Independent

EXCO Paul Yong Akan Didakwa Esok?

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong, yang didakwa merogol pembantu rumah Indonesia, dijangka dihadapkan ke mahkamah esok, menurut satu sumber yang dilaporkan oleh portal theedgemarkets.com.

Yong, 49, ditahan oleh pihak berkuasa pada 9 Julai ekoran laporan polis yang difailkan oleh pembantu rumah berusia 23 tahun itu sebelum menuduh dia melakukan di kediamannya di Meru, Ipoh. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
 
Yong adalah ADUN Tronoh, dan juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Jawatankuasa Kampung Baru.

Exit mobile version