Independent

MB Perak Umum Portfolio Exco

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Menteri Besar Perak Dato; Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan beberapa portfolio bagi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang telah mengangkat sumpah sebagai anggota Exco mewakili kerajaan Perikatan Nasional di sini hari ini.

Berikut nama-nama ahli majlis mesyuarat berserta portfolio masing-masing:

Ahmad Faizal Azumu – Exco Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Rancangan Ekonomi, GLC dan Integrasi Nasional

Saarani bin Mohamad – Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

Hj Razman Zakaria – Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO, dan Masyarakat Sivil

Nolee Ashilin Mohd Radzi – Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan

Shahrul Zaman bin Yahya – Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

Abdul Yunus Jamahri – Exco Pertanian, Infrastruktur, Tenaga dan air

Mohd Akmal Kamaruddin – Exco Agama Islam dan Penernagan

Dr. Norasyikin Wan Noordin – Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat

Dalam pada itu, Menteri Besar turut mengumumkan beberapa portfolio lain untuk tiga lagi ahli majlis yang belum lagi dilantik akan dipangku oleh exco-exco berikut:

Portfolio Kesihatan – Ahmad Faizal Azumu
Portfolio Alam Sekitar dan Teknologi Hijau – Akmal Kamaruddin
Portfolio Belia dan Sukan – Shahrul Zaman Yahya

Portfolio Komunikasi & Multimedia – Nolee Ashilin Mohd Radzi

Exit mobile version