amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170Kredit foto: BERNAMA
KUALA LUMPUR | Kerajaan tidak akan dapat membayar gaji penjawat awam dan bantuan untuk barisan hadapan jika Belanjawan 2021 tidak disetujui oleh Dewan Rakyat.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, beliau optimis bahawa Belanjawan yang melibatkan perbelanjaan operasi dan pembangunan yang difokuskan untuk membantu rakyat dan memulihkan perniagaan dan ekonomi negara, akan disetujui.
“Bagi saya, jika Belanjawan ini dapat membantu negara kita, maka tidak ada alasan untuk tidak disetujui, atau ditolak (di Dewan Rakyat).
Sekiranya ia ditolak, dari segi ekonomi, kita tidak akan dapat membiayai komitmen kerajaan, termasuk mengeluarkan bantuan kepada rakyat, “katanya pada sidang media di Wisma Bernama di sini hari ini.
Kenyataan beliau bagaimanapun mendapat perhatian bekas Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang membuat hantaran di akaun Twitter bahawa ia satu jenis ugutan dengan meletakkan petugas barisan hadapan dalam bahaya.

“Daripada mendengar suara rakyat & meningkatkan peruntukan, kerajaan pintu belakang memilih untuk mengugut & cuba untuk meletakkan barisan hadapan dalam bahaya di masa sukar ini. Ini adalah suatu yang sangat buruk. Rakyat Malaysia berhak mendapat yang lebih baik, “ciap beliau.
Pada 6 November, Tengku Zafrul membentangkan Belanjawan 2021 dengan peruntukan terbesar dalam sejarah negara pada RM322.5 bilion.
Reading Time: < 1 minuteIPOH | Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengingatkan pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan supaya mengamalkan sikap 3B iaitu berilmu, berakhak dan bertanggungjawab semasa menjalankan tugas.
Beliau berkata demikian semasa berucap menghadiri Konvensyen Biasa Wanita DAP Perak 2019 di Hotel Tower Regency di Ipoh pada Ahad.
Beliau turut berjanji DAP Perak akan menyumbangkan dana sebanyak RM20,000 kepada Wanita DAP Perak dengan syarat mereka harus mengadakan aktiviti-aktiviti dengan lebih kerap lagi.
Konvensyen kali ini mencatat kehadiran yang memberangsangkan, menurut wakil dari Jawatankuasa Wanita DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching.
Setiausaha Wanita DAP Perak, Wong May Ing membentangkan bahawa Wanita DAP Perak telah berjaya menubuhkan sembilan Bahagian Wanita DAP sejak tahun tahun 2013 iaitu di Parlimen Taiping, Sg Siput, Batu Gajah, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Teluk Intan, Lumut manakala pada tahun 2019, bahagian Parlimen Gerik dan Beruas.
Reading Time: < 1 minuteIPOH: Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) tidak akan ditutup malah akan meneruskan operasinya sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong di negeri Perak.
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan sebenarnya pihak pengurusan telah melakukan yang terbaik dan sehingga kini jumlah pengunjung ke taman tema tersebut telah meningkat dengan mendadak.
“Ini pencapaian yang membanggakan dan saya percaya jika promosi berterusan dijalankan pihak pengurusan MAPS, saya percaya ia akan menjadi satu tarikan yang utama di Bandaraya Ipoh,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelancaran penerbangan Air Asia dari Ipoh ke Singapura di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada Isnin. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perak, YB Tan Kar Hing.
Menurut Ahmad Faizal, bagi menjayakan matlamat itu, kerajaan negeri boleh memikirkan tentang pelaburan yang baru dari pihak swasta.
“Buat masa ini desakan dan cadangan supaya MAPS ditutup bukan masa yang sesuai buat masa ini” katanya.
Terdahulu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pada satu sidang media bertegas mencadangkan supaya MAPS ditutup dan dijual kepada syarikat swasta bagi menguruskannya.
Beliau menyalahkan pengurusan pentadbiran kerajaan terdahulu yang menyebabkan MAPS menanggung kerugian besar sehingga mencecah RM470 juta.
“Kita cadangkan MAPS dijual menerusi tender terbuka kepada syarikat yang berkemanpuan menguruskannya dan kerajaan tidak perlu lagi menanggung beban hutang bank malah dapat terus meningkatkan kebajikan rakyat” katanya.
Menurut Nga Kor Ming, ini juga selaras dengan saranan yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed sebelum ini yang menegaskan pentadbiran kerajaan tidak boleh dibabitkan dalam perniagaan.
Reading Time: < 1 minutePengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu kenyataan media menafikan beliau memberi tekanan terhadap Menteri Besar Perak supaya meluluskan pemilikan 999 tahun kepada penduduk kampung baru.
Dalam kenyataan itu, beliau menyatakan kekesalannya terhadap satu laporan akhbar tempatan yang bertajuk ‘DAP Berkeras’ bertarikh 19 Ogos 2018, yang merujuk kepada isu kononnya DAP Perak meminta Menteri Besar meluluskan hakmilik kekal atau 999 tahun itu. Nga menegaskan bahawa itu adalah tidak benar dan laporan akhbar tersebut adalah tidak bertanggungjawab.
Beliau menambah bahawa tidak pernah membangkitkan isu hakmilik kekal sebaliknya apa yang berlaku adalah apabila ditanya oleh pemberita, beliau menyatakan Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan semua janji yang termaktub dalam manifesto. Nga menyifatkan laporan berita sebegitu adalah berniat jahat dan bersifat provokasi cuba memecahkan perpaduan antara kaum. Beliau berharap rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan racun politik perkauman sedemikian sebaliknya memberikan sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk melakukan pembaharuan demi manfaat bangsa & negara tercinta dalam era Malaysia Baru ini.
Nga memberi jaminan bahawa DAP adalah parti yang bertanggungjawab, tidak pernah memberi tekanan kepada Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Dato Azumu, sebaliknya sentiasa menjalin hubungan mesra, bekerja sebagai satu pasukan dan saling hormat menghormati. DAP Perak akan berdiri teguh bersama Menteri Besar & memberi sokongan padu kepada kepimpinan Ahmad Faizal supaya Pakatan Harapan dapat membawa kesejahteraan hidup kepada seluruh rakyat negeri Perak serta membawa pembangunan ekonomi pesat kepada negeri.
Merujuk kepada berita semalam, portal Malaysiakini memetik laporan oleh Bernama bahawa DAP Perak tetap mahukan kerajaan negeri memberikan status hakmilik 999 tahun atau hakmilik kekal kepada kampung-kampung baru ‘seperti yang dijanjikan’ dalam manifesto Pakatan Harapan ketika PRU-14 lalu. Manakala laman dalam talian Utusan Online pula melaporkan DAP tetap mahu kerajaan negeri menunaikan janji untuk memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada tanah kampung baru.
Reading Time: 2 minutesIPOH: DAP Perak memperkenalkan polisi lebih tegas tidak akan berkompromi dengan ahli parti yang menjadi ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang didapati salah guna kuasa atau terbabit dalam skandal yang boleh menjejaskan parti.
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming menegaskan, mereka yang dikesan terlibat akan ditamatkan perkhidmatan tanpa perlu menunggu lagi tempoh perkhidmatan mereka berakhir.
“Saya ingatkan, sebagai ahli majlis yang mewakilii parti, mereka perlu sentiasa diingatkan supaya menjaga tingkah laku masing-masing.
“Jangan ingat apabila ambil jawatan ahli majlis buat kerja sambil lewa, terlibat skandal… saya ucap bye-bye,” kata Nga Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Negeri Perak.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat sempena program Retreat Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Tempatan DAP, di sebuah hotel di Ipoh pada Sabtu.
Menurut Nga, di bawah pemerintahan kerajaan baharu ini tiada lagi istilah ‘SLR’ (uruskan sampah, longkang dan rumput) sahaja tetapi tanggungjawab lebih jauh daripada itu iaitu mesti memikirkan tentang misi dan visi masa depan setidak-tidaknya 5 tahun akan datang dengan memberikan keutamaan kepada rakyat dalam menyelesaikan permasalahan mereka.
Untuk itu, beliau mahukan setiap ahli majlis DAP menghafal Akta Kerajaan Tempatan Tahun 1971 dan Undang-Undang Kecil bagi memastikan mereka dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang ahli majlis yang berintegriti.
“Sebagai ahli majlis, ahli parlimen, perlembagaan persekutuan adalah kitab kerja anda. Anda mesti tahu perlembagaan persekutuan kerana ia adalah undang-undang tertinggi negara.
“PBT kena tahu tanggungjawab dan peranan kepada rakyat… jangan buat kerja sambil lewa kerana ia akan memberi imej tidak baik kepada parti dan kerajaan.
“Jangan ingat jadi ahli majlis esok boleh lulus lesen, beri tender…, semua boleh buat sesuka hati, jika anda buat macam ini, I wish you good luck, MACC will come after you very soon (saya doakan kamu bernasib baik, SPRM akan mencari kamu dalam masa terdekat),” sindir beliau.
Antara yang hadir pada majlis hari ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, YB Paul Yong Choo Kiong, Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Wong Kah Woh, serta Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.
Reading Time: < 1 minuteIPOH: Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming menganggap tindakan MCA menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balakong 8 September depan sebagai satu pembohongan kepada rakyat.
Katanya, MCA mahu `borak’ kosong kerana tidak mahu menggunakan logo Barisan Nasional (BN) sedangkan mereka masih lagi berada dalam BN. Menurut Nga Kor Ming, kenyataan yang dibuat Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai itu hanyalah sekadar mahu mengaburi mata rakyat dan pengundi.
Katanya, MCA masih komponen BN walaupun tidak mahu menggunakan logo BN pada PRK kali ini.
“MCA buat borak kosong tak mahu pakai lambang BN… Pada hemat saya, ia satu pembohongan kepada rakyat kerana mereka masih dalam BN.
“Jika dia nak guna lambang sendiri, perkara yang wajar dibuat adalah dia mesti wajib keluar dari Barisan Nasional,” tambah Nga yang juga Pengerusi DAP Perak.
Baginya, ini menandakan dua perkara bahawa mereka sendiri tidak yakin dengan parti Barisan Nasional dan tindakan sedemikian adalah usaha untuk membohongi rakyat.
“Ini jelas mereka sendiri tidak yakin dengan BN sebab nak pakai logo sendiri tapi masih duduk dalam BN,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat sempena program Retreat Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Tempatan DAP, di sebuah hotel di Ipoh pada Sabtu.
Semalam, Tiong Lai dalam sidang media memaklumkan bahawa MCA akan menggunakan logo sendiri pada PRK DUN Balakong yang akan berlangsung pada 8 September depan. Beliau berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh pimpinan MCA dan ia akan dibawa ke pengetahuan pimpinan tertinggi BN.
Reading Time: < 1 minuteIPOH – Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menggesa Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham supaya jangan terlalu berlembut tapi lebih tegas dalam mengendalikan persidangan Dewan Negeri.
Menurut Nga Kor Ming, dalam pemerhatiannya beliau melihat Yang di-Pertua Dewan terlalu bermurah hati dan berlembut sehingga suasana sidang dewan dieksploitasi pihak pembangkang.
Katanya, Koo Ham perlu lebih bertegas dalam mengendalikan persidangan Dewan yang berlangsung selama enam hari dan berakhir Isnin depan.
“Dari pemerhatian dan penelitian saya sejak pukul 10 tadi, saya merasa Tuan Speaker (Yang di-Pertua Dewan Negeri ) yang baru, Yang Berhormat Datuk Ngeh Koo Ham terlalu bermurah hati sehingga sikap murah hati beliau telah pun disalah guna atau dieksploitasi oleh pembangkang.
“Beliau cuba untuk memuaskan hati semua pihak… jadi saya cadangkan agar keadaan ini diubah dan Speaker mulai esok perlu bersikap lebih tegas,” katanya kepada pemberita di bilik media, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa.
Nga juga menyifatkan, barisan pembangkang tidak berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif. Katanya, pembangkang bukan sahaja sengaja mengganggu sesi soalan lisan berlangsung, malah bersikap tidak senonoh dengan menengking dan menuding jari ke arah Speaker.
“Adalah jelas sekali niat mereka bukan untuk bertanya soalan, tapi nak mengacau sahaja, kerana saya perhatikan 40 minit sesi soal jawab, hanya jawab satu soalan sahaja.
“Ini menunjukkan pembangkang tidak menepati janji mereka untuk menjadi pembangkang yang konstruktif.
Menurut Nga, untuk menjadi pembangkang yang konstruktif, mereka harus mengajukan soalan secara tepat, padat dan ringkas.
“Saya perhatikan Yang Berhormat Pangkor (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir) ada menuding jari dan berteriak ke arah Speaker, ini sikap yang perlu dielakkan.
“Bertikam lidah itu biasa kerana ia sebahagian asam garam dalam Persidangan Dewan Negeri, tetapi bukan berperangai buruk, saya harap keadaan sedemikian boleh diperbaiki,” katanya.
Reading Time: 2 minutesEmpat wakil rakyat DAP Perak, hari ini mengumumkan sumbangan kepada kerajaan bagi membantu membayar hutang negara yang mencecah RM1 trilion.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, beliau sendiri akan memberikan RM16,000 gajinya sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan untuk bulan ini bagi tujuan tersebut.
Katanya, tindakan itu diambil sebagai tanda solidariti dan semangat patriotik untuk membantu kerajaan membayar hutang negara.
“Tindakan ini sebenarnya didorong oleh sikap dan semangat beberapa rakyat Malaysia yang menyuarakan hasrat untuk membantu negara membayar hutang. Ini merupakan kisah yang amat mengharukan.
“Kenapa saya buat demikian, kerana saya yakin kerajaan baru ini berintegriti. Saya yakin jumlah gaji yang didermakan akan digunakan untuk tujuan yang sepatutnya. bukan untuk beli cincin, beg perkins dan lain-lain,” katanya kepada pemberita di Wisma DAP Perak, Ipoh pada Sabtu.
Kor Ming berkata, DAP Perak mengalu-alukan tindakan berani Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendedahkan kebenaran tentang hutang sebenar negara supaya rakyat tidak tertipu.
Katanya, semua orang mengetahui kerajaan Harapan terpaksa menanggung beban besar akibat peninggalan hutang yang warisi daripada kerajaan BN terdahulu.
“Jika dihitung, ini bermakna setiap orang rakyat Malaysia termasuk yang baru lahir terpaksa membayar RM32,000 akibat daripada ketirisan dan penyelewengan pengurusan yang berlaku oleh kerajaan lama.
“Tetapi, kami berasa amat terharu dengan semangat anak Malaysia yang benar-benar cintakan negara untuk turut sama membantu. Kita perlu kembalikan era Dasar Bersih, Cekap dan Amanah yang pernah diperkenalkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu,” kata Kor Ming.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar berkata, beliau bersama-sama Setiausa DAP Perak, Wong Kah Woh akan turut mendermakan sebahagian gaji sebagai Ahli Parlimen berjumlah RM8,000 setiap seorang kepada kerajaan untuk tujuan tersebut.
Katanya, apa yang dilakukan Kor Ming merupakan satu tindakan murni untuk membantu negara.
“Tindakan YB Nga (Kor Ming) perlu dijadikan contoh bagi seorang rakyat yang bertanggungjawab kepada negaranya. Ini merupakan satu contoh kepimpinan melalui teladan.\
“Untuk itu, saya dan YB Kah Woh turut bersetuju mendermakan separuh daripada gaji sebagai Ahli Parlimen untuk tujuan sama,” katanya.
Adun Kepayang, Dr Ko Chung Sen yang hadir pada sidang media sama turut mengumumkan menderma RM10,000 kepada kerajaan.