan panel pihak SOCSO.

“Melihat keadaan Samsuri yang kini terpaksa bertongkat dan tidak berupaya untuk bekerja sekaligus tidak mampu mencari punca pendapatan menyara keluarganya amat wajar sekali diberi perhatian serius oleh pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Samsuri sebelum itu berkata, beliau kehilangan upaya dalam sekelip mata apabila terbabit dalam satu kemalangan jalan raya semasa hendak menghantar anak ke sekolah pada 23 November tahun lalu.

“Dalam kejadian jam 7 pagi itu semasa berada di simpang lampu isyarat Station 18 berhampiran AEON, apabila isyarat lampu menunjukkan isyarat hijau saya yang menunggang mototikal tiba-tiba tergaman apabila dilanggar oleh sebuah kereta.

“Saya kemudian dimasukkan ke hospital Besar Ipoh selama seminggu setelah mengalami patah tulang peha kanan dan melalui pembedahan memasukkan besi … sejak hari itu hingga ke hari ini saya terpaksa bertongkat kerana hilang upaya untuk bergerak lama.

“Jika sebelum ini saya membuat kerja sambilan berniaga dan menjadi mekanik kereta dengan pendapatan RM2,000 sebulan tapi malangnya hari ini saya tidak mampu bekerja mencari nafkah membantu anak isteri saya.

“Saya berterima kasih kepada YB Dr Abdul Aziz Bari kerana datang mendengar dan melihat keperitan hidup saya dan akan membantu meringankan permasalahan hidup saya ini,” ujarnya.

Menurut Samsuri, beliau mempunyai empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan dimana seorang menuntut di tingkatan satu, anak kedua darjah lima, anak ketiga berumur 6 tahun dan yang bongsu 2 tahun.

]]>
Tiada Plot Atau Usaha Singkirkan Menteri Besar Perak – Dr Aziz   https://independent.my/tiada-plot-atau-usaha-singkirkan-menteri-besar-perak-dr-aziz/ Tue, 23 Apr 2019 07:52:05 +0000 https://independent.my/?p=5307 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Tiada sebarang plot atau sebarang usaha untuk menyingkirkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, demikian tegas Exco Kerajaan Negeri Perak, Dr. Abdul Aziz Bari. Katanya, dakwaan yang mengaitkan beliau dengan usaha itu juga tidak benar kerana ia tidak semudah itu. Menurut Dr Abdul Aziz, pelantikan Menteri Besar ditentukan oleh Majlis Pimpinan PH […]]]>

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Tiada sebarang plot atau sebarang usaha untuk menyingkirkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, demikian tegas Exco Kerajaan Negeri Perak, Dr. Abdul Aziz Bari.

Katanya, dakwaan yang mengaitkan beliau dengan usaha itu juga tidak benar kerana ia tidak semudah itu.

Menurut Dr Abdul Aziz, pelantikan Menteri Besar ditentukan oleh Majlis Pimpinan PH dan nama akan dihantar ke istana untuk mendapatkan perkenan Sultan.

“Tidak ada plot atau apa-apa usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar oleh saya. Jadi tak betul kata saya nak jatuhkan Menteri Besar. Langsung tak masuk akal dan melawan sistem.

“Macam mana saya nak jatuhkan dia saya dah sebut tidak ada undi tak percaya kalau UMNO nak cakap itu soal dia. Saya team player saya tak buat keputusan seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Media Sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan bahawa Abdul Aziz sanggup menukar ‘baju’ kepada Bersatu untuk pastikan dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Menurut Abdul Aziz, laporan tersebut seolah-olah cuba menggambarkan beliau sebagai gila kuasa, tidak sabar dan tikam belakang.

Katanya, hubungan beliau  dengan Ahmad Faizal tiada masalah secara peribadi namun dari segi polisi juga tiada sebarang percanggahan.

Abdul Aziz  turut menjelaskan bahawa DAP juga tidak ada usaha untuk menjatuhkan Ahmad Faizal.

“Jika ia dilakukan, segala-galanya akan jatuh. Menteri besar ditukar oleh kepimpinan bukan melalui undi tak percaya. Saya dengan Menteri Besar ok dari segi polisi pun tiada apa-apa percanggahan,” katanya yang juga Naib Pengerusi DAP Perak.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil  tindakan  undang-undang berhubung laporan akhbar itu, Abdul Aziz berkata, tiada tindakan akan diambil kerana beliau percaya dengan kebebasan akhbar meskipun ada dicadangkan oleh rakan-rakan Exco.

]]>