Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
PAC Perak – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Thu, 11 Jul 2019 12:18:02 +0000 en-US hourly 1 Laporan Siasatan PAC ke Atas MB Inc. Akan Dibentang Dalam Dewan – Pengerusi PAC https://independent.my/laporan-siasatan-pac-ke-atas-mb-inc-akan-dibentang-dalam-dewan-cheok-keng/ Tue, 09 Jul 2019 09:21:32 +0000 https://independent.my/?p=6132 Reading Time: 2 minutesIPOH: Laporan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak ke atas Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) yang telah selesai dijalankan akan dibentang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri bulan ini. Menurut Pengerusinya, Leong Cheok Keng, pihaknya  dalam peringkat menyiapkan laporan itu sebelum dibentang di dalam Sidang Dewan. Leong berkata, pihaknya juga akan mengemukakan cadangan usul […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Laporan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak ke atas Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) yang telah selesai dijalankan akan dibentang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri bulan ini.

Menurut Pengerusinya, Leong Cheok Keng, pihaknya  dalam peringkat menyiapkan laporan itu sebelum dibentang di dalam Sidang Dewan.

Pengerusi PAC, Leong Cheok Keng

Leong berkata, pihaknya juga akan mengemukakan cadangan usul kepada Speaker DUN, Datuk Ngeh Koo Ham bagi membolehkan laporan tersebut dibahaskan.

“Ini merupakan perkara bersejarah kerana belum pernah ada usul dibawa ke dalam Dewan berkaitan MB Inc.

“Usul ini akan membincangkan beberapa perkara dan tajuk usul ini adalah Penambahbaikan Urusan Pentadbiran dan Pengurusan Perbadanan MB Inc,’’ katanya kepada pemberita di Bilik Sidang Media DUN Perak pada Selasa.

Hadir sama Timbalan Pengerusi PAC, Chong Zhemin bersama empat ahli PAC Perak yang lain termasuk Adun PAS Gunung Semanggol, Haji Razman Zakaria yang juga Pesuruhjaya PAS Perak.

Cheok Keng menambah, sebarang tindakan lanjut berkaitan laporan tersebut akan diputuskan oleh Koo Ham dan ADUN yang akan bersidang tidak lama lagi.

Menurut beliau, sejak siasatan yang bermula November tahun lalu, PAC telah memanggil enam saksi termasuk bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir memberikan keterangan.

“Kita akui terdapat kelewatan untuk menyiapkan siasatan disebabkan pada peringkat awal berlaku salah faham mengenai prosiding siasatan yang ingin dibuat secara terbuka atau sebaliknya.

“Namun, kita menghormati semua pandangan dengan meneruskan siasatan melalui prosiding secara tertutup walaupun Speaker DUN telah menetapkan bahawa PAC boleh jalankan prosiding secara tertutup atau terbuka,’’ katanya.

Pada 26 November 2018, Zambry mempertikai tindakan PAC Perak yang bertindak mengadakan sesi pendengaran awam bagi siasatan ke atas perbadanan itu kerana tidak mengikut amalan biasa.

Pada sidang media itu,  Cheok Keng turut menjelaskan terdapat dua lagi kes yang akan disiasat PAC iaitu pertama membabitkan pengurusan Taman Teman Studio Animasi (MAPS) dan kes tuntutan sebuah firma arkitek ke atas Perak Corporation Berhad. Firma itu masih lagi menuntut baki bayaran yang didakwa belum dilangsaikan walaupun tiada projek yang dijalankan.  

]]>
Dr Zambry Bertindak Keluar Sesi Pendengaran Awam PAC…bantah sesi diadakan secara terbuka https://independent.my/dr-zambry-bertindak-keluar-sesi-pendengaran-awam-pac-bantah-sesi-diadakan-secara-terbuka/ Mon, 26 Nov 2018 07:03:31 +0000 http://independent.my/wp/?p=4203 Reading Time: 2 minutesIPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bertindak keluar meninggalkan Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) kerana membantah sesi pendengaran itu diadakan secara terbuka. Dr Zambry bertindak keluar sebelum soalan dikemukakan pada sesi pendengaran yang diadakan di bilik mesyuarat korporat Bangunan Perak Darul Ridzuan. Beliau bertindak demikian selepas Pengerusi PAC […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bertindak keluar meninggalkan Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) kerana membantah sesi pendengaran itu diadakan secara terbuka.

Dr Zambry bertindak keluar sebelum soalan dikemukakan pada sesi pendengaran yang diadakan di bilik mesyuarat korporat Bangunan Perak Darul Ridzuan. Beliau bertindak demikian selepas Pengerusi PAC Perak, Leong Cheok Keng menyatakan PAC kekal dengan pendirian mahu sesi pendengaran itu diadakan secara terbuka.

Zambry dalam penjelasannya berkata, sesi pendengaran awam itu tidak dijalankan mengikut tatacara dan amalan biasa PAC Perak kerana di Parlimen sendiri tidak dibuat sesi pendengaran awam tersebut.

“Oleh itu saya mengikut amalan di Parlimen sebagai panduan dan saya tidak bersetuju sesi pendengaran ini diadakan secara terbuka.” katanya.

Leong bagaimanapun mengarahkan Zambry kekal dan menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan PAC. Katanya, tindakan Dr Zambry keluar daripada sesi pendengaran itu dianggap sebagai menghina PAC.

Dr Zambry menjawab beliau kekal dengan keputusannya dan menganggap tindakannya bukan menghina PAC.

“Saya hadir pada hari ini dan saya tidak hina jawatankuasa ini … Kehadiran saya ini sebagai membantah tatacara dan amalan jawatankuasa PAC ini.

Menurut Dr Zambry lagi, beliau bersedia memberi kerjasama dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan jika jawatankuasa membuat sesi pendengaran itu mengikut tata cara dan amalan biasa.

Leong semasa bercakap dalam sidang media berkata, PAC menyerahkan kepada Speaker dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung tindakan Dr Zambry itu.

Turut hadir bersama Dr Zambry ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) Datuk Aminuddin Hashim.

Sesi Pendengaran Awam PAC pagi tadi dihadiri lima ahli PAC manakala dua lagi ahli daripada BN iaitu ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul dan ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim tidak hadir.

]]>
Dr Zambry Tetap Dipanggil Sesi Pendengaran Awam 26 November https://independent.my/dr-zambry-tetap-dipanggil-sesi-pendengaran-awam-26-november/ Tue, 20 Nov 2018 06:32:52 +0000 http://independent.my/wp/?p=4171 Reading Time: 3 minutesIPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tetap dipanggil sebagai saksi utama pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) yang akan diadakan di Bilik Gerakan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 26 November ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak, Leong Cheok Keng, turut dipanggil pada sesi pendengaran […]]]> Reading Time: 3 minutes

IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tetap dipanggil sebagai saksi utama pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) yang akan diadakan di Bilik Gerakan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 26 November ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak, Leong Cheok Keng, turut dipanggil pada sesi pendengaran awam itu ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) Datuk Aminuddin Hashim.

Leong menyangkal dan menafi keras kenyataan dua Ahli Jawatankuasa PAC, iaitu ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim dan ADUN Gunung Semangol, Haji Razman Zakaria pada sidang media semalam yang mendakwa beliau (Leong) membuat kenyataan memanggil Dr Zambry dan Datuk Aminuddin di luar pengetahuan dan persetujuan semua ahli PAC.

Leong menjelaskan sebenarnya YB Aznel dan Haji Razman hadir semasa sesi mesyuarat PAC yang berlangsung pada 16 November baru-baru ini dan telah bersetuju tanpa bantahan apabila mesyuarat mengambil keputusan untuk memanggil Datuk Seri Dr Zambry dan Datuk Aminuddin Hashim sebagai saksi.

“Saya terkejut kerana YB Aznel dan YB Razman memberitahu pemberita semalam bahawa saya bertindak secara sendiri tanpa pengetahuan mereka … itu adalah tidak benar.

“Mereka memang hadir dalam mesyuarat pada 15 November lalu dan mesyuarat itu juga dihadiri oleh ahli-ahli PAC kecuali YB Khusairi Talib ADUN Slim dan ada direkodkan bahawa memang isu memanggil YB Dr Zambry Abd Kadir dipersetujui oleh YB Razman dan YB Aznel.

“Saya menyanggah dan menafikan kenyataan YB Aznel yang saya anggap keterlaluan dan mengelirukan yang boleh memberikan impak tidak baik di mata rakyat Perak.

“PAC akan bertindak secara profesional, terbuka dan independen … kami tidak akan dipengaruhi oleh pertimbangan politik,” katanya kepada pemberita di Ipoh pada Selasa.

Beliau berharap ahli-ahli PAC yang lain juga tidak dipengaruhi oleh pertimbangan politik. Leong juga berharap Datuk Seri Dr Zambry akan memberi kerjasama penuh apabila dipanggil sebagai saksi utama pada sesi pendengaran awam nanti.

Kepada soalan pemberita Leong berkata, surat rasmi akan dikeluarkan kepada Datuk Seri Dr Zambry bagi menghadiri sesi pendengaran awam PAC 26 November ini.

Sementara itu salah seorang anggota PAC, YB Sandrea Ng yang juga ADUN Teja menzahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan YB Aznel dan Haji Razman yang beliau sifatkan sebagai tidak mempunyai keikhlasan untuk bekerjasama sebagai ahli PAC.

Semalam Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak mempersoalkan kenyataan Pengerusinya, Leong Cheok Keng untuk memanggil bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan bekas Ketua Pegawai Eksekuif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Datuk Aminuddin Hashim.

ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim berkata, berdasarkan mesyuarat pada 15 November lalu memang ada cadangan untuk memanggil kedua-dua individu tersebut tetapi tiada sebarang keputusan rasmi dibuat.

Menurutnya, mesyuarat untuk memutuskan sama ada kedua-dua individu itu dipanggil atau sebaliknya akan dibuat pada 23 November ini.

“Kami terkejut dengan kenyataan pengerusi itu kerana ia tidak pernah dibincang atau diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

“Perkembangan ini sangat membimbangkan kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah PAC Perak apabila sesuatu keputusan penting dibuat secara unilateral atau bersendirian tanpa pengetahuan semua ahli PAC,” katanya kepada pemberita di Hotel Impiana, Ipoh semalam.

Dalam perkembangan lain, Exco Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin berkata, PAC Perak berhak memanggil mana-mana individu dirasakan penting bagi menjawab isu berkenaan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) tanpa perlu merujuk DUN.

Menurut beliau, tindakan Jawatankuasa PAC Perak memanggil bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminuddin Hashim untuk sesi pendengaran awam dijadualkan 26 November ini adalah melalui beberapa syarat diperuntukkan kepada mereka.

Menurutnya, perkara sama turut berlaku di peringkat Parlimen apabila Jawatankuasa PAC negara berhak memanggil bekas Perdana Menteri dan isteri, bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Haji serta bekas Timbalan Perdana Menteri bagi tujuan siasatan daripada laporan diterima.

“Mereka (Jawatankuasa PAC) tidak perlu merujuk kepada sesiapa kerana kuasa diberikan kepada mereka untuk memanggil sesiapa sahaja tanpa perlu merujuk Parlimen.

“Kalau peringkat negeri, Jawatankuasa PAC Perak tidak perlu rujuk kepada DUN kalau sekiranya ada terima laporan berhubung salahlaku mana-mana agensi kerajaan daripada mana-mana pihak.

“Melalui kenyataan direkod (pada sesi pendengaran awam dibuat), Jawatankuasa PAC perlu buat kajian sebelum sesuatu isu dimajukan kepada pihak tertentu seperti SPRM,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke kilang syarikat pembuatan elektronik, AEL Engineering Sdn Bhd di kawasan perindustrian Parit Buntar semalam.

Untuk rekod, pada awal tahun ini sebelum pilihanraya umum diadakan, Aminuddin pernah mengadakan majlis lafaz ikrar kakitangan MB Inc. untuk menyimpan rahsia dan akuan tidak membocorkan maklumat atau dokumen yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Menurut beliau seperti yang dilaporkan oleh sebuah laman berita arus perdana, ikrar dan akuan itu di­buat sebagai ‘langkah pencegahan serta berjaga-jaga’ bagi me­mastikan segala dokumen sen­­sitif atau rahsia rasmi perba­danan itu dipelihara daripada dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

]]>