Dato Ngeh Koo Ham mengumumkan ADUN Behrang, Aminuddin bin Zulkipli sebagai Timbalan Yang diPertua Dewan Undangan Negeri Perak bagi penggal ke-14.
Hanya satu nama dihantar untuk pencalonan. Aminuddin bersetuju dan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang diPertua pada pukul 11 pagi ini di hadapan Yang diPertua Dewan Undangan Negeri.
Sementara itu, kesemua 59 wakil rakyat Perak selesai mengangkat sumpah jawatan tengahari ini.