Independent

AIRASIA BAKAL MULA KEMBALI KHIDMAT PENERBANGAN DARI IPOH

Reading Time: < 1 minute

AirAsia bakal memulakan kembali khidmat penerbangan dari dan ke Ipoh tidak lama lagi.

Cadangan ini dinyatakan oleh Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes melalui akaun Twiter beliau.

Dalam ciapannya, beliau mengatakan akan ‘membuka’ Ipoh tidak lama lagi dan menimbangkan untuk mulakan semula Kuantan. Ini bererti, kami akan terbang ke seluruh destinasi tempatan. Kenyataannya itu disisipkan dengan iklan kekosongan jawatan dalaman untuk stesen di Ipoh.

Jika ini menjadi kenyataan, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh (IPH) bakal menyediakan khidmat untuk penerbangan AirAsia semula setelah ia dihentikan sejak sekian lama.

Penumpang juga bakal menikmati penerbangan untuk ke destinasi Johor Bahru, KLIA dan lain-2.

Pada masa ini, terdapat empat syarikat penerbangan komersial yang menyediakan khidmat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah iaitu Malindo Air, Firefly, Tigerair dan Scoot.

Exit mobile version