Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
perumahan rakyat perak – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Tue, 23 Apr 2019 08:06:32 +0000 en-US hourly 1 Kerajaan Pastikan Golongan Miskin Tegar Miliki Rumah Sendiri https://independent.my/kerajaan-pastikan-golongan-miskin-tegar-miliki-rumah-sendiri/ Tue, 23 Apr 2019 08:00:58 +0000 https://independent.my/?p=5310 Reading Time: 2 minutesIPOH: Kerajaan Perak akan melaksanakan penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak 2019 dengan cara baru bagi memastikan golongan miskin tegar memiliki rumah sendiri. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Paul Yong Choo Kiong menerusi  inisiatif murni ini, pihak majlis daerah diminta agar dapat memberikan rumah secara […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Kerajaan Perak akan melaksanakan penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak 2019 dengan cara baru bagi memastikan golongan miskin tegar memiliki rumah sendiri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Paul Yong Choo Kiong menerusi  inisiatif murni ini, pihak majlis daerah diminta agar dapat memberikan rumah secara percuma kepada golongan miskin tegar.

“Kerajaan negeri sedar yang golongan miskin tegar ini, walaupun rumah kos rendah itu berada di bawah harga RM70,000 namun, mereka tetap tidak mampu untuk memilikinya.

“Saya sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, kita akan melancarkan pembangunan RPT secara baharu.

“Setelah dasar itu dilaksanakan, maka peserta-peserta yang jika kita dapati memang mereka berada dalam kategori golongan miskin tegar, saya menyeru agar pihak majlis daerah dapat memberikan rumah secara percuma kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Razman Zakaria (PAS- Gunung Semanggol) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa.

Kepada soalan tambahan daripada Terence Naidu (PH- Pasir Bedamar), Paul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh berkata, kerajaan negeri sedang giat berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan projek Program Perumahan Rakyat (PPR).

Selain itu, beliau juga berharap agar projek PPR Kampung Chain yang terletak di Lenggong dan projek PPR Bagan Datuk dapat diteruskan KPKT.

Menurut Paul, pada masa sama, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) sedang membangunkan 28 unit rumah kos rendah di bawah harga RM70,000 di Kampung Dato Nazri serta 109 unit rumah kos sederhana yang berharga bawah RM90,000 ke bawah di Kampung Changkat Jong.

Katanya lagi, berdasarkan pemantauan dan maklumat daripada Jabatan Perumahan Negara, dari tahun 2013 sehingga 2017, hanya 769 unit rumah kos rendah atau 1.24 peratus, daripada jumlah 61,658 unit keseluruhan yang dibina pihak pemaju perumahan swasta di Perak.

Beliau berkata, melalui Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri ini diharap agar ia mampu meningkatkan kadar peratusan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana untuk golongan B40 dan M40.

]]>
Pembangunan Perumahan Perlu Selaras Dasar Kuota Bumiputera – Yong https://independent.my/pembangunan-perumahan-perlu-selaras-dasar-kuota-bumiputera-yong/ Tue, 14 Aug 2018 06:58:53 +0000 http://independent.my/wp/?p=3172 Reading Time: 2 minutesIPOH: Pembangunan perumahan yang dilaksanakan di Perak perlu selaras dengan dasar kuota Bumiputera sepertimana yang ditetapkan dalam perkara kedua daripada tujuh wasiat Raja-Raja Melayu. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri, Yong Choo Kiong, ini penting supaya keseimbangan permintaan dan penawaran mengikut harga rumah dan masyarakat dapat […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Pembangunan perumahan yang dilaksanakan di Perak perlu selaras dengan dasar kuota Bumiputera sepertimana yang ditetapkan dalam perkara kedua daripada tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri, Yong Choo Kiong, ini penting supaya keseimbangan permintaan dan penawaran mengikut harga rumah dan masyarakat dapat diperolehi.

Namun begitu, kata beliau bagi tujuan keadilan kepada pemaju yang menanggung risiko hartanah Bumiputera yang tak terjual, jabatan dan agensi berkaitan boleh melihat kembali pengurusan kuota Bumiputera supaya segala urusan berkaitan dapat dipermudahkan.

Katanya, sehingga kini dasar perumahan yang dilaksanakan menetapkan agihan komponen pembangunan kepada 10 peratus pembangunan rumah kos rendah (di bawah harga RM70,001.00), 20 peratus pembangunan rumah kos sederhana (berharga antara RM140.001.00 hingga RM250,000.00) dan 50 peratus pembangunan rumah pada harga terbuka.

“Komponen pembangunan ini hanya tertakluk kepada kawasan skim perumahan yang melebihi 20 ekar tanah…Dasar ini dibuat bagi membolehkan semua golongan masyarakat dari B40,M40 dan T20 berpeluang mendapat penawaran rumah yang mesra dimiliki di Perak,’’ katanya.

Yong berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Bengkel Dasar Perumahan Negeri Perak 2018 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada Selasa.

Selain itu kata Yong, proses pra pembangunan yang agak panjang memberikan kenaikkan kos operasi pembangunan perumahan kerana bayaran faedah pembiayaan daripada institusi kewangan.

Katanya, proses pra pembangunan seperti kelulusan kebenaran merancang, pelan bangunan, pengelauran hak milik yang dikatakan mencecah antara 4 bulan hingga 12 bulan akan meningkatkan kos dan masa perancangan pembangunan perumahan.

“Untuk itu agensi kerajaan perlu melihat kembali proses kerjaya supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi membantu industri perumahan berjalan lancar,’’ katanya.

]]>
Kerajaan Perak Wujud Lebih 6,000 Peluang Pekerjaan Di Bidor https://independent.my/kerajaan-perak-wujud-lebih-6000-peluang-pekerjaan-di-bidor/ Thu, 09 Aug 2018 09:40:21 +0000 http://independent.my/wp/?p=3106 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Kerajaan Perak berjaya mewujudkan lebih 6,000 peluang pekerjaan kepada rakyat menerusi projek pembangunan Bandar Integrasi Sarung Tangan di Mukim Bidor dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion. Menurut Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, kejayaan ini adalah hasil kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Kossan Rubber Industries Bhd dalam usaha merancakkan ekonomi negeri. “Kossan dan […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Kerajaan Perak berjaya mewujudkan lebih 6,000 peluang pekerjaan kepada rakyat menerusi projek pembangunan Bandar Integrasi Sarung Tangan di Mukim Bidor dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion.

Menurut Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, kejayaan ini adalah hasil kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Kossan Rubber Industries Bhd dalam usaha merancakkan ekonomi negeri.

“Kossan dan PKNP telah memilih daerah Batang Padang sebagai lokasi pelaburan terbaru mereka dengan perbelanjaan RM1.5 bilion dan ia akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis perjanjian kerjasama PKNP-Kossan Rubber Industries Bhd di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.

Katanya, kerajaan Perak akan sentiasa bekerjasama dan memberi ruang kepada pelabur tempatan yang juga bertaraf dunia untuk meneruskan perniagaan bagi memembantu meningkatkan ekonomi negeri.

Kossan Rubber Industries Bhd akan membangunkan tanah perindustrian milik PKNP berkeluasan 824 ekar terletak di Mukim Bidor dengan pembinaan kilang sarung tangan getah.

Syarikat berkenaan merupakan sebuah syarikat pembuatan sarung tangan yang ditubuhkan pada tahun 1979 dan telah disenaraikan di Bursa Saham Malaysia sejak tahun 1996 dengan penghasilan produk 100 peratus untuk pasaran eksport melebihi 190 buah negara di seluruh dunia.

Terdahulu, Ahmad Faizal turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dan ECK Sdn Bhd untuk pembinaan 321 unit rumah mesra rakyat di Tronoh.

Katanya, projek perumahan di kawasan seluas 25 ekar di Tronoh itu melibatkan pembinaan rumah 1200 kaki persegi termasuk anjung yang akan dijual pada harga RM90,000 bagi setiap unit.

Katanya, projek perumahan ini amat dinanti-nantikan rakyat meskipun ia merupakan satu projek kecil yang hanya melibatkan 321 unit rumah.

“Namun begitu,saya ingin melihat keupayaan pihak pemaju untuk melaksanakannya jika ia dapat dibina dalam masa yang ditetapkan,” katanya.

Menurut beliau, perumahan berkonsepkan mesra pemilik seluas 750 kaki persegi ini dijangka siap dibina dalam tempoh masa setahun.

]]>