Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
sivanesan – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Wed, 17 Apr 2019 13:54:42 +0000 en-US hourly 1 Khabar Angin Pelajar STAR Diserang Penyakit Misteri Tidak Benar https://independent.my/khabar-angin-pelajar-star-diserang-penyakit-misteri-tidak-benar/ Wed, 17 Apr 2019 09:17:02 +0000 https://independent.my/?p=5190 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Khabar angin kononnya ada serangan penyakit misteri yang membabitkan seramai 79 pelajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) adalah tidak benar sama sekali. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Intergrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan, selepas pemeriksaan dijalankan didapati seramai empat orang pelajar telah disahkan positif influenza A H1N1. Katanya, […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Khabar angin kononnya ada serangan penyakit misteri yang membabitkan seramai 79 pelajar di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) adalah tidak benar sama sekali.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Intergrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan, selepas pemeriksaan dijalankan didapati seramai empat orang pelajar telah disahkan positif influenza A H1N1.

Katanya, gejala demam dan batuk dalam kalangan pelajar yang melibatkan seramai 79 orang pelajar dan seorang guru telah dikesan dimana dua orang pelajar telah dimasukkan ke hospital swasta untuk rawatan dan pemantauan manakala kes lain diklasifikasikan sebagai pesakit luar.

“Seramai 28 orang pelajar telah diasingkan dan sebanyak empat kes disahkan positif influenza A H1N1,’’ katanya kepada pemberita di bilik media Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Beliau berkata, pejabat kesihatan Daerah Kinta telah mengambil tindakan bagi mencegah penyakit tersebut dari terus merebak termasuk mengasingkan pelajar yang terlibat dengan pelajar-pelajar lain.

“Situasi tersebut masih berada dalam keadaan terkawal.’’ katanya.

Menurut Sivanesan, bagi mencegah jangkitan, orang ramai disarankan untuk mengamalkan langkah pencegahan pada peringkat awal antaranya menjaga kebersihan diri dan mengelak berkongsi pakaian peribadi seperti tuala mandi.

]]>
Masalah Sistem Ladang Ternakan Khinzir Selesai Hujung Tahun Depan https://independent.my/masalah-sistem-ladang-ternakan-khinzir-selesai-hujung-tahun-depan/ Thu, 30 Aug 2018 09:46:58 +0000 http://independent.my/wp/?p=3355 Reading Time: 2 minutesIPOH:Kerajaan Perak memberi jaminan akan menyelesaikan masalah sistem ladang penternakan khinzir di negeri ini pada hujung tahun depan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan, sebanyak 57 daripada 115 ladang ternakan khinzir di negara ini telah memenuhi piawaian ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. “Lima puluh tujuh ladang telah […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH:Kerajaan Perak memberi jaminan akan menyelesaikan masalah sistem ladang penternakan khinzir di negeri ini pada hujung tahun depan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan, sebanyak 57 daripada 115 ladang ternakan khinzir di negara ini telah memenuhi piawaian ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Lima puluh tujuh ladang telah ditukar kepada konsep ladang tertutup iaitu sebanyak 53 peratus manakala baki 21 ladang beroperasi di atas tanah milik kerajaan dan 34 atas tanah persendirian.

“Antara 21 ladang khinzir ini enam telah mohon pertukaran lokasi dan baki hanya 15 ladang menggunakan tanah kerajan akan kita syorkan langkah penyelesaian selepas dapat maklum balas daripada jabatan veterinar untuk kelulusan sekiranya menetapi syarat dan kriteria yang ditetapkan,” katanya pada perjumpaan dengan wakil persatuan penternakan khinzir negeri Perak di Bangunan Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.Turut hadir Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak iaitu Dr Ahmad Shafri Hassan.

Pada perjumpaan itu wang sejumlah RM400,000 untuk Tabung Harapan telah disampai oleh Persatuan Penternakan (Khinzir) Negeri Perak. Menurut Sivanesan, satu jawatankuasa telah dibentuk sebelum ini bagi menguruskan 115 ladang khizir di negeri ini malah kerajaan persekutuan telah memperkenalkan satu daar dan polisi bagi menggunakan sistem ladang tertutup untuk penternakan babi sehingga tahun 2021.

“Sepatutnya kesemua ladang ditukar perlu menggunakan sistem ladang tertutup pada atau sebelum 31 Disember 2018 nampaknya masalah bukan sahaja di Perak tetapi seluruh negara yang masih tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Katanya, antara syarat yang perlu dipatuhi iaitu penternakan ladang tertutup, sistem pengurusan kumbahan dengan menggunakan sistem biogas, mempunyai zon penampang dengan syarat minima 200 meter dari rumah kediaman, sekolah, klinik,rumah ibadat dan tempat awam dan mengamalkan perladangan yang baik dan perlu mendapatkan kelulusan kebenaran merancang bagi setiap permohonan.

“Hasil perbincangan hampir kesemua penternak ingin mematuhi kelima-lima kriteria jadi kerajaan negeri mahu melihat masalah ini diselesaikan dalam secepat mungkin.

“Kita berhadapan masalah tidak dapat mengutip premium bagi tanah kerajaan yang telah digunakan jadi kerajaan negeri akan ambil segala usaha untuk memastikan penternakan mendapat kelulusan supaya dapat dikawal.

“Jabatan Veterinar hanya memberi lesen bagi memastikan kebersihan ladang ini dan kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat dengan kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

Menurut beliau, sejumlah 540,000 khinzir di ternak di 115 ladang sekitar kawasan di Kerian, Kinta, Kampar, Manjung, Batang Padang dan Hilir Perak.

]]>
Perkampungan Terbesar Masyarakat India Diwujud di Bemban https://independent.my/perkampungan-terbesar-masyarakat-india-diwujud-di-bemban/ Tue, 12 Jun 2018 08:42:21 +0000 http://independent.my/wp/?p=2048 Reading Time: 2 minutesIPOH: Jika Perak berbangga mempunyai perkampungan Melayu terbesar di Gugusan Manjoi, kini kerajaan negeri pula akan mewujudkan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) terbesar di Bemban. Sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan baharu, Pakatan Harapan Perak terus mengutamakan kepentingan masyarakat kaum India apabila memberi khabar gembira buat 144 penduduk Kampung Chekedi di Buntong apabila nama mereka mungkin terpilih […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Jika Perak berbangga mempunyai perkampungan Melayu terbesar di Gugusan Manjoi, kini kerajaan negeri pula akan mewujudkan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) terbesar di Bemban.

Sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan baharu, Pakatan Harapan Perak terus mengutamakan kepentingan masyarakat kaum India apabila memberi khabar gembira buat 144 penduduk Kampung Chekedi di Buntong apabila nama mereka mungkin terpilih sebagai peserta bagi fasa pertama rancangan itu.

Bagaimanapun keputusan sama ada nama mereka terpilih atau tidak bergantung kepada bantahan awam terhadap senarai nama yang akan dipamerkan di Pusat Khidmat ADUN Buntong bermula 20 Jun hingga 5 Julai ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Masyarakat Sivil, Orang Asli, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna, YB A.Sivanesan, senarai nama peserta itu dipamer untuk bantahan awam bagi memastikan hanya yang benar-benar layak berhak memiliki tanah lot itu.

Beliau berkata, mereka yang ditawarkan merupakan penduduk berbangsa India yang kini menetap di Kampung Chekedi di Buntong hampir 40 tahun.

“Kesemua 144 peserta ini merupakan peserta fasa pertama daripada tiga fasa yang melibatkan kawasan perkampungan seluas 36.25 hektar yang merupakan perkampungan India terbesar di Malaysia,” katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa. Hadir sama pada sidang media itu Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, S. Sivasubramaniam.

Menurut Sivanesan, fasa pertama melibatkan 817 lot yang terdiri daripada dua saiz iaitu ’45×60′ dan ’60×80′. Sehubungan dengan itu, beliau meminta peserta menyediakan wang berjumlah RM 700 sebagai kos penyelenggaraan ukur tanah sebelum layak mendapatkan hak milik yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Batu Gajah nanti.

“Peserta boleh datang ke Pusat Khidmat ADUN Buntong untuk memastikan sama ada nama mereka ada dalam senarai yang dipamerkan,” katanya.

Sivanesan turut menegaskan bahawa kerajaan baharu ini akan bertindak tegas dalam memastikan hanya mereka yang layak mendapat hak menduduki lot berkenaan.

“Jika terdapat keraguan dalam kalangan peserta yang dikesan tidak sepatutnya layak, nama mereka akan digugurkan untuk berikan peluang kepada peserta yang layak,”katanya.

]]>
Operasi Projek Mini Hidro Kampung Ulu Geruntum Digantung Sementara Waktu https://independent.my/operasi-projek-mini-hidro-kampung-ulu-geruntum-digantung-sementara-waktu/ Thu, 07 Jun 2018 08:55:50 +0000 http://independent.my/wp/?p=1916 Reading Time: 2 minutesIPOH: Projek Mini Hidro di Kampung Ulu Geruntum yang menimbulkan kontroversi semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa memberi kesan kepada kehidupan orang asli dan eko sistem kawasan hijau akhirnya digantung operasinya buat sementara waktu. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna , Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia YB A. Sivanesan penggantungan […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Projek Mini Hidro di Kampung Ulu Geruntum yang menimbulkan kontroversi semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa memberi kesan kepada kehidupan orang asli dan eko sistem kawasan hijau akhirnya digantung operasinya buat sementara waktu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna , Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia YB A. Sivanesan penggantungan itu berkuatkuasa serta-merta bermula hari ini.

Katanya, keputusan penggantungan itu dibuat untuk membolehkan pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kampar menjalankan kajian terperinci dan menyiapkan ulasan-ulasan serta dokumentasi sebelum hujung bulan ini. Beliau berkata, keputusan itu diambil dalam satu dialog khas bersama wakil daripada orang asli, Perak Hydro Renewble Energy Corporation, Eco Tourism, Alam Sekitar, Sahabat Alam, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan PEKA.

“Saya telah arahkan pihak Pejabat Daerah Kampar dan Alam Sekitar untuk menjalankan satu kajian terperinci dan memaklumkan kepada saya ulasan-ulasan dan dokumentasi mereka sebelum hujung bulan ini.

“Selepas itu satu lagi mesyuarat akan diadakan dan akan dimaklumkan kepada kepada semua wakil yang terlibat,” katanya kepada media selepas mempengerusikan dialog khas di bilik Gerakan, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.

Menurut Sivanesan, semua wakil yang hadir pada dialog itu berpuas hati kerana mereka diberi peluang meluahkan pendapat dan pandangan berhubung pelaksanaan projek mini hydro itu.

“Semua pihak merasa puas hati kerana mereka diberi peluang meluahkan pandangan, mendengar dan keputusan dibuat tindakan menggantung sementara waktu pelaksanaan projek berharga RM20 juta itu,” katanya.

Faisal Kadir

Ditanya mengenai kemusnahan dan kerosakan tanaman pokok durian, petai sebagainya yang menjadi hasil pengantungan hidup orang asli di kampung berkenaan selain kemusnahan kawasan perkuburan, katanya, kesemua 36 penduduk yang mengalami kerugian itu akan dibayar pampasan oleh pihak pemaju.

Sementara itu Pengurus Nomad Adventure, Faisal Kadir yang hadir pada dialog itu menyambut baik penggantungan sementara waktu operasi projek mini hydro itu bagi mencari jalan penyelesaian terbaik antara penduduk orang asli kampung, eko Tourism dengan pihak pemaju terlibat.

“Saya memang alu-alukan keputusan itu bagi memberi peluang kedua pihak terlibat… penduduk orang asli dan pemaju untuk cari jalan penyelesaian terbaik,” katanya.
Menurut Faizal, sebenarnya Gopeng kalau dibangunkan dengan betul tanpa `usik’ alam semula jadinya mampu menjadi kawasan outdoorterbaik di Malaysia.

“Kita ada sungai yang bagus, Gua Tempurung dan Gua Kandu selain kawasan bukit-bukit yang paling sesuai untuk aktiviti pendakian dan tracking bagi para pengemar aktiviti sukan layak dalam dan luar negeri,” katanya.
Faizal juga menganggap pendekataan kerajaan baharu mengadakan dialog seperti ini sebagai satu pendekatan terbaik dan perlu diteruskan bagi memantapkan lagi kerjasama kerajaan dengan semua sektor yang terbabit dalam isu alam sekitar.

]]>