Independent

Anak Zahid Terpaksa Telan Semula Kata-katanya

Reading Time: < 1 minute

Anak perempuan Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Zahid akhirnya terpaksa telan semula kata-kata yang diluahkan sebelum ini.

Mana tidaknya, dalam hantaran di ruangan Facebook beliau beberapa tahun lalu, beliau menghentam peserta himpunan Bersih kononnya mereka membuat kerja sia-sia. Tidak cukup dengan itu, Nurul menghina himpunan baju kuning itu dengan mengatakan demonstrasi jalanraya seperti yang diadakan oleh NGO itu adalah ‘kerja bodoh’.

Semalam, dia pula terpaksa mengetuai himpunan jalanraya yang disertai kira-kira 200 orang penyokong setia melaungkan ‘di mana pejuang reformasi’ sambil memakai baju berwarna oren tertera tulisan LOKAP SPRM selepas ayahnya meringkuk di dalam lokap SPRM selepas ditahan atas 45 dakwaan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Cubaannya mengaitkan reformasi untuk mendapat simpati atau sokongan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais adalah kerja bodoh dan sia-sia kerana isu reformasi tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap bapanya yang terpalit dakwaan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Bapanya, Datuk Seri Zahid Hamidi, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam atas 10 tuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99 dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15. Bapanya sebelum itu ditahan di lokap SPRM pada Khamis sebelum dibawa ke mahkamah pada esoknya untuk didakwa.

Mahkamah membenarkan ahli Parlimen Bagan Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta dengan seorang penjamin manakala pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Exit mobile version