Independent

Duta Pelancongan Negeri Perak Popular di China Anak Jati Ipoh

Reading Time: 2 minutes

IPOH | Kerajaan negeri Perak hari ini memperkenalkan Duta Pelancongan Negeri Perak iaitu Michael Wong, seorang penyanyi yang mencipta nama di luar negara yang juga anak tempatan yang berasal dari Ipoh.

Pelantikan Michael sebagai duta pelancongan dibuat setelah kerajaan meneliti faktor-faktor yang berasas dimana kedatangan pelancong yang ramai ke negara ini adalah pelancong dari Singapura, Indonesia dan China. Dari statistik 2017, ada sejumlah 1.34 juta pelancong dari China datang ke negara ini.

Michael Wong, artis antarabangsa kelahiran Ipoh

Pelantikan Michael Wong yang memang sudah dikenali di negara China juga adalah langkah yang tepat memandangkan kerajaan negeri sedang giat menggalakkan pelancong dari negara China datang ke negeri ini.

Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, YB Tan Kar Hing di Hotel Weil pada Jumaat.

Michael yang tidak dapat hadir dalam sesi pengenalan kepada para wartawan hari ini telah menandatangani kontrak selama dua tahun sehingga Julai 2021 untuk menjadi duta kepada sektor pelancongan di Perak.

Menurut Tan Kar Hing, China merupakan negara paling ramai pelancong menyumbang kepada jumlah pelancong ke luar negara.

“China masih lagi merupakan negara yang paling ramai pelancong melawat ke luar negara.

“Selari dengan strategi pemasaran kerajaan persekutuan, selama satu tahun ini memang kita melaksanakan program yang mensasarkan (pelancong) negara China,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan telah memulakan langkah itu dengan mewujudkan penerbangan terus Ipoh – Guangzhou bermula Oktober ini. Selain itu kerajaan telah memnbuat promosi secara rasmi dalam talian menggunakan aplikasi Weibo dan WeChat dimana kebanyakan pengguna aplikasi itu adalah dari China yang berkemampuan untuk melawat ke luar negara. Mereka akan merujuk kepada maklumat-maklumat yang didapati dari Weibo sebelum mereka mahu melancong ke luar negara.

Menurut Tan Kar Hing lagi, pelantikan Michael Wong adalah satu langkah yang agresif diambil oleh kerajaan memandangkan populariti beliau sebagai artis sejak 25 tahun dan kini beliau sedang membuat konsert jelajah di bandar-bandar besar di China. Lagu-lagu Michael juga popular di kalangan peminat antarabangsa kerana ada sebuah lagunya diterjemah ke dalam 11 bahasa termasuk bahasa Melayu.

Michael akan pulang ke Ipoh pada 19 September ini bersama kru beliau untuk membuat penggambaran video dan sesi fotografi di beberapa tempat tumpuan yang hendak dipromosi kepada pelancong dari negara China.

Tan Kar Hing meluahkan harapan beliau dengan langkah terbaru ini akan melonjakkan lagi industri pelancongan di negeri Perak.

Exit mobile version