Wira Putra Perak Lapor Polis Kebiadapan Takiyuddin

  •  
  •  
  •  
Reading Time: < 1 minute

Pemuda Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Wira Putra) Negeri Perak tampil membuat laporan polis terhadap penipuan dan kekeliruan yang dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang), Peguam Negara dan kabinet Perikatan Nasional yang dilihat memudaratkan demokrasi berparlimen dan penghinaan terhadap peranan KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDP AGONG pada hari Balai Polis Pasir Puteh, Ipoh pada jam 9.30 malam tadi.

Menurut Wira Putra Perak, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membuat kenyataan yang tidak tepat, bercanggah dan mengelirukan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia berkenaan pemansuhan ordinan-ordinan darurat yang masih belum mendapat perkenan Baginda Yang DiPertuan Agong.

Menurut Ketua Pergerakan Wira Putra Perak, Shukrie Ibrahim, Wira Putra Perak sependapat dengan Wira Putra Malaysia agar pihak polis membuka siasatan secara serius terhadap kebiadapan yang mencemarkan demokrasi berparlimen di negara ini.

Semua ketua Wira Putra negeri-negeri lain seluruh Malaysia akan turut mengambil tindakan yang sama membuat laporan polis sebagai tanda komitmen dalam memartabatkan kedaulatan Raja-raja Melayu agar tidak diperlekehkan sedemikian rupa.

Tengah hari tadi Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dilaporkan amat dukacita apabila ordinan darurat dibatalkan walaupun sepatutnya hanya boleh dibuat selepas mendapat perkenan baginda.

Agong juga amat dukacita apabila menteri terbabit, Takiyuddin Hassan, mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Titah baginda, sebelum sidang khas kali ini berlangsung Takiyuddin dan Idrus sudah bersetuju agar ordinan darurat yang diperkenalkan sebelum ini dibentang dan dibahaskan.