Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
orang asli – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Fri, 08 Nov 2019 12:44:30 +0000 en-US hourly 1 Kerajaan Negeri Komited Atasi Masalah Kurang Nutrisi Kanak-kanak Orang Asli https://independent.my/kerajaan-negeri-komited-atasi-masalah-kurang-nutrisi-kanak-kanak-orang-asli/ Mon, 04 Nov 2019 09:39:28 +0000 https://independent.my/?p=7428 Reading Time: 2 minutesMUALLIM | Kadar kematian anak Orang Asli berumur di antara 6 bulan hingga 6 tahun berjaya dikurangkan sejak Jabatan Kesihatan Negeri Perak mewujudkan Program Community Feeding (PCF) Januari lalu. Menurut Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, sehingga September 2019, PCF telah memberi manfaat kepada hampir 700 kanak-kanak Orang Asli melalui 27 pusat agihan […]]]> Reading Time: 2 minutes

MUALLIM | Kadar kematian anak Orang Asli berumur di antara 6 bulan hingga 6 tahun berjaya dikurangkan sejak Jabatan Kesihatan Negeri Perak mewujudkan Program Community Feeding (PCF) Januari lalu.

Menurut Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, sehingga September 2019, PCF telah memberi manfaat kepada hampir 700 kanak-kanak Orang Asli melalui 27 pusat agihan melibatkan kakitangan Jabatan Kesihatan dan 56 orang sukarelawan dari kalangan masyarakat Orang Asli di penempatan terpilih seluruh negeri Perak.

Katanya, kawasan yang terlibat dalam inisiatif perintis PCF adalah penempatan Orang Asli yang mengalami masalah kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak.

”Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kesihatan Negeri kerana telah berjaya meningkat dan mengekalkan status pemakanan kanak–kanak Orang Asli yang berumur di antara 6 bulan sehingga 6 tahun, sekaligus berjaya mengurangkan kadar kematian kanak-kanak di kalangan Orang Asli di kawasan yang terlibat dalam PCF,” katanya ketika berucap merasmikan Program Community Feeding (PCF) Pos Tenau hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan, Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Ding Lay Ming, Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Zalma Abd Razak, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Perak dan Kedah, Harulnizam Abd Rahman dan Pegawai Daerah Muallim, Shamsul Ridzuan Idris.

Pada majlis itu, Ahmad Faizal juga menyampaikan tajaan RM500,000 daripada TNB Janamanjung Sdn Bhd untuk inisiatif PCF bagi tahun 2019 serta merasmikan Program Kesihatan Komuniti Pos Tenau 2019 ’Kenun Mai Malaysia Cengrek’ Tahun 2019 Peringkat Negeri Perak bagi mempromosikan pengambilan susu dalam diet di kalangan kanak-kanak Orang Asli.

Beliau memuji pendekatan yang diambil oleh Jabatan Kesihatan yang melatih masyarakat Orang Asli sebagai sukarelawan bagi memastikan semua kanak-kanak Orang Asli hadir untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan yang terdiri dari susu tepung, vitamin, bijirin, biskut dan makanan berprotein seperti ayam dan telur.

“Ppendekatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak ini telah menjadi pusat rujukan dan lawatan sambil belajar oleh pelbagai agensi seluruh Malaysia,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk terus menyokong usaha Jabatan Kesihatan dalam membantu mengatasi masalah kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak Orang Asli di Perak.

]]>
Orang Asli Tolak Pemberian ‘Saguhati’, Lapor Kepada SPRM https://independent.my/7209-2/ Wed, 09 Oct 2019 08:36:54 +0000 https://independent.my/?p=7209 Reading Time: 2 minutesIPOH | Seramai 10 Orang Asli penduduk Kampung Lawai, Sungai Siput tampil membuat laporan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ipoh hari ini mendakwa mereka cuba disogok dengan ‘saguhati’ dalam bentuk wang tunai oleh pihak tertentu kononnya supaya penduduk kampung tidak membuat laporan terhadap aktiviti pembalakan yang sedang dijalankan di kawasan tanah adat mereka. […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH | Seramai 10 Orang Asli penduduk Kampung Lawai, Sungai Siput tampil membuat laporan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ipoh hari ini mendakwa mereka cuba disogok dengan ‘saguhati’ dalam bentuk wang tunai oleh pihak tertentu kononnya supaya penduduk kampung tidak membuat laporan terhadap aktiviti pembalakan yang sedang dijalankan di kawasan tanah adat mereka.

Menurut wakil dari pertubuhan NGO kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Shazni Bhai, yang bertindak sebagai orang tengah untuk mengembalikan semula wang tunai tersebut, Orang Asli penduduk Kampung Lawai sebenarnya menolak pemberian saguhati itu kerana mereka ragu-ragu berkenaan tujuan pemberian wang tersebut.

“Setelah mengadakan perbincangan, mereka bersepakat setuju untuk memulangkan wang berkenaan dan meminta pihak SPRM menyiasat,” katanya.

Kegiatan ‘pemberian’ wang tersebut dikatakan berlaku pada 3 Oktober 2019 yang lalu di Kampung Lawai di mana sebanyak 30 keluarga Orang Asli diberikan wang tunai berjumlah RM40,000.

Menurutnya lagi, wang tunai itu dipercayai disalurkan melalui pihak tertentu kepada wakil penduduk Orang Asli kampung tersebut oleh pihak yang berkepentingan dalam operasi pembalakan di kawasan yang terlibat.

“Ada wakil orang kampung termasuk Tok Batin Kampung Lawai telah dipanggil mesyuarat di Jabatan … dikatakan turut hadir bersama ialah taukeh balak dan juga wakil Jabatan …,” kata Shazni.

Dakwanya, selepas tiga orang (wakil Orang Asli) itu pulang ke kampung, dua dari mereka telah memanggil orang kampung untuk buat mesyuarat dan di sana wang saguhati tersebut telah diedarkan kepada penduduk yang hadir.

Matseri bin Pandak

Menurut Matseri bin Pandak, wakil penduduk Orang Asli Kampung Lawai yang hadir membuat laporan hari ini, dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalong sebelum ini iaitu satu sebagai langkah keselamatan untuk mengelak sesuatu yang buruk terjadi kepada penduduk Orang Asli Kampung Lawai, satu lagi adalah untuk penyerahan semula wang saguhati tersebut.

Katanya lagi, sebelum ini penduduk Kampung Lawai telah menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri berhubung aktiviti pembalakan di kampung tersebut tetapi buat masa ini masih belum menerima jawapan.

Beliau berharap dengan adanya laporan SPRM hari ini, kerajan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas pencerobohan tanah adat untuk aktiviti pembalakan tersebut.

Apabila ditanya apakah tujuan pemberian saguhati itu, katanya beliau diberitahu oleh saudaranya yang telah menerima wang tersebut memaklumkan kepadanya bahawa ia ‘saguhati’ daripada pembalak sebelum kerajaan negeri bertindak menyita projek pembalakan di situ.

Kegiatan yang hampir sama pernah berlaku sebelum ini terhadap penduduk Orang Asli Kampung Piah, Sungai Siput di mana pihak pembalak dikatakan cuba menyogok wang tunai sebanyak RM1,150 untuk setiap keluarga dengan harapan mereka mendiamkan diri terhadap aktiviti pembalakan di sana namun ditolak oleh Orang Asli di situ.  

 

]]>
Tanah Orang Asli Perak Dalam Proses Rizab https://independent.my/tanah-orang-asli-perak-dalam-proses-rizab/ Thu, 12 Sep 2019 11:19:09 +0000 https://independent.my/?p=6930 Reading Time: < 1 minuteTAPAH, 11 Sept — Kerajaan negeri sedang dalam proses untuk merizabkan tanah Orang Asli hampir 6,000 hektar untuk kawasan rayau dan penempatan kaum minoriti itu di negeri ini. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ketika ini kerajaan negeri telah meluluskan rizab tanah hampir 14,000 hektar untuk kawasan rayau dan 70 penempatan Orang Asli […]]]> Reading Time: < 1 minute

TAPAH, 11 Sept — Kerajaan negeri sedang dalam proses untuk merizabkan tanah Orang Asli hampir 6,000 hektar untuk kawasan rayau dan penempatan kaum minoriti itu di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ketika ini kerajaan negeri telah meluluskan rizab tanah hampir 14,000 hektar untuk kawasan rayau dan 70 penempatan Orang Asli di seluruh negeri di bawah Akta Orang Asli 1954.

Beliau berkata kebanyakan rizab tanah kawasan rayau dan penempatan Orang Asli itu terletak dalam kawasan hutan simpan dan turut melibatkan tanaman yang diusahakan.

“Ini akan meletakkan Perak sebagai negeri yang merizabkan tanah Orang Asli paling luas dalam kalangan semua negeri khususnya untuk dijadikan kawasan rayau dan penempatan Orang Asli,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Orang Asal 2019 bertemakan ‘Memperkasakan Bahasa dan Budaya Orang Asli’ di sini malam ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy.

Terdahulu, Ahmad Faizal dalam ucapannya berkata kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada program jangka panjang untuk mendaya upayakan masyarakat Orang Asli di negeri ini.

“Oleh itu, kerajaan negeri tampil dengan inisiatif lebih besar iaitu Program Kampung Angkat oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kerajaan negeri dengan terdapat kira-kira 20 penempatan Orang Asli telah menjadi kampung angkat GLC.

“Di bawah program kampung angkat ini, syarikat-syarikat ini menjalankan pelbagai program sepanjang tahun untuk meningkatkan taraf pendidikan, sosial dan ekonomi masyarakat Orang Asli di negeri ini,” katanya.

— BERNAMA

]]>
Orang Asli Pos Piah Ragui Pemberian Wang Oleh Syarikat Balak  https://independent.my/orang-asli-pos-piah-ragui-pemberian-wang-oleh-syarikat-balak/ Tue, 20 Aug 2019 09:35:14 +0000 https://independent.my/?p=6693 Reading Time: 2 minutesIPOH | Kira-kira 100 penduduk masyarakat Orang Asli Kampung Pos Piah Sungai Siput menzahirkan rasa amat terkejut apabila mereka ditawarkan wang berjumlah RM1,150 daripada sebuah syarikat pembalakan. Menurut Pengerusi Jaringan Orang Asli Kampung Pos Piah, Najib Alang,  wang sejumlah itu yang diberikan kepada beliau buat perbelanjaan penduduk kampung bagaimanapun ditolak kerana meragui niat pihak syarikat […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH | Kira-kira 100 penduduk masyarakat Orang Asli Kampung Pos Piah Sungai Siput menzahirkan rasa amat terkejut apabila mereka ditawarkan wang berjumlah RM1,150 daripada sebuah syarikat pembalakan.

Menurut Pengerusi Jaringan Orang Asli Kampung Pos Piah, Najib Alang,  wang sejumlah itu yang diberikan kepada beliau buat perbelanjaan penduduk kampung bagaimanapun ditolak kerana meragui niat pihak syarikat yang menjalankan kegiatan pembalakan di kampung mereka.

“Kami penduduk kampung menolak pemberian wang daripada syarikat itu kerana ia amat meragukan,’’ katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Selasa.

Najib seterusnya mendakwa wang tersebut diberikan oleh seorang penyelia syarikat tersebut yang dikatakan bernama ‘Afiq’ bersama-sama seorang lagi ‘tauke’ pada 4 Ogos lalu di kampungnya.

Pemberian itu dikatakan dilakukan selepas pihak syarikat pembalak tersebut selesai membawa mereka ke Pahang bagi melihat projek perladangan durian Musang King, pada tarikh yang sama.

Menurut Najib, Afiq berkata bahawa duit tersebut adalah sebagai wang perbelanjaan kepada penduduk kampungnya yang terdiri daripada kira-kira 100 orang.

“Saya bersama penduduk yang lain meragui niat sebenar pihak syarikat pembalak atas pemberian wang tersebut.

“Semasa dia beri duit itu, saya menolak. Tetapi kemudian dia memberikan kepada saya secara paksa.

“Kami hairan kerana sebelum ini, tidak ada pun sebarang hadiah berbentuk wang seperti ini,” kata Najib.

Susulan itu Najib bersama sekumpulan komuniti Orang Asli Pos Piah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pagi tadi.

Menurut beliau, laporan polis kedua itu dibuat bertujuan meminta bantuan polis untuk menyerahkan semula wang yang mereka terima itu kepada pihak syarikat pembalak terbabit.

Najib menambah, laporan polis pertama telah dibuat pada 5 Ogos lalu di IPD Sungai Siput.

Shazni Bhai

Sementara itu menurut Pegawai Lapangan Persatuan Aktivis Sahabat Alam Malaysia  (KUASA) Shazni Bhai yang turut hadir pada sidang media itu berkata sekiranya pihak polis tidak dapat membantu mereka, Komuniti Orang Asli Pos Piah meminta pihaknya untuk membantu dalam menyerahkan semula wang tersebut.

“Kami harap dengan laporan polis ini pihak polis dapat membantu dari segi memudahkan proses pemulangan semula wang tersebut.

“Sekiranya tidak, Najib telah meminta kami, pihak KUASA dapat membantu, menjadi orang tengah untuk selesaikan perkara ini. Duit itu memang mereka tidak mahu terima,’’ katanya.

]]>
`Peja’ Minta Media, NGO Bantu Kerajaan Bukan Sensasikan Isu https://independent.my/peja-minta-media-ngo-bantu-kerajaan-bukan-sensasikan-isu/ Wed, 08 May 2019 09:07:32 +0000 https://independent.my/?p=5427 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu meminta pihak media dan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melaporkan isu berkaitan masalah kekurangan nutrisi terhadap kanak-kanak orang asli kepada agensi kerajaan yang  berkenaan. Katanya, pihak media dan NGO seharusnya membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian dan tidak mensensasikan isu berkenaan yang boleh mengundang panik. Menurut […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH | Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu meminta pihak media dan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melaporkan isu berkaitan masalah kekurangan nutrisi terhadap kanak-kanak orang asli kepada agensi kerajaan yang  berkenaan.

Katanya, pihak media dan NGO seharusnya membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian dan tidak mensensasikan isu berkenaan yang boleh mengundang panik.

Menurut beliau, kerajaan negeri setakat ini tidak menerima sebarang maklumat berhubung isu tersebut.

“Lebih baik mereka mencari jalan membantu bukan mensensasikan berita itu. Jika benar mereka mendapat maklumat tentang kekurangan khasiat kepada anak-anak orang asli ini, laporkan ia kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat terdekat, kepada kerajaan, wakil rakyat, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan bukannya menimbulkan panik.

“Jika benar berlaku keadaan seperti itu, kita akan minta supaya tindakan diambil segera,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman di antara Scanda Sky dan Amal by Malaysia Airlines di sebuah hotel di Ipoh pada Selasa.

Ahmad Faizal menjawab laporan akhbar bahawa kanak-kanak orang asli di Gerik berdepan masalah kekurangan nutrisi kesan pembalakan balak di kawasan tersebut.

Beliau menambah, masalah berkaitan kurang nutrisi itu juga turut berlaku di kawasan bandar khususnya bagi keluarga kurang berkemampuan.

“Inilah sebabnya kerajaan memperkenalkan Kad Perak Prihatin untuk memastikan rakyat dapat memberikan makanan berkhasiat kepada anak-anak.

“Kad ini juga kita salurkan kepada semua tempat termasuk perkampungan orang asli Hulu Perak,’’ katanya.

Ahmad Faizal telah melancarkan  Kad Perak Prihatin di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 10 April lalu.

Fungsi Kad tersebut sebagai kad bayaran untuk membeli keperluan makanan sebanyak RM80 sebulan dan kad rawatan kesihatan yang memperuntukkan RM300 setahun kepada 17,000 individu memerlukan di Perak.

]]>
Kemenangan Besar Anwar Beri Sinar Harapan Baru Masyarakat Orang Asli – Datuk Ramesh https://independent.my/kemenangan-besar-anwar-beri-sinar-harapan-baru-masyarakat-orang-asli-datuk-ramesh/ Sun, 14 Oct 2018 10:08:58 +0000 http://independent.my/wp/?p=3830 Reading Time: 2 minutesPORT DICKSON: Aktivis dan Pengasas Koperasi Pembangunan Orang Asli, Datuk Ramesh Arumugam Chettiar menyifatkan kemenangan besar Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sebagai memberi sinar harapan baru kepada masyarakat orang asli di Malaysia. Beliau berkata, kemenangan ini amat jelas membuktikan bahawa Pakatan Harapan telah […]]]> Reading Time: 2 minutes

PORT DICKSON: Aktivis dan Pengasas Koperasi Pembangunan Orang Asli, Datuk Ramesh Arumugam Chettiar menyifatkan kemenangan besar Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sebagai memberi sinar harapan baru kepada masyarakat orang asli di Malaysia.

Beliau berkata, kemenangan ini amat jelas membuktikan bahawa Pakatan Harapan telah menyakinkan semua kaum Melayu, Cina, India termasuk kelompok kecil orang asli di negara ini.

“Saya anggap kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi kemenangan besar pada PRK Parlimen Port Dickson ini adalah sememangnya ditakdirkan.

“Ini adalah kemenangan rakyat…Perjuangan yang dilalui Datuk Seri Anwar begitu lama melampaui 20 tahun akhirnya dinobatkan sebagai ahli parlimen dan bakal Perdana Menteri ke-8.” katanya kepada Independent.my pada Ahad.

Sehubungan itu, Datuk Ramesh menzahirkan ucapan terima kasih beliau kepada Datuk Seri Anwar kerana sanggup menerima keyakinan rakyat termasuk masyarakat orang asli.

“Terima kasih Datuk Seri Anwar kerana sanggup menerima keyakinan masyarakat orang asli terhadap kepimpinan Datuk Seri yang telah diterjemahkan dengan 100 peratus undi untuk Datuk Seri.” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga dalam kesanggupan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima bahawa masyarakat orang asli adalah juga golongan rakyat yang telah memenangkan beliau dengan majoriti besar.

“Masyarakat orang asli akan menjadi `hulubalang’ Datuk Seri Anwar dari hari ini dan selamanya…mohon sekiranya Datuk Seri dapat membantu masyarakat asli.

“Datuk Seri Anwar sememangnya faham erti kesengsaraan kerana beliau bukan seorang yang berbudayakan kekayaan…Saya pasti Datuk Seri akan bersungguh-sungguh membawa kehidupan yang lebih bermakna kepada masyarakat orang asli bukan sahaja di Parlimen Port Dickson malah Malaysia keseluruhannya.

“Cukup-cukuplah penderitaan selama 61 tahun ini ditanggung masyarakat orang asli diperdagangkan sebagai pendatang di bumi sendiri.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah harapan yang boleh saya harapkan secara jujur…Ramai pemimpin Pakatan Harapan sekarang sudah lupa apakah itu maksud kesengsaraan hidup walaupun baru lima tahun memerintah.

“Adalah menjadi harapan masyarakat orang asli saya supaya Datuk Seri Anwar mampu beriktiar menyelesaikan permasalahan yang dihadapi masyarakat orang asli di Malaysia.” ujar Datuk Ramesh.

Semalam Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti 23,560 undi. Beliau memperoleh 31,016 undi daripada 172 saluran undi sehingga penjumlahan tamat jam 9.15 malam.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Port Dickson, Khairy Maamor. Keputusan rasmi itu menunjukkan Anwar menewaskan enam pencabarnya iaitu calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, yang memperoleh 7,456 undi. Calon lain, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas pula memperoleh 4,230 undi, manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 112 undi. Tiga lagi calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong memperoleh 337 undi, manakala Lau Seck Yan (243 undi) dan Kan Chee Yuen (180 undi).

Anwar, 71, layak bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson selepas mendapat pengampunan di-Raja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada pada 16 Mei lepas.

]]>
Tan Sri Mah King Thian Zahir Komitmen Bantu Persatuan Orang Asli Perak https://independent.my/tan-sri-mah-king-thian-zahir-komitmen-bantu-persatuan-orang-asli-perak/ Sat, 25 Aug 2018 09:02:39 +0000 http://independent.my/wp/?p=3318 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Pengerusi MHC Plantation Bhd, Tan Sri Mah King Thian menzahirkan komitmen beliau untuk membantu Persatuan Orang Asli Perak (POAP) dalam agenda membangunkan masyarakat orang asli di negeri ini terutamanya dalam aspek pendidikan. Menurut beliau, ini kerana pencapaian masyarakat orang asli dalam pendidikan, kemahiran dan ekonomi masih rendah. Katanya, penubuhan Pusat Kecemerlangan Orang Asli Perak termasuk […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Pengerusi MHC Plantation Bhd, Tan Sri Mah King Thian menzahirkan komitmen beliau untuk membantu Persatuan Orang Asli Perak (POAP) dalam agenda membangunkan masyarakat orang asli di negeri ini terutamanya dalam aspek pendidikan.

Menurut beliau, ini kerana pencapaian masyarakat orang asli dalam pendidikan, kemahiran dan ekonomi masih rendah. Katanya, penubuhan Pusat Kecemerlangan Orang Asli Perak termasuk Bangunan Chinta Bistari sebagai pusat program Tanggungjawab Sosial Koperat (CSR) memang tepat pada masanya kerana ia dapat membantu kerajaan dalam memajukan masyarakat orang asli supaya tidak terus ketinggalan dan mampu bersaing dengan masyarakat lain.

“Saya memberi sokongan padu kepada Yayasan Orang Asli Perak dan Persatuan Orang Asli Perak dalam menjayakan projek ini kerana saya merasakan ini adalah salah satu cara untuk kami daripada MHC Plantation Bhd dan Cepat Wawasan Group Bhd menyalurkan program CSR kepada masyarakat yang amat memerlukan.

“Saya amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada individu yang berusaha dengan gigih membangunkan masyarakat orang asli,’’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis perasmian Bangunan Chinta Bistari, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Orang Asli Perak Kerawat (PKPOA), Simpang Pulai pada Sabtu.

Bangunan itu dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu. Hadir sama Pengerusi Pengurusan Orang Asli Perak, Datuk Suki Mee dan Pengerusi Majlis Penasihat Yayasan Orang Asli Perak , Datuk Dr Bah Piyan Tan.

Sehubungan itu Tan Sri Mah menyeru agar semangat perjuangan membangunkan masyarakat orang asli datangnya dari akar umbi.

]]>
Ahmad Faizal Mahu Masuk Hutan Rasai Sendiri Kehidupan Orang Asli https://independent.my/ahmad-faizal-mahu-masuk-hutan-rasai-sendiri-kehidupan-orang-asli/ Sat, 25 Aug 2018 08:38:04 +0000 http://independent.my/wp/?p=3315 Reading Time: 2 minutesIPOH: Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal Azumu menzahirkan hasratnya untuk masuk hutan dan tinggal di kampung orang asli dalam masa terdekat ini bagi menyelami sendiri kehidupan seharian masyarakat itu. Tanpa menyebut lokasi hutan mana yang beliau akan masuki, Ahmad Faizal hanya memberitahu hutan di negeri Perak. “Saya tak beritahu sesiapapun…JAKOA dan Jabatan Perhutanan pun […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal Azumu menzahirkan hasratnya untuk masuk hutan dan tinggal di kampung orang asli dalam masa terdekat ini bagi menyelami sendiri kehidupan seharian masyarakat itu.

Tanpa menyebut lokasi hutan mana yang beliau akan masuki, Ahmad Faizal hanya memberitahu hutan di negeri Perak.

“Saya tak beritahu sesiapapun…JAKOA dan Jabatan Perhutanan pun tak tahu.

“Sebenarnya saya akan masuk hutan dan duduk di kampung orang asli di dalam hutan, saya akan pergi bersama pegawai pengiring saya dalam diam-diam…Pegawai sayapun tak tahu, saya akan pergi dan melihat sendiri,’’ katanya semasa berucap merasmikan Bangunan Chinta Bistari di Pusat Kecemerlangan Orang Asli Perak Kerawat (PKPOA), Simpang Pulai pada Sabtu.

Ahmad Faizal menyuarakan hasrat beliau ini apabila membuat pendedahan terdapat sekumpulan masyarakat orang asli di kawasan hutan Pengkalan Hulu, Gerik yang bersekongkol dan bekerjasama dengan pemburu haram dari luar negara untuk menangkap binatang liar yang hampir pupus ini.

Dalam masa yang sama beliau memuji tindakan sekumpulan masyarakat orang asli yang lain yang membantu kerajaan memungut perangkap-perangkap yang dipasang pemburu haram untuk menangkap haiwan liar yang dilindungi kerajaan.

“Saya amat setuju 100 peratus apabila menyebut orang asli ia amat dekat dengan tanah…Tapi dalam masa yang sama, saya nak cerita apa yang berlaku di Pengkalan Hulu, Gerik .

“Di sana ada satu khazanah dunia yang teramat penting…Hutan tropika di Royal Belum yang berusia 130 juta tahun yang dahulunya terdapat beribu ekor harimau kini telah berkurangan dan menurut kajian hanya tinggal 40 ekor.

“Ini kerana apa?…kerana pemburu haram, mereka datang dari luar masuk daripada Thailand kemudian masuk ke dalam hutan kita.

“Malangnya ada di kalangan kita yang beri kerjasama kepada mereka, kerana mungkin dapat antara RM400 ke RM500…tolong pasangkan perangkap untuk tangkap binatang liar yang hampir pupus ini.

“Dalam masa sama ada sekumpulan orang asli lain pula bekerjasama dengan Renjer Taman Negeri untuk kutip perangkap-perangkap ini.

“Jadi saya cakap orang kampung….mana aci, kalau orang asli nak tanah, jaga tanah jangan biarkan orang luar datang rosakkan bumi kita, tetapi kadang-kadang ada yang bekerjasama dengan pembalak haram,’’ kata Ahmad Faizal.

Sehubungan itu beliau meminta masyarakat orang asli di negeri ini bersatu hati menjaga kawasan tanah hutan yang mereka diami.

“Masyarakat orang asli mesti bersatu hati, jangan biarkan orang luar rosakkan bumi kita,’’ katanya.

Dalam ucapannya, Ahmad Faizal berkata apabila menyentuh isu kebajikan dan kemajuan orang asli ia amat dekat di hati beliau.

“Perasaan ini semakin kuat apabila saya dihantar bertanding DUN Chenderiang pada PRU14 dan semasa tempoh berkempen itu ada perkara yang amat menyentuh hatinya.

“Saya melihat sebuah rumah yang pernah saya lalui bersama arwah bapa saya menuju ke Cameron Highland lebih kurang 40 tahun lalu…Saya masih ingat rumah itu masih tidak berubah keadaannya, rumah itu kini didiami oleh anak dan cucu-cucu pemilik rumah itu.

“Bayangkan dalam tempoh 40 tahun tak ada perubahan yang ada pada rumah itu walaupun bilangan keluarganya telah bertambah.

“Dalam tempoh tiga bulan selepas diberi amanah memimpin kerajaan negeri saya telah melawat ke beberapa penempatan masyarakat orang asli di Perak, hasil lawatan itu saya dapati masih banyak yang perlu kita lakukan untuk tingkatkan taraf hidup masyarakat orang asli,’’ ujarnya.

Beliau berterima kasih kepada beberapa NGO dan syarikat konglomerat yang memainkan peranan membantu masyarakat orang asli di negeri ini. Ahmad Faizal turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan memastikan hak anak-anak masyarakat orang asli untuk mendapatkan pendidikan tidak akan dinafikan.

“Saya mahu pastikan setiap anak masyarakat orang asli akan dapat akses kepada pendidikan sebagaimana dinikmati anak di kawasan bandar dan luar bandar lain.

“Saya mahu melihat mereka berjaya dalam pelajaran… jadi pekerja yang mahir dan cemerlang dan jadi usahawaan yang hebat,’’ katanya.

]]>