Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
hasnul zulkarnain – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Sat, 19 Oct 2019 10:58:28 +0000 en-US hourly 1 Kontrak MARRIS Ikut Prosedur, Patuhi Kriteria https://independent.my/kontrak-marris-ikut-prosedur-patuhi-kriteria/ Fri, 18 Oct 2019 02:06:22 +0000 https://independent.my/?p=7298 Reading Time: 2 minutesMerujuk kepada dakwaan penyelewengan Kerajaan Negeri Perak berkaitan pelantikan syarikat konsesi bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan negeri menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Pelantikan tersebut dibuat oleh pihak berkuasa negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 1970 bertarikh 19 Jun 2019 dan telah bersetuju melantik Syarikat Puncak Emas […]]]> Reading Time: 2 minutes

Merujuk kepada dakwaan penyelewengan Kerajaan Negeri Perak berkaitan pelantikan syarikat konsesi bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan negeri menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Pelantikan tersebut dibuat oleh pihak berkuasa negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 1970 bertarikh 19 Jun 2019 dan telah bersetuju melantik Syarikat Puncak Emas Infra Sdn Bhd sebagai syarikat konsesi bagi Kerja-kerja Penyelenggaraan Jalan-jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Perak Darul Ridzuan mulai 1 Ogos 2019.

Mengikut rekod, syarikat yang dilantik adalah bertaraf Bumiputera yang memiliki lesen CIDB Gred G7 dan mempunyai modal berbayar sebanyak RM 1,000,000.00.

Selain itu, syarikat ini juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan serta mempunyai kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Awam, Binaan dan Kelengkapan Kemudahan Awam.

Pelantikan syarikat ini juga dinilai dari segi pengalaman mereka melaksanakan projek penyelenggaraan jalan-jalan negeri di Johor selain mempunyai tenaga kerja yang mahir untuk memastikan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh MARRIS.

Seperti mana perlantikan syarikat-syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya di bawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini juga tidak ditender kerana konsesi jalan bukan suatu perkara baharu. Formula jadual kadar harga JKR telah pun ada sebagai panduan dan rujukan. Harga kontrak yang ditetapkan turut mengambil kira semua faktor tersebut dengan pengubahsuaian mengikut keperluan.

Sebagai langkah semak dan imbang (check and balance), Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan dilantik sebagai Pegawai Penguasa (PP) bagi Kerja-kerja Penyelenggaraan Jalan-jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini. Seterusnya Wakil Pegawai Penguasa (Wakil PP) dan Pegawai Tapak Bina (PTB) turut dilantik di setiap PBT supaya proses pemantauan kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan PBT tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Bagi pelaksanaan kerja-kerja di tapak, syarikat konsesi bertindak sebagai pengurus dan hanya melantik kontraktor serta pembekal tempatan yang berdaftar dengan CIDB.

Kerajaan Negeri turut dimaklumkan, sehingga kini, syarikat telah melantik sebanyak 150 kontraktor tempatan di PBT yang berkaitan untuk melaksanakan pelbagai kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan PBT mengikut skop kerja yang telah ditetapkan.


HASNUL ZULKARNAIN ABD MUNAIM
Exco Penerangan Kerajaan Negeri Perak

]]>
Tularkan Patung Jepun Perbuatan Tidak Bertanggungjawab https://independent.my/tularkan-patung-jepun-tak-tanggungjawab/ Wed, 21 Aug 2019 12:18:14 +0000 https://independent.my/?p=6712 Reading Time: < 1 minutePARIT BUNTAR, 20 Ogos — Tindakan menularkan gambar dua replika patung tentera Jepun di pekarangan Wisma Majlis Daerah Kerian (MDK) di sini perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana sengaja mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan orang ramai. Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan Perak Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata pihak MDK telah menyahut seruan untuk penyertaan dalam semarak […]]]> Reading Time: < 1 minute

PARIT BUNTAR, 20 Ogos — Tindakan menularkan gambar dua replika patung tentera Jepun di pekarangan Wisma Majlis Daerah Kerian (MDK) di sini perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana sengaja mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan orang ramai.

Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan Perak Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata pihak MDK telah menyahut seruan untuk penyertaan dalam semarak kemerdekaan dengan membina dekorasi bagi menjelmakan sikap sayangkan negara.

“Pada dekorasi itu ada dua patung askar Jepun dan ia dibuat bukan hendak mendewa-dewakan (Jepun), tetapi untuk memberitahu sejarah bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan dan kejayaan pejuang negara menumpaskan askar Jepun.

“Kita perlu bersikap rasional dalam beberapa isu dan harus ada sikap tabbayun iaitu semak dulu sebelum sebarkan. Ini kekangan yang dihadapi kerajaan walaupun kita memberikan kebebasan kepada rakyat tetapi jangan rosakkannya,” katanya.

Hasnul Zulkarnain yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong bercakap kepada pemberita selepas menyambut ketibaan 133 peserta Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang tiba dengan 62 buah kenderaan sebelum melepaskan semula untuk  ke Taiping.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gambar yang tular di media sosial baru-baru ini mengenai dakwaan MDK membina dua patung tentera Jepun di kawasan MDK sebagai satu tindakan tidak menghormati pejuang negara.

Menurutnya rakyat hendaklah menjaga hati semua yang pernah berjuang untuk negara termasuk ahli keluarga mereka dengan tidak menyebarkan sebarang perkara yang boleh mencetuskan kesedihan.

MDK sebelum ini menjelaskan patung berkenaan adalah gimik era zaman sebelum kemerdekaan iaitu sewaktu penguasaan tentera Jepun.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob ketika ditemui berkata pihaknya sudah menerima laporan daripada MDK semalam berhubung isu berkenaan dan ia masih dalam siasatan.

Beliau berkata pihaknya menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

]]>
Tindakan Pembangkang Gelar Amanah `Kuda’ DAP Melampau – Hasnul https://independent.my/tindakan-pembangkang-gelar-amanah-kuda-dap-melampau-hasnul/ Sun, 04 Aug 2019 13:35:51 +0000 https://independent.my/?p=6559 Reading Time: 2 minutesIPOH | Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menegaskan tindakan pembangkang menggelar Amanah sebagai `kuda’ DAP agak melampau dan harus ditentang habis-habisan. Katanya, pembangkang berusaha menanam kefahaman seolah-olah Amanah tidak punya jalur perjuangannya sendiri. Menurut beliau, telah timbul di kalangan rakyat pada hari ini bersikap Amanahfobia. “Fobia kepada Amanah meskipun […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH | Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menegaskan tindakan pembangkang menggelar Amanah sebagai `kuda’ DAP agak melampau dan harus ditentang habis-habisan.

Katanya, pembangkang berusaha menanam kefahaman seolah-olah Amanah tidak punya jalur perjuangannya sendiri.

Menurut beliau, telah timbul di kalangan rakyat pada hari ini bersikap Amanahfobia.

“Fobia kepada Amanah meskipun mereka tidak pernah datang bertanya dan berdiskusi tentang apa yang mereka khuatir dan ketakutan mereka itu.

“Masalah ini adalah serius sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Naratif menggelar Amanah sebagai `kuda’ DAP bukan sahaja berlegar di kalangan lawan politik malah sudah menjalar kepada segmen mereka yang berada di atas pagar sebelum ini.

“Sudah pastinya kita marah dan tidak bersetuju dengan tohmahan-tohmahan sedemikian. Bukan kerana kita takut dan bimbang orang Melayu berpaling daripada kita, tetapi mereka  telah membawa mesej yang palsu dan tidak benar tentang Amanah dan rakan parti kita DAP,’’ katanya.

Hasnul berkata demikian semasa berucap di Konvensyen Tahunan Pemuda Amanah Negeri Perak Kali Ke-3 (2019) di Hotel Tower Regency, Ipoh pada Ahad. Konvensyen itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

Justeru itu beliau menambah, jalan keluar bagi masalah Amanahfobia ini tidak lain dan tidak bukan adalah dengan berhujah, turun ke lapangan di peringkat akar umbi.

“Kita harus tampil dengan sifat dan sikap yang matang. Pemuda perlu memaksimakan program akar umbi, membawa mesej Islam Rahmatan Lil ‘Alamin dalam erti kata yang sebenar dan membuka minda mereka dengan sikap yang terpuji,’’ katanya,

Menurut Hasnul, Pemuda harus sepenuhnya memberi perhatian bagaimana program-program yang dirancang dapat mengikis Amanahfobia dalam masyarakat terutamanya di kalangan Melayu Islam.

Dalam ucapannya juga beliau mengakui pentadbiran diterajui Pakatan Harapan (PH) masih belum dapat menarik undi Melayu pada tahap sepatutnya.

Katanya, usaha itu belum sepenuhnya memberi keyakinan kepada pengundi Melayu bahawa PH tidak akan meranapkan hak Melayu, kedudukan Islam dan Kedaulatan Raja-Raja.

“Kita mahu Melayu Islam yang dibina ketika Malaysia Baharu adalah Melayu yang bermaruah, benci rasuah, progresif dan mampu bersaing, tetapi kita masih belum sepenuhnya mengerahkan upaya maksimum untuk meningkatkan keyakinan itu.

“Kita harus mengambil cabaran ini sebagai teras utama membentuk jawatankuasa khas bagi menganalisa keadaan ini, mendapatkan maklumat, menghimpunkan mereka yang pakar untuk membincangkannya secara teliti,’’ kata Hasnul.

Hasnul turut menegaskan bahawa kerajaan perlu mencari penyelesaian segera menjelaskan isu seperti peneroka Felda, pekebun kecil Felcra, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan tol.

Beliau yang juga Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak turut mengingatkan gabungan parti itu berpotensi kehilangan empat kerusi Parlimen di Perak jika pola kecenderungan pengundi Melayu kepada PH terutama Amanah tidak diberi perhatian serius.

Menurut Hasnul, perkara itu dinyatakan dalam laporan pada kajian Februari lalu oleh dua badan kajian politik bahawa kerusi Parlimen di Parit Buntar, Tambun, Lumut dan Tanjung Malim berpotensi tumbang.

“Walaupun kajian bersifat semasa dan dapatannya boleh berubah tetapi masih memerlukan perhatian serius dan jangan kita berada dalam sindrom penafian,’’ kata Hasnul.

]]>
Kerajaan Akan Pastikan Tiada Lagi Menara Telekomunikasi Haram https://independent.my/kerajaan-akan-pastikan-tiada-lagi-menara-telekomunikasi-haram/ Wed, 24 Jul 2019 04:15:51 +0000 https://independent.my/?p=6361 Reading Time: < 1 minuteSIDANG DUN | Kerajaan akan memastikan tiada lagi kegiatan memasang menara telekomunikasi secara haram di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi, Hasnul Zurkarnain Abdul Munaim menegaskan ini bagi memastikan rakyat termasuk di kawasan luar bandar benar-benar menikmati kemudahan jalur lebar dan selular dengan lebih selesa. Beliau menarik perhatian sidang Dewan […]]]> Reading Time: < 1 minute

SIDANG DUN | Kerajaan akan memastikan tiada lagi kegiatan memasang menara telekomunikasi secara haram di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi, Hasnul Zurkarnain Abdul Munaim menegaskan ini bagi memastikan rakyat termasuk di kawasan luar bandar benar-benar menikmati kemudahan jalur lebar dan selular dengan lebih selesa.

Beliau menarik perhatian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mendedahkan 30 syarikat yang diberi lesen pembinaan menara telekomunikasi oleh kerajaan terdahulu telah dikesan membina menara haram.

“Justeru kerajaan negeri akan memastikan tiada lagi kegiatan pembinaan menara telekomunikasi haram ini dan seterusnya menyediakan kemudahan telekomunikasi kepada rakyat,” katanya pada sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Hasnul menjawab soalan tambahan Datuk Samsudin Abu Hasan (BN-Air Kuning) yang ingin tahu sejauh mana khidmat jalur lebar dan selular disediakan untuk kemudahan rakyat terutama di kawasan Tapah.

]]>
Perak bakal kuat kuasa larangan bina menara pemancar atas bangunan https://independent.my/perak-bakal-kuat-kuasa-larangan-bina-menara-pemancar-atas-bangunan/ Tue, 21 May 2019 15:35:27 +0000 https://independent.my/?p=5596 Reading Time: < 1 minuteIPOH, 20 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri Perak akan menguatkuasakan larangan pembinaan menara pemancar telekomunikasi di atas bangunan di seluruh negeri tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata perkara itu telah diputuskan dalam Majlis Penasihat Pembangunan Telekomunikasi dan Multimedia (MPIT) pada 16 Mei lalu dan akan dibawa ke […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH, 20 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri Perak akan menguatkuasakan larangan pembinaan menara pemancar telekomunikasi di atas bangunan di seluruh negeri tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata perkara itu telah diputuskan dalam Majlis Penasihat Pembangunan Telekomunikasi dan Multimedia (MPIT) pada 16 Mei lalu dan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk diluluskan.

“Kami telah memutuskan tidak akan ada lagi pembinaan menara pemancar di atas bangunan kerana kami mahu ia dibina di atas tanah.

“Ini bagi memudahkan kami untuk melakukan pemantauan ke atas menara pemancar yang ada di negeri ini kerana tidak mahu lagi adanya menara pemancar telekomunikasi yang dibina secara haram,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Laman Seri Ridzuan, Kediaman Lama Menteri Besar di sini malam ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan meminta syarikat telekomunikasi (Telco) supaya selepas ini membina menara pemancar telekomunikasi di atas tanah.

Sementara itu, Hasnul Zulkarnain berkata rakyat di negeri ini tidak perlu bimbang dengan kadar radiasi pancaran menara dan struktur pemancar telekomunikasi kerana mengikut amalan keselamatan dan piawaian yang ditetapkan.

Beliau berkata tindakan pihak tertentu yang membantah pembinaan menara telekomunikasi atas alasan mengundang penularan kadar radiasi tinggi, sebenarnya tidak berasas kerana pancaran gelombang radiasi dihasilkan menara telekomunikasi sangat rendah dan dijamin selamat.

“Tidak lama lagi, Perak akan menerima kemudahan teknologi 5G dan saya berharap rakyat tidak perlu bimbang dengan pembinaan lebih banyak lagi menara pemancar telekomunikasi kerana ia tidak akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan.

“Jadi, saya minta rakyat memberi kerjasama kepada syarikat Telco dalam usaha kerajaan negeri memberi kemudahan yang terbaik kepada rakyat dalam aspek telekomunikasi,” katanya.

— BERNAMA

]]>
Hasnul Akur Kehendak Penyokong The Bos Gaurus https://independent.my/hasnul-akur-kehendak-penyokong-the-bos-gaurus/ Thu, 08 Nov 2018 16:34:34 +0000 http://independent.my/wp/?p=4100 Reading Time: 2 minutes“Baru kamu semua puas hati, Hasnul dah letak jawatan. Ini yang kamu semua mahu,” tulis salah seorang penyokong kuat Hasnul di dalam kumpulan Whatsapp yang jelas kecewa. Setelah menerima desakan demi desakan serta tohmahan yang melampau supaya meletak jawatan, akhirnya Hasnul Zulkarnain akur untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA). Saya mendapat jemputan […]]]> Reading Time: 2 minutes

“Baru kamu semua puas hati, Hasnul dah letak jawatan. Ini yang kamu semua mahu,” tulis salah seorang penyokong kuat Hasnul di dalam kumpulan Whatsapp yang jelas kecewa.

Setelah menerima desakan demi desakan serta tohmahan yang melampau supaya meletak jawatan, akhirnya Hasnul Zulkarnain akur untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

Saya mendapat jemputan untuk hadir ke sidang media beliau petang semalam tapi kerana ada tugas lain yang perlu dibuat, jadi saya tidak dapat menyaksikan detik-detik penuh emosi itu. Saya sudah mengagak apa yang bakal berlaku di dalam sidang media itu dan tekaan saya tepat.

Inilah yang seharusnya beliau lakukan. Tindakan melepaskan jawatan adalah harga yang beliau perlu bayar atas tindakan beliau sebelum ini yang menimbulkan kemarahan penyokong bolasepak Perak. Tidak cukup dengan permohonan maaf, beliau telah membuktikan keikhlasan beliau untuk melepaskan jawatan penting itu sebagai mengambil tanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan sebelum ini.

Inilah harga sebuah maruah yang tidak boleh diperdagangkan dengan nilai yang sedikit.

Bagi menjawab tuduhan dalam ruangan Whatsapp di awal artikel ini, sebenarnya bagi peminat setia bolasepak Perak, tidak ada rasa dendam atau sebarang sentimen negatif terhadap Hasnul di kalangan mereka yang mendesak beliau meletak jawatan. Jauh sekali agenda politik seperti yang didakwa. Yang terlebih-lebih dalam membuat komen dan hamburan kata-kata yang menyakitkan hati itu mungkin kerana mereka tidak dapat menahan perasaan marah dan kecewa.

Apa yang mereka mahukan ialah beliau mengambil tanggungjawab terhadap apa yang telah beliau lakukan. Tidak sekadar memohon maaf secara lisan.

Beliau telah membuktikan kepada penyokong bahawa maruah tidak boleh dibeli. Tindakan ini mampu mengembalikan keyakinan orang ramai terutama rakyat Perak amnya dan penduduk Titi Serong yang beliau wakili khasnya bahawa beliau bukan seorang yang gila kuasa.

Tindakan melepaskan jawatan akan menutup suara-suara tidak puas hati dan gesaan bertali arus supaya beliau meletak jawatan.

Beliau patut diberikan semangat untuk meneruskan tugas-tugas beliau sebagai wakil rakyat dan melupakan perkara yang telah berlaku.

Kembalilah menjadi seorang pemimpin yang berwibawa, bertanggungjawab dan keputusan yang berat ini tidak ada sesiapa lagi yang boleh pertikaikan.

]]>
Presiden Kata Agenda Politik, MB Kata Jangan Emosi https://independent.my/presiden-kata-agenda-politik-mb-kata-jangan-emosi/ Wed, 07 Nov 2018 18:47:33 +0000 http://independent.my/wp/?p=4092 Reading Time: 3 minutesPresiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mendakwa di dalam klip video permohonan maaf beliau bahawa terdapat unsur-unsur politik dalam gesaan penyokong bolasepak Perak supaya beliau meletak jawatan sebagai presiden persatuan itu. Beliau mendakwa masih lagi mendapat sokongan penuh dari jawatankuasa PAFA dan mempunyai rancangan jangka panjang untuk pasukan negeri meneruskan kejayaan dalam […]]]> Reading Time: 3 minutes

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mendakwa di dalam klip video permohonan maaf beliau bahawa terdapat unsur-unsur politik dalam gesaan penyokong bolasepak Perak supaya beliau meletak jawatan sebagai presiden persatuan itu.

Beliau mendakwa masih lagi mendapat sokongan penuh dari jawatankuasa PAFA dan mempunyai rancangan jangka panjang untuk pasukan negeri meneruskan kejayaan dalam sukan bolasepak.

Dalam satu sidang media di Parit Buntar baru-baru ini, apabila ditanya oleh wartawan, beliau berkata telah berhubung dengan ‘dua, tiga’ kelab penyokong dan mereka memberi sokongan penuh kepadanya untuk terus menerajui PAFA.

Dalam waktu yang sama, beliau mendakwa ada motif politik di sebalik gesaan penyokong pasukan bolasepak agar beliau meletak jawatan.

Menguatkan kenyataannya, pada awal mengambil alih tugas sebagai presiden, terdapat beberapa serangan-serangan dari pihak yang mempunyai agenda peribadi.

Semalam, dalam satu sidang media di Ipoh, Menteri Besar yang baru mendapat gelaran Dato’ Seri, Ahmad Faizal Azumu ketika diminta mengulas mengenai desakan meminta Hasnul Zulkarnain melepaskan jawatan presiden PAFA, beliau meminta penyokong supaya mengawal emosi.

Menurutnya, beliau menerima pandangan penyokong dan sudah berbincang dengan Presiden PAFA mengenai beberapa perkara untuk mencari jalan penyelesaian bagi meredakan kemarahan penyokong.

“Penyokong perlu mengawal emosi dan memikirkan cara terbaik menguruskan kejayaan kerana kita akan bertanding di peringkat lebih besar lepas ini iaitu Piala AFC.

“Justeru, saya akan cuba mencari jalan penyelesaian bagi meredakan kemarahan ini sekali gus membolehkan pasukan fokus untuk kejayaan seterusnya,” kata Ahmad Faizal.

Nampaknya kedua-dua, presiden dan Menteri Besar ini tidak sensitif dan tidak memahami kehendak penyokong bolasepak Perak yang telah menjadi penyokong setia sejak bertahun-tahun lamanya tanpa mengira fahaman politik.

Bolasepak menyatukan rakyat berbilang fahaman politik, bangsa dan agama. Dengan bolasepak, rakyat telah membuktikan mereka boleh bersatu padu tanpa membeza-bezakan antara mereka. Apabila mereka telah bersuara, tidak seharusnya mereka terus dituduh mempunyai agenda politik atau mengikut emosi. Ini bukan soal emosi. Ini adalah soal penghormatan terhadap piala berprestij dan menjadi idaman setiap pasukan sejak berpuluh tahun lamanya.

Apabila berlaku desakan yang terlalu kuat seperti ini, sehingga berpuluh-puluh kain rentang dan poster dipamerkan di segenap pelusuk negeri, adakah ini masih tidak cukup kuat untuk menunjukkan kehendak dan desakan penyokong bolasepak? Penyokong bolasepak bukan saja terdiri dari mereka yang duduk di bawah persatuan bolasepak, ada juga yang memang menyokong secara individu dan jumlah mereka terlalu ramai, masalahnya mereka tidak punya saluran rasmi untuk menyampaikan gesaan supaya presiden berhenti. Sudah sampai masanya presiden melepaskan jawatan dan memberikan fokus kepada ugas lain yang masih banyak yang perlu dilakukan.

Sejak dari awal lagi saya tidak bersetuju persatuan bolasepak dipimpin oleh orang politik. Kini apa yang saya persetujui telah terbukti benar. Orang politik tidak perlu masuk campur dalam urusan sukan.

Biarlah mereka yang benar-benar faham tentang sukan bolasepak untuk memimpin persatuan, bukan orang politik. Jangan teruskan budaya lama, contohnya dari semasa era Pakatan Rakyat, dimana presiden PAFA diterajui oleh orang politik berjubah dan berjanggut panjang seperti Taliban iaitu Azli Musa dari PAS. Selepas itu, Abdul Puhat Mat Nayan, seorang lagi orang politik dari UMNO menjadi presiden. Kini, budaya itu diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan melantik Hasnul dari parti Amanah.

Adakah perlu setiap persatuan sukan diterajui oleh orang politik? Apakah alasan yang paling munasabah untuk menghalalkan tindakan sedemikian. Adakah kerana gilakan jawatan maka dicari-cari alasan lain untuk menghalalkan tindakan mereka? Tidak cukupkah jawatan yang mereka pegang sekarang sebagai wakil rakyat dengan gaji serta elaun berjumlah puluhan ribu ringgit sebulan?

Menteri Besar perlu melihat desakan ini dari sudut pandangan yang berbeza. Jangan melihat dari sudut emosi semata-mata. Fikirkan apa yang penyokong bolasepak mahukan dan kenapa mereka tidak bersetuju dengan preesiden yang ada sekarang ini.

Sebagai wartawan, kami mempunyai pelbagai sumber dan saya mendapat maklumat dari sumber yang sangat boleh dipercayai bahawa tidak berapa lama lagi akan ada lagi isu berbangkit berkaitan kepimpinan PAFA tetapi saya tidak mahu berbicara tentangnya buat masa ini. Kita hanya boleh melihat dan tidak mampu membuat apa-apa, apa lagi menasihati mereka yang duduk di jawatan tertinggi di atas sana. Biarkan masa menentukannya.

Sudah sepatutnya presiden melepaskan jawatan dan kerajaan PH patut menujukkan contoh terbaik dengan memulakan tradisi melepaskan jawatan tertinggi dalam persatuan sukan diterajui oleh tokoh sukan yang mempunyai kredibiliti memimpin persatuan.

Adalah lebih baik mulakan dari sekarang atau ia tidak akan pernah berlaku sampai bila-bila.

]]>
Kelab Penyokong Bolasepak Perak Gesa Hasnul Lepas Jawatan Presiden PAFA https://independent.my/kelab-penyokong-bolasepak-perak-gesa-hasnul-lepas-jawatan-presiden/ Wed, 31 Oct 2018 10:14:33 +0000 http://independent.my/wp/?p=4005 Reading Time: 2 minutesIPOH: Presiden PAFA terus menerima kecaman dari pelbagai pihak. Hari ini, Pengerusi Kelab Penyokong Bolasepak Perak, Syamsul Baharin Ahmad Shibi menggesa YB Hasnul Zulkarnain segera melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Perak kerana tidak menghargai `titik peluh’ dan jasa pemain khususnya penyokong Perak. Katanya, biarlah orang yang benar-benar layak dan sentiasa menghargai jasa pemain dan penyokong […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Presiden PAFA terus menerima kecaman dari pelbagai pihak. Hari ini, Pengerusi Kelab Penyokong Bolasepak Perak, Syamsul Baharin Ahmad Shibi menggesa YB Hasnul Zulkarnain segera melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Perak kerana tidak menghargai `titik peluh’ dan jasa pemain khususnya penyokong Perak.

Katanya, biarlah orang yang benar-benar layak dan sentiasa menghargai jasa pemain dan penyokong pasukan bolasepak negeri Perak dilantik memegang jawatan Presiden PAFA.
Menurut Syamsul, tindakan YB Hasnul itu boleh dibaratkan sebagai `kadok naik junjung’ kerana meraikan kemenangan piala itu antara beliau sahaja tanpa disambut dengan pemain-pemain.

“Kita amat menghargai jasa pemain-pemain atas kemenangan piala berprestij ini yang kita tunggu 18 tahun lamanya tetapi tindakan Presiden PAFA itu sangat memalukan.

“Ibarat `kaduk naik junjung’ … sedangkan pemain dan penyokong berulang-alik tanpa berputus asa selama ini pergi dan balik ke stadium di luar negeri Perak untuk memberikan sokongan moral malangnya kemenangan itu tidak disambut bersama pemain.” katanya.

Syamsul mendakwa, Hasnul mempolitikkan isu kemenangan Perak seolah-olah dia dan kerajaan Pakatan Harapan yang dapatkan piala itu sedangkan pemain-pemain turun ke padang berjuang mati-matian untuk menggapai kemenangan itu.

Kelmarin netizen mengecam Presiden Persatuan Bolasepak Perak, Hasnul Zulkarnain yang bergambar dengan piala yang dimenangi pasukan bolsepak Perak baru-baru ini yang dianggap ‘tidak beradab’.

Tindakannya yang memuatnaik foto-foto beliau mengusung piala itu ke sana ke mari seolah-olah piala itu milik peribadi menimbulkan kemarahan penyokong pasukan The Bos Gaurus.

Dalam satu hantaran, menunjukkan beliau meletakkan piala itu dicelah kelangkangnya semasa duduk beristirehat di tepi kolam mandi. Setelah menerima kecaman peminat, foto ini sudah tidak kelihatan lagi di laman sosial peribadi beliau.

Laman sosial Seladang Fan Club turut berkongsi siri foto dari atas bas tersebut sambil menegur agar kesilapan yang dilakukan patut dijadikan pengajaran.

Tinjauan Independent hari ini mendapati laman Facebook peribadi YB Hasnul yang tidak putus-putus menerima komen spam dari mereka yang tidak berpuas hati terhadap beliau sudah tidak wujud lagi.

]]>
Netizen Kecam Aksi ‘Tak Beradab’ Bergambar Dengan Piala https://independent.my/netizen-kecam-aksi-tak-beradab-bergambar-dengan-piala/ Tue, 30 Oct 2018 13:46:13 +0000 http://independent.my/wp/?p=4001 Reading Time: < 1 minuteNetizen hari ini mengecam aksi Presiden Persatuan Bolasepak Perak, Hasnul Zulkarnain yang bergambar dengan piala yang dimenangi pasukan bolsepak Perak baru-baru ini yang dianggap ‘tidak beradab’. Tindakannya yang memuatnaik foto-foto beliau mengusung piala itu ke sana ke mari seolah-olah piala itu milik peribadi menimbulkan kemarahan penyokong pasukan The Bos Gaurus. Dalam satu hantaran, menunjukkan belia […]]]> Reading Time: < 1 minute

Netizen hari ini mengecam aksi Presiden Persatuan Bolasepak Perak, Hasnul Zulkarnain yang bergambar dengan piala yang dimenangi pasukan bolsepak Perak baru-baru ini yang dianggap ‘tidak beradab’.

Tindakannya yang memuatnaik foto-foto beliau mengusung piala itu ke sana ke mari seolah-olah piala itu milik peribadi menimbulkan kemarahan penyokong pasukan The Bos Gaurus.

Dalam satu hantaran, menunjukkan belia meletakkan piala dicelah kelangkangnya semasa duduk beristirehat di tepi kolam mandi. Dalam satu lagi foto, beliau meletakkan piala di tengah meja makan dengan bungkusan makanan mi segera di ruang makan dalam bilik hotel. Setelah menerima kecaman peminat, kedua-dua foto ini sudah tidak kelihatan lagi di laman sosial peribadi beliau.

Hari ini, beliau membuat hantaran siri foto yang diambil dari atas sebuah bas dengan memegang piala itu dan menunjukkan kepada pengguna lalulintas yang tidak begitu kelihatan di pekan Parit Buntar.

Laman sosial Seladang Fan Club turut berkongsi siri foto dari atas bas tersebut sambil menegur agar kesilapan yang dilakukan patut dijadikan pengajaran.

Tiada pemain Perak kelihatan berada di atas bas bersama beliau.

Hari ini sudah 3 hari perlawanan akhir itu berlangsung dan orang ramai sudah sibuk bekerja dan melakukan aktiviti seharian.

Beliau telah memuatnaik satu video memohon maaf kepada peminat atas kesilapannya membuat aksi yang tidak sepatutnya itu dan memnita orang ramai yang berkongsi foto-foto tersebut di laman sosial dikeluarkan.

Sepatutnya perarakan menjulang piala ini dilakukan sebaik pasukan Perak pulang dari Shah Alam tempohari kerana pada waktu itu kehangatan mengecapi kejuaraan masih dirasai.

]]>
Pemuda Pakatan Harapan Kecam Keras Tindakan Tajuddin Bangkit Semangat Perkauman https://independent.my/pemuda-pakatan-harapan-kecam-keras-tindakan-tajuddin-bangkit-semangat-perkauman/ Sat, 01 Sep 2018 10:52:48 +0000 http://independent.my/wp/?p=3379 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Pemuda Pakatan Harapan Perak mengecam keras tindakan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman kerana didakwa cuba menghasut rakyat Perak dengan menyentuh isu perkauman antaranya kuasa orang Melayu diganggu-gugat dan terhakis apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan negeri. Justeru, ketuanya, YB Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, Pemuda Pakatan Harapan berharap pihak berkuasa berkenaan dapat […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Pemuda Pakatan Harapan Perak mengecam keras tindakan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman kerana didakwa cuba menghasut rakyat Perak dengan menyentuh isu perkauman antaranya kuasa orang Melayu diganggu-gugat dan terhakis apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan negeri.

Justeru, ketuanya, YB Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, Pemuda Pakatan Harapan berharap pihak berkuasa berkenaan dapat segera mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Tajuddin kerana dibimbangi sekiranya dibiarkan boleh mengundang berlakunya ketegangan kaum.

“Pada saya ianya sangat bahaya bila wujud rasa tidak senang dan kebimbangan hubungan antara kaum susulan tindakan Datuk Seri Tajuddin ini.

“Semalam kita meraikan Hari Kemerdekaan dengan tema `Sayangi Malaysiaku’…ada seorang pemimpin pada saya bukan orang yang matang yang tak boleh terima hakikat bahawa rakyat Malaysia telah bertindak secara matang apabila memilih kerajaan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke 14 lalu.

“Pada saya UMNO, BN masih lagi tidak belajar kesilapan mereka…mereka masih mengulangi kesilapan lama iaitu masih mengulangi isu perkaumanan dan agama.

“Saya mengharapkan pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya agar perkara ini dapat dikawal sebelum terlambat.

“Ini sebagai memberi peringatan supaya tindakan cuba menghasut rakyat Perak dalam isu berkaitan Melayu, bangsa dan juga istana dapat dikawal,” katanya kepada pemberita di Ipoh pada Sabtu.

Hasnul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi mengulas isu satu rakaman video yang tular di media sosial semalam yagn kandungannya orang bernama Datuk Seri Tajuddin cuba menghasut rakyat Perak khususnya berkaitan isu perkauman antaranya kuasa orang Melayu di Perak diganggu gugat dan terhakis.

Mengulas lanjut beliau menegaskan sepertimana yang dinyatakan Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal Azumu, suasana politik di Perak adalah stabil malah mendapat sokongan penuh rakyat.

“Kita juga menjalin hubungan baik dan erat dengan pihak istana dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak,” ujarnya.

Katanya, Pemuda Pakatan Harapan akan membuat satu laporan polis petang ini berhubung perkara itu.

]]>