Independent

Kenyataan Media Ketua Penerangan Wanita Keadilan Negeri Perak

Reading Time: < 1 minute

Sejak Mutakhir ini, persaingan dalam Pemilihan Parti Keadilan dilihat sangat sengit hingga membawa kepada Personal Counter Attack kepada Kepimpinan yang ada.

Satu Majlis Perjumpaan di Negeri Sembilan baru-baru ini memperlihatkan serangan oleh Datin Faezah Ariffin isteri kepada YB Abdullah Sani terhadap Ketua Wanita YB Zuraida Kamaruddin adalah TIDAK WAJAR.

Dalam ucapan beliau turut menyentuh pertikaian yg dilihat lebih bersifat peribadi.

“Dah jadi menteri dia naik kepala,” kata calon naib ketua Wanita PKR, Datin Faezah Ariffin dalam ceramah sempena program jelajah Debat Reformasi 20 Tahun peringkat Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ucapan begini sebenarnya tidak langsung mengangkat kredibiliti seorang Wanita yang ingin bertanding sebagai Naib Ketua Wanita Pusat.

Seharusnya menjadi tanggungjawab kepada muka-muka baru yang ingin bertanding membawa Misi Visi dan Hala Tuju Parti daripada Sayap Wanita untuk kekal relevan dalam memartabatkan Wanita.

Serangan demi serangan hanya akan mempamerkan kesan buruk kepada Aspirasi yg didokong selama ini.

Serangan peribadi juga dilihat sebagai petanda pihak yang membuat serangan tidak berupaya mengangkat imej mereka sendiri sehingga terpaksa menjatuhkan maruah pihak lawan walaupun terpaksa menggunakan kaedah paling dangkal dan jijik.

Apakah sebenarnya Hala Tuju yang ingin dipamerkan dan disarankan oleh Sayap Wanita Reformasi 20?? Adakah Transformasi Wanita Membawang kepada Wanita yang lebih Sofistikated kearah Malaysia Baru dengan Harapan yang lebih Kompleks dalam membangunkan Keupayaan Wanita setaraf lelaki menjelang 2020.

Parti Keadilan yang menjadi Contoh Utama dalam menggabungkan Pelbagai Bangsa Etnik sepatutnya lebih KEHADAPAN dalam membawa Aspirasi Rakyat bukannya masih seperti Katak Bawah Tempurung terus-terusan melakukan serangan peribadi.

Mampukan Wanita Reformasi 20 sebegini diangkat untuk bersaing di Peringkat Global yang lebih mencabar.

SHARIFAH HAZLINA SYED MUSA JAMALULLAIL
Calon Ketua Cabang Lenggong
Ketua Penerangan Wanita Keadilan Negeri Perak
Setiausaha Sekretariat Wanita Pakatan Harapan Negeri Perak

Exit mobile version