amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170IPOH | Pengusaha ladang ayam di negeri ini akan diwajibkan menukar reban ayam daripada reban terbuka kepada reban tertutup sebagai langkah mengatasi masalah lalat.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pertanian dan Perladangan, Dato’ Abdul Yunus Jamhari berkata, arahan menggunakan reban tertutup seratus peratus dengan kelulusan pihak berkuasa negeri itu akan dilaksanakan dalam tempoh yang akan ditetapkan setelah pindaan terhadap enakmen berkuatkuasa.
“Langkah mewajibkan beban tertutup merupakan antara perkara-perkara yang akan ditambah baik diambil kerajaan dalam memastikan masalah lalat ini dapat diselesaikan,’’ katanya pada sidang media di bilik media Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Khamis.
Selain itu menurut Yunus, pengusaha ladang penternakan ayam diwajibkan mengguna baja kompos mengikut Akta Baja yang sedang disediakan oleh Jabatan Pertanian.
“Kerajaan akan mengenakan kadar penalti yang lebih tinggi terhadap kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan pengurusan sisa unggas,’’ katanya.
Abdul Yunus berkata, penyelesaian jangka pendek dan panjang yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Veterinar, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung serta Majlis Perbandaran Manjung juga telah mengenal pasti beberapa langkah berkesan yang perlu dilaksanakan dalam masa terdekat.
Katanya, antara cadangan itu termasuklah penubuhan satu pasukan penguatkuasa khas oleh Jabatan Vetarinar dengan bantuan daripada agensi-agensi penguatkuasa di daerah Manjung.
Di samping itu, katanya, tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana pengusaha ladang yang gagal menepati atau melanggar mana-mana peraturan yang telah digariskan setelah notis atau tindakan remedi gagal diikuti.
Beliau mengulas masalah lalat yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berhampiran ladang ternakan ayam di Segari, Manjung telah berlarutan sejak sekian lama.
Baru-baru ini pada 4 November 2019, masyarakat setempat di Segari telah mengemukakan aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar melalui NGO Rakan Gabungan Segari.
Aduan dan rintihan penduduk ini juga telah mendapat liputan daripada pihak media dimana lebih 20 tahun masalah lalat ini mengganggu aktiviti dan kehidupan seharian penduduk.
IPOH | Kerajaan negeri Perak melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan menganjurkan program Agrofest 2019 di RTC Gopeng pada 26 September ini.
Program terbesar yang diadakan secara dwi-tahunan itu akan berlangsung di perkarangan kompleks itu akan mula dibuka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam selama 4 hari. Perasmian akan diadakan pada Sabtu, 28 September.
Demikian menurut kenyataan oleh Exco Pertanian, Perladangan dan Penternakan Negeri Perak, YB Yunus Jamhari.
Tema ‘Kelestarian Makanan Jaminan Masa Depan’ dipilih untuk program kali ini bertepatan dengan hala tuju kerajaan negeri yang mahu meminimakan kebergantungan kepada makanan import. Tema ini juga selari dengan polisi kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang sedang memperkenalkan dasar Agro Makanan negara,” kata Yunus dalam sidang media di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.
Program ini mendapat kerjasama dan penglibatan langsung dari pelbagai agensi kerajaan, antaranya Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, FAMA, MARDI, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Turut memberi sokongan ialah Tourism Perak,
Antara pengisian program termasuk pamneran serta jualan hasil tani, persembahan dan demonstrasi bagi memberi peluang kepada usahawan tani untuk mengetengahkan produk mereka.
“Pengunjung juga akan diberikan maklumat dan pendedahan berkenaan sektor yang bukan saja penting kepada ekonomi negara malah mampu menjadi kerjaya utama selain dari sektor perkhidmatan dan perindustrian,” katanya.
Beliau selaku Exco berkaitan berkata, beliau amat mengalu-alukan kehaidran orang ramai dari seluruh negeri Perak ke program tersebut kerana Agrofest ini menjanjikan pelbagai pameran serta aktiviti menarik untuk pengunjung.
Beliau mensasarkan seramai 500 ribu orang termasuk mereka yang menggunakan lebuhraya berhampiran akan singgah ke Agrofest yang berlangsung selama empat hari itu.
Info lanjut berkenaan Agrofest 2019 ini boleh didapati di media sosial terutama di Facebook Agrofest Perak 2019 dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Nelayan di pantai negeri Perak khususnya di Pulau Pangkor, Manjung, Bagan Panchor dan Bagan Datuk dinasihat supaya berwaspada dan hanya menangkap ikan berhampiran kawasan pantai dan turun secara berkumpulan ekoran masalah jerebu yang sedang melanda negara sejak beberapa hari lalu.
Demikian nasihat yang dikeluarkan oleh EXCO Pertanian dan Perladangan negeri Perak, YB Yunus Jamhari semalam.
Mereka juga dinasihatkan memakai penutup hidung dan mulut (facemask) sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang masalaha kesihatan terutama bagi mereka yang mengidap asma.
Kebanyakan nelayan pantai tidak dapat turun ke laut akibat jarak pandangan yang terhad selain tidak dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Global (GPS).
Semalam, media melaporkan 2 nelayan tempatan hilang arah dan tersesat sehingga ke sempadan perairan Indonesia ekoran jarak penglihatan yang terhad akibat jerebu.
Selain kesukaran nelayan untuk mencari arah, keadaan jerebu ini boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di laut serta kerosakan peralatan terutama pukat hanyut yang mungkin dilanggar oleh bot nelayan lain.
Menurut sumber LKIM sekitar 8000 nelayan di Perak terjejas akibat masalah jerubu yang melanda di seluruh negara pada masa ini.
KUALA KURAU | Progam Ibadah Korban sempena Aidiladha Peringkat DUN Kuala Kurau 1440H telah diadakan dalam suasana penuh kemesraan dengan pembabitan kesemua 23 Ketua Kampung dalam Mukim Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.
Progam kali ini yang diadakan di kawasan Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuala Kurau, Jalan Pantai selain menghimpunkan kesemua 23 ketua kampung ia juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan mengadakan program ibadah korban.
“Kalau ibadah korban nak diadakan di setiap kampung ia mungkin menelan kos yang agak tinggi tetapi dengan mengadakan sekali di pusat khidmat komuniti DUN Kuala Kurau di sini ia dapat menjimatkan kos perbelanjaan.
“Disini saya bersama ketua-ketua kampung turun padang mengadakan gotong-royong, menyembelih, melapah enam ekor lembu korban dan mengagih-agihkan dagingnya kepada penduduk kampung menerusi ketua kampung masing-masing.
“Suasana kemesraan dan jalian silatulrahim yang erat berjaya kita wujudkan pada program ibadah korban pada hari ini apatah lagi diceriakan dengan majlis kenduri kampung.
“Majlis kenduri kampung ini juga agak istimewa dimana semua penduduk kampung kita jemput untuk menikmati sup `’gear box’ selain masakan kampung,” katanya kepada Independent.my.
IPOH | Umat Islam di negeri ini tidak perlu bimbang tentang stok korban menjelang sambutan Aidil Adha tahun ini kerana bekalan korban adalah mencukupi malah melebihi permintaan.
Dianggarkan sebanyak 8000 – 9000 ekor lembu/kerbau dan 6000 – 7000 ekor kambing/bebiri digunakan untuk ibadah korban setiap tahun.
Daripada jumlah tersebut bekalan dari sumber tempatan hanya dapat memenuhi sekitar 20% (2,000 ekor) manakala 80% (>8,000 ekor) lagi diimport yang mana stok ini telah dibawa masuk 3 – 4 bulan lebih awal sebelum sambutan Raya Haji.
Sumber dari Jabatan Veterinar Negeri berkata tahun ni dianggarkan permintaan meningkat sedikit diantara 2 – 3%. Anggaran stok tersedia pula adalah >10,000 ekor lembu/kerbau dan > 8,000 ekor kambing/bebiri.
Dari segi harga secara purata berlaku sedikit kenaikan antara RM200 – RM300 kepada RM4,200-RM4,300 seekor bergantung kepada berat ternakan.
Memandangkan bekalan ternakan banyak yang diimport, faktor kenaikan harga dipengaruhi oleh kadar pertukaran matawang dan kos bahan mentah untuk ramuan makanan ternakan.
Mengenai harga semasa, tiada kawalan harga ditetapkan tetapi bergantung kepada berat ternakan. Contohnya lembu yang beratnya 230 kg – 270 kg akan djual pada harga RM4,000 – RM4,500 seekor.
Sumber maklumat: EXCO Pertanian Dan Peladangan Negeri Perak
Tiada keperluan menandatangani surat menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata ADUN Kuala Kurau, YB Yunus Jamhari dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan memberikan persepsi yang buruk terhadap PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Beliau juga mengingatkan supaya tidak mengheret pimpinan dan anggota parti demi muslihat peribadi.
“Jangan hancurkan muafakat yang telah ada sejak sekian lama,” katanya.
Yunus yang merupakan orang yang rapat dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali menafikan ura-ura mengatakan kononnya Timbalan Presiden itu akan keluar parti menyertai parti lain.
Sejak beberapa hari lalu heboh cakap-cakap di kalangan anggota parti kononnya beliau akan meninggalkan partinya dan menyertai Bersatu.
“Tiada isu Azmin keluar parti. Rekod cemerlang dalam parti & kerajaan. Tidak pernah tewas dlm pemilihan PKR,” tulis beliau dalam satu kenyataan yang dihantar kepada media hari ini.
PARIT BUNTAR | Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan pihak swasta yang berminat untuk membangunkan kawasan Ban Pecah, Tanjung Piandang di sini sebagai destinasi pelancongan menarik di Perak, seperti yang dipetik dari portal berita nasional Bernama hari ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamahri, pembangunan seperti itu perlu kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan pengunjung sama ada dari dalam atau luar Perak.
Katanya antara kemudahan asas yang perlu dibangunkan serta ditambah adalah gerai makanan dan tempat parkir kenderaan kerana fasiliti sedia ada tidak mencukupi.
“Majlis Daerah Kerian (MDK) ada memohon peruntukan RM2 juta kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, tetapi masih belum diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan memancing di pantai Ban Pecah, di sini hari ini.
Ban Pecah adalah antara destinasi popular bagi kaki pancing dan juga lokasi menarik bagi jurugambar perkahwinan kerana pemandangan laut yang sangat cantik terutama sewaktu matahari terbenam.
ADUN Kuala Kurau dari PKR, Abdul Yunus Jamhari dalam satu kenyataan media hari ini membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Senator Laksamana Hj. Mohd Imran Abd. Hamid supaya diadakan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki dari tergoda dan terjebak dalam jenayah seksual.
Abdul Yunus dalam kenyataan itu yang mendakwa mengenali Hj. Imran sejak 7 tahun lalu sebagai bekas pimpinan kanan MPN Perak berkata beliau gagal memahami dan menjiwai roh perjuangan reformasi dan keadilan.
“Mungkin doktrin parti lama beliau sebelum ini begitu menebal,” menurut kenyataan itu.
Yunus juga menyarankan beliau sebagai bekas pegawai tinggi TLDM menjuarai isu-isu lain yang lebih relevan seperti isu keselamatan dan pertahanan, pencerobohan perairan negara, aset-aset ketenteraan yang usang serta kebajikan anggota tentera.
Laksamana Hj. Imran semasa Pilihan Raya ke-14 bertanding di DUN Bukit Chandan, Kuala Kangsar tetapi tewas kepada calon BN. Jika menang, ura-ura mengatakan beliau mungkin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
Abdul Yunus dalam kenyataan yang sama turut menyatakan simpati terhadap Hj. Imran kerana melalui pengalaman pahit di mana 4 orang anak perempuannya terkorban dalam satu kemalangan jalanraya di Gerik pada 2005.
Dalam perkembangan terbaru pagi ini seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini, Hj. Imran telah menarik semula kenyataan beliau dan berkata niatnya ikhlas tapi tidak menyangka telah menyinggung perasaan ramai pihak.
IPOH | Exco Yunus Jamhari hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan terhadapnya konon beliau membocorkan maklumat sulit Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Beliau dalam kenyataan media yang diedarkan menyebut tuduhan keji itu dibuat untuk membunuh karier politiknya malah ia telah bermula sejak Pemilihan Parti Keadilan Rakyat tahun lalu.
Beliau menambah tuduhan tersebut dibuat semata-mata kerana beliau berdiri teguh bersama Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali.
“Konspirasi jahat ini kini diteruskan untuk menjatuhkan saya sebagai ahli exco menjelang Istiadat Angkat Sumpah Exco.
“Saya ingin menegaskan bahawa saudara Beh Yong Kean yang membuat laporan polis terhadap saya adalah pemilik kilang haram di Tanjung Piandang,” ujar beliau.
Yunus mendakwa Beh Yong mempunyai motif dendam terhadapnya memandangkan beliau tegas bersama kerajaan negeri melaksanakan proses penguatkuasaan dan tidak meluluskan beberapa permohonan tanah yang dipohon oleh beliau (Beh Yong) sejak tahun lalu.
Yunus juga percaya ada dalang di sebalik tindakan yang dilakukan dan Beh Yong diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencalarkan imej dan integriti beliau sebagai anggota exco.
Kerajaan negeri menafikan menyekat pembangkang menggunakan dewan orang ramai untuk mengadakan sebarang acara atau majlis.
Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Perak yang juga ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamhari dalam satu kenyataan media.
Menurut kenyataan itu lagi, selagi mereka membayar sewa dan menjaga kemudahan dengan baik, kerajaan tiada halangan untuk membenarkan dewan orang ramai digunakan. Mereka boleh menggunakan untuk sebarang majlis atau program seperti jamuan raya, bersukan dan lain-lain. Namun, kerajaan tidak akan benarkan ia digunakan untuk ceramah menghentam kerajaan.
Kenyataan itu juga mengingatkan pihak tertentu supaya tidak berselindung di sebalik penganjuran program ilmu untuk menyebar fitnah hingga boleh menimbulkan perpecahan dalam masyarakat dengan mengundang tokoh-tokoh kontroversi.
Selain itu, kerajaan juga tidak akan membenarkan dewan orang ramai dijadikan markas pilihanraya atau mesyuarat parti termasuk di sekolah-sekolah serta memaksa penjawat awam hadir ke program yang berbaur politik kepartian, menurut kenyataan itu.