Independent

Edar Dadah di Penjara, 9 Pegawai Polis Ditahan

Reading Time: < 1 minute

Seramai 9 pegawai polis ditahan kerana mengedar dadah di penjara ibu pejabat polis Kota Tinggi.

Kegiatan itu terbongkar pada 22 November selepas pihak berkuasa mendapati sekumpulan tahanan diuji positif dadah semasa di dalam lokap, menurut Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

“Polis telah menjalankan ujian air kencing 16 tahanan dari penjara Ulu Choh. Lima didapati positif methamphetamine.

Pemeriksaan di penjara pada 29 November menemui 38.65g syabu dan 42.25g heroin bernilai RM6,000,” katanya.

Polis kemudian menjalankan ujian air kencing terhadap 129 tahanan penjara dan mendapati 22 darinya positif dadah.

Selkepas siasatan lanjut dilakukan, 8 pegawai polis lelaki dan seorang polis wanita berumur antara 20 hingga 36 tahun telah ditahan.

Menurut laporan media tempatan, pegawai yang ditahan terdiri dari pelbagai pangkat dari konstabel ke koperal dan mereka ditempatkan sebagai penjaga di penjara.

Sementara itu, dalang di sebalik kegiatan itu adalah perempuan berusia 23 tahun yang merupakan anak seorang tahanan yang dikenali sebagai ‘Datuk Ajim’.

Perempuan itu turut didapati positif dadah bersama dua pegawai polis lelaki.

Dia akan membawa dadah ke lokap dan kemudian menyerahkannya kepada polis untuk diedarkan.

“Kegiatan ini berlaku sejak awal November. Anggota polis dibayar antara RM50 hingga RM1,500 setiap kali mereka menyeludup dadah,” kata Ayob Khan.

Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952.

Exit mobile version