Independent

Lebuhraya PLUS Sesak Akibat Kemalangan Berdekatan Terowong Menora

Reading Time: < 1 minute

IPOH, 10 Jan  — Aliran trafik sesak sejauh enam kilometer (km) susulan kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori membawa muatan gulungan kertas di Km 250 di Lebuhraya Utara Selatan dari Terowong Menora ke hentian Sungai Perak dekat sini awal pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, semua lorong ditutup berikutan muatan lori bertaburan di atas jalan ketika kejadian kira-kira pukul 6.00 pagi.

“Bagaimanapun, lorong kanan telah dibuka untuk laluan kenderaan pada pukul 7.50 pagi, namun lorong kiri masih terhalang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pengalihan akibat kemalangan masih dilakukan di tempat kejadian.

Kemalangan, yang dipercayai berpunca daripada pelanggaran antara lori dan kereta, itu menyebabkan pemandu kereta dan penumpang lori turut mengalami kecederaan.

— BERNAMA

Exit mobile version