Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
peja – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Fri, 08 Nov 2019 12:44:30 +0000 en-US hourly 1 Kerajaan Negeri Komited Atasi Masalah Kurang Nutrisi Kanak-kanak Orang Asli https://independent.my/kerajaan-negeri-komited-atasi-masalah-kurang-nutrisi-kanak-kanak-orang-asli/ Mon, 04 Nov 2019 09:39:28 +0000 https://independent.my/?p=7428 Reading Time: 2 minutesMUALLIM | Kadar kematian anak Orang Asli berumur di antara 6 bulan hingga 6 tahun berjaya dikurangkan sejak Jabatan Kesihatan Negeri Perak mewujudkan Program Community Feeding (PCF) Januari lalu. Menurut Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, sehingga September 2019, PCF telah memberi manfaat kepada hampir 700 kanak-kanak Orang Asli melalui 27 pusat agihan […]]]> Reading Time: 2 minutes

MUALLIM | Kadar kematian anak Orang Asli berumur di antara 6 bulan hingga 6 tahun berjaya dikurangkan sejak Jabatan Kesihatan Negeri Perak mewujudkan Program Community Feeding (PCF) Januari lalu.

Menurut Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, sehingga September 2019, PCF telah memberi manfaat kepada hampir 700 kanak-kanak Orang Asli melalui 27 pusat agihan melibatkan kakitangan Jabatan Kesihatan dan 56 orang sukarelawan dari kalangan masyarakat Orang Asli di penempatan terpilih seluruh negeri Perak.

Katanya, kawasan yang terlibat dalam inisiatif perintis PCF adalah penempatan Orang Asli yang mengalami masalah kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak.

”Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kesihatan Negeri kerana telah berjaya meningkat dan mengekalkan status pemakanan kanak–kanak Orang Asli yang berumur di antara 6 bulan sehingga 6 tahun, sekaligus berjaya mengurangkan kadar kematian kanak-kanak di kalangan Orang Asli di kawasan yang terlibat dalam PCF,” katanya ketika berucap merasmikan Program Community Feeding (PCF) Pos Tenau hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan, Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Ding Lay Ming, Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Zalma Abd Razak, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Perak dan Kedah, Harulnizam Abd Rahman dan Pegawai Daerah Muallim, Shamsul Ridzuan Idris.

Pada majlis itu, Ahmad Faizal juga menyampaikan tajaan RM500,000 daripada TNB Janamanjung Sdn Bhd untuk inisiatif PCF bagi tahun 2019 serta merasmikan Program Kesihatan Komuniti Pos Tenau 2019 ’Kenun Mai Malaysia Cengrek’ Tahun 2019 Peringkat Negeri Perak bagi mempromosikan pengambilan susu dalam diet di kalangan kanak-kanak Orang Asli.

Beliau memuji pendekatan yang diambil oleh Jabatan Kesihatan yang melatih masyarakat Orang Asli sebagai sukarelawan bagi memastikan semua kanak-kanak Orang Asli hadir untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan yang terdiri dari susu tepung, vitamin, bijirin, biskut dan makanan berprotein seperti ayam dan telur.

“Ppendekatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak ini telah menjadi pusat rujukan dan lawatan sambil belajar oleh pelbagai agensi seluruh Malaysia,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk terus menyokong usaha Jabatan Kesihatan dalam membantu mengatasi masalah kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak Orang Asli di Perak.

]]>
Perak Punyai Potensi Besar Pembangunan Industri Buluh – MB https://independent.my/perak-punyai-potensi-besar-pembangunan-industri-buluh-mb/ Sun, 13 Oct 2019 13:37:40 +0000 https://independent.my/?p=7251 Reading Time: 2 minutesIPOH | Negeri Perak mempunyai potensi besar sebagai hub pembangunan industri buluh di Malaysia kerana terdapat berbagai sebilangan besar spesies buluh bernilai komersial yang tumbuh subur di negeri ini. Demikian menurut Menteri Besar Perak, DAto’ Seri Ahmad Faizal Azumu dalam ucapannya di Sambutan Hari Buluh Sedunia 2019 di Casuarina@Meru hgari ini. Beliau yang mewakili kerajaan […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH | Negeri Perak mempunyai potensi besar sebagai hub pembangunan industri buluh di Malaysia kerana terdapat berbagai sebilangan besar spesies buluh bernilai komersial yang tumbuh subur di negeri ini. Demikian menurut Menteri Besar Perak, DAto’ Seri Ahmad Faizal Azumu dalam ucapannya di Sambutan Hari Buluh Sedunia 2019 di Casuarina@Meru hgari ini.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Industri Utama serta Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) kerana memilih negeri Perak sebagai tuan rumah sambutan acara itu untuk edisi kali ini.

Menurut Ahmad Faizal, beliau yakin penganjuran Hari Buluh Sedunia ini mampu mengukuhkan lagi kerjasama antara agensi-agensi Persekutuan dengan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri Perak khusus dalam pembangunan industri buluh di negeri ini.

Ujarnya pemilihan negeri Perak adalah adalah amat bertepatan kerana negeri ini mempunyai pelbagai keunikan serta keistimewaan berkaitan industri buluh. Beliau memberikan contoh terdapat masjid buluh di Kuala Kangsar, juga resort pengembaraan Bamboo Jungle Adventures di Sungai Siput dan Resort Lembah Sahom di Kampar.

“Dalam hal ini, Perak mempunyai pencapaian terbaik dalam usaha mempromosi buluh yg ‘versatile’.

“Berdasarkan Inventori Hutan Nasional Kelima (IHN-5) oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, dianggarkan terdapat lebih 15 juta rumpun buluh di negeri Perak.

“Empat perpuluhan lima juta darinya ialah spesies buluh betong iaitu jumlah tertinggi direkodkan berbanding negeri lain di Malaysia.

“Ini menunjukkan negeri Perak memang berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai hub pembangunan industri buluh di Malaysia,” katanya.

Beliau menzahirkan keyakinan melalui penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dan strategi pemasaran biproduk buluh serta produk berasaskan buluh yg mantap bakal menjadi satu sumber pendapatan negara yang baharu. Ia juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana ekonomi masyarakat.

Menurutnya, kerajaan negeri Perak juga amat mengalu-alukan cadangan dari Kementerian Industri Utama mewujudkan pusat semaian buluh berskala komersial dan makmal tisukultur di negeri Perak.

“Ini bagi memastikan benih buluh berkualiti untuk kegunaan industri perladangan buluh,” ujar beliau.

Ahmad Faizal dalam pada itu menyeru para pelabur dan usahawan yang berminat agar mengambil peluang ini untuk melabur dalam industri berasaskan buluh terutama di negeri Perak.

“Saya percaya melalui pendekatan ‘mesra-pelabur’ yang diamalkan oleh pentadbiran ini, ia akan dapat membantu memudahcara kemasukan para pelabur.” katanya.

Beliau juga berharap penganjuran sambutan Hari Buluh Sedunia ini akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara kerajaan negeri dengan Kementerian.

Acara sambutan ini dilancarkan oleh Menteri Industri Utama, Puan Teresa Kok. Turut hadir ialah EXCO Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi MTIB, Wong Tack.

]]>
Isu Setinggan, Penerokaan Tanah Akan Ditangani Sebaik Mungkin https://independent.my/isu-setinggan-penerokaan-tanah-akan-ditangani-sebaik-mungkin/ Mon, 01 Jul 2019 03:52:14 +0000 https://independent.my/?p=6045 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Kerajaan negeri menyedari isu setinggan dan penerokaan tanah haram yang membantutkan usaha kerajaan untuk menambah pelabur akan ditangani secara telus umpama ‘menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak’.          Justeru itu, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, isu setinggan dan penerokaan tanah untuk pertanian akan ditangani dengan […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH | Kerajaan negeri menyedari isu setinggan dan penerokaan tanah haram yang membantutkan usaha kerajaan untuk menambah pelabur akan ditangani secara telus umpama ‘menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak’.         

Justeru itu, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, isu setinggan dan penerokaan tanah untuk pertanian akan ditangani dengan cara sebaik mungkin.

“Kerajaan mahu memastikan rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum akan mendapat keadilan selain berpeluang menikmati faedah pembangunan yang kerajaan sedang rencanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan 10,000 tetamu pada majlis rumah terbuka Aifdilfitri Pakatan Harapan di Padang Meru Permai malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Ngeh Koo Ham dan barisan kepimpinan PH Perak.

Rumah terbuka itu diserikan dengan persembahan artis-artis popular tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah dan Zizie Kirana.

Ahmad Faizal Azumu juga menegaskan bahawa kesatuan dalam barisan kepimpinan PH Perak adalah mantap dan pentadbiran kerajaan akan memastikan rakyat Perak menikmati limpahan ekonomi.

“Walaupun terdapat pelbagai khabar angin yang entah dari mana, namun kami tetap bersatu hati dalam apa jua program begitu juga dalam merencana apa jua polisi kerajaan negeri serta perancangan yang dibuat,” katanya.

 

]]>
Perak Perkenal Inisiatif Baru Bantu Tangani Kos Sara Hidup Rakyat- `Peja’ https://independent.my/perak-perkenal-inisiatif-baharu-bantu-kos-sara-hidup-rakyat-peja/ Wed, 17 Apr 2019 09:21:59 +0000 https://independent.my/?p=5192 Reading Time: < 1 minuteIPOH | Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan komitmen jitu kerajaan untuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Katanya, meskipun kerajaan sedang berdepan kekangan kewangan, namun tetap memberi keutamaan kepada usaha-usaha membantu golongan yang memerlukan pembelaan. Menurut beliau, kerajaan negeri akan terus  memberi penekanan bagi memastikan segala usaha […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH | Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan komitmen jitu kerajaan untuk memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Katanya, meskipun kerajaan sedang berdepan kekangan kewangan, namun tetap memberi keutamaan kepada usaha-usaha membantu golongan yang memerlukan pembelaan.

Menurut beliau, kerajaan negeri akan terus  memberi penekanan bagi memastikan segala usaha itu memberi impak kepada golongan sasar tanpa mengira batasan kaum dan agama.

“Antara program tersebut ialah Kad Perak Prihatin dengan memperuntukkan sebanyak RM22 juta yang akan memberi manfaat kepada 17,000 penerima.

“Setiap pemegang Kad Prihatin akan menerima bantuan sebanyak RM80 setiap bulan untuk membeli keperluan asas dan bantuan mendapat rawatan kesihatan di 400 klinik swasta yang berdaftar sehingga RM300 setahun,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) mengenai langkah yang telah diambil untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

]]>
Kerajaan Perak Lapor SPRM Wujud Dakwaan Penyelewengan Dalam GLC https://independent.my/kerajaan-perak-lapor-sprm-wujud-dakwaan-penyelewengan-dalam-glc/ Thu, 11 Apr 2019 09:36:09 +0000 http://independent.my/wp/?p=5121 Reading Time: 2 minutesIPOH: Kerajaan Perak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung dakwaan wujud penyelewengan dalam projek sebuah taman tema dikendalikan anak syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) oleh kerajaan sebelum ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata,  laporan itu dibuat oleh pegawai daripada pejabatnya (Pejabat Menteri Besar) kepada SPRM bagi membolehkan […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Kerajaan Perak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung dakwaan wujud penyelewengan dalam projek sebuah taman tema dikendalikan anak syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) oleh kerajaan sebelum ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata,  laporan itu dibuat oleh pegawai daripada pejabatnya (Pejabat Menteri Besar) kepada SPRM bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Kita melihat projek ini (taman tema) yang telah diperuntukkan sejumlah wang yang kecil pada asalnya tetapi telah melonjak begitu tinggi sehingga melebihi 100 peratus daripada peruntukan asal.

“Selepas kita mengambil alih kerajaan, kita dapati semakin jelas ada kemungkinan berlaku penyelewengan maka kerajaan berpandangan amat sesuai kita menyerahkan perkara ini untuk dijalankan satu siasatan oleh pihak yang berkuasa seperti SPRM.  

“Kerajaan negeri akan sentiasa memberikan kerjasama untuk memastikan kita dapat menyelidik perkara ini sedalam-dalamnya, jika ada berlaku penyelewengan dari mana-mana pegawai kita perlu mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad di Bangunan SPRM Perak di Meru Raya pada Khamis.

 Beliau berkata, kerajaan negeri juga melantik sebuah syarikat swasta bagi membuat audit forensik terhadap syarikat berkenaan.

Ahmad Faizal turut menambah bahawa di zaman kerajaan Pakatan Harapan ini, jika terdapat keganjilan dalam sebarang transaksi atau perjanjian, kerajaan akan menyiasat. 

“Pada mata kasar kita nampak ada keganjilan dan kita perlu ambil tindakan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Audit Perak Corporation Bhd (PCB), Chong Zhemin menuntut bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya menjelaskan dan bertanggungjawab terhadap peningkatan mendadak kos pembangunan dan pembinaan Movie Animation Park Studios (MAPS) daripada RM390 juta kepada RM607 juta.

Beliau berkata, walaupun audit dalaman khas mengenai projek itu mendapati tiada sebarang bukti kukuh bagi salah laku atau penipuan, namun wujud persoalan berkaitan beberapa keputusan dan perjanjian berat sebelah yang boleh dibangkitkan dalam hal itu.

Kepada satu soalan pemberita tentang berapa jumlah individu yang terbabit berhubung dakwaan penyelewengan dalam GLC ini, katanya, biar pihak SPRM menjalankan siasatan. 

“Semuanya ada pada SPRM, kita dah serahkan,” katanya.    

]]>
Tukar Exco Perlu Bincang Dengan PKR Pusat Bukan Pimpinan Negeri – MB https://independent.my/tukar-exco-perlu-bincang-dengan-pkr-pusat-bukan-pimpinan-negeri-mb/ Thu, 21 Mar 2019 10:45:38 +0000 http://independent.my/wp/?p=4848 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Pertukaran Exco kerajaan negeri daripada PKR Perak perlu perbincangan pucuk pimpinan PKR Pusat dan bukan melalui pimpinan peringkat negeri. Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, nama yang telah dicadangkan oleh pimpinan PKR Pusat itu kemudian akan diserahkan kepadanya untuk dibuat pertimbangan. Katanya, beliau sentiasa terbuka untuk mendengar apa juga cadangan yang […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Pertukaran Exco kerajaan negeri daripada PKR Perak perlu perbincangan pucuk pimpinan PKR Pusat dan bukan melalui pimpinan peringkat negeri.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, nama yang telah dicadangkan oleh pimpinan PKR Pusat itu kemudian akan diserahkan kepadanya untuk dibuat pertimbangan.

Katanya, beliau sentiasa terbuka untuk mendengar apa juga cadangan yang diberikan semua pihak.

“Kalau pun ada cadangan-cadangan pertukaran Exco, tentunya ia akan dibawa dalam perbincangan Majlis Pakatan Harapan … Jika ada perubahan yang hendak dibuat, mereka boleh cadangkan dan saya akan mempertimbangkan nama yang diberikan oleh pucuk pimpinan PKR sendiri.

“Semasa saya bertanding dalam Pakatan Harapan menggunakan logo PKR, saya juga menerima watikah daripadaPresiden PKR … Jadi untuk memilih calon dan pertimbangkan nama untuk dipersembahkan kepada baginda Sultan, ia perlu melalui pucuk pimpinan parti dan bukannya pimpinan negeri,” kata Ahmad Faizal.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Town Hall Maqasid Syariah di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis. Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

PKR Perak baru-baru ini mengakui telah mengadakan perbincangan bagi pertukaran seorang Exco kerajaan negeri daripada PKR.

Exco terbabit dikatakan bukan sahaja menunjukkan prestasi kurang memuaskan malah didakwa mengabaikan tanggungjawab kepada parti.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Ahmad Faizal berkata, kerajaan Perak yakin kerajaan Persekutuan tidak menolak cadangan kerajaan negeri untuk membina sebuah lapangan terbang baharu di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri juga perlu akur bahawa kerajaan Persekutuan akan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum sebarang keputusan diambil.

Menurut beliau, bagi kerajaan negeri, apa yang lebih penting buat masa ini adalah menaik taraf lapangan terbang sedia ada untuk menarik lebih banyak pesawat mendarat di Ipoh.

]]>
Peja Anggap Komplot Mahu Jatuhkannya Hanya Desas-desus https://independent.my/peja-anggap-komplot-mahu-jatuhkannya-hanya-desas-desus/ Wed, 28 Nov 2018 04:22:54 +0000 http://independent.my/wp/?p=4231 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menganggap komplot untuk menjatuhkannya seperti mana yang digembar-gemburkan ketika ini sebagai hanya desas-desus dan tiada asas kebenarannya. Malah katanya, jalinan kerjasama beliau bersama semua ADUN termasuk anggota Exco kerajaan Pakatan Harapan adalah sangat baik ibarat hubungan sebuah keluarga yang harmoni. Justeru Ahmad Faizal meminta pihak di […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menganggap komplot untuk menjatuhkannya seperti mana yang digembar-gemburkan ketika ini sebagai hanya desas-desus dan tiada asas kebenarannya.

Malah katanya, jalinan kerjasama beliau bersama semua ADUN termasuk anggota Exco kerajaan Pakatan Harapan adalah sangat baik ibarat hubungan sebuah keluarga yang harmoni.

Justeru Ahmad Faizal meminta pihak di luar sana supaya menghentikan polemik politik yang tidak berfaedah ini dan sebaliknya memberi kerjasama membantu kerajaan negeri memfokuskan kepada agenda pembangunan dan ekonomi negeri.

“Hubungan kami sangat baik … biasalah ada masanya saya menegur dan saya pula ditegur namun hubungan dan kerjasama dengan semua ADUN dan anggota Exco dalam kerajaan PH ibarat satu ‘happy family’ (keluarga gembira) ,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pagi ini.

Beliau mengulas kononnya wujud komplot mahu menjatuhkannya sekaligus meletakkan pentadbiran kerajaan PH dalam keadaan goyah dan kemungkinan berlaku pilihan raya negeri seperti didakwa oleh pihak pembangkang.

Ditanya pemberita kononnya ada salah seorang Exco dalam barisan Exco PH yang disebut namanya oleh Datuk Saarani dalam satu sidang media di Sungai Siput, Ahmad Faizal berkata beliau tidak mahu komen perkara itu kerana seperti yang dijelaskannya semua itu hanya berupa desas-desus.

“Selagi perkara ini tidak berlaku, saya fikir tidak perlulah saya komen kerana jika ada ‘negotiation’, perjumpaan dan sebagainya, bermakna segalanya tidak menjadi, mengapa saya perlu komen perkara yang tidak terjadi,” katanya.

]]>
Kerajaan PH Tidak Sesekali Ketepikan Perjuangan Orang Melayu https://independent.my/kerajaan-ph-tidak-sesekali-ketepikan-perjuangan-orang-melayu/ Thu, 28 Jun 2018 02:55:57 +0000 http://independent.my/wp/?p=2379 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal Azumu menegaskan beliau bukan seorang yang mahu mengejar kuasa dan mengenepikan perjuangan orang Melayu di negeri ini. Katanya, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri tidak akan sesekali mengenepikan agenda perjuangan bangsa Melayu. Katanya, sebelum beliau memasuki arena politik lagi aspek kebajikan bangsa Melayu dan juga masyarakat daripada kaum […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal Azumu menegaskan beliau bukan seorang yang mahu mengejar kuasa dan mengenepikan perjuangan orang Melayu di negeri ini.

Katanya, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri tidak akan sesekali mengenepikan agenda perjuangan bangsa Melayu. Katanya, sebelum beliau memasuki arena politik lagi aspek kebajikan bangsa Melayu dan juga masyarakat daripada kaum lain sentiasa dititikberatkan.

Menurut Ahmad Faizal, walaupun kini menjawat jawatan nombor satu di Perak namun sifat dan prinsip dirinya tidak berubah.

“Walaupun logo parti saya daripada ketajaman dua keris, menjadi kepada kecantikan sekuntum bunga, kami tidak akan sesekali mengkhianati perjuangan orang Melayu.

“Saya bukan seseorang yang mahu mengejar kuasa dan mengenepikan perjuangan orang Melayu.

“Kalau semua yang kenal ‘Peja’ yang pernah berniaga burger di Pekan Razaki, mandi di Sungai Kepayang, dan berjalan merata di Ipoh, saya masih Peja yang sama”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Jalinan Kasih dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Perak, di Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh pada Rabu.

Ahmad Faizal menyeru masyarakat umum untuk menegur dirinya sekiranya terdapat sebarang kepincangan ketika melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar yang baharu. Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Permuafakatan Melayu Perak (PPMP), Kahar Md Yassin.

Beliau juga menyeru masyarakat Melayu supaya menyemai perasaan cinta akan bangsa, agama dan negara dengan lebih mendalam.

“Kalau kita sayangkan bangsa, tapi tak pedulikan pendidikan anak-anak kita, biarkan anak-anak kita berpeleseran di merata-rata, membiarkan pemimpin rasuah, jangan kita mengaku kita orang Melayu sejati,” ujarnya.

]]>