Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
mbi – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Sat, 19 Oct 2019 10:58:12 +0000 en-US hourly 1 Isu Roboh Gerai Peniaga: Aziz Bari Janji Cari Penyelesaian Terbaik https://independent.my/isu-roboh-gerai-peniaga-aziz-bari-janji-cari-penyelesaian-terbaik/ Sat, 19 Oct 2019 08:18:44 +0000 https://independent.my/?p=7302 Reading Time: 2 minutesIPOH | Lanjutan dari tindakan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merobohkan gerai peniaga di Jalan Pengkalan Barat 32, Stesen 18 pada Rabu lalu, wakil rakyat Tebing Tinggi, YB Dr. Abdul Aziz Bari telah mengadakan pertemuan tidak formal dengan para peniaga yang terkesan untuk membincangkan permasalahan mereka di sini hari ini. Menurutnya, pertemuan diadakan adalah sebagai […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH | Lanjutan dari tindakan pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merobohkan gerai peniaga di Jalan Pengkalan Barat 32, Stesen 18 pada Rabu lalu, wakil rakyat Tebing Tinggi, YB Dr. Abdul Aziz Bari telah mengadakan pertemuan tidak formal dengan para peniaga yang terkesan untuk membincangkan permasalahan mereka di sini hari ini.

Menurutnya, pertemuan diadakan adalah sebagai penghubung antara para peniaga dengan pihak kerajaan negeri khususnya MBI. Katanya, kerajaan negeri memandang berat masalah yang dihadapi oleh para peniaga kerana ia memberi imej yang tidak baik pada pandangan rakyat akar umbi.

Beliau juga menzahirkan rasa terkilan apabila pihak MBI bertindak tanpa memaklumkan kepada pejabat wakil rakyat yang beliau wakili terlebih dahulu. Katanya, jika beliau dimaklumkan lebih awal, setidak-tidaknya beliau dapat melakukan sesuatu sebelum ia dirobohkan. Sebaliknya beliau hanya menyedari operasi merobohkan gerai pada hari ia dilakukan. 

“MBI selaku agensi di bawah kerajaan PH (Pakatan Harapan) seharusnya akur dan menghormati kedudukan pejabat saya … sebagai ‘government of the day,’ kita rasa bertanggungjawab terhadap rakyat. Agak aneh kerana (salinan) notis tidak dihantar kepada pejabat saya sebagai wakil rakyat (kawasan itu).

“Kita serius dalam mebasmi kemiskinan … perkara seperti ini akan ditangani segera terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini.” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sebuah restoran di Taman Shatin hari ini.

Beliau berkata lagi, para peniaga tersebut mengalami kerugian di antara 60 hingga 70 ribu ringgit dan lebih malang ia melibatkan peniaga-peniaga kecil yang menyertai skim Amanah Ikhtiar, skim kredit mikro kelolaan kerajaan yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan di Malaysia.

Aziz juga mengingatkan supaya agensi kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan dengan membelakangi wakil rakyat sesuatu kawasan.

“Jangan bertindak seolah-olah Wakil Rakyat, Ahli Majlis, Pengerusi MPKK atau AJK tidak wujud,” katanya.

Menyentuh tentang pertemuan dengan para peniaga hari ini, beliau akan mencari jalan penyelesaian dengan mencari tapak perniagaan lain yang lebih sesuai, dilengkapi surau, tandas dan kawasan parkir yang tidak mengganggu lalulintas. Beliau juga mencadangkan kepada peniaga-peniaga yang terkesan suaya menubuhkan persatuan supaya dapat memudahkan kerajaan berurusan dengan mereka.

Pada 16 Oktober lalu, MBI telah menggunakan kenderaan jentolak merobohkan 5 gerai peniaga di sekitar Jalan Pengkalan Barat 32, Stesen 18. Menurut maklumat yang diberitahu kepada kami, notis mengosongkan tapak gerai telah dihantar kepada peniaga di situ sejak Janurai tahun ini tetapi peniaga mendakwa mereka tidak pernah menerima notis berkenaan. 

]]>
Pembuangan Sampah Haram Berleluasa MBI Diminta Bertegas https://independent.my/pembuangan-sampah-haram-berleluasa-mbi-diminta-bertegas/ Mon, 04 Jun 2018 06:39:25 +0000 http://independent.my/wp/?p=1851 Reading Time: 2 minutesIPOH: Isu pembuangan sampah haram secara berleluasa menjadi topik panas sekali lagi apabila pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) digesa bertindak lebih tegas terhadap warga Ipoh yang kebelakangan ini memandang `enteng’ dalam isu berkenaan. Kawasan Lembah Kinta antaranya Kepayang, Klebang dan Menglembu merupakan kawasan yang kerap kali berlaku kegiatan pembuangan sampah haram sehingga menimbulkan suasana kurang […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Isu pembuangan sampah haram secara berleluasa menjadi topik panas sekali lagi apabila pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) digesa bertindak lebih tegas terhadap warga Ipoh yang kebelakangan ini memandang `enteng’ dalam isu berkenaan.

Kawasan Lembah Kinta antaranya Kepayang, Klebang dan Menglembu merupakan kawasan yang kerap kali berlaku kegiatan pembuangan sampah haram sehingga menimbulkan suasana kurang senang kepada penduduk perumahan sekitar akibat pencemaran bau busuk. Lebih buruk lagi apabila tiba musim cuti perayaan yang menyebabkan bukan sahaja berlaku longgokan sampah yang tidak dikutip malah dibuang secara haram dimerata tempat oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Pengerusi Biro Pengaduan Awam DAP Perak, Steven Chaw Kam Foon memandangkan isu pembuangan sampah haram ini semakin serius, pihak MBI digesa mengambil tindakan segera bagi menanganinya kerana ia menjejaskan imej Bandaraya Ipoh yang selama ini terkenal sebagai bandaraya bersih dan indah. Katanya, beliau telahpun menemui Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zambri Man bersama beberapa orang wakil rakyat DAP untuk memaklumkan isu tersebut dan meminta MBI mengambil langkah segera dalam menanganinya.

Menurut Steven, Datuk Bandar telah mencadangkan agar denda RM500 yang dikenakan kepada pesalah yang membuang sampah haram dinaikkan kepada RM1,000.
Selain itu,katanya, pihak MBI akan sentiasa menjalankan program penerangan tentang kesedaran menjaga kebersihan kepada warga Ipoh.

“Apa yang saya lihat langkah untuk menaikkan denda langsung tidak memberi kesan selagi warga Ipoh tidak mempunyai disiplin diri dan kesedaran sivik tentang tanggungjawab menjaga kebersihan di kawasan rumah mereka.

“Kita menerima laporan tentang ada kes dimana pihak berkuasa meletakkan papan tanda denda di tempat pembuangan sampah haram sebaliknya ada individu mencabut papan tanda menulis kata-kata kesat dan melempar ke dalam longkang.’’ Katanya kepada pemberita di Wisma DAP, Ipoh pada Isnin.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, YB Howard Lee. Pada sidang media yang sama seorang peniaga makanan, Yan Chee Kuan, 39, tampil untuk beramal bakti dengan menyumbang RM10,000 kepada Tabung Harapan Malaysia hasil jualannya bagi tempoh tiga hari bermula 7,8 dan 9 Jun ini. Menurut Yan, beliau membuka perniagaan seawal 7.30 pagi di tiga kawasan bermula 7 Jun di pasar SPPK, Pasir Putih, 8 Jun di Pasar Menglembu dan 9 Jun di pasar UTC Bandaraya Ipoh.

“Saya mula terpanggil untuk membuat kerja amal ini apabila melihat banyak syarikat besar menyumbang kepada Tabung Haparan Malaysia bagi membantu menangani hutang negara,’’ katanya.

]]>