Independent

Ahmad Faizal Harap Sukma Perak 2018 Lahirkan Ramai Bintang Muda Berbakat

Reading Time: < 1 minute

IPOH:Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengharapkan Sukan Malaysia (SUKMA ke-19) Perak 2018 menjadi platform melahirkan ramai bintang muda yang berbakat dan bakal mencipta nama di peringkat Olimpik dan kejohanan dunia.

Menurut beliau, bukan mustahil bagi atlet Perak untuk mencapai matlamat itu menerusi sukan berprestij ini. Ahmad Faizal seterusnya menyuntik semangat atlet Perak dengan memetik kata-kata lagenda sukan tinju dunia, Allahyarham Muhammad Ali.

“Bagi menyuntik semangat anak-anak muda di hadapan ini, saya petik kata-kata lagenda sukan tinju dunia, Allahyarham Muhammad Ali: “Impossible is just a big word thrown around by small men who find it easier to live in the world they’ve been given, than to explore the power they have to change it. Impossible is not a fact.

“It’s an opinion. Impossible is not a declaration. It’s a dare. Impossible is potential. Impossible is temporary. Impossible is nothing,” Ahmad Faizal dalam sembah ucapannya pada majlis perasmian pembukaaan temasya Sukma-19 di Stadium Perak pada Rabu.

Perasmian kejohanan dwi-tahunan itu disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dengan lafaz perasmian disusuli gimik nyalaan obor berbentuk Keris Taming Sari serta letusan bunga api di luar dan dalam stadium.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Dihilir Perak dan Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Menteri Besar dalam ucapannya turut menjemput semua atlet, pegawai dan penyokong yang bertanding untuk melawat destinasi-destinasi pelancongan sambil menikmati keindahan semulajadi di negeri Perak serta keramahan rakyatnya.

Exit mobile version