amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170PETALING JAYA | Dua organisasi memfailkan saman terhadap Kementerian Pendidikan dan kerajaan Malaysia bagi mendapatkan perisytiharan mengenai kewujudan sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, mendakwa ia mungkin bertentangan dengan kedudukan bahasa kebangsaan di bawah Klausa 152 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (MAPPIM) memfailkan saman dan penyataan tuntutan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, lapor portal Free Malaysia Today.
Menurut kenyataan peguam mereka, Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil, Haniff Khatri Abdulla akan menjadi peguam utama mereka.
Ia berkata, tuntutan itu mengikuti keputusan Mahkamah Persekutuan pada 11 Nov menolak permohonan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular di Malaysia.
Kenyataan itu berkata Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa permohonan itu sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi dan bukan di Mahkamah Persekutuan.
GPMS dan MAPPIM sedang memohon perisytiharan bahawa Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996, dan sejauh mana peruntukan itu membenarkan penubuhan sekolah-sekolah vernakular menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa utama, dan sama ada ia bercanggah dengan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan sebagai batal dan sah kerana percanggahan itu.
Ia berkata GPMS dan MAPPIM menyokong bahasa ketiga seperti Mandarin, Tamil, Arab dan Kadazan, dan lain-lain termasuk Jepun dan Korea, untuk diajar sebagai subjek bahasa.
“Tetapi ia bertentangan dengan penggunaan bahasa-bahasa ini sebagai medium utama di sekolah-sekolah yang menerima dana awam kerana perkara itu akan bertentangan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, yang mesti digunakan untuk semua tujuan rasmi,” katanya.
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Semua pihak perlu menghormati hak kerajaan untuk mengajar tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil selepas keputusan mahkamah yang membenarkan perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis lalu yang menolak permohonan parti Gerakan supaya pengajaran tulisan Jawi tidak dibenarkan di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara.
“Apabila Gerakan membawa kes ini ke mahkamah dan sudah diputuskan bahawa kementerian dan kerajaan berhak untuk mengajar jawi di sekolah-sekolah cina (dan tamil), maka kita perlu menghormati keputusan mahkamah itu.
“Bukan ia apa-apa keputusan politik, tetapi ia keputusan mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Akademik Antarabangsa: Menerokai Masa Depan Pendidikan, “Konsep, Metodologi dan Pragmatik” di sini, hari ini.
Pada September lepas, Gerakan telah memfailkan saman terhadap Kerajaan Pusat bagi mencabar keputusan kerajaan yang mahu melaksanakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Gerakan yang memfailkan saman itu melalui Presidennya Dominic Lau Hoe Chai menamakan Menteri Pendidikan Maszlee Malik, Timbalannya Teo Nie Ching dan kerajaan Persekutuan sebagai responden.
Mengulas mengenai perkembangan perkahwinan bawah umur pula, Mujahid berkata masih ada harapan untuk semua negeri-negeri di Malaysia meminda perundangan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun walaupun terdapat tujuh negeri yang tidak bersetuju meminda perundangan itu.
Jelasnya, ini kerana tujuh negeri itu masih bersetuju untuk memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) perundangan had umur perkahwinan itu.
“Walaupun sesetengah negeri tidak mahu letak had umur 18 (contohnya), mereka bersetuju untuk mengetatkan undang-undang itu. Jadi ini bermakna masih ada harapan dalam meyakinkan mereka bahawa lebih baik kita letakkan had umur 18 tahun sebagai ketetapan dalam undang-undang,” tambahnya lagi.
Apabila ditanya sebab negeri-negeri itu tidak mahu meletakkan had umur, menteri itu berkata: “Isu itu terletak kepada kuasa negeri, saya tidak mahu memberi jawapan. Kena tanya negeri-negeri itu. Setiap negeri ada tafsiran sendiri dan kuasa untuk menetapkannya.”
Setakat ini, hanya Selangor yang meminda enakmen had umur minimum perkahwinan ini manakala Wilayah Persekutuan dalam proses melakukan pindaan.
Lima negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak sebelum ini mengumumkan setuju untuk meminda undang-undang berkaitan had umur perkahwinan.
Tujuh negeri yang tidak bersetuju adalah Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan. Bagaimanapun, Kedah dilaporkan telah bersetuju untuk meminda enakmen berkaitan pada 22 Nov lalu.
Sementara itu, bersempena majlis hari ini, Mujahid berkata cabaran besar dalam misi pendidikan adalah bagaimana ia dapat beroperasi dalam suasana kepelbagaian di Malaysia.
“Kita harus fokus kepada menolak semua kepentingan kekelompokan dan kepuakan demi kepentingan dan kebaikan semua pihak melalui rundingan dan dialog berterusan.
“Mempertahankan apa yang kita anggap benar dan betul bukanlah isu sebenarnya tetapi pendekatan hikmah, sikap rahmah dan punya kebijaksanaan adalah cabaran sebenarnya,” katanya.
Sehubungan itu, Mujahid berkata semua pihak di bawah persatuan pendidikan termasuk Dong Zong memainkan peranan yang besar dalam menyumbang kepada perpaduan negara.
Beliau berkata demikian kepada tetamu majlis itu yang rata-ratanya adalah ahli Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong).
“Mana-mana sekolah yang duduk bernaung di bawah Dong Zong, selagi ia berdaftar, dan mahu menyumbang kepada perpaduan serta pembangunan negara sudah tentulah saya mengharapkan perkara itu.
“Kita, Malaysia, mahu melihat semua pihak ada satu mindset walaupun berada dengan Dong Zong, atau apa saja persatuan pendidikan, semuanya mesti ada satu agenda besar mengikut dasar-dasar negara yang telah ditetapkan,” katanya.
— BERNAMA
IPOH | EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan cadangan untuk memansuhkan sistem pendidikan vernakular sebagai cadangan yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan kehendak Perlembagaan negara.
Katanya, ini kerana Perlembagaan negara membenarkan pembelajaran selain bahasa Melayu yang telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan.
“Saya lihat cadangan ini menampakkan kejahilan selain dari sikap ekstrem atau pemikiran kanan dalam PAS itu sendiri yang saya rasa tidak sesuai dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia.
“Keduanya, institusi sekolah Cina dan Tamil sudah wujud lebih 60 tahun, kalau kita ambil kira sebelum merdeka, jadi tak masuk akal kalau nak mansuhkan sekolah itu,” katanya.
Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, di sini pada Ahad.
Beliau mengingatkan bahawa bekas Menteri Besar Kelantaan, almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengumumkan untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin di sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).
“Saya tidak tahu apa sudah jadi dengan pimpinan PAS sekarang.
“Ini menunjukkan tendency (kecenderungan) rasis, nasionalisme sempit dalam PAS yang didokong oleh pimpinan PAS sekarang,” kata Aziz.
Dalam pada itu, beliau memberi contoh seorang bekas Ahli Parlimen dari Sabah, mendiang Mark Koding yang pernah membangkitkan soal pemansuhan sekolah Cina dan Tamil.
Katanya, mendiang Mark Koding pernah mencadangkan sekolah-sekolah ini dimansuhkan sekitar tahun 1978.
“Tak silap saya sewaktu mendiang mencadangkan sekolah Cina dan Tamil dihapuskan … beliau didakwa di bawah Akta Hasutan.
“Jadi ini satu perkara yang nampak mereka tak faham politik Malaysia, jadi bagaimana kita boleh beri kepercayaan kepada parti politik ini,” kata Aziz.
Susulan itu, beliau turut menyoal apakah pendirian parti-parti komponen dalam Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC berhubung cadangan tersebut.
Abdul Aziz yang juga Adun Tebing Tinggi mengulas tindakan PAS mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini kerana dasar berkenaan tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.
Wakil Dewan Muslimat PAS, Salamiah Md. Nor berkata, sebelum mengambil alih pentadbiran Putrajaya, pemimpin PH mengatakan tidak selesa dengan sistem berkenaan.