Independent

Mahasiswa UNIKL RCMP Dapat Pendedahan Etika Hadiri Majlis Makan Rasmi

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Seramai 30 orang mahasiswa UniKL RCMP Ipoh telah berpeluang mempelajari pelbagai etika menghadiri sesuatu majlis rasmi di Casuarina@Meru, Ipoh pada Sabtu kelmarin.

Program yang yang dinamakan Dining Etiquette itu julung kali diadakan dianjurkan oleh Peer’s Edutainment Club (PEC) UniKL RCMP. Ia memberi pendedahan kepada mahasiswa pelbagai etika yang perlu diketahui sebelum menghadiri sesuatu majlis rasmi seperti makan malam atau majlis rasmi yang melibatkan kenamaan.

Menurut Pensyarah Penasihat program tersebut, Puan Rose Suzila Yahaya, program ini adalah kesinambungan beberapa aktiviti lain yang telah dijalankan sebelum ini.

“Saya sangat berharap program ini akan memberi manfaat kepada para mahasiswa ketika menghadiri majlis-majlis rasmi yang melibatkan kenamaan atau protokol.

“Sewajarnya mahasiswa didedahkan etika atau adab di meja makan agar tidak kekok menghadiri majlis yang sebenar”, ujarnya yang juga penasihat kelab tersebut.

Menurut Pengarah Program, Nur Aqela Fatehah binti Amri, program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta pelbagai adab dan peraturan ketika di meja makan dalam sesebuah majlis rasmi.

“Kami bertuah kerana dapat mempelajari pelbagai peraturan seperti menggunakan kutluries, cara duduk, cara memotong dan menyuap makanan serta peraturan ketika makan. Sewajarnya hal ini tidak dipandang remeh dan perlu dipelajari sebagai persediaan menghadiri sesuatu majlis rasmi, khususnya yang melibatkan tetamu kenamaan,” katanya.

Majlis dikendalikan oleh fasilitator jemputan, Dato’ Rosli bin Yang Danian, daripada Training Consultant Biominda Management & Consultancy berakhir pada jam 2.00 petang. Sebelum itu, para peserta berpeluang mempraktikan tatacara yang telah dipelajari ketika makan tengah hari.

Exit mobile version