YB Maslin Sham Razman Luang Masa Temui Wartawan Di Bilik Media

Reading Time: < 1 minute

IPOH: Dalam kesibukan tugas menghadiri sidang DUN, ADUN Bukit Chandan, YB Maslin Sham Razman sempat meluangkan masa beliau menemui wartawan di bilik media, Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi.

Sambil bersalaman dan bertanya khabar wartawan yang sibuk menyiapkan laporan berita sesi persidangan, YB Maslin Sham juga sempat bergambar bersama wartawan.

Katanya, kunjungan beliau ke bilik media adalah merupakan satu kebiasaan yang pernah dilakukan oleh ADUN-ADUN sebelum ini sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang.

“Saya datang ke sini untuk melihat dan bertanya khabar rakan wartawan yang senantiasa sibuk menyiapkan laporan berkaitan sesi sidang DUN,” katanya.