Independent

Ketua Eksekutif Syarikat Bersama Isteri Ditahan SPRM Bantu Siasatan Kes Rasuah

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Seorang bekas ketua pegawai eksekutif syarikat tersenarai di bursa saham dan isterinya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Isterinya juga merupakan pengarah syarikat itu. Pasangan itu, kedua-duanya berusia 63 tahun, ditahan untuk membantu siasatan kes rasuah dan jenayah pecah amanah bernilai RM140 juta.

“Lelaki itu memegang gelaran Datuk sementara isterinya, seorang Datin,” kata sumber itu tanpa mengulas lanjut mengenai kes itu.

Pasangan itu dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok untuk menghadapi beberapa pertuduhan.

Mereka dijangka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Exit mobile version