Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
howard lee – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Wed, 26 Sep 2018 08:01:43 +0000 en-US hourly 1 OPINION: Henti Edar Surat Dan Kenyataan Rasmi Dalam Tiga Bahasa https://independent.my/opinion-henti-edar-surat-dan-kenyataan-rasmi-dalam-tiga-bahasa/ Tue, 25 Sep 2018 15:38:44 +0000 http://independent.my/wp/?p=3603 Reading Time: 2 minutesKerajaan Pakatan Harapan nampaknya bertindak mengundur ke belakang dengan masih mengeluarkan dokumen bercetak kenyataan-² rasmi dalam 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina. Tindakan ini dilihat makin menyusahkan dan boleh menimbulkan kekeliruan sama ada negara ini mengamalkan 3 bahasa rasmi. Sebagai rakyat Malaysia sudah semestinya semua orang mengerti dan faham bahasa kebangsaan. Tidak ada […]]]> Reading Time: 2 minutes

Kerajaan Pakatan Harapan nampaknya bertindak mengundur ke belakang dengan masih mengeluarkan dokumen bercetak kenyataan-² rasmi dalam 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Tindakan ini dilihat makin menyusahkan dan boleh menimbulkan kekeliruan sama ada negara ini mengamalkan 3 bahasa rasmi.

Sebagai rakyat Malaysia sudah semestinya semua orang mengerti dan faham bahasa kebangsaan. Tidak ada keperluan untuk mengeluarkan kenyataan dalam 3 bahasa sekaligus. Lebih² lagi dalam isu terbaru yang menimbulkan kemurkaan Sultan Johor, ahli PBT di negeri Johor mengeluarkan satu surat rasmi dalam 2 bahasa iaitu bahasa Inggeris dan Cina. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah terdapat surat utama dalam bahasa Melayu seperti yang didakwa.

Tidak lama dahulu, Menteri Kewangan dikecam kerana turut mengeluarkan kenyataan rasmi dalam 3 bahasa termasuk bahasa Cina. Di Perak juga tidak kurangnya. Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Sukan dan Pembangunan Modal Insan, YB Howard Lee juga sering mengeluarkan kenyataan rasmi dalam 3 bahasa, iaitu Melayu, Inggeris dan Cina dengan menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri.

Alasan yang diberikan menggunakan pelbagai bahasa adalah tidak masuk akal. Menurut salah satu alasan yang diberi, ia bertujuan untuk memaklumkan kepada mereka yang ‘tidak fasih’ bahasa Melayu sedangkan negara sudah merdeka lebih 60 tahun.

Jika alasan sedemikian boleh dierima pakai, mereka sepatutnya mencetak dalam banyak bahasa lain di negara ini termasuk Tamil, Jawi, Portugis dan Bajau. 

Perkara ini tidak pernah berlaku semasa era Barisan Nasional dahulu. Seharusnya kerajaan Pakatan Harapan menjadi lebih baik dari kerajaan terdahulu dengan menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi menggunakan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi.

Ini merupakan sesuatu yang baru dimana sumber rasmi dari pihak kerajaan dikeluarkan dalam bahasa Cina. Bahasa Cina tidak pernah diiktiraf sebagai bahasa rasmi di dalam negara ini. Ia hanya diiktiraf sebagai bahasa untuk pertuturan kaum tertentu.

Artikel 152 Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Sejak merdeka bahasa Melayu telah digunakan dalam sistem pendidikan, urusan rasmi agar generasi baharu mahir berbahasa Melayu.

Adalah pelik selepas lebih 60 tahun merdeka, jika masih ada ahli Dewan Negeri atau Parlimen bukan Melayu yang lahir selepas merdeka masih belum mampu memahami bahasa Melayu.

]]>
Al-Ikhsan Meterai MoU Bersama Kerajaan Perak https://independent.my/al-ikhsan-meterai-mou-bersama-kerajaan-perak/ Sat, 15 Sep 2018 16:07:45 +0000 http://independent.my/wp/?p=3538 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd yang menjadi penaja bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, telah memeterai satu perjanjian persefahaman dengan Kerajaan Perak bagi mengembangkan lagi pembangunan ekonomi sukan di Perak. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How, keputusan untuk menjalinkan kerjasama persefahaman ini hasil Persidangan Ekonomi Sukan yang […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd yang menjadi penaja bagi penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, telah memeterai satu perjanjian persefahaman dengan Kerajaan Perak bagi mengembangkan lagi pembangunan ekonomi sukan di Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How, keputusan untuk menjalinkan kerjasama persefahaman ini hasil Persidangan Ekonomi Sukan yang diadakan minggu lepas.

Katanya, persidangan itu turut dihadiri Pengasas Al-Ikhsan, Ali Hassan Mohd Hassan.

“Di persidangan itu saya sempat berkongsi idea tentang bagaimanakah rancangan kita dalam memperkasakan agenda pembangunan sukan dan pembangunan ekonomi negeri melalui sukan dengan beliau.

“Dan itulah juga saya rasakan mengapa kita berada di sini hari ini. Ini merupakan jemputan untuk Al-Ikhsan melabur di negeri kita,” kata Howard.

Beliau yang mewakili Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata demikian kepada pemberita di Gerai Al-Ikhsan Sukma Perak 2018, Kompleks Sukan MBI, Ipoh pada Sabtu.

Sehubungan itu beliau berharap Al-Ikhsan dapat terlibat sama dalam perancangan pembangunan Bandar Sukan Bersepadu di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) suatu hari nanti.

Howard mencadangkan Al-Ikhsan dapat membangunkan sebuah kedai utama mereka di kompleks berkenaan untuk membawa limpahan ekonomi kepada warga Ipoh menerusi kewujudan peluang pekerjaan. Howard juga berharap Al-Ikhsan dapat membuka dan menambah lagi peluang-peluang pekerjaan kepada warga tempatan di daerah-daerah lain.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan, Vach Pillutla pula berkata pihaknya menyambut baik inisiatif kerajaan negeri kerana sudi bekerjasama dengan mereka bagi memperkasakan agenda ekonomi sukan di Perak.

]]>
Howard Sangkal Dakwaan Tempat Penginapan Atlet Sukma Dalam Keadaan Uzur https://independent.my/howard-sangkal-dakwaan-tempat-penginapan-atlet-sukma-dalam-keadaan-uzur/ Thu, 13 Sep 2018 11:59:45 +0000 http://independent.my/wp/?p=3505 Reading Time: 2 minutesIPOH: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How menyangkal dakwaan satu laporan media tempatan kononnya tempat penginapan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) berada dalam keadaan uzur. Beliau menyifatkan kenyataan sumber laporan yang bertajuk ‘Penginapan uzur jejas atlet’ itu sebagai tidak berasas dan suatu tindakan yang […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How menyangkal dakwaan satu laporan media tempatan kononnya tempat penginapan atlet Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) berada dalam keadaan uzur.

Beliau menyifatkan kenyataan sumber laporan yang bertajuk ‘Penginapan uzur jejas atlet’ itu sebagai tidak berasas dan suatu tindakan yang kurang bertanggungjawab. Laporan itu menulis Kontinjen Badminton Kelantan berasa tidak selesa dengan keadaan asrama yang didiami mereka selain mendakwa tilam berada dalam keadaan usang, lokar yang pecah serta bilik air yang tidak dapat digunakan.

Katanya, awal pagi semalam, beliau telah mengadakan satu perjumpaan dengan semua 15 ketua dan wakil kontinjen yang bertanding bagi mendapat maklumbalas berkenaan sebarang isu di Sukma Perak 2018.

Menurut Howard, beliau tidak menerima sebarang rungutan daripada mana-mana wakil kontinjen. Katanya, selepas laporan berita itu tersebar petang semalam, wakil-wakil penganjur bergegas ke ILP bagi mendapatkan gambaran sebenar dan hasilnya kesemua mereka yang menginap di situ berpuas hati.

Rakaman video temu bual dengan ketua kontinjen badminton Kelantan dan beberapa atlet di situ turut dipaparkan di hadapan semua pemberita dalam satu sidang media di Pusat Media Sukma Perak 2018, Ipoh pada Khamis.

Mengenai kenyataan yang menyebut terdapat wakil kontinjen yang keluar dari lokasi penginapan dan menginap di luar, Howard menjelaskan ia merupakan inisiatif mereka sendiri yang mahukan lokasi penginapan yang lebih selesa.

“Memang ada yang berbuat demikian tetapi ia terpulang kepada mereka. Kami memang tidak sempurna. Kita tidak mampu sediakan lokasi penginapan setaraf hotel mewah.

“Memang ada loker yang berconteng tetapi ia boleh digunakan malah ada yang telah diperbaiki. Dari sudut penganjur, kami telah sedaya upaya menyediakan yang terbaik untuk semua kontinjen,” katanya.

Howard berkata, atlet-atlet badminton Sabah, Sarawak, Perlis, Kelantan dan Pahang sepatutnya dipindahkan ke lokasi penginapan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak Kampus Tapah namun selepas satu rundingan diadakan, kesemua

Sehubungan itu, katanya lagi,pihak penganjur memohon supaya tidak dibuat sebarang spekulasi berkenaan penularan gambar tersebut kerana kerajaan negeri Perak sentiasa memberikan seratus peratus komitmen dalam memastikan keselesaan dan keselamatan kontinjen-kontinjen.

]]>
Kerajaan PH Bongkar Syarikat Konsultan `Perdaya’ Lembaga Pengarah PeKA https://independent.my/kerajaan-ph-bongkar-syarikat-konsultan-perdaya-lembaga-pengarah-peka/ Wed, 01 Aug 2018 10:04:26 +0000 http://independent.my/wp/?p=2921 Reading Time: 2 minutesIPOH: Selepas membuat pendedahan ketirisan yang berlaku dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terdahulu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak hari ini membuat kejutan apabila membongkar satu penyelewengan di dalam Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA). Penyelewengan yang dibongkar berkaitan tuntutan palsu oleh sebuah syarikat konsultan bagi PeKA. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembagunan Belia dan Sukan Kerajaan Negeri, Howard Lee Chuan […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Selepas membuat pendedahan ketirisan yang berlaku dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terdahulu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak hari ini membuat kejutan apabila membongkar satu penyelewengan di dalam Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA).

Penyelewengan yang dibongkar berkaitan tuntutan palsu oleh sebuah syarikat konsultan bagi PeKA. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembagunan Belia dan Sukan Kerajaan Negeri, Howard Lee Chuan How, susulan pembongkaran itu, Lembaga Pengarah PeKA, Datuk Zainol Fadzi Paharudin telah membuat satu laporan kepada SPRM.

“Datuk Zainol telah menghubungi saya selepas beliau menerima satu notis mahkamah daripada Kumpulan Wang Simpnan Pekerja (KWSP) yang menyatakan tunggakan selama 8 bulan caruman dan saya telah mengarahkan untuk satu audit dalaman dijalankan.

“Di antara laporan yang telah diterima adalah pembentangan oleh Pengarah Syarikat Konsultan itu kepada Lembaga Pengarah di antaranya penempatan seramai 6,000 orang setahun untuk pekerjaan di negeri Perak, sedangkan jumlah sebenarnya hanya 100 orang sahaja selepas siasatan audit dalaman yang telah dijalankan atas arahan saya.

“Siasatan awal juga mendapati bukan sahaja caruman KWSP yang tidak dibayar oleh syarikat konsultan, tunggakan bayaran bulanan Telekom Malaysia yang telah mencapai RM30,000 dan tunggakan bayaran bulanan ruang pejabat di Aras 1, Terminal Amanjaya selama lapan bulan mencecah RM80,000 juga tidak dilangsaikan.

“Kita sedia maklum bahawa pada setiap pembentangan daripada syarikat konsultan kepada Lembaga Pengarah sebelum ini menunjukkan kesemua bayaran telah dilaksanakan oleh mereka, namun hakikatnya segala pembentangan adalah tidak benar sama sekali.

“Kita sedar akan kecuaian daripada pihak Ahli Lembaga Pengarah di dalam hal ini, namun begitu Pengarah syarikat konsultan memperdaya bukan sahaja kesemua Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan PeKA malah kesemua masyarakat di negeri Perak,’’ katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Sehubungan itu Howard berkata, beliau menyerahkan kepada pihak SPRM untuk meneruskan siasatan bagi merungkai lebih banyak ketirisan yang berlaku. Beliau turut menegaskan PeKA akan distruktur semula dan penjenamaan baharu iaitu Perbadanan Aspirasi Anak Perak atau nama singkatannya `PASAK’.

“Penjenamaan ini akan memberi satu dimensi baharu untuk belia negeri Perak khususnya di dalam penyediaan pembangunan belia yang menyeluruh dari segi pendidikan, kemahiran dan kerjaya,’’ katanya.

]]>
Skop Majlis Belia Perak Diperluas, Buka Penyertaan Pertubuhan Belia Cina https://independent.my/skop-majlis-belia-perak-diperluas-buka-penyertaan-pertubuhan-belia-cina/ Mon, 18 Jun 2018 08:20:52 +0000 http://independent.my/wp/?p=2203 Reading Time: 2 minutesIPOH: Skop dan fungsi Majlis Belia Negeri Perak akan diperluaskan bagi membuka ruang penyertaan persatuan dan pertubuhan belia Cina ke dalam majlis itu. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak YB Howard Lee Chuan How, langkah itu diambil untuk membolehkan suara belia keturunan Cina diketengah dalam proses pembuatan dasar pembangunan belia di […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Skop dan fungsi Majlis Belia Negeri Perak akan diperluaskan bagi membuka ruang penyertaan persatuan dan pertubuhan belia Cina ke dalam majlis itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak YB Howard Lee Chuan How, langkah itu diambil untuk membolehkan suara belia keturunan Cina diketengah dalam proses pembuatan dasar pembangunan belia di negeri ini.

Katanya, sebagai langkah pertama bagi merealisasikan matlamat itu satu perjumpaan melibatkan 100 peserta mewakili 40 pertubuhan belia Cina akan diadakan di Hotel Tower Regency, Ipoh pada 23 Jun ini bermula jam 1 hingga 4.30 petang.

“Perjumpaan ini kita adakan bagi memulakan proses perundingan supaya suara anak muda belia Cina akan dimasukkan dalam proses pembuatan dasar pembangunan Belia Perak.

“Perjumpaan ini sebenarnya bukan menuntut layanan istimewa tetapi dalam usaha untuk mengisi kekosongan dari segi proses pembuatan dasar yang telah ditinggalkan oleh pentadbir dahulu.

“Bagi kami ia bukan satu layanan istimewa tetapi mahu kembalikan kedudukan… Sepatutnya sebagai anak Perak mereka mempunyai hak dan kedudukan yang sebelum ini tidak diiktirafkan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan enam pertubuhan Dewan Himpunan Belia Cina di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Isnin.

This image requires alt text, but the alt text is currently blank. Either add alt text or mark the image as decorative.Howard Lee menjelaskan kurangnya penglibatan merupakan faktor kenapa suara-suara belia Cina tidak diketengahkan oleh pentadbir terdahulu dalam proses pembuatan dasar pembangunan belia negeri.

“Ada suara belia keturunan Cina tidak diketengah dalam proses pembuatan dasar… Sebenarnya memang kurang engagement ….Bila engagement tak ada bagaimana nak satu padukan masyarakat, macam mana nak ada solidariti,’’ katanya.

Menurut Howard, baru-baru ini beliau juga telah mengadakan perjumpaan dengan Pertubuhan Sukan kaum Sikh untuk mendengar rintihan dan pandangan mereka tentang perlunya langkah diambil kerajan bagi memantapkan penyatuan dalam masyarakat berbilang bangsa di negeri ini.

“Sudah tiba masanya kita rapatkan jurang antara sebahagian masyarakat dengan masyarakat lain yang selama ini tiada landasan berjumpa, bertemu dan bermuzakarah,’’ katanya.

]]>