Independent

Aziz Bari Sangkal Tuduhan Saarani Mahu Jatuhkan MB

Reading Time: < 1 minute

IPOH: Adun Tebing Tinggi, Prof. Dr Abdul Aziz Bari menafi dakwaan Ketua Pembangkang Perak, Datuk Saarani Mohamed yang juga Adun Kota Tampan kononnya beliau adalah exco kerajaan Pakatan Harapan yang merancang gerakan mahu menjatuhkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal melalui undi tidak percaya.

Sambil menyifatkan tindakan Saarani itu sebagai cerita `kartun’ dan gosip murahan beliau meminta Saarani menunggu sampai habis sidang Dewan esok.

“Senang sahaja …kalau dia tak sabar dia menunggu sampai habis sidang dewanlah sebab dia tuduh saya merancang menjatuhkan Menteri Besar melalui undi tidak percaya.

“Kalau sampai esok MB masih ada makna dia bohonglah …jadi saudara saudari boleh tanya dia (Saarani).

“Soal jumpa siapapun boleh jumpa…di coffe house, kedai kopi mana-mana sahaja.

“Matematiknya macam mana? kalau nak jatuhkan menteri besar melalui undi tak percaya kena ada 30 solid menyokong…DAP cuma ada 18 sahaja macam mana nak buat.

“Kan kata ada lima baru 23, mana lagi tujuh?…dia ingat senangke undi tak percaya ni.

“Kalau pakatan harapan tidak ada ketetapan atau resolusi untuk removed menteri besar, benda ni tak boleh jadi.” katanya kepada pemberita di bilik media, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Selasa.

Aziz juga menjelaskan beliau telahpun menemui Menteri Besar dua kali dan menyatakan jika menteri besar dijatuhkan maka semua akan turut jatuh.

Aziz menegaskan selagi dilindungi undang-undang, beliau tidak gentar dan tiada apa-apa yang hendak disembunyikan.

Exit mobile version