Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
Pekita – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Thu, 11 Jul 2019 12:18:49 +0000 en-US hourly 1 Ibu Mertua MB Perak Santuni Penghuni PEKITA https://independent.my/ibu-mertua-mb-perak-santuni-penghuni-pekita/ Sun, 07 Jul 2019 08:32:14 +0000 https://independent.my/?p=6112 Reading Time: 2 minutesIPOH | Bersempena Majlis Hari Raya Aidilfitri, Pengerusi Pertubuhan Prihatin Wanita Perak, Datin Normah Hanum Dato’ Ibrahim menyantuni penghuni Pertubuhan Rumah Orang Tua-Tua (Islam) Titian Abadi (PEKITA) di Taman Kinta Perdana, Lahat tengah hari semalam. Hadir sama meraikan warga emas di rumah orang tua-tua itu,  Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Datuk Mohamed Radzi. Program […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH | Bersempena Majlis Hari Raya Aidilfitri, Pengerusi Pertubuhan Prihatin Wanita Perak, Datin Normah Hanum Dato’ Ibrahim menyantuni penghuni Pertubuhan Rumah Orang Tua-Tua (Islam) Titian Abadi (PEKITA) di Taman Kinta Perdana, Lahat tengah hari semalam.

Hadir sama meraikan warga emas di rumah orang tua-tua itu,  Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Datuk Mohamed Radzi.

Program bermula dengan majlis tazkirah  bertajuk `Tanggungjawab Anak Menjaga Orang Ibubapa ‘ yang disampaikan oleh Ustaz Amer Ahmad Saib.

Datin Normah dalam ucapannya memuji peranan dan tanggungawab besar yang dimainkan oleh Haji Ahmad Wanchik dan isteri kerana masih kekal bertahan selama 10 tahun mengurus tadbir PEKITA meskipun berdepan pelbagai dugaan dan rintangan.

Namun begitu, katanya, PEKITA yang merupakan satu-satunya rumah kebajikan Orang Tua-Tua (Islam) di negeri Perak  harus diurus tadbir dengan lebih baik lagi termasuk dari segi pengurusan kesihatan para penghuninya dan kebersihan persekitaran rumah kebajikan itu.

Datin Normah yang juga ibu mertua Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seterusnya berkata, menyedari kepentingan menjaga kesihatan penghuni rumah kebajikan itu, pihaknya bercadang untuk menghantar doktor pakar jantung bagi membuat pemeriksaan kesihatan.

Selain itu, katanya, pihaknya akan mengadakan program penanaman pokok hiasan  sebagai terapi kesihatan buat penghuni rumah kebajikan berkenaan selain menggalakkan orang ramai berkunjung kesitu untuk memberikan suntikan kasih sayang agar mereka sentiasa dihargai dan disayangi.

Beliau juga berpesan kepada generasi muda yang masih mempunyai ibubapa supaya sentiasa menjaga dan menyayangi kedua ibubapa mereka selagi mereka masih hidup dan tidak mengabaikan.  

Menurut Normah beliau menzahir rasa amat sedih kerana terdapat kisah-kisah pilu dimana ada anak-anak yang langsung tidak menjengok dan mengambil khabar selepas menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan orang tua-tua.

Sementara itu Pengerusi PEKITA, Haji Ahmad Wanchik berkata, peruntukan tahunan sebanyak RM30,000 yang diterima pihaknya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mengcukupi sehingga pihaknya terpaksa mencari jalan lain untuk menampung kos perbelanjaan pentadbiran dan penyediaan makanan kepada penghuni rumah berkenaan.

“Masalah bekalan makanan kering tidak menjadi masalah kerana pihak PEKITA sentiasa menerima bantuan daripada orang ramai tetapi yang paling utama ialah mendapatkan wang tunai untuk membeli barangan basah dan lain-lain keperluan bagi penghuni rumah ini,” katanya.

Beliau juga menzahirkan penghargaan tnggi kepada Datin Hanum kerana menempatkan dua orang pekerja baharu yang terlatih dari segi pengurusan kebajikan dan kesihatan orang tua-tua yang dibayar gaji sendiri oleh pihak Pertubuhan Prihatin Wanita Perak.

Majlis itu diserikan dengan penyampaian duit raya kepada 40 anak yatim dari Yayasan Amanah An Nur Maisarah Chemor

]]>
Kerajaan Perak Akan Bantu PEKITA Bina Rumah Kebajikan https://independent.my/kerajaan-perak-akan-bantu-pekita-bina-rumah-kebajikan/ Thu, 25 Oct 2018 12:18:08 +0000 http://independent.my/wp/?p=3931 Reading Time: 2 minutesIPOH: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak akan membantu menunaikan hasrat dan impian Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua (Islam) Titian Abadi (PEKITA) untuk memiliki sebuah bangunan sendiri bagi keselesaan hidup 25 penghuni rumah kebajikan berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, YB Dr Abdul Aziz Bari yang mengumumkan khabar gembira itu berkata, […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak akan membantu menunaikan hasrat dan impian Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua (Islam) Titian Abadi (PEKITA) untuk memiliki sebuah bangunan sendiri bagi keselesaan hidup 25 penghuni rumah kebajikan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, YB Dr Abdul Aziz Bari yang mengumumkan khabar gembira itu berkata, kerajaan negeri akan berusaha memastikan proses pembinaan rumah kebajikan itu di kawasan seluas 2.8 ekar di Ara Payung yang diluluskan kerajaan terdahulu kepada PEKITA dapat dilaksanakan.

Menurut Dr Abdul Aziz, beliau diberitahu ada pemaju telah tampil bekerjasama dengan PEKITA untuk membina rumah kebajikan di kawasan tapak tanah bekas lombong itu.

“Sudah tiba masanya PEKITA mempunyai bangunannya sendiri memandangkan rumah kebajikan sedia ada yang disewa bangunannya di Taman Kinta Perdana dengan kadar sewa bulanan RM800 tidak sesuai lagi untuk didiami kerana sempit dan tidak memberi keselesaan kepada para penghuninya.” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan ke PEKITA di Taman Kinta Perdana, Lahat pada Khamis. Ketibaan beliau disambut Pengerusi PEKITA, Haji Ahmad Wan Chik.

Pada lawatan itu, Dr Abdul Aziz Bari telah beramah mesra dengan warga emas penghuni rumah kebajikan itu sambil bertanya khabar kesihatan mereka sebelum menyerahkan 10 kotak makanan kepada pihak pengurusan PEKITA.

Sambil memuji kerja amal dan sukarela Pengerusi dan kakitangan rumah kebajikan itu beliau meminta rakyat Perak termasuk pihak swasta, badan bukan kerajan (NGO) dan korporat tampil segera menghulurkan bantuan berupa makanan dan kewangan bagi memastikan PEKITA dapat terus beroperasi menjaga kebajikan 25 penghuni rumah kebajikan itu.

“Bantuan berupa makanan dan kewangan daripada para penderma amat diharapkan bagi memastikan PEKITA dapat meneruskan operasi menjaga kebajikan penghuni-penghuni rumah kebajikan ini,” katanya.

Dr Abdul Aziz membuat lawatan ke rumah kebajikan Orang-Orang Tua (Islam) Titian Abadi (PEKITA) sebaik menerima laporan berita yang disiarkan portal online Independent.my bahawa rumah kebajikan itu sedang berdepan situasi meruncing kerana terputus bantuan wang dan makanan dapur daripada para penderma sejak enam bulan lalu.

Menurut Pengerusi PEKITA, Haji Ahmad Wan Chik, lebih membimbangkan PEKITA masih belum menerima bantuan tahunan sebanyak RM30,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Oktober ini menyebabkan pihaknya menghadapi kesulitan dalam menguruskan penjagaan 25 orang penghuni di rumah kebajikan berkenaan.

Sehubungan itu beliau merayu kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak membantu menghulurkan bantuan segera berupa wang dan makanan dapur kepada PEKITA bagi urusan penjagaan 25 orang warga emas di rumah kebajikan berkenaan.

Menurut Haji Ahmad lagi, semasa pentadbiran kerajaan terdahulu PEKITA ada menerima bantuan bulanan antara RM3,000 ke RM4,000 daripada kerajaan negeri termasuk bantuan bulanan 15 kotak makanan daripada Yayasan Bina Upaya (YBU) namun selepas beralih pemerintahan kepada Pakatan Harapan tiada lagi bantuan serupa itu diterima pihaknya sehingga ke hari ini.
Beliau turut menyentuh perancangan masa depan PEKITA untuk mendirikan sebuah bangunan rumah kebajikan sendiri di atas tapak tanah seluas 2.8 ekar di Ara Payong yang telah diluluskan kerajaan negeri terdahulu.

“Sudah 8 tahun tanah ini tidak dapat kami usahakan kerana kekangan kewangan selain kawasan tanah yang diberikan itu adalah tanah lombong yang memerlukan belanja besar untuk menambak,” katanya.

Memandangkan masalah besar yang dihadapi PEKITA kini semakin meruncing, Haji Ahmad memohon jasa baik orang ramai termasuk badan-badan korporat, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) tampil menghulurkan bantuan makanan dan wang kepada PEKITA.
Katanya, orang ramai yang ingin menyumbang bantuan boleh terus menghubungi beliau di talian 013-4793223 atau pejabat 05-3220244.

“Mereka yang ingin menyumbang wang boleh terus menggunakan akaun bank PEKITA iaitu Bank Muamalat (No. Akaun: 08040003058715)

]]>
Rumah Kebajikan Orang Tua Islam (PEKITA) Berdepan Situasi `Meruncing’… Enam Bulan Terputus Bantuan Makanan https://independent.my/rumah-kebajikan-orang-tua-islam-pekita-berdepan-situasi-meruncingterputus-bantuan-makanan-sejak-enam-bulan-lalu/ Tue, 23 Oct 2018 08:06:05 +0000 http://independent.my/wp/?p=3898 Reading Time: 3 minutesIPOH: Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua (Islam) Titian Abadi (PEKITA), satu-satunya rumah kebajikan orang tua Islam di Perak sedang berdepan situasi meruncing kerana terputus bantuan wang dan makanan dapur daripada para penderma sejak enam bulan lalu. Menurut Pengerusi PEKITA, Haji Ahmad Wan Chik, lebih membimbangkan PEKITA masih belum menerima bantuan tahunan sebanyak RM30,000 daripada Jabatan […]]]> Reading Time: 3 minutes

IPOH: Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua (Islam) Titian Abadi (PEKITA), satu-satunya rumah kebajikan orang tua Islam di Perak sedang berdepan situasi meruncing kerana terputus bantuan wang dan makanan dapur daripada para penderma sejak enam bulan lalu.

Menurut Pengerusi PEKITA, Haji Ahmad Wan Chik, lebih membimbangkan PEKITA masih belum menerima bantuan tahunan sebanyak RM30,000 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Oktober ini menyebabkan pihaknya menghadapi kesulitan dalam menguruskan penjagaan 25 orang penghuni di rumah kebajikan berkenaan.

Sambil menzahirkan rasa sedihnya berhubung perkara ini, beliau berkata, sekiranya keadaan terus meruncing , PEKITA bercadang untuk mengadakan rundingan dengan JKM bagi membincang dan mencari jalan penyelesaian demi masa depan penghuni-penghuni tua di bawah jagaannya.

“Paling menyedihkan semalam hanya tinggal dua kampit beras dan kini telah digunakan untuk makanan penghuni-penghuni di sini…lain-lain makan seperti biskut kering, kopi, gula, tepung walaupun ada namun bekalannya semakin habis.

“Saya telahpun menghubungi pihak JKM bertanyakan peruntukan tahunan RM30,000 kepada PEKITA namun jawapan yang diterima menyedihkan kerana mereka (JKM) juga tidak tahu sama ada peruntukan itu ada ataupun tidak.’’ Kata Haji Ahmad kepada Independent.my pada Selasa.

Sehubungan itu beliau merayu kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak membantu menghulurkan bantuan segera berupa wang dan makanan dapur kepada PEKITA bagi urusan penjagaan 25 orang warga tua di rumah kebajikann berkenaan.

Menurut Haji Ahmad lagi, semasa pemerintahan pentadbiran kerajaan terdahulu PEKITA ada menerima bantuan bulanan antara RM3,000 ke RM4,000 daripada kerajaan negeri termasuk bantuan bulanan 15 kotak makanan daripada Yayasan Bina Upaya (YBU) namun selepas beralih tampuk pemerintahan kepada Pakatan Harapan tiada lagi bantuan serupa itu diterima pihaknya saehingga ke hari ini. 

Sehubungan itu beliau merayu kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak membantu menghulurkan bantuan segera berupa wang dan makanan dapur kepada PEKITA bagi urusan penjagaan 25 orang warga tua di rumah kebajikan berkenaan.

Beliau memohon jasa baik kerajaan Pakatan Harapan Perak pimpinan Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal Azumu membantu PEKITA dalam meneruskan operasinya untuk menjaga kebajikan orang-orang tua berkenaan. 

“Sekarang ini kami menjaga 25 penghuni tua dan ada diantara penghuni ini tidak diambil peduli langsung oleh keluarga dan kami terpaksa ambil tugas sepenuh masa menjaga mereka.

“Bayaran terpulang kepada individu dan ahli keluarga…itulah duit yang kami dapat untuk menguruskan rumah kebajikan ini termasuk bayaran api dan air,’’ ujar Haji Ahmad.

Beliau turut menyentuh perancangan masa depan PEKITA untuk mendirikan sebuah bangunan rumah kebajikan sendiri di atas tapak tanah seluas 2.8 ekar di Ara Payong yang telah diluluskan kerajaan negeri terdahulu.

“Sudah 8 tahun tanah ini tidak dapat kami usahakan kerana kekangan kewangan selain kawasan tanah yang diberikan itu adalah tanah lombong yang memerlukan belanja besar untuk menambak tanah. 

“Sehingga sekarang sudah 8 tahun…kami masih meneruskan operasi menjaga penghuni-penghuni tua ini di sebuah rumah yang dijadikan sebagai rumah kebajikan di nombor 34 Laluan KP 1/6 Taman Kinta Perdana, Lahat dengan kadar sewa bulanan RM800.

“Saya mengharapkan kerajaan negeri dapat membantu kami mendirikan sebuah rumah kebajikan untuk PEKITA memandangkan keadaan rumah sedia ada amat daif…keadaan bilik dan bilik air yang sempit dan kurang selesa buat 13 penghuni tua lelaki dan 12 penghuni tua wanita yang menginap disitu,’’ ujarnya.

Memandangkan masalah besar yang dihadapi PEKITA kini semakin meruncing, Haji Ahmad memohon jasa baik orang ramai termasuk badan-badan korporat, swasta dan badan bukan kerajaan tampil menghulurkan sumbangan bantuan makanan dan wang kepada PEKITA.

Katanya, orang ramai yang ingin menyumbang bantuan boleh terus menghubungi beliau ditalian 013-4793223 atau pejabat 05-3220244.

]]>
Beri Peluang MB Urus Tadbir Perak Dengan Sebaiknya – Datuk Azhar https://independent.my/beri-peluang-mb-urus-tadbir-perak-dengan-sebaiknya-datuk-azhar/ Sat, 07 Jul 2018 08:10:08 +0000 http://independent.my/wp/?p=2537 Reading Time: 2 minutesBATU GAJAH: Rakyat Perak harus memberi peluang kepada kerajaan baharu pimpinan Menteri Besar, YAB Ahmad Faizal Dato’ Azumu untuk mengurus tadbir negeri ini dengan sebaiknya. Pengerusi Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR), Datuk Haji Azhar Ahmad berkata, ini kerana rakyat jugalah yang telah memberikan mandat kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan untuk mentadbir Perak. “Aspirasi rakyat […]]]> Reading Time: 2 minutes

BATU GAJAH: Rakyat Perak harus memberi peluang kepada kerajaan baharu pimpinan Menteri Besar, YAB Ahmad Faizal Dato’ Azumu untuk mengurus tadbir negeri ini dengan sebaiknya.

Pengerusi Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR), Datuk Haji Azhar Ahmad berkata, ini kerana rakyat jugalah yang telah memberikan mandat kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan untuk mentadbir Perak.

“Aspirasi rakyat itulah yang telah dizahirkan melalui undi…Walaupun di Perak dilihat kekuatan seimbang tapi kita kena akui sekarang ini kerajaan Pakatan Harapan memerintah negeri Perak,’’ katanya.

Datuk Azhar berkata demikian kepada Independent pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua (Islam) Titian Abadi (Pekita), Batu Gajah pada Sabtu. Hadir sama Pengerusi Pekita, Ahmad Wan Chik.

Datuk Azhar seterusnya menambah, harapan rakyat Perak hari ini, apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan PH hendaklah ditunaikan.

“Harapan kita sebagai rakyat Perak apa yang telah diwar-warkan… dijanjikan seboleh-bolehnya ditunaikan, bukanlah semata-mata hanya kita nak menang pilihanraya kita telah beri satu harapan kepada rakyat yang luar biasa.

“Tapi bila Allah telah mentakdirkan memberi peluang dan kuasa kepada kita, kita gagal untuk memenuhi segala janji yang telah dilontarkan sebelum pilihanraya.

“Jadi saya sangat yakin, kerajaan di bawah pimpinan YAB Ahmad Faizal akan terus membantu rakyat khususnya anak yatim, rumah-rumah kebajikan, ibu-ibu tunggal dan rakyat luar bandar yang masih susah dan sepertimana yang telah dibuat kerajaan terdahulu.

“Saya yakin mana yang baik diteruskan, mana yang kurang baik diperbaikkan… yang mana yang longgar diikatkan supaya ianya tidak statik malahan terus berjalan secara dinamik.

“Jadi itu maksudnya, tapi apapun kesimpulannya kita harus memberi peluang kepada YAB Menteri Besar untuk jalankan tugas… jangan ganggu dia… jangan gugat dia, saya secara peribadi akan terus memberi sokongan yang kuat kepada MB untuk jalankan tugas… kerana ini mandat rakyat dan amanah daripada Allah.’’ kata Datuk Azhar.

Ditanya mengenai usaha Pekita mendapatkan dana untuk memiliki sebuah bangunan sendiri yang lebih selesa, beliau berkata, sudah sampai masanya perkara ini diberi sokongan sewajarnya oleh kerajaan negeri.

Menurut Datuk Azhar, beliau difahamkan Pekita sebelum ini kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah Daerah Batu Gajah telah meluluskan sebidang tanah di Ara Payung untuk membina sebuah pusat jagaan orang tua Islam namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan dana.

“Kalau untuk membina bangunan yang selesa rasanya menelan kos lebih RM400,000.

“Rumah kebajikan orang tua Islam Pekita ini mempunyai seramai 26 penghuni dan saya difahamkan sudahpun wujud 10 tahun di bawah pemantauan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat namun terpaksa menyewa sebuah bangunan lama yang kini dianggap kurang selesa kerana keadaan bilik yang sempit.

“Sudah sampai masanya Pekita memerlukan sebuah bangunan sendiri dengan sokongan kerajaan negeri supaya semua penghuni rumah kebajikan ini mendapat layanan dengan baik dan selesa.

“KADIR penuh yakin kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar YAB Ahmad Faizal akan membantu rakyat kerana jiwanya adalah jiwa rakyat… beliau prihatin dalam permasalahan yang sedang dihadapi Pekita,’’ katanya.

]]>
Pekita Minta Jasa Baik Kerajaan PH Bantu Bina Bangunan Sendiri https://independent.my/pekita-minta-jasa-baik-kerajaan-ph-bantu-bina-bangunan-sendiri/ Sat, 07 Jul 2018 06:26:39 +0000 http://independent.my/wp/?p=2544 Reading Time: 2 minutesBATU GAJAH: Sejajar dengan pembentukan kerajaan Harapan begitu jugalah besarnya harapan rakyat untuk melihat kerajaan negeri Perak pimpinan YAB Ahmad Faizal Dato’ Azumu melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat. Mungkin permasalahan rakyat yang dibangkitkan adalah pelbagai namun seperti mana yang pernah diucapkan YAB Menteri Besar, kerajaan akan berusaha sebaik mungkin selagi yang termampu untuk menuntaskan […]]]> Reading Time: 2 minutes

BATU GAJAH: Sejajar dengan pembentukan kerajaan Harapan begitu jugalah besarnya harapan rakyat untuk melihat kerajaan negeri Perak pimpinan YAB Ahmad Faizal Dato’ Azumu melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat.

Mungkin permasalahan rakyat yang dibangkitkan adalah pelbagai namun seperti mana yang pernah diucapkan YAB Menteri Besar, kerajaan akan berusaha sebaik mungkin selagi yang termampu untuk menuntaskan permasalahan rakyat.

Isu terbaharu yang dirasakan perlu diberi perhatian dan sokongan segera oleh kerajaan negeri mengenai Rumah Orang-Orang Tua Islam Titian Abadi (Pekita), Jalan Lahat yang amat memerlukan segera sebuah bangunan kediaman bagi menempatkan seramai 26 penghuni orang tua dan warga emas Islam.

Menurut Pengerusinya, Haji Ahmad Wan Chik, penghuni sedia ada kini ditempatkan di pusat jagaan itu dalam sebuah bangunan yang disewa selama empat tahun dalam keadaan kurang selesa.

“Kami amat sedih melihat keadaan tempat mereka yang tidak selesa… bilik air dan tempat tidur sempit… Mereka tidak selesa untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka di sini,’’ katanya kepada Independent pada Sabtu.

Menurut Haji Ahmad lagi, hampir setiap hari banyak panggilan beliau terima daripada individu dan pihak keluarga yang hendak menghantar orang tua mereka ke pusat jagaan di sini namun terpaksa ditolak kerana keadaan bangunan yang sempit dan tidak selesa.

Beliau menjelaskan, empat tahun lalu kerajaan negeri terdahulu telah memberi sebidang tanah kepada Pekita seluas dua ekar di Ara Payung untuk didirikan sebuah bangunan namun tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan kewangan.

“Sudah empat tahun tanah diluluskan tapi kami tidak dapat mendirikan bangunan kami untuk menempatkan 26 penghuni dalam suasana selesa kerana kekangan kewangan,’’ katanya.

Haji Ahmad menjelaskan Pekita yang dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya diberi geran tahunan RM30,000 yang sudah tentunya tidak cukup untuk mengurus belanja bulanan hampir RM9,000 sebulan.

“Kita amat perlukan sumbangan daripada rakan-rakan di luar sana… Saya juga mengharapkan kerajaan (Pakatan) Harapan dapat sekiranya menghulurkan sumbangan berupa wang tunai ataupun menyediakan sebuah rumah bagi kami dengan kadar segera.’’ katanya.

Haji Ahmad berkata, mereka yang ingin menyumbang bantuan boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Bank Muaamalat bernombor 08040003058715 atau menghubunginya di nombor 013-4793223 atau isterinya Puan Zarina di 017-5519570.

]]>