Independent

Individu Dakwa Ketua Pengganas Ugut Serang Bukit Aman

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Seorang lelaki mendakwa dirinya ketua komander kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) 2.0 akan menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Individu terbabit yang menghantar ugutannya melalui e-mel kepada pihak media turut mendakwa akan menyerang Sri Lanka selepas serangan itu.

Dalam mesej berkenaan, individu terbabit turut mendakwa akan menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Malah dia juga mendakwa pihak polis menghalang media untuk berhubung dengannya sehingga gagal menggunakan WhatsApp dan telefon bimbit termasuk komputernya turut disekat.

Individu terbabit juga memberikan nombor telefonnya dan bersedia ditemubual media yang berminat.

Sementara itu, Abdul Hamid ketika dihubungi mengambil maklum dakwaan individu terbabit.

“Kita masih mengesan individu yang mendakwa dirinya ketua komander LTTE 2.0 dan melakukan ugutan itu.

“Kita akan menyiasat namun saya yakin individu ini sudah pernah dikesan sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Exit mobile version