Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php:6170) in /home/independ/public_html/wp-includes/feed-rss2.php on line 8
UEC – Independent https://independent.my Berita Sebenar. Dari Sudut Berbeza Fri, 11 Jan 2019 04:28:58 +0000 en-US hourly 1 Kerajaan Digesa Siapkan Kertas Kerja UEC Agar Segera `Lenyapkan’ Kekeliruan Rakyat https://independent.my/kerajaan-digesa-siapkan-kertas-kerja-uec-dibentang-di-parlimen-bagi-lenyapkan-kekeliruan-rakyat/ Thu, 26 Jul 2018 09:37:59 +0000 http://independent.my/wp/?p=2812 Reading Time: 2 minutesIPOH: Kementerian Pendidikan digesa menyiapkan kertas kerja berhubung Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk dibentangkan di dalam Parlimen bagi melenyapkan kekeliruan berterusan rakyat terhadap cadangan pengiktirafan UEC. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi dan Penerangan, Dr Abdul Aziz Bari, kertas kerja itu amat penting dibentangkan dan bukan hanya sekadar di luar dari Dewan Rakyat. “Kita […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Kementerian Pendidikan digesa menyiapkan kertas kerja berhubung Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk dibentangkan di dalam Parlimen bagi melenyapkan kekeliruan berterusan rakyat terhadap cadangan pengiktirafan UEC.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi dan Penerangan, Dr Abdul Aziz Bari, kertas kerja itu amat penting dibentangkan dan bukan hanya sekadar di luar dari Dewan Rakyat.

“Kita tidak mahu ia gagal seperti Dasar Ekonomi Baru… Ia tidak pernah dibentangkan di dalam Parlimen kerana Parlimen adalah tempat yang wajar diumumkan.

“Bukan hanya sekadar diumumkan dalam surat khabar, temu ramah dan sebagainya.’’ katanya.

Aziz berkata, beliau kurang bersetuju dengan kenyataan Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang mengaitkan isu tersebut dengan soal perpaduan masyarakat. Beliau menegaskan, pelaksanaan UEC seperti yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihanraya Umum Ke-14 merupakan soal keperluan umum.

Katanya, usaha ke arah pelaksanaan janji tersebut juga tidak langsung bertentangan dan menggugat kedudukan Bahasa Melayu seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan negara.

“Ini bukan soal Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan sebagainya… Ini juga bukan soal anti mana-mana bangsa.

“Sebagai contoh di Perak, sudah ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang majoritinya Melayu… Jadi, isu UEC, bahasa ini jangan dipolitikkan.

“Soal perpaduan yang disebutkan Tan Sri itu saya kurang setuju. Ertinya, pejabat Mufti seharusnya tidak terlalu cepat untuk ‘jump on the bandwagon’,” kata Aziz kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.

Beliau turut menjelaskan pandangan yang mengatakan perlaksanaan UEC memberi kesan kepada perpaduan masyarakat juga adalah dakwaan yang tidak mempunyai asas. Sehubungan dengan itu, katanya, semua pihak harus ke hadapan, realistik dan berpandangan luas dalam mengulas isu ini.

]]>
Mufti Perak Zahir Dukacita Kerajaan Negeri Iktiraf UEC https://independent.my/mufti-perak-zahir-dukacita-kerajaan-negeri-iktiraf-uec/ Wed, 25 Jul 2018 16:15:11 +0000 http://independent.my/wp/?p=2791 Reading Time: 2 minutesIPOH: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menzahirkan rasa dukacita berhubung pendirian kerajaan negeri Perak untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Menurut beliau, pengiktirafan itu akan membuka ruang cukup besar kepada kaum lain dengan menimbulkan semangat perkauman yang boleh merosakkan suasana harmoni di negara ini. “Mutakhir ini, bidang pendidikan yang diharmonikan dengan perpaduan kaum sedang […]]]> Reading Time: 2 minutes

IPOH: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menzahirkan rasa dukacita berhubung pendirian kerajaan negeri Perak untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Menurut beliau, pengiktirafan itu akan membuka ruang cukup besar kepada kaum lain dengan menimbulkan semangat perkauman yang boleh merosakkan suasana harmoni di negara ini.

“Mutakhir ini, bidang pendidikan yang diharmonikan dengan perpaduan kaum sedang dirosakkan oleh desakan pihak-pihak tertentu yang semakin berani menggugat Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

“Adalah amat mendukacitakan sama sekali sekiranya UEC diiktiraf sedangkan sistem pendidikan di negara ini telah dibentuk berasaskan perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa,” katanya dalam satu kenyataannnya pada Rabu.

Harussani berkata, Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 adalah antara dasar terbaik yang telah digubal dengan mengambil kira semangat perpaduan kaum bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu memelihara perpaduan nasional.

Katanya, kerajaan perlu mengambil kira maslahat umum, silibus, dasar, polisi dan akta-akta sedia ada serta pandangan pakar juga tokoh negarawan dalam setiap perancangan dasar baharu.

“Bukannya sekadar menerima cadangan dan terus melaksanakannya tanpa melihat kepada kesan dan akibat dasar tersebut.

“Pengorbanan negarawan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Tan Siew Sin dari MCA yang menghalang pelaksanaan UEC pada zaman mereka adalah contoh semangat perpaduan kaum yang sangat tinggi,” katanya.

Harussani berkata, pengiktirafan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Bahasa Melayu telah diiktiraf secara jelas sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

“Dasar pendidikan sedia ada yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ini telah terbukti mampu memacu pembangunan negara ke arah yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau akan mengatur pertemuan bersama Mufti Perak dalam masa terdekat ini untuk menerangkan pendirian kerajaan berhubung perkara itu.

Menurut beliau, keputusan untuk mengiktiraf UCE dibuat sebagai memenuhi janji dalam manifesto Pakatan Harapan seperti dalam kempen pilihan raya sebelum ini.

“Saya fikir masih ramai yang tidak memahami maksud sebenar perkara ini, dalam konteks kerajaan Perak, kita mengiktiraf UEC namun dengan syarat mendapat kredit dalam bahasa Melayu kerana mereka yang berkhidmat sebagai penjawat awam mestilah boleh berbicara, menulis atau membaca dalam bahasa Melayu.

“Langkah pengiktirafan ini juga sebenarnya menunjukkan Pakatan Harapan tidak mengekang mana-mana pemegang sijil UEC mendapat peluang sewajarnya bertugas sebagai penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

]]>
Kerajaan Perak Iktiraf UEC Tapi Bersyarat https://independent.my/kerajaan-perak-iktiraf-uec-tapi-bersyarat/ Mon, 23 Jul 2018 15:04:21 +0000 http://independent.my/wp/?p=2756 Reading Time: < 1 minuteIPOH: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan syarat kesemua pemegang sijil berkenaan perlu fasih berbahasa Melayu dan mendapat kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menteri Besar, YAB Ahmad Faizal Azumu menjelaskan, kerajaan negeri akan mengikut keputusan Kerajaan Persekutuan dalam mengiktiraf UEC. “Secara rasmi kami mengiktirafnya dan seperti diperkatakan oleh Menteri […]]]> Reading Time: < 1 minute

IPOH: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan syarat kesemua pemegang sijil berkenaan perlu fasih berbahasa Melayu dan mendapat kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Besar, YAB Ahmad Faizal Azumu menjelaskan, kerajaan negeri akan mengikut keputusan Kerajaan Persekutuan dalam mengiktiraf UEC.

“Secara rasmi kami mengiktirafnya dan seperti diperkatakan oleh Menteri Pendidikan, kita sedang melangkah ke arah itu.

“Kalau Kerajaan Pusat bersetuju dengan UEC, jadi sudah tentu kami akan turut bersama,” katanya kepada pemberita di Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Perak 2018 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga secara terbuka menerima pemegang UEC untuk berkhidmat dalam sektor awam selepas ini.

Bagaimanapun Ahmad Faizal berkata, rakyat perlu berlapang dada berhubung perkara berkenaan demi menjaga hubungan sesama kaum di negara ini.

“Tiada sebab sebenarnya untuk kita tahan atau sekat peluang sebab untuk menahan peluang pemegang UEC asalkan mereka melepasi segala syarat yang ditetapkan.

“Saya bimbang kalau ada yang terlalu bercakap pasal isu ini boleh menyakitkan perasaan kaum lain,” katanya.

]]>