amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170TAIPING | Kerajaan negeri ini perlu membuat kajian lanjut bagi menentukan sama ada langkah penswastaan pengurusan sisa pepejal paling bersesuaian bagi memastikan inisiatif melupuskan sisa pepejal tidak mengakibatkan berlakunya pencemaran alam.
Menurut Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Yong Choo Kiong, sekiranya langkah penswastaan pengurusan sisa pepejal diambil, Kerajaan Perak perlu memastikan syarikat dipilih menguruskannya benar-benar berkelayakan, berpengalaman, berkemahiran dan mempunyai teknologi tinggi menguruskan sisa pepejal.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai masalah menguruskan sisa pepejal melalui pembabitan pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah, namun beberapa langkah penambahbaikan perlu diambil demi memastikan sistem digunakan lebih efektif dan berkesan.
“Apabila kerajaan Pusat membuat tawaran penswastaan pengurusan sistem pengurusan pepejal kepada negeri-negeri di semenanjung Malaysia 10 tahun lalu, Perak merupakan antara negeri yang tidak menandatangani perjanjian penswastaan itu.
“Jadi, kerajaan negeri ada kuasa untuk membuat ketetapan sendiri dalam menguruskan sisa pepejal di negeri ini.
“Justeru, kerajaan negeri perlu membuat kajian lanjut sebelum memutuskan sama ada langkah penswastaan paling baik atau ada kaedah sistem pengurusan sisa pepejal lain yang lebih efektif,’’ katanya kepada pemberita pada Majlis Mengangkat Sumpah dan Menerima Jawatan Yang Dipertua sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Taiping (MPT) pada Selasa.
Majlis itu menyaksikan bekas Setiausaha MPT, Borhan Abdul Halim dilantik sebagai Yang Dipertua( YDP) MPT baharu berkuatkuasa 9 April lalu bagi menggantikan bekas penyandangnya, Datuk Abdul Rahim Md Ariff yang bersara wajib 1 April lalu.
Choo Kiong menambah, kerajaan negeri sedang mengumpul segala maklumat dan mencari kaedah paling baik melaksanakan sistem pengurusan sisa pepejal efisien, mesra alam dan menjimatkan kos.
Menurutnya, kerajaan negeri sudah mengadakan banyak lawatan ke negara maju yang mahir menguruskan sisa pepejal seperti Jepun, China dan Taiwan untuk meninjau dan mempelajari teknik sistem pengurusan sisa pepejal daripada negara-negara terbabit.
IPOH: Kerajaan Perak akan melaksanakan penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak 2019 dengan cara baru bagi memastikan golongan miskin tegar memiliki rumah sendiri.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Paul Yong Choo Kiong menerusi inisiatif murni ini, pihak majlis daerah diminta agar dapat memberikan rumah secara percuma kepada golongan miskin tegar.
“Kerajaan negeri sedar yang golongan miskin tegar ini, walaupun rumah kos rendah itu berada di bawah harga RM70,000 namun, mereka tetap tidak mampu untuk memilikinya.
“Saya sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, kita akan melancarkan pembangunan RPT secara baharu.
“Setelah dasar itu dilaksanakan, maka peserta-peserta yang jika kita dapati memang mereka berada dalam kategori golongan miskin tegar, saya menyeru agar pihak majlis daerah dapat memberikan rumah secara percuma kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Razman Zakaria (PAS- Gunung Semanggol) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa.
Kepada soalan tambahan daripada Terence Naidu (PH- Pasir Bedamar), Paul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh berkata, kerajaan negeri sedang giat berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan projek Program Perumahan Rakyat (PPR).
Selain itu, beliau juga berharap agar projek PPR Kampung Chain yang terletak di Lenggong dan projek PPR Bagan Datuk dapat diteruskan KPKT.
Menurut Paul, pada masa sama, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) sedang membangunkan 28 unit rumah kos rendah di bawah harga RM70,000 di Kampung Dato Nazri serta 109 unit rumah kos sederhana yang berharga bawah RM90,000 ke bawah di Kampung Changkat Jong.
Katanya lagi, berdasarkan pemantauan dan maklumat daripada Jabatan Perumahan Negara, dari tahun 2013 sehingga 2017, hanya 769 unit rumah kos rendah atau 1.24 peratus, daripada jumlah 61,658 unit keseluruhan yang dibina pihak pemaju perumahan swasta di Perak.
Beliau berkata, melalui Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri ini diharap agar ia mampu meningkatkan kadar peratusan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana untuk golongan B40 dan M40.
Persatuan Sahabat Alam Malaysia (SAM) membantah cadangan pindaan pengezonan untuk guna tanah perniagaan di jalanraya Simpang Pulai – Cameron Highland dalam sesi pendengaran awam yang dijalankan di Pejabat Majlis Daerah Batu Gajah pada Khamis.
Sesi itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri, YB Yong Choo Kiong pada Khamis.
Menurut SAM, cadangan Pindaan Pengezonan Blok Perancangan Kecil 4.2C (BPK 4.2C), Parcel A dan Parcel B, Jalanraya Simpang Pulai – Cameron Highlands Kepada Guna-tanah Perniagaan itu dibimbangi boleh menimbulkan impak kepada alam sekitar.
Kawasan cadangan pindaan pengezonan merupakan sebahagian daripada lingkungan Koridor Hidupan Liar dan ‘Central Forest Spine’ (CFS) Banjaran Titiwangsa yang dilitupi jenis hutan dipterokap atas (800 meter dari aras laut) serta dikategori sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 dan 2 (KSAS).
Kawasan tersebut juga merupakan sebahagian ‘tanah adat’ penduduk kampung Orang Asli berhampiran.
SAM menyatakan kebimbangan banjir lumpur dan gangguan bekalan air (tadahan) akan berlaku dan zon hidupan liar yang semakin terhad boleh menimbulkan konflik antara hidupan liar dan manusia.
Sesi pendengaran awam itu turut disertai oleh Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam cawangan Perak (PEKA Perak) serta wakil masyarakat Orang Asli dari Kampung Pawong, Simpang Pulai.
Dalam sesi itu, SAM mencadangkan supaya Pihak Berkuasa Negeri mewartakan semula kawasan cadangan pindaan pengezonan kepada Hutan Simpanan Kekal (HSK) / zon hutan.
IPOH: Pembangunan perumahan yang dilaksanakan di Perak perlu selaras dengan dasar kuota Bumiputera sepertimana yang ditetapkan dalam perkara kedua daripada tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri, Yong Choo Kiong, ini penting supaya keseimbangan permintaan dan penawaran mengikut harga rumah dan masyarakat dapat diperolehi.
Namun begitu, kata beliau bagi tujuan keadilan kepada pemaju yang menanggung risiko hartanah Bumiputera yang tak terjual, jabatan dan agensi berkaitan boleh melihat kembali pengurusan kuota Bumiputera supaya segala urusan berkaitan dapat dipermudahkan.
Katanya, sehingga kini dasar perumahan yang dilaksanakan menetapkan agihan komponen pembangunan kepada 10 peratus pembangunan rumah kos rendah (di bawah harga RM70,001.00), 20 peratus pembangunan rumah kos sederhana (berharga antara RM140.001.00 hingga RM250,000.00) dan 50 peratus pembangunan rumah pada harga terbuka.
“Komponen pembangunan ini hanya tertakluk kepada kawasan skim perumahan yang melebihi 20 ekar tanah…Dasar ini dibuat bagi membolehkan semua golongan masyarakat dari B40,M40 dan T20 berpeluang mendapat penawaran rumah yang mesra dimiliki di Perak,’’ katanya.
Yong berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Bengkel Dasar Perumahan Negeri Perak 2018 di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada Selasa.
Selain itu kata Yong, proses pra pembangunan yang agak panjang memberikan kenaikkan kos operasi pembangunan perumahan kerana bayaran faedah pembiayaan daripada institusi kewangan.
Katanya, proses pra pembangunan seperti kelulusan kebenaran merancang, pelan bangunan, pengelauran hak milik yang dikatakan mencecah antara 4 bulan hingga 12 bulan akan meningkatkan kos dan masa perancangan pembangunan perumahan.
“Untuk itu agensi kerajaan perlu melihat kembali proses kerjaya supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi membantu industri perumahan berjalan lancar,’’ katanya.
IPOH: DAP memperolehi majoriti bagi pelantikan ahli majlis untuk semua 15 pihak berkuasa tampatan (PBT) di negeri Perak.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru negeri, Yong Choo Kiong, lantikan ahli majlis PBT itu bukan sahaja melibatkan wakil daripada empat gabungan parti dalam Pakatan Harapan tetapi juga dua wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi setiap PBT selepas menerima ratusan permohonan mengenainya.
“Kita memilih ahli majlis mengikut peratusan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), saya tidak ada angka tepat kerana semuanya atas dasar persefahaman dan tolak ansur.
“DAP memperoleh majoriti kerana memenangi 18 kerusi diikuti oleh Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas aktiviti turun padang meninjau kawasan di sekitar Taman Gunung Lang di Ipoh pada Selasa. Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zambri Man dan beberapa pegawai kanan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Yong berkata, pelantikan 312 ahli majlis untuk semua 15 PBT di negeri ini dijangka dapat diselesaikan pada minggu ini dengan proses angkat sumpah. Pada sidang media yang sama beliau berkata, semua 15 PBT di negeri ini telah diminta mengadakan program turun padang bertemu pelanggan dua kali sebulan bagi mendekati masyarakat dan memahami permasalahan yang berbangkit dan seterusnya mengambil tindakan penyelesaian.
Yong memberikan contoh menerusi program turun padang hari ini yang meninjau sebuah bangunan yang telah dibina di atas jalan di kawasan berhampiran Jalan Kuala Kangsar yang memerlukan penilaian dan penyelesaian semula untuk kepentingan masyarakat.
“Kalau kita tidak tengok kita tidak fahami permasalahan sebenar tapi apabila kita sudah melihatnya baharu kita fahaminya,” katanya.
Sementara itu, Yong berkata, semua PBT di seluruh negara termasuk kesemua 15 PBT di Perak akan mengadakan gotong royong membersih kawasan pada Sabtu ini. Tujuan gotong royong ini adalah untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan penularan wabak denggi yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Gotong royong ini adalah saranan dari Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin. Bagi Ipoh, ia akan diadakan di Taman Meru 1B.
Komponen parti Pakatan Harapan (PH) Perak boleh mengemukakan senarai nama calon mereka bagi mengisi jawatan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh daerah kepada Kerajaan Negeri, bermula hari ini sehingga 25 Jun 2018.
Ini berikutan pengumuman Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, yang menamatkan perkhidmatan ahli-ahli majlis yang dilantik sebelum ini, pada Rabu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Yong Choo Kiong berkata, mereka yang telah berkhidmat sebelum ini diberhentikan secara automatik, tanpa perlu dikemukakan sebarang notis atau surat.
“Majlis angkat sumpah jawatan ahli-ahli majlis dijangka akan diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Perak bersidang. Mengikut undang-undang, ia harus bersidang daripada tempoh tiga bulan selepas parlimen dibubarkan.
“Oleh kerana sekarang merupakan bulan Ramadan ianya dirasakan tidak sesuai. Kita jangka ia akan diadakan selepas hari raya.
“Selepas semua Ahli Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah, kita akan tetapkan satu tarikh untuk giliran Ahli Majlis PBT, dan akan dikuti dengan ketua-ketua kampung,” katanya.
Beliau yang bercakap kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Jumaat.