amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pelaburan Infrastruktur Luar Negara Jepun untuk Pengangkutan & Pembangunan Bandar (JOIN), Takuma Hatano di Bangunan Marunouchi Nakadori di sini bagi membincangkan potensi pelaburan dan kerjasama untuk pembangunan negeri Perak.
JOIN adalah agensi strategik kerajaan Jepun yang terlibat secara aktif dalam pembangunan infrastruktur global.

“Kita percaya, kepakaran dan penyelesaian berasaskan teknologi tahap tinggi yang dimiliki oleh pihak JOIN mampu memainkan peranan yang sangat signifikan kepada usaha membangunkan negeri Perak.
“Kerajaan negeri berhasrat mewujudkan perkongsian teknologi dan pembangunan modal insan melalui kerjasama dengan agensi kerajaan Jepun dan kita amat berbesar hati kerana dalam pertemuan tadi pihak JOIN telah menyatakan komitmen membantu menghubungkan kerajaan negeri Perak dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan di Jepun,” kata Ahmad Faizal.
Dalam pertemuan itu juga, beliau telah mempelawa JOIN untuk turut serta dalam pembangunan infrastruktur di negeri Perak yang boleh menjalin hubungan Malaysia dengan Jepun.
Pertemuan dengan JOIN adalah sebahagian dari siri lawatan delegasi kerajaan negeri Perak untuk membina prospek kerjasama strategik dengan komuniti pelabur dan pelbagai agensi kerajaan Jepun.
Semalam, delegasi yang diketuai Menteri Besar Perak menemui Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Polisi Penjagaan Kesihatan di bawah Sekretariat Kabinet Jepun, Koji Fujimoto untuk mempelajari sistem pengurusan penjagaan kesihatan warga emas di negara itu.