Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
MB Inc – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Thu, 11 Jul 2019 12:18:02 +0000 en-US hourly 1 Laporan Siasatan PAC ke Atas MB Inc. Akan Dibentang Dalam Dewan – Pengerusi PAC https://independent.my/laporan-siasatan-pac-ke-atas-mb-inc-akan-dibentang-dalam-dewan-cheok-keng/ Tue, 09 Jul 2019 09:21:32 +0000 https://independent.my/?p=6132 Reading Time: 2 minutesIPOH: Laporan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak ke atas Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) yang telah selesai dijalankan akan dibentang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri bulan ini. Menurut Pengerusinya, Leong Cheok Keng, pihaknya  dalam peringkat menyiapkan laporan itu sebelum dibentang di dalam Sidang Dewan. Leong berkata, pihaknya juga akan mengemukakan cadangan usul […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Laporan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak ke atas Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) yang telah selesai dijalankan akan dibentang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri bulan ini.

Menurut Pengerusinya, Leong Cheok Keng, pihaknya  dalam peringkat menyiapkan laporan itu sebelum dibentang di dalam Sidang Dewan.

Pengerusi PAC, Leong Cheok Keng

Leong berkata, pihaknya juga akan mengemukakan cadangan usul kepada Speaker DUN, Datuk Ngeh Koo Ham bagi membolehkan laporan tersebut dibahaskan.

“Ini merupakan perkara bersejarah kerana belum pernah ada usul dibawa ke dalam Dewan berkaitan MB Inc.

“Usul ini akan membincangkan beberapa perkara dan tajuk usul ini adalah Penambahbaikan Urusan Pentadbiran dan Pengurusan Perbadanan MB Inc,’’ katanya kepada pemberita di Bilik Sidang Media DUN Perak pada Selasa.

Hadir sama Timbalan Pengerusi PAC, Chong Zhemin bersama empat ahli PAC Perak yang lain termasuk Adun PAS Gunung Semanggol, Haji Razman Zakaria yang juga Pesuruhjaya PAS Perak.

Cheok Keng menambah, sebarang tindakan lanjut berkaitan laporan tersebut akan diputuskan oleh Koo Ham dan ADUN yang akan bersidang tidak lama lagi.

Menurut beliau, sejak siasatan yang bermula November tahun lalu, PAC telah memanggil enam saksi termasuk bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir memberikan keterangan.

“Kita akui terdapat kelewatan untuk menyiapkan siasatan disebabkan pada peringkat awal berlaku salah faham mengenai prosiding siasatan yang ingin dibuat secara terbuka atau sebaliknya.

“Namun, kita menghormati semua pandangan dengan meneruskan siasatan melalui prosiding secara tertutup walaupun Speaker DUN telah menetapkan bahawa PAC boleh jalankan prosiding secara tertutup atau terbuka,’’ katanya.

Pada 26 November 2018, Zambry mempertikai tindakan PAC Perak yang bertindak mengadakan sesi pendengaran awam bagi siasatan ke atas perbadanan itu kerana tidak mengikut amalan biasa.

Pada sidang media itu,  Cheok Keng turut menjelaskan terdapat dua lagi kes yang akan disiasat PAC iaitu pertama membabitkan pengurusan Taman Teman Studio Animasi (MAPS) dan kes tuntutan sebuah firma arkitek ke atas Perak Corporation Berhad. Firma itu masih lagi menuntut baki bayaran yang didakwa belum dilangsaikan walaupun tiada projek yang dijalankan.  

]]>
Warga MB Inc. Siapkan Sendiri Makanan Untuk Gelandangan dan Agensi Perkhidmatan 24 Jam https://independent.my/warga-mb-inc-siapkan-sendiri-makanan-untuk-gelandangan-dan-agensi-perkhidmatan-24-jam/ Fri, 17 May 2019 21:10:45 +0000 https://independent.my/?p=5551 Reading Time: 2 minutesWarga kerja Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) melalui Kelab Sukan & Rekreasi kakitangan (Kelab CRESTERS) telah mengadakan satu program dinamakan ‘Singgah Sahur’ dimana 50 ahli kelab turun padang mengagihkan sumbangan makanan yang disediakan sendiri oleh mereka untuk golongan gelandangan dan agensi perkhidmatan yang beroperasi 24 jam di sekitar Bandaraya Ipoh subuh tadi. Program bermula […]]]> Reading Time: 2 minutes

Warga kerja Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) melalui Kelab Sukan & Rekreasi kakitangan (Kelab CRESTERS) telah mengadakan satu program dinamakan ‘Singgah Sahur’ dimana 50 ahli kelab turun padang mengagihkan sumbangan makanan yang disediakan sendiri oleh mereka untuk golongan gelandangan dan agensi perkhidmatan yang beroperasi 24 jam di sekitar Bandaraya Ipoh subuh tadi.

Program bermula dari jam 1:00 pagi hingga 6:00 pagi dimana pihak kelab telah mengenalpasti tempat² yang biasa dihuni oleh golongan gelandangan beberapa agensi yang menyediakan perkhidmatan masyarakat 24 jam. Ia melibatkan 6 kawasan di sekitar bandar. 

Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Anuar Zainal Abidin

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Anuar Zainal Abidin., program ini diadakan dengan harapan dapat berkongsi merasai makanan yang disediakan sendiri oleh warga kerja MB Inc.

“Kita bukan saja menumpukan perhatian terhadap pekerjaan semata-mata, kita juga ingin mengambil peranan berkongsi bersama nikmat (makanan) di dalam hidup bermasyarakat,” kata Anuar.

Selain mengedarkan makanan kepada gelandangan, ahli kelab juga turut singgah di beberapa agensi yang beroperasi 24 jam kepada masyarakat seperti Balai Polis dan Balai Bomba di sekitar Manjoi, Jelapang dan Bandar Meru Raya.

“Selain itu, kita juga akan melawat balai polis dan balai bomba untuk turut bersama-sama dengan mereka yang bertugas di waktu awal pagi sebegini dan berharap dengan adanya ‘engagement’ (pertemuan) seperti ini di antara pegawai² kerajaan dengan pekerja MB Inc. dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama kita,” menurut Anuar.

Muhammad Nurhafizi Bahrin

Menurut Presiden Kelab CRESTERS, Muhammad Norhafizi Saiful Bahrin, ini merupakan kali ke-2 mereka mengadakan program yang sama. Kali pertama diadakan 2 tahun lepas.

“Beza program kali ini berbanding program yang lepas, kali ini kita ada penambahan iaitu selain fokus kepada golongan gelandangan, kita juga akan melawat agensi-agensi yang beroperasi 24 jam,” kata Norhafizi.

 

 

]]>
UMNO Perak Cuba Timbulkan Cerita `Dongeng’ Mahu Tumbang Kerajaan PH https://independent.my/umno-perak-cuba-timbulkan-cerita-dongeng-mahu-tumbang-kerajaan-ph/ Wed, 05 Dec 2018 09:19:59 +0000 http://independent.my/wp/?p=4332 Reading Time: 2 minutesIPOH: UMNO Perak sengaja menimbulkan cerita ‘dongeng’ kononnya wujud komplot mahu menjatuhkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu supaya mereka mendapat ruang dan peluang untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan Perak. Menurut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, beliau tidak nampak ada komplot sebenar mahu menjatuhkan Menteri Besar melalui undi tidak percaya malah kesemua 18 […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: UMNO Perak sengaja menimbulkan cerita ‘dongeng’ kononnya wujud komplot mahu menjatuhkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu supaya mereka mendapat ruang dan peluang untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan Perak.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, beliau tidak nampak ada komplot sebenar mahu menjatuhkan Menteri Besar melalui undi tidak percaya malah kesemua 18 ADUN DAP termasuk Exco PH berdiri teguh di belakang kepimpinan Menteri Besar.

“Kesemua 30 anggota dalam pentadbiran PH berdiri teguh menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal sekaligus membuktikan tiada usaha ataupun usul dibuat mahu menjatuhkan Menteri Besar Perak pada sidang Dewan yang akan berakhir hari ini.

“Ini jelas menunjukkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal masih tetap Menteri Besar Perak … cerita yang direka cipta Datuk Saarani Mohamed hanyalah cerita dongeng semata-mata untuk mengelirukan rakyat Perak.

“Namun rakyat Perak bijak menilai permainan kotor politik pembangkang ini yang hanya membazir masa dan tidak membawa sebarang faedah sedangkan kita dalam kerajaan PH senantiasa memberi fokus kepada kebajikan rakyat dan pembangunan negeri,” katanya kepada pemberita di Bilik Media, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa.

Pada sidang media itu Nga Kor Ming mendedahkan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) kini sedang berdepan tuntutan saman mahkamah berjumlah RM18 juta daripada beberapa syarikat yang menjalankan aktiviti perlombongan.

Beliau mendakwa MB Inc. telah menerima commitmen fee daripada beberapa syarikat berkaitan perlombongan berjumlah RM53.6 juta yang sepatutnya disimpan ke dalam bank tetapi hasil pemeriksaan mendapati daripada jumlah itu hanya tinggal RM13.5 juta.

“Yang menjadi persoalan sekarang di mana pergi baki RM lebih 40 juta … sepatutnya kesemua wang yang telah lesap itu tidak boleh digunakan selagi pelaksanaan projek belum selesai.

“Tapi nampaknya projek belum lagi selesai wang itu telah digunakan … sehingga menyebabkan MB Inc. berdepan tuntutan saman mahkamah.

“Jika kes tuntutan ini kalah … maka MB Inc. terpaksa menjelaskan tuntutan itu maka ini bermakna ia terpaksa menggunakan wang rakyat,” katanya.

Nga Kor Ming berkata, pembongkaran ini jelas membuktikan berlaku urus tadbir yang tidak cekap semasa kerajaan UMNO dan BN.

]]>
Dr Zambry Bertindak Keluar Sesi Pendengaran Awam PAC…bantah sesi diadakan secara terbuka https://independent.my/dr-zambry-bertindak-keluar-sesi-pendengaran-awam-pac-bantah-sesi-diadakan-secara-terbuka/ Mon, 26 Nov 2018 07:03:31 +0000 http://independent.my/wp/?p=4203 Reading Time: 2 minutesIPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bertindak keluar meninggalkan Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) kerana membantah sesi pendengaran itu diadakan secara terbuka. Dr Zambry bertindak keluar sebelum soalan dikemukakan pada sesi pendengaran yang diadakan di bilik mesyuarat korporat Bangunan Perak Darul Ridzuan. Beliau bertindak demikian selepas Pengerusi PAC […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bertindak keluar meninggalkan Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) kerana membantah sesi pendengaran itu diadakan secara terbuka.

Dr Zambry bertindak keluar sebelum soalan dikemukakan pada sesi pendengaran yang diadakan di bilik mesyuarat korporat Bangunan Perak Darul Ridzuan. Beliau bertindak demikian selepas Pengerusi PAC Perak, Leong Cheok Keng menyatakan PAC kekal dengan pendirian mahu sesi pendengaran itu diadakan secara terbuka.

Zambry dalam penjelasannya berkata, sesi pendengaran awam itu tidak dijalankan mengikut tatacara dan amalan biasa PAC Perak kerana di Parlimen sendiri tidak dibuat sesi pendengaran awam tersebut.

“Oleh itu saya mengikut amalan di Parlimen sebagai panduan dan saya tidak bersetuju sesi pendengaran ini diadakan secara terbuka.” katanya.

Leong bagaimanapun mengarahkan Zambry kekal dan menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan PAC. Katanya, tindakan Dr Zambry keluar daripada sesi pendengaran itu dianggap sebagai menghina PAC.

Dr Zambry menjawab beliau kekal dengan keputusannya dan menganggap tindakannya bukan menghina PAC.

“Saya hadir pada hari ini dan saya tidak hina jawatankuasa ini … Kehadiran saya ini sebagai membantah tatacara dan amalan jawatankuasa PAC ini.

Menurut Dr Zambry lagi, beliau bersedia memberi kerjasama dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan jika jawatankuasa membuat sesi pendengaran itu mengikut tata cara dan amalan biasa.

Leong semasa bercakap dalam sidang media berkata, PAC menyerahkan kepada Speaker dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung tindakan Dr Zambry itu.

Turut hadir bersama Dr Zambry ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) Datuk Aminuddin Hashim.

Sesi Pendengaran Awam PAC pagi tadi dihadiri lima ahli PAC manakala dua lagi ahli daripada BN iaitu ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul dan ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim tidak hadir.

]]>
Kerajaan Perak Wujud Lebih 6,000 Peluang Pekerjaan Di Bidor https://independent.my/kerajaan-perak-wujud-lebih-6000-peluang-pekerjaan-di-bidor/ Thu, 09 Aug 2018 09:40:21 +0000 http://independent.my/wp/?p=3106 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Kerajaan Perak berjaya mewujudkan lebih 6,000 peluang pekerjaan kepada rakyat menerusi projek pembangunan Bandar Integrasi Sarung Tangan di Mukim Bidor dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion. Menurut Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, kejayaan ini adalah hasil kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Kossan Rubber Industries Bhd dalam usaha merancakkan ekonomi negeri. “Kossan dan […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Kerajaan Perak berjaya mewujudkan lebih 6,000 peluang pekerjaan kepada rakyat menerusi projek pembangunan Bandar Integrasi Sarung Tangan di Mukim Bidor dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion.

Menurut Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, kejayaan ini adalah hasil kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Kossan Rubber Industries Bhd dalam usaha merancakkan ekonomi negeri.

“Kossan dan PKNP telah memilih daerah Batang Padang sebagai lokasi pelaburan terbaru mereka dengan perbelanjaan RM1.5 bilion dan ia akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis perjanjian kerjasama PKNP-Kossan Rubber Industries Bhd di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.

Katanya, kerajaan Perak akan sentiasa bekerjasama dan memberi ruang kepada pelabur tempatan yang juga bertaraf dunia untuk meneruskan perniagaan bagi memembantu meningkatkan ekonomi negeri.

Kossan Rubber Industries Bhd akan membangunkan tanah perindustrian milik PKNP berkeluasan 824 ekar terletak di Mukim Bidor dengan pembinaan kilang sarung tangan getah.

Syarikat berkenaan merupakan sebuah syarikat pembuatan sarung tangan yang ditubuhkan pada tahun 1979 dan telah disenaraikan di Bursa Saham Malaysia sejak tahun 1996 dengan penghasilan produk 100 peratus untuk pasaran eksport melebihi 190 buah negara di seluruh dunia.

Terdahulu, Ahmad Faizal turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dan ECK Sdn Bhd untuk pembinaan 321 unit rumah mesra rakyat di Tronoh.

Katanya, projek perumahan di kawasan seluas 25 ekar di Tronoh itu melibatkan pembinaan rumah 1200 kaki persegi termasuk anjung yang akan dijual pada harga RM90,000 bagi setiap unit.

Katanya, projek perumahan ini amat dinanti-nantikan rakyat meskipun ia merupakan satu projek kecil yang hanya melibatkan 321 unit rumah.

“Namun begitu,saya ingin melihat keupayaan pihak pemaju untuk melaksanakannya jika ia dapat dibina dalam masa yang ditetapkan,” katanya.

Menurut beliau, perumahan berkonsepkan mesra pemilik seluas 750 kaki persegi ini dijangka siap dibina dalam tempoh masa setahun.

]]>