Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
sungai rui – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Wed, 10 Apr 2019 21:52:37 +0000 en-US hourly 1 Pencemaran Air Sungai Rui Tidak Ancam Keselamatan Orang Ramai https://independent.my/pencemaran-air-sungai-rui-tidak-ancam-keselamatan-orang-ramai/ Wed, 10 Apr 2019 07:06:18 +0000 http://independent.my/wp/?p=5102 Reading Time: 2 minutesIPOH: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan tahap pencemaran Sungai Rui, Hulu Perak adalah rendah dan tidak mengancam keselamatan orang ramai. Menurut beliau, ini berdasarkan standard piawaian yang ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO). Namun begitu, katanya, kerajaan negeri tetap mengambil serius terhadap penemuan sisa arsenik dalam air Sungai Rui dengan menubuhkan […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan tahap pencemaran Sungai Rui, Hulu Perak adalah rendah dan tidak mengancam keselamatan orang ramai.

Menurut beliau, ini berdasarkan standard piawaian yang ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Namun begitu, katanya, kerajaan negeri tetap mengambil serius terhadap penemuan sisa arsenik dalam air Sungai Rui dengan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas (taskforce) bagi mengenalpasi punca pencemaran.

“Isu penemuan sisa arsenik dalam air Sungai Rui telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) dan mesyuarat telah memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengenalpasti punca pencemaran dan mengambil langkah segera bagi mengawal pencemaran,’’ katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas mengenai isu pencemaran Sungai Rui di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Haji Zainal Azman Abu Seman.

Ahmad Faizal menambah, kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan perihal keselamatan para penduduk terlibat dan tindakan telah dijalankan untuk mengambil sampel  rambut daripada 300 penduduk Kampung Air Gandar yang mengalami simpton sakit kulit.

“Sampel ini telah dihantar kepada Institut Kajian Perubatan Malaysia (IMR) bagi tujuan untuk analisis bagi mengenalpasti punca penyakit kulit yang dihadapi penduduk terbabit.

“Kita masih menunggu laporan penuh daripada IMR dan sebagai kerajaan negeri yang bertanggungjawab, kita perlu memastikan setiap tindakan adalah berdasarkan fakta yang konklusif, supaya tidak berlaku kebimbangan dan suasana panik di kalangan rakyat.’’ Katanya.

Beliau berkata, susulan isu pencemaran air Sungai Rui, kerajaan negeri telah memutuskan untuk membekukan semua aktiviti pembalakan di hulu dan sepanjang Sungai Rui sehingga laporan konklusif hasil daripada semua kajian diperolehi.

Susulan isu pencemaran air Sungai Rui ini juga, kata Menteri Besar, pihak Lembaga Air Perak (LAP) bersedia untuk mengambil penyelesaian tempoh jangka panjang dengan membekalkan air kepada kampung berkenaan daripada loji rawatan air Lawin.

Katanya, ini melibatkan pembinaan paip sepanjang 11.5km termasuk pam LAP.

Ahmad Faizal seteerusnya berkata, berdasarkan kajian yang telah dibuat, arsenik secara semulajadi wujud dalam tanah di daerah Hulu Perak.

Katanya, peningkatan kandungan arsenik dalam air sungai berkemungkinan berpunca daripada aktiviti penerokaan tanah seperti perlombongan bijih, hakisan tanah dan perladangan yang telah berlangsung selama lebih 100 tahun.

“Kajian juga menunjukkan kawasan  Klian Intan yang sememangnya kaya dengan sumber mineral terutamanya bijeh timah.

“Kita juga dimaklumkan bahawa aktiviti 2,000 pendulang berlesen dan aktiviti pendulang haram di Sungai Pahit, dimana tindakan mereka menjalankan aktiviti mencuci bijih timah menggunakan bahan kimia juga turut menyumbang kepada pencemaran Sungai Hitam yang bersambung dengan Sungai Rui.

“Kajian juga mendapati aktiviti perlombongan bijih timah di antara lima hingga enam tahun lalu berkemungkinan menyumbang kepada pencemaran Sungai Rui yang bersambung dengan Sungai Perak.’’ Katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Faizal menegaskan kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menghentikan mana-mana aktiviti ekonomi yang menyumbang secara terus kepada pencemaran alam sekitar di negeri Perak khususnya di sepanjang Sungai Rui.

“Bagaimanapun ia perlu dilakukan dengan cermat dan penuh tanggungjawab supaya tidak menimbulkan keresahan dan keadaan panik di kalangan rakyat,’’ ujarnya.

Katanya, pemantauan dan penguatkuasaan oleh semua agensi terlibat akan dipertingkatkan bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan juga rakyat negeri Perak.

Baru-baru ini Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar, Dr Aziz Bari berkata, kerajaan negeri mengesan berlaku pencemaran di Sungai Rui dipercayai akibat dari aktiviti perlombongan.

Katanya, berdasarkan hasil kajian sampel air di sungai yang berkeladak itu menemui  bahan logam berat iaitu arsenik.

]]>
Sungai Rui di Hulu Perak Mengandungi Arsenik Penyebab Kanser Kulit https://independent.my/sungai-rui-di-hulu-perak-mengandungi-arsenik-penyebab-kanser-kulit/ Thu, 04 Apr 2019 09:43:59 +0000 http://independent.my/wp/?p=4985 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Sungai Rui di Hulu Perak dikesan mengandungi bahan logam Arsenik yang dipercayai boleh menyebabkan kanser kulit kepada individu yang terdedah dengannya. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari yang mendedahkan perkara itu bagaimanapun berkata, situasi itu tidak sampai ke tahap kronik seperti mana yang berlaku di Sungai Kim […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Sungai Rui di Hulu Perak dikesan mengandungi bahan logam Arsenik yang dipercayai boleh menyebabkan kanser kulit kepada individu yang terdedah dengannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari yang mendedahkan perkara itu bagaimanapun berkata, situasi itu tidak sampai ke tahap kronik seperti mana yang berlaku di Sungai Kim Kim, Johor, baru-baru ini.

Menurut beliau, pemantauan sedang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Perak untuk menentukan kualiti air sungai tersebut.

Aziz bagaimanapun tidak menolak kemungkinan punca kehadiran logam itu dipercayai akibat kegiatan perlombongan.

“Semua jabatan yang berkaitan sedang membuat kompilasi berhubung kandungan logam arsenik di sungai berkenaan dimana keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Operator perlombongan yang sudah lama beroperasi di kawasan itu menyedari keadaan ini.

“Kerajaan negeri juga sedar dan langkah berjaga- jaga telah diambil dengan menjalankan aktiviti penguatkuasaan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.

Menurut Aziz, beliau telah dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan negeri dengan kewujudan kes kanser kulit yang dihadapi oleh penduduk di sekitar Sungai Rui.

“Sungai Rui yang berkeladak dan keruh dikesan dicemari Arsenik tetapi bukan di tahap kritikal namun kerajaan perlu buat sesuatu sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

“Ini bukan bermaksud untuk hentikan kegiatan perlombongan tetapi kita nak lihat cara untuk mengawal,” katanya.

 Beliau berkata, antara kesan-kesan awal kepada kanser kulit ialah gatal di seluruh badan kerana terdedah dengan air sungai itu.

]]>