Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
nizar – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Thu, 13 Jan 2022 16:12:16 +0000 en-US hourly 1 Syarikat GLC Perlu Penstrukturan Semula https://independent.my/syarikat-glc-perlu-penstrukturan-semula/ Thu, 13 Jan 2022 15:53:49 +0000 https://independent.my/?p=11559 Reading Time: 2 minutesJusteru, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Dato’ Saarani Mohamad hendaklah memastikan mereka yang dilantik mengetuai pentadbiran eksekutif syarikat ini benar-benar berkelayakan, berpengalaman dan mempunyai reputasi yang selayaknya memegang jawatan berkenaan. Amat malang ketika ini apabila syarikat-2 GLC ini diterajui oleh mereka tidak menampakkan sesuatu yang boleh memacu perubahan kepada syarikat dan negeri amnya sebaliknya telah […]]]> Reading Time: 2 minutes

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Perak seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri (SADC), Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri (PKEIN) serta beberapa yang lain merupakan jentera pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri Perak.

Justeru, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Dato’ Saarani Mohamad hendaklah memastikan mereka yang dilantik mengetuai pentadbiran eksekutif syarikat ini benar-benar berkelayakan, berpengalaman dan mempunyai reputasi yang selayaknya memegang jawatan berkenaan.

Amat malang ketika ini apabila syarikat-2 GLC ini diterajui oleh mereka tidak menampakkan sesuatu yang boleh memacu perubahan kepada syarikat dan negeri amnya sebaliknya telah membawa syarikat menuju kehancuran.

Rakyat amat kecewa dengan perkembangan terkini mengenai laporan terbaru berhubung isu penggulungan syarikat PCB Development Sdn. Bhd (PCDB) yang merupakan anak syarikat kepada Perak Corp. Berhad (PCB).

Menurut Menteri Besar Dato’ Saarani Mohamad seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal dalam talian milik kerajaan pada 10 Jan 2022, tindakan penggulungan PCDB itu berada di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Malah beliau menambah, ia tidak mengakibatkan kerugian kerana kerajaan negeri tidak terlibat dalam pelaburan syarikat itu.

Dalam temubual wartawan Independent dengan bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin baru-baru ini, beliau tidak sependapat dengan kenyataan Saarani. Menurutnya, PCDB adalah anak syarikat kepada Perak Corp Berhad (PCB). PCB adalah anak syarikat PKNP dimana PKNP dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Menteri Besar sendiri.

“PCB ini ada kena-mengena dengan PKNP – PKNP merupakan anak syarikat kepada kerajaan negeri.

“Apabila anak syarikat bermasalah untuk membayar hutang-hutangnya, maka ia juga akan menjejaskan ‘parent company’ iaitu PKNP. PKNP adalah syarikat yang sepenuhnya milik kerajaan negeri,” ujarnya.

PCB kini telah disenaraikan oleh Bursa Malaysia sebagai syarikat PN17 iaitu syarikat dalam pasaran utama yang satu langkah ke arah terkeluar dari senarai Bursa.

Tambah beliau, perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang adalah bertujuan untuk menyelamatkan PCB dari diburu oleh pemiutang-pemiutang yang menjejaskan prestasi syarikat dan akhirnya menyebabkan syarikat gulung tikar.

“Bila PCB gulung tikar, maka seluruh aset miliknya akan tergadai termasuk tanah-tanah yang dimiliknya.

Inilah yang dikhuatiri oleh pembangkang jika tindakan segera untuk menyelamatkan PCB tidak diambil.

]]>
Pelaburan Negeri Tidak Terjejas Ekoran Koronavirus – DS Nizar https://independent.my/pelaburan-negeri-tidak-terjejas-ekoran-koronavirus-ds-nizar/ Thu, 30 Jan 2020 07:08:04 +0000 https://independent.my/?p=8223 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Sejak penularan novel koronavirus sebulan yang lalu, ia tidak memberi sebarang kesan kepada tahap pelaburan di negeri Perak.  Demikian menurut Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin semasa bercakap kepada pemberita di sidang media yang diadakan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. “Sepanjang sebulan kes koronavirus […]]]>

Reading Time: < 1 minuteIPOH | Sejak penularan novel koronavirus sebulan yang lalu, ia tidak memberi sebarang kesan kepada tahap pelaburan di negeri Perak. 

Demikian menurut Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin semasa bercakap kepada pemberita di sidang media yang diadakan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini.

“Sepanjang sebulan kes koronavirus ini tular, setakat ini tahap pelaburan di negeri Perak tidak terjejas langsung, ” kata Nizar.

Di samping itu, beliau secara peribadi menasihatkan warga negeri Perak supaya mengelakkan berada di kawasan tumpuan orang ramai bagi mengelakkan risiko jangkitan penyakit itu. 

“Kalau boleh, elakkan berada di tempat orang berpusu-pusu kecuali kalau menghadiri kematian atau kenduri.

“Jikalau terdapat simptom atau tanda-tanda seperti yang disebutkan pada ahli keluarga atau jiran, bawa mereka ke klinik atau hospital berdekatan,” katanya.

Turut bersama dalam sidang media ialah Exco Kesihatan, YB A. Sivanesan dan Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Negeri Perak, Dr. Ummi Kalthum Shamsudin.

 

 

]]>
Lebih Tiga Puluh Ribu Bakal Kunjungi Ekspo PIEX 2019 https://independent.my/lebih-tiga-puluh-ribu-bakal-kunjungi-ekspo-piex-2019/ Fri, 09 Aug 2019 10:08:59 +0000 https://independent.my/?p=6614 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Lebih 30,000 orang pengunjung dijangka mengunjungi Ekspo Antarabangsa Perak 2019 (PIEX) yang berlangsung selama empat hari bermula 14 November hadapan di Stadium Indera Mulia Ipoh. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata ekspo itu menggabungkan kerjasama di antara kerajaan negeri, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI), […]]]>

Reading Time: < 1 minuteIPOH | Lebih 30,000 orang pengunjung dijangka mengunjungi Ekspo Antarabangsa Perak 2019 (PIEX) yang berlangsung selama empat hari bermula 14 November hadapan di Stadium Indera Mulia Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata ekspo itu menggabungkan kerjasama di antara kerajaan negeri, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak (DPPMP) serta Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Perak (PICCI).

“Sesuai dengan tema Menduniakan Peluang Tanpa Batasan, saya melihat PIEX 2019 sebagai pintu gerbang kepada masyarakat peniaga dan pelabur sedia ada dan baharu untuk meninjau potensi di negeri ini.

“Kali terakhir acara sebesar ini dianjurkan ialah 20 tahun lalu, ia menghimpunkan pameran perdagangan, dialog akademik, persembahan produk kebanggaan Perak dan festival bina niaga.

“Ekspo ini menyediakan lebih 400 gerai jualan menjadi platform untuk membesarkan pasaran sedia dan membuka peluang baharu pelaburan dan perdagangan di kalangan pemain industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara PCCCI, DPPMP dan PICCI di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Presiden PCCCI, Datuk Liew Sew Yee, Yang DiPertua DPPMP, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah dan Presiden PICCI, Ravi Sankar Subramaniam.

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) cawangan Perak turut menyatakan sokongan dan komitmen dalam penganjuran Ekspo ini. PIEX 2019 merangkumi empat acara besar yang berlangsung serentak termasuk pameran niaga PIEX 2019, Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor, Festival Startup Perak dan Pride of Perak Showcase.

Turut terlibat dalam pameran niaga ini ialah Perak Halal Fest, Kempen Sayangi Minyak Sawit dan pameran khas Proton.

]]>
Penduduk Changkat Larang Dapat Masjid Baharu Dengan Rekabentuk Unik https://independent.my/penduduk-changkat-larang-dapat-masjid-baharu-dengan-rekabentuk-unik/ Thu, 20 Jun 2019 05:03:29 +0000 https://independent.my/?p=5907 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Penantian sekian lama penduduk Kampung Changkat Larang untuk mempunyai masjid baharu akhirnya bakal menjadi kenyataan apabila urusan pembinaan masjid berkenaan akan bermula tidak lama lagi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengumumkan berita gembira itu berkata, peruntukan sebanyak RM3 juta bagi kos keseluruhan projek itu juga […]]]>

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Penantian sekian lama penduduk Kampung Changkat Larang untuk mempunyai masjid baharu akhirnya bakal menjadi kenyataan apabila urusan pembinaan masjid berkenaan akan bermula tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengumumkan berita gembira itu berkata, peruntukan sebanyak RM3 juta bagi kos keseluruhan projek itu juga telah diluluskan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan.

Menurut beliau, masjid yang terletak hanya 300 meter dari kedudukan masjid lama bakal memuatkan 700 jemaah.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri mencadangkan pembinaan masjid baharu itu dengan bentuk segi empat tanpa kubah sepertimana yang dicadangkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

“Kita mencadangkan pembinaan sebuah masjid berbentuk empat segi tanpa kubah menggunakan rekabentuk sedia ada yang telahpun dibina pihak JKR di tempat lain.

“Ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos kerana menggunakan kepakaran arkitek JKR malah dapat memendekkan jangka masa pembinaan,” katanya selepas meninjau tapak pembinaan masjid baharu Kampung Changkat Larang semalam.

Terdahulu, Mohamad Nizar mendengar taklimat perancangan pembinaan masjid itu yang disampaikan oleh Jurutera Awam Penguasa JKR Perak, Muhammad Harridzan Abdullah.

Masjid baharu ini akan dibina di sebidang tanah wakaf seluas kira-kira 0.93 hektar manakala tapak masjid sedia ada adalah tapak tanah wakaf perkuburan Islam.

]]>
Peningkatan Pelabur Bukan Kerana Usaha Kerajaan Terdahulu https://independent.my/peningkatan-pelabur-bukan-kerana-usaha-kerajaan-terdahulu/ Tue, 23 Apr 2019 02:42:32 +0000 https://independent.my/?p=5305 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Kerajaan Pakatan Harapan Perak telah berjaya menarik pelaburan yang cukup memberangsangkan walaupun tidak sampai setahun menjadi kerajaan, demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor negeri, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Nizar berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan pelaburan bernilai RM2.3 bilion bagi negeri Perak dimana 59% adalah pelaburan domestik […]]]>

Reading Time: < 1 minuteIPOH | Kerajaan Pakatan Harapan Perak telah berjaya menarik pelaburan yang cukup memberangsangkan walaupun tidak sampai setahun menjadi kerajaan, demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor negeri, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan pelaburan bernilai RM2.3 bilion bagi negeri Perak dimana 59% adalah pelaburan domestik manakala 41% adalah pelaburan asing. Ia melibatkan 57 projek secara keseluruhan. Projek-projek itu berpotensi untuk mewujudkan sebanyak 2,600 peluang pekerjaan.

Beliau selanjutnya menjelaskan bahawa usaha untuk menarik pelabur terutama dari luar negara akan terus ditingkatkan dengan dasar mengutamakan pelaburan berteknologi dan berkualiti tinggi, tidak mencemar alam sekitar dan tidak bergantung kepada tenaga kerja asing.

Merujuk kepada maklumbalas daripada ADUN Changkat Jering kononnya projek-projek pelaburan yang diluluskan adalah hasil usaha kerajaan terdahulu, beliau menegaskan bahawa pelabur-pelabur ini pada mulanya berhasrat untuk melabur di tempat lain memandangkan polisi kerajaan negeri terdahulu yang tidak mesra pelabur apabila memperkenalkan pelbagai cukai baharu kepada syarikat seperti cukai di bawah pengurusan persisir pantai (MP4).

Menurutnya lagi, lawatan kerja dan perjumpaan yang diadakan bersama pelabur-pelabur yang disertai InvestPerak, UPEN, MITI dan MIDA telah berjaya meyakinkan mereka untuk memuktamadkan pelaburan di negeri Perak.

Sejak PH mengambil alih tampuk kepimpinan, pelaburan telah meningkat dengan ketara dari RM371 juta kepada RM1.515 bilion.

]]>
44 Syarikat Tempatan Dapat Manfaat Projek Gas Asli https://independent.my/44-syarikat-tempatan-dapat-manfaat-projek-gas-asli/ Mon, 22 Apr 2019 07:36:54 +0000 https://independent.my/?p=5295 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Projek pembangunan paip gas asli dari Ayer Tawar ke Lembah Kinta sepanjang 140 kilometer yang menelan kos RM180 juta akan memberi peluang bagi penggunaan gas asli kepada 44 buah syarikat tempatan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor negeri, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sehingga kini 70 peratus daripada keseluruhan projek sudah […]]]>

Reading Time: < 1 minuteIPOH | Projek pembangunan paip gas asli dari Ayer Tawar ke Lembah Kinta sepanjang 140 kilometer yang menelan kos RM180 juta akan memberi peluang bagi penggunaan gas asli kepada 44 buah syarikat tempatan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor negeri, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sehingga kini 70 peratus daripada keseluruhan projek sudah siap dibangunkan yang akan memberi manfaat kepada pengusaha industri serta bakal pelabur.

“Bekalan gas asli ini telah membuka lebih banyak peluang kepada pengwujudan industri yang menggunakan gas sebagai bahan utama pengeluaran operasi mereka.

“Seperti syarikat pengeluar sarung tangan, pembuatan kaca, kimia, besi keluli, tekstil dan seramik memandangkan penggunaan gas asli lebih bersih dan mesra alam,” katanya pada sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri di sini pada Isnin.

Nizar ketika ditanya pemberita berkata kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membangunkan sebuah pusat pemprosesan gas asli di Manjung.

Katanya setakat ini kerajaan negeri sudah mengenalpasti dua kawasan iaitu Tanjung Antu dan Segari di Manjung.”Namun cadangan ini masih lagi dalam proses kajian dengan mengambil kira faktor alam sekitar,” katanya.

]]>
Jumlah Pelaburan Meningkat Selepas PH Tadbir Perak https://independent.my/jumlah-pelaburan-meningkat-selepas-ph-tadbir-perak/ Wed, 17 Apr 2019 09:56:15 +0000 https://independent.my/?p=5196 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Jumlah pelaburan di Perak khususnya dalam sektor pembuatan serta pelaburan menunjukkan peningkatan bagi tempoh Julai hingga Disember 2018 selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. Menurut Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, jumlah berkenaan dilihat menunjukkan perbezaan ketara bagi separuh bulan pertama 2018 (Januari sehingga Jun) […]]]>

Reading Time: < 1 minuteIPOH | Jumlah pelaburan di Perak khususnya dalam sektor pembuatan serta pelaburan menunjukkan peningkatan bagi tempoh Julai hingga Disember 2018 selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, jumlah berkenaan dilihat menunjukkan perbezaan ketara bagi separuh bulan pertama 2018 (Januari sehingga Jun) berbanding bagi tempoh Julai hingga Disember 2018.

Katanya, jumlah keseluruhan pelaburan bagi sektor pembuatan yang telah diluluskan di Perak berdasarkan Industrial Coordination Acts 1975 (ICA) untuk keseluruhan tahun 2018 adalah RM1.886 bilion.

Beliau berkata, bagi sektor perkhidmatan pula, jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan adalah sebanyak RM384 juta.

“Secara perbandingan, jumlah pelaburan bagi sektor pembuatan yang dicatatkan pada separuh bulan pertama tahun 2018 (iaitu bagi tempoh Januari sehingga Jun) ketika di bawah pentadbiran terdahulu adalah sebanyak RM371 juta manakala jumlah pelaburan bagi separuh bulan terakhir tahun 2018 (iaitu bagi tempoh Julai sehingga Disember) di bawah pentadbiran kerajaan yang baharu adalah sebanyak RM1.515 bilion,” katanya.

Mohammad Nizar berkata demikian ketika menjawab soalan Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol), Mohd Tarmizi Idris (BN-Kenering) dan Khairul Shahril Mohamed (BN-Bota) pada Sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Menurut Nizar berdasarkan taburan lokasi pelaburan, daerah Larut Matang dan Selama (LMS) mencatatkan kemasukan pelaburan yang paling tinggi iaitu sebanyak RM937.4 juta, diikuti daerah Kinta sebanyak RM428.6 juta dan daerah Manjung sebanyak RM253.6 juta.

Nizar yang juga Adun Sungai Rapat berkata, berdasarkan fakta berkenaan membuktikan keyakinan penuh pelabur asing kepada kerajaan sedia ada.

Malah beliau optimis trend kemasukan pelaburan asing ke negara ini akan bertambah dan seterusnya akan membantu peningkatan pelaburan sama ada di peringkat domestik mahupun pelaburan asing.

“Impak pelaburan asing ini kita dah rasa … Kita nikmati dengan peluang-peluang pekerjaan.

“Tidak kurang enam syarikat pelaburan asing sudahpun beroperasi di negeri kita.’’ Katanya.

]]>
Pembesaran LTSAS Oleh Swasta Lebih Murah Dari Bina Lapangan Terbang Baru https://independent.my/pembesaran-ltsas-oleh-swasta-lebih-murah-dari-bina-lapangan-terbang-baru/ Tue, 01 Jan 2019 04:41:22 +0000 http://independent.my/wp/?p=4447 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) sebagai lapangan terbang serantau yang bakal menggunakan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dilihat jauh lebih murah daripada kos pembinaan sebuah lapangan terbang baharu. Namun begitu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, hasrat kerajaan negeri ini untuk membina sebuah lapangan terbang […]]]>

Reading Time: < 1 minuteIPOH: Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) sebagai lapangan terbang serantau yang bakal menggunakan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dilihat jauh lebih murah daripada kos pembinaan sebuah lapangan terbang baharu.

Namun begitu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, hasrat kerajaan negeri ini untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Daerah Batang Padang, akan tetap diteruskan sebagai langkah jangka masa panjang.

“Dalam masa tiga bulan ini, kerajaan negeri akan diberikan laporan oleh pihak perunding.

“Mereka memang pakar dalam mengembangkan lapangan terbang… Selepas dibuat spesifikasi dan kerajaan bersetuju, baru kita buat tender untuk mencari kontraktor berpengalaman untuk melaksanakan projek tersebut.

“Kita buat ikut standard antarabangsa kerana penerbangan ini untuk lapangan terbang serantau, maknanya dalam empat ke lima jam perjalanan dari Ipoh, itu target kita. (Misalnya) Penerbangan Hong Kong ke Ipoh, Guangzhou ke Ipoh atau New Delhi ke Ipoh. Kita cuba merancang supaya sekurang-kurangnya Ipoh ini dikenali di rantau ini dan mudah didatangi oleh para pelabur,’’ katanya.

Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan memancing Sungai Pinji 2019 anjuran Surau Al Mujahideen, Pekan Razaki , Ipoh pada  Selasa.

Beliau menambah, kerajaan Kerajaan negeri berhasrat untuk membesarkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini dengan memanjangkan serta melebarkan landasan sedia ada termasuk menaik taraf infrastruktur di terminal, sebagai langkah jangka pendek bagi memudahkan kehadiran pelancong dan pelabur ke Perak.

Katanya,  kajian awal mendapati LTSAS masih boleh dipanjangkan tetapi kerajaan negeri harus mencari tapak lain bagi memindahkan kira-kira 80 buah rumah berdekatan yang terlibat, dengan pemberian pampasan mengikut harga pasaran.

]]>
UMNO Ibarat `Kapal Pecah’ Terumbang-ambing dan Bakal Karam https://independent.my/umno-ibarat-kapal-pecah-terumbang-ambing-dan-bakal-karam/ Thu, 13 Dec 2018 11:31:53 +0000 http://independent.my/wp/?p=4402 Reading Time: 2 minutesIPOH: Tindakan ramai Adun dan Ahli Parlimen UMNO Sabah bertindak keluar parti itu membuktikan UMNO sedang terumbang-ambing ibarat `kapal pecah’ dan bakal karam. Menurut Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar, kapal yang pecah dan beransur-ansur karam menyebabkan tikus-tikus yang berada di dalam kapal lari bertempiaran. Katanya,  tindakan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), […]]]>

Reading Time: 2 minutes

IPOH: Tindakan ramai Adun dan Ahli Parlimen UMNO Sabah bertindak keluar parti itu membuktikan UMNO sedang terumbang-ambing ibarat `kapal pecah’ dan bakal karam.

Menurut Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar, kapal yang pecah dan beransur-ansur karam menyebabkan tikus-tikus yang berada di dalam kapal lari bertempiaran.

Katanya,  tindakan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), empat ahli Parlimen, dua Senator dan 21 Ketua Bahagian UMNO Sabah bertindak meninggalkan parti itu semalam menunjukkan mereka tidak mampu lagi berlindung dan bertahan di bawah naungan UMNO.

Beliau meramalkan ramai lagi anggota parti itu bakal bertindak keluar meninggalkan UMNO susulan tindakan rakan mereka di Sabah.

“Ini satu malapetaka kepada mereka dan saya menyeru mereka yang ada di Perak ini pun tinggalkan (kapal) yang karam itu,” kata beliau.

Ditanya sama ada pimpinan PH akan menerima mereka masuk ke dalam gabungan, beliau yakin pucuk pimpinan akan membuat tapisan terlebih dahulu.

“Namun saya percaya pucuk pimpinan Pakatan Harapan tidak semudah itu untuk mengambil mereka ini menyertai PH,” katanya.

Nizar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan cadangan pembukaan Wholesale City dan Business Learning Centre, di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.

Semalam, UMNO Sabah menerima tamparan hebat apabila sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), empat Ahli Parlimen, dua Senator dan 21 Ketua Bahagian UMNO Sabah bertindak meninggalkan parti itu.

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk HajijiMohd Noor, bersama 14 wakil rakyat dan 21 ketua Bahagian meninggalkan parti itu dan mengisytiharkan menjadi ahli politik bebas.

Mereka termasuk sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Japlin Akin (Usukan), Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang), Datuk Mohd Arifin MohdArif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Matbali Musah (Lumadan), Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).

Turut sama ialah empat Ahli Parlimen iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran) dan Datuk ZakariaMohdEdris (Libaran).

Dua lagi Senator ialah Datuk John Ambrose yang juga Ketua UMNO Bahagian Penampang serta Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin yang mengetuai UMNO Bahagian Pensiangan.

Ahli Parlimen Sipitang, Hafez Yamani Musa, yang belum mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, turut menyuarakan hasrat keluar UMNO untuk bersama kumpulan terbabit.

]]>
Dr Zambry Tetap Dipanggil Sesi Pendengaran Awam 26 November https://independent.my/dr-zambry-tetap-dipanggil-sesi-pendengaran-awam-26-november/ Tue, 20 Nov 2018 06:32:52 +0000 http://independent.my/wp/?p=4171 Reading Time: 3 minutesIPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tetap dipanggil sebagai saksi utama pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) yang akan diadakan di Bilik Gerakan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 26 November ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak, Leong Cheok Keng, turut dipanggil pada sesi pendengaran […]]]>

Reading Time: 3 minutesIPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tetap dipanggil sebagai saksi utama pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) yang akan diadakan di Bilik Gerakan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 26 November ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak, Leong Cheok Keng, turut dipanggil pada sesi pendengaran awam itu ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) Datuk Aminuddin Hashim.

Leong menyangkal dan menafi keras kenyataan dua Ahli Jawatankuasa PAC, iaitu ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim dan ADUN Gunung Semangol, Haji Razman Zakaria pada sidang media semalam yang mendakwa beliau (Leong) membuat kenyataan memanggil Dr Zambry dan Datuk Aminuddin di luar pengetahuan dan persetujuan semua ahli PAC.

Leong menjelaskan sebenarnya YB Aznel dan Haji Razman hadir semasa sesi mesyuarat PAC yang berlangsung pada 16 November baru-baru ini dan telah bersetuju tanpa bantahan apabila mesyuarat mengambil keputusan untuk memanggil Datuk Seri Dr Zambry dan Datuk Aminuddin Hashim sebagai saksi.

“Saya terkejut kerana YB Aznel dan YB Razman memberitahu pemberita semalam bahawa saya bertindak secara sendiri tanpa pengetahuan mereka … itu adalah tidak benar.

“Mereka memang hadir dalam mesyuarat pada 15 November lalu dan mesyuarat itu juga dihadiri oleh ahli-ahli PAC kecuali YB Khusairi Talib ADUN Slim dan ada direkodkan bahawa memang isu memanggil YB Dr Zambry Abd Kadir dipersetujui oleh YB Razman dan YB Aznel.

“Saya menyanggah dan menafikan kenyataan YB Aznel yang saya anggap keterlaluan dan mengelirukan yang boleh memberikan impak tidak baik di mata rakyat Perak.

“PAC akan bertindak secara profesional, terbuka dan independen … kami tidak akan dipengaruhi oleh pertimbangan politik,” katanya kepada pemberita di Ipoh pada Selasa.

Beliau berharap ahli-ahli PAC yang lain juga tidak dipengaruhi oleh pertimbangan politik. Leong juga berharap Datuk Seri Dr Zambry akan memberi kerjasama penuh apabila dipanggil sebagai saksi utama pada sesi pendengaran awam nanti.

Kepada soalan pemberita Leong berkata, surat rasmi akan dikeluarkan kepada Datuk Seri Dr Zambry bagi menghadiri sesi pendengaran awam PAC 26 November ini.

Sementara itu salah seorang anggota PAC, YB Sandrea Ng yang juga ADUN Teja menzahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan YB Aznel dan Haji Razman yang beliau sifatkan sebagai tidak mempunyai keikhlasan untuk bekerjasama sebagai ahli PAC.

Semalam Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak mempersoalkan kenyataan Pengerusinya, Leong Cheok Keng untuk memanggil bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan bekas Ketua Pegawai Eksekuif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Datuk Aminuddin Hashim.

ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim berkata, berdasarkan mesyuarat pada 15 November lalu memang ada cadangan untuk memanggil kedua-dua individu tersebut tetapi tiada sebarang keputusan rasmi dibuat.

Menurutnya, mesyuarat untuk memutuskan sama ada kedua-dua individu itu dipanggil atau sebaliknya akan dibuat pada 23 November ini.

“Kami terkejut dengan kenyataan pengerusi itu kerana ia tidak pernah dibincang atau diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

“Perkembangan ini sangat membimbangkan kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah PAC Perak apabila sesuatu keputusan penting dibuat secara unilateral atau bersendirian tanpa pengetahuan semua ahli PAC,” katanya kepada pemberita di Hotel Impiana, Ipoh semalam.

Dalam perkembangan lain, Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin berkata, PAC Perak berhak memanggil mana-mana individu dirasakan penting bagi menjawab isu berkenaan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) tanpa perlu merujuk DUN.

Menurut beliau, tindakan Jawatankuasa PAC Perak memanggil bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminuddin Hashim untuk sesi pendengaran awam dijadualkan 26 November ini adalah melalui beberapa syarat diperuntukkan kepada mereka.

Menurutnya, perkara sama turut berlaku di peringkat Parlimen apabila Jawatankuasa PAC negara berhak memanggil bekas Perdana Menteri dan isteri, bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Haji serta bekas Timbalan Perdana Menteri bagi tujuan siasatan daripada laporan diterima.

“Mereka (Jawatankuasa PAC) tidak perlu merujuk kepada sesiapa kerana kuasa diberikan kepada mereka untuk memanggil sesiapa sahaja tanpa perlu merujuk Parlimen.

“Kalau peringkat negeri, Jawatankuasa PAC Perak tidak perlu rujuk kepada DUN kalau sekiranya ada terima laporan berhubung salahlaku mana-mana agensi kerajaan daripada mana-mana pihak.

“Melalui kenyataan direkod (pada sesi pendengaran awam dibuat), Jawatankuasa PAC perlu buat kajian sebelum sesuatu isu dimajukan kepada pihak tertentu seperti SPRM,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke kilang syarikat pembuatan elektronik, AEL Engineering Sdn Bhd di kawasan perindustrian Parit Buntar semalam.

Untuk rekod, pada awal tahun ini sebelum pilihanraya umum diadakan, Aminuddin pernah mengadakan majlis lafaz ikrar kakitangan MB Inc. untuk menyimpan rahsia dan akuan tidak membocorkan maklumat atau dokumen yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Menurut beliau seperti yang dilaporkan oleh sebuah laman berita arus perdana, ikrar dan akuan itu di­buat sebagai ‘langkah pencegahan serta berjaga-jaga’ bagi me­mastikan segala dokumen sen­­sitif atau rahsia rasmi perba­danan itu dipelihara daripada dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

]]>