MKN tidak menyebut secara jelas apa itu jarak sosial. Mengikut laman web Hopkins Medicine, jarak sosial ialah;
- bekerja dari rumah berbanding ke pejabat jika boleh
- menutup kelas dan mengadakan kelas secara dalam talian
- menziarahi seseorang dengan peralatan elektronik berbanding mendekati secara fizikal
- membatalkan atau menangguhkan persidangan atau mesyuarat
Ada juga yang mengatakan jarak sosial yang selamat ialah 6 kaki atau 2 meter dari orang lain.
Selain itu, boleh juga mengamalkan beberapa tips berikut untuk mengelak dari jangkitan Covid-19;
- tidak bersalam dengan seseorang, sekadar meletakkan tapak tangan di dada kiri sebagai isyarat
- menggunakan siku ketika menolak untuk membuka pintu
- tidak menyentuh butang lif dengan jari tapi gunakan alas
- sentiasa membasuh tangan sebaik anda menggunakan peralatan yang digunakan oleh orang awam seperti troli pasaraya, mesin ATM