Independent

HISBAH: Jangan Beri Undi Kepada 2 Calon Ini

Reading Time: 2 minutes

Dipetik dari Facebook Ezam Nor

1.Majlis Hisbah yang bermesyuarat petang tadi antara lain meneliti perkembangan politik di Malaysia khususnya mengenai PRK Parlimen PD yang akan berjalan pada 13 Oktober ini.

2.Hisbah telah menerima banyak permintaan agar Hisbah memberikan pandangannya terhadap calon-calon yang bertanding dan kecenderungan Hisbah sendiri.

3.Kami telah membuat penilaian berasaskan kepada prinsip2 yang selama ini mendasari perjuangan dan matlamat Hisbah.

4.Hisbah memutuskan dan menggesa pengundi2 di Parlimen PD untuk tidak mengundi 2 calon ini iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Tan Sri Isa Samad calon bebas.

5.DS Anwar tidak wajar diberikan undi kerana beliau secara jelas menyalahgunakan pengaruh dan kedudukan beliau sebagai Presiden parti mempengaruhi dan mungkin juga memaksa Ahli Parlimen PD yang baru sahaja dipilih bbrp bulan lalu di PRU 14 untuk mengosongkan kerusi ini tanpa alasan yang menasabah.

6.Tindakan DS Anwar ini menyebabkan sejumlah wang negara terpaksa digunakan hanya untuk melaksanakan satu PRK yang sama sekali tidak ada keperluan untuk diadakan.

7. Hisbah sentiasa ambil serius dan mempertahankan sikap bahawa khazanah negara wajib dipertahankan dari digunakan untuk kepentingan individu.Khazanah negara adalah untuk kepentingan negara.

8 Alasan untuk menjadi PM ke 8 adalah dangkal malah amat tidak relevan buat masa ini kerana PM sedia ada masih belum memulakan secara rasmi proses pengunduran secara tertib dan tentunya perlu mematuhi proses undang2 dan perlembagaan negara selayaknya sebagai jawatan tertinggi negara.

9.Hisbah juga memutuskan pengundi PD tidak memberikan undi kepada Tan Sri Isa Samad kerana beliau pernah disabitkan dan dihukum atas kesalahan politik wang.Beliau juga semasa menjadi Pengerusi Felda menghadapi pelbagai dakwaan berkaitan salahlaku urustadbir yang belum dituntaskan secara pasti dan rasmi hingga hari ini.

10.Pada hemat Hisbah pengundi PD bebas mengundi calon2 lain kerana mereka tidak didapati melanggar prinsip2 penting dari sudut urustadbir negara yang juga digariskan Hisbah didalam persoalan kepimpinan.

11.Semoga ketetapan Hisbah ini dapat menjadi panduan kepada pengundi PD menggunakan kuasa sebagai pengundi sebaiknya didalam mempastikan amalan demokrasi dinegara ini sampai ke matlamat akhirnya yakni untuk memberikan manfaat dan kesejahteraan bagi rakyat dan negara ini.

Selamat mengundi.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
11 Oktober 2018/ 2 Safar 1440H

Exit mobile version