Zam Kecam Sikap Biadap Pemandu Teksi

Reading Time: < 1 minute

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dalam satu ciapan di Twitternya menyatakan bahawa kumpulan pemandu teksi yang berdepan dengan Tun Mahathir di Langkawi bersikap biadap. Katanya lagi, sikap mereka di mana-mana adalah lebih kurang ajar terhadap orang awam. Tambahnya, golongan pemandu teksi ini bukan jenis manusia yang patut diberi muka.

“Mereka adalah penipu dan pemeras,” katanya dalam ciapan Twitternya.

Beliau mencadangkan teksi dihapuskan sahaja diganti dengan perkhidmatan Grab.

Pada siang tadi, satu sesi dialog diadakan di antara Tun Mahathir sebagai ahli Parlimen Langkawi dengan hampir 200 pemandu teksi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan Grab yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan mereka.

Kekecohan berlaku apabila kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Tun Mahathir dalam sesi dialog itu.

Sebelum kejadian itu berlaku, Tun Mahathir berkata bahawa kerajaan akan meminta Grab menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan dan membayar insuran serta cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan yang adil.

Kira-kira 10 pemandu teksi berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar selepas Tun menyatakan akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan.